Bunga Berguguran

Tuesday, February 25, 2014

Dating @ Joging @ Taman DR

Dah lama rasanya tak berblogging...so malam ni kita kasi taip satu citer yang terjadi pada ahad yang lalu. Emmm....al-kisahnya jeng...jeng....jeng...kami merajinkan diri untuk ke Taman DR @ Taman Dr. Seenivasagam. Yela...impian untuk berdating di taman sambil-sambil beriadah memang dah tercetus sejak dari hari pertama kami bernikah rasanya. Huh...after setahun 5bulan 1minggu barulah kami berjaya merealisasikan impian tersebut..

Actually kami bukan malas yer tetapi terlalu sibuk dengan macam-macam hal tu sebab tak sempat nak g taman untuk berdating.. Tu sebab...makin sihat walafiat kedua-duanya. Emmm...first time dating macam ni..macam best jer... So next planning kita p dating ke taman-taman lain lak ekkkk... Aktiviti yang membahagiakan lagi menyihatkan..

Aktiviti Cik Na Na...jalan-jalan sambil tangkap gambar... Huhuhu... Ok lah..at least kuar gak peluh kan? Daripada duk memerap kat rumah menonton DVD sambil baring dan makan kudap-kudap...lagilah tak bagus... Cehhh....hari ni baru cakap tak bagus...padahal selama ni ok jer... Tetapi bagi pihak Incik Bb..beliau sangat gigih berjoging.. Good job..my dear... Dia berjoging pusing keliling taman..Cik Na Na ditinggalkan di Taman Jepun untuk survey tempat cantik untuk posing.. So bila Incik Bb bis joging... Lalala...masa untuk posing dan amik gambar....

Ok..bagi yang tak tahu.....Taman DR ni terletak berhadapan dengan Klinik Greentown Ipoh dan berhampiran dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun dan juga Pejabat Pendidikan Kinta Utara... Kat kawasan tu ada taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, Taman Jepun, dan macam-macam la.. Kawasan yang agak luas. Selain berjoging..orang ramai boleh menyewa basikal untuk pusing-pusing taman tu (next time nak naik basikal lak). Di samping tu, sesuai gak dijadikan lokasi untuk wedding outdoor photoshoot. Memang cantik dan best la dapat jalan-jalan pada waktu petang.... Dapat menghirup udara petang yang tenang lagi mendamaikan di samping melihat pelbagai kerenah manusia.. 

In Sha Allah..next time leh p sana lagi.. Next plan di Tasik Universiti Teknologi Petronas lak... Tu pun tempat best gak dating...leh lepak tepi tasik dan tengok matahari terbenam.. Sweet moment together-gether gitu.. So as usual..adalah beberapa gambo yang diambil semasa berdating tu... Jom layannnnnn..... (^_________^)y

Incik Bb gigih joging
Taman Jepun..tempat daku ditinggalkan di kala Incik Bb joging
Permandangan tasik di Taman Jepun
Tenangkan suasana kat taman nih... Best... ^_^
Posing ckit
Terserlah ketembaman daku
Impian nak kurus macam dolu2 balik tau... -__-
Merenung masa depan... hikhik...
Kami
Cantik bunga kemboja pink nih kan???
Pas jalan-jalan jom mamam ais krim...
Huhuhu...macam mana la nak kurus kan..
Penat excersice telan ais krim lak... ^_^
Gambar tambahan ^_^
Sekali imbas dah macam Tengku Adam Kamil @ Keith Foo la...
Penangan cerita Ariana Rose
K sekian entry untuk kali nih.. Finally post gak setelah beberapa minggu terperap dalam draft. Nak tidur jap b4 Zuhur. Tersangat sleepy dah nih.. Dah ting tong hotak ku ini.. Nak muntah pun ada.. K jumpa lagi on next entry... Banyak nak share..banyak nak story.. Tapi masa tersangat cemburu untuk berblogging nih.... Jom tidur...  (-_____ -) zZZZZzzzzzz.

Thursday, February 20, 2014

Rahsia Honeymoon - Bagaimana Mengekalkannya...

Tajuk asal artikel di bawah ni adalah 'SELERA HONEYMOON – BOLEH MENGELAK CURANG & PENCERAIAN?'. Sumber artikel dari fesbuk WARGA PRIHATIN.  Tapi disebabkan terlalu panjang dan sarat sangat artikel tersebut dan Cik Na Na just nak tekankan mengenai honeymoon jer... tu yang ambil separuh sahaja. Sekadar berkongsi tips untuk mengharmonikan lagi rumahtangga. Jika nak baca artikel penuh boleh klik link Warga Prihatin di atas ni yer... So jom kita baca dan cuba praktikkan apa yang dikongsi dalam enrty kali ini. Semoga mampu memberi manfaat buat semua... (^________^)y

Sumber : Goggle

Honeymoon adalah antara kemanisan dalam perkahwinan. Ia mengaitkan hubungan intim yang disuburkan dengan memuncaknya rasa sayang dan hormat menghormati di antara pasangan baru suami isteri. Masing-masing masih ayu, cantik dan kacak bergetah lagi waktu itu, tidak nampak sangat kekurangan yang ada. Kaya miskin, darjat pangkat semua tolak tepi.

Dari komen isu curang ini juga ramai yang mengatakan bahawa antara sebab isteri dan suami curang adalah kerana kurang berkesannya hubungan intim. Pengalaman kami menunjukkan fenomena yang sama, namun itu tidaklah meliputi semua sebab musabab gejala curang ini. 

Buktinya, cuba perhatikan betapa ramainya artis JELITA, isteri pemimpin dan jutawan KAYA YANG CANTIK MOLEK telah bercerai di awal usia. Mengapa ada yang bercerai seminggu selepas bernikah, bahkan ada yang talak 3. Jadi bagi anda yang mengatakan penceraian berlaku kerana asbab merudumnya kecantikan, soal kemiskinan, kurang upaya dan sebagainya, mari kita kaji semula.

Secara dasarnya, memanjangkan ‘mode honeymoon’ adalah dengan mengembalikan semula kemesraan bersama pasangan kita. Perenggan berikut ini ingin kami senaraikan beberapa tips untuk memanjangkan kemesraan dan kasih sayang bersama pasangan kita.

• Singkap semula KENANGAN SEWAKTU MUDA – Contohnya selalu-selalulah membelek semula gambar nikah, gambar sewaktu bercinta atau sewaktu bertunang dahulu. Bacalah semula surat cinta, hadiah dan kad-kad ucapan yang lama.

• Letakkan GAMBAR PASANGAN yang terpilih di peralatan peribadi kita seperti dalam wallet, wallpaper desktop komputer, smartphone, keychain dan sebagainya. Pasangan kita akan sentiasa merasa bangga dan besar hati melihat semua itu. Lakukanlah ia dengan ikhlas, jangan jadikan itu satu penyamaran hanya untuk mengaburi pasangan kita sahaja.

• Jika ada, silalah ‘ulang tayang’ KATA KUNCI CINTA antara kita dengan pasangan masing-masing sewaktu mula berkenalan dan berumahtangga dahulu. Yang itu hanya kita sahaja yang tahu. Ia boleh jadi ganti nama panggilan, rangkap pantun, nasyid atau lagu-lagu kenangan dan sebagainya. 

SUBURKAN KEMESRAAN DALAM PERHUBUNGAN dengan habit saling sapa menyapa, tanya menanya, usik mengusik dan bergurau senda. KIRIMLAH MESEJ harian atau ucapan khusus melalui whatsapp, sms, kad ucapan, email atau apa sahaja untuk menybur semula hubungan cinta.

PIKAT MEMIKATLAH dengan pasangan kita sepertimana kita memikat mereka sewaktu mula bercinta dan berumahtangga untuk menaikkan minat HUBUNGAN INTIM. Kami setuju dengan beberapa komen pembaca yang menganjurkan agar isteri harus sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berhias seksi bagi memikat selera suami. Bermanja-manjalah dengan suami. Jangan mudah mengalah dan putus asa bila suami tidak layan, mungkin kerana letih, runsing atau ‘kurang upaya’ buat seketika. Beri pembayang pada pasangan seperti buatkan ‘tongkat ali’, telur separuh masak dan madu dan sebagainya. Suami juga boleh fikirkan cara yang sama.

KESIMPULAN 
Kami tidak mampu kongsikan semua tips memanjangkan honeymoon ini. Yang penting bagi kami ialah untuk menyedarkan akan keperluannya dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pasangan masing-masing dan mengelakkan penceraian. Lain padang lain belalang. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk tujuan itu. Masing-masing carilah jalan untuk berusaha mendekatkan diri kepada fitrah yang telah diciptakan Allah. 

BAGI PARA ISTERI, jika waktu honeymoon dulu kita berhias untuk suami, janganlah berhenti berhias. Nampakkan kesungguhan kita memikat suami, biar MENYERLAH bila di bilik tidur, jauh lebih menyerlah dari solekan kita waktu pergi kerja. Banyakkan senyuman dan sentuhan. Ingatlah selepas akad nikah dahulu kita tunduk, kita cium tangan suami. Kekalkanlah fitrah kepatuhan ketika honeymoon itu. Jangan sekali-kali berkata AH dan menderhakai suami dalam apa cara sekalipun. Itulah cara Islam, itulah cara sejahtera membina syurga.

Dahulu kita hias lengkap hidangan dan pakaian suami, kita kemas tempat tidur dan pakai pewangi, kita jaga tubuh seksi dan berlunak suara pada suami. Kekalkanlah romantik itu, biarpun usia sudah lanjut. Jangan bimbang tubuh yang kedut mengecut kerana suami anda juga mungkin sudah lesot. Lihatlah pasangan cantik bergetah yang berpusu-pusu memohon cerai itu. Bukankah tubuh dan wajah mereka semua cantik dan tegang? Mengapa masih bercerai? Jelaslah bahawa kesungguhan dan kreativiti usaha melayan itu yang menjadikan ianya memikat pasangan kita.

BAGI PARA SUAMI, carilah rahsia keintiman isteri anda. Kita semua sudah baca luahan para isteri akan ketidakpuasan mereka atas layanan suami masing-masing. Berusahalah dengan kreatif untuk memberikan kepuasan kepada mereka. Rujuk artikel sebelum ini. Kajian menunjukkan wanita jadi sangat pemurah dan lunak SELEPAS menerima hak batinnya, tidak seperti lelaki yang lunaknya SEBELUM melakukan hubungan intim. Kenal pastilah di mana ‘kelemahan nafsu’ isteri anda, di mana nak cubit, mana nak gigit, mana nak usap, mana nak hisap! Penuhilah keperluan isteri dan berbuat baiklah. Jangan sekali-kali ‘memperkosa’ isteri secara halal. (QS: 4:19, 4:34, 65:6).

Fitrah suami itu berilmu dan patuh kepada perintah Allah dalam memimpin keluarga. Jadilah imam yang jelas (IMAMIMMUBIIN), dengan ilmu quran yang jelas (QUR’ANUMMUBIIN) dan sampaikanlan ilmu kepada pasangan dengan jelas (BALAGHULMUBIIN). Apabila suami dan isteri MEMAHAMI dengan fahaman yang satu, pastinya kurang SALAH FAHAM yang menjadi batu api neraka rumah tangga.

Jangan ikut saranan kami jika anda tidak suka, kerana Islam bukanlah agama paksa. Hanya dengan ilmu dan kefahaman yang jelas sahaja kita akan menjadi benar-benar suka sampai ke tahap terpaksa, bukan dipaksa. Selamat mencuba bagi yang ‘suka’.

Kudap munakahat

Sumber : Goggle

~~~ Selamat Beramal ~~~ 

Friday, February 14, 2014

Perjalanan Tragis Si Kacak

Ishk..tengok tajuk macam dahsyat jer citernya.. Tapi bila baca memang dahsyat pun.. Bak kata pepatah omputeh...'No Pain, No Gain'. Pepatah Melayu lak...'Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian'. Membaca kisah perjalanann hidup Keith Foo mengingatkan diri kalau nak berjaya even dalam apa pun bidang, kena banyak berusaha dan kadang-kadang kena tebalkan muka untuk berusaha demi menjadikan mimpi serta impian kita suatu kenyataan. Jadi jom baca kisah perjalanan hidup beliau.. Sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.. Mana yang baik dijadikan contoh dan pengajaran untuk kita terus memperbaiki kehidupan.. Sumber : Utusan Malaysia 

Keith Foo
Sumber : Goggle

MENGGUNAKAN formula yang berbeza daripada pelakon lain, dia memilih untuk mengukuhkan namanya di luar negara sebelum mengambil keputusan kembali ke negara sendiri. Selama 10 tahun berusaha memahat namanya di dalam industri perfileman Indonesia, kisah kejayaannya di sana tidak berakhir begitu sahaja.

Mengambil inisiatif berbeza, dia memilih untuk kembali merasai keperitan yang pernah dilaluinya. Kali ini, tanah tumpah darah sendiri jadi pertaruhan dan dia kembali bukan dengan riak dan gaya pelakon tersohor yang popular, sebaliknya bermula daripada ‘kosong’ semula.

Dua tahun lalu nama Keith Foo,31, masih lagi asing dalam diari pilihan peminat drama tempatan. Bagaimanapun kemunculannya dalam drama bersiri Ariana Rose mula mempamerkan kelebihan jejaka kacak ini dalam kegemilangan watak sebagai anak bangsawan, Tengku Adam.

Cuba mengenali siapa sebenar Keith Foo tanpa pancaran gaya selebriti, dia memberitahu kehidupan kecilnya bermula dengan deruan kereta api.

“Saya dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Hidup dalam suasana kampung dengan latar belakang masyarakat berbilang bangsa, saya begitu selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Jujurnya keluarga saya bukanlah dari golongan yang berada. Ibu saya hanya membuka sebuah kedai makan dan ayah pula kontraktor biasa sahaja, kehidupan kami sederhana tetapi bahagia," katanya, memulakan cerita.

Teruja bercerita kaitan hidupnya dengan kereta api, pengangkutan popular itu sudah menjadi nadi buat kehidupan keluarganya sejak turun temurun.

“Semua tahu memang Gemas terkenal dengan Stesen Kereta Api Gemas. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan stesen itu kerana membantu ibu yang membuka sebuah kedai makan di sana.

“Selain itu juga, pak cik saya sehingga kini masih mengusahakan perniagaan yang sama di stesen berkenaan. Kalau diikutkan hubungan keretapi dengan keluarga saya sangat rapat. Sewaktu zaman datuk saya dahulu, mereka menjadi tukang masak untuk penjajah British.

“Menggunakan kereta api, makanan yang dimasak datuk saya akan dihantar ke Singapura. Tidak dilupakan ayah saya juga merupakan kontraktor yang menyelenggarakan laluan kereta api. Itulah sedikit sebanyak kaitan kereta api dengan nostalgia masa lalu saya," katanya yang begitu fasih kala diajak berbicara tentang fakta sejarah, terutamanya tentang Gemas itu sendiri.

Tidak kisah sekiranya ada yang mahu menggelarkan dirinya sebagai budak kampung, menurut Keith sejak kecil lagi hubungan dengan penduduk di kawasan rumahnya memang baik. Malah sehingga ke hari ini juga, hubungan itu tidak pernah terhalang walaupun dengan status selebriti yang dibawa.

“Memang saya dibesarkan di kampung, malah ibu bapa saya sendiri selesa untuk terus berada di Gemas memandangkan semua saudara mara kami masih berada di sana. Selain itu, hubungan baik antara jiran membuatkan keluarga saya selesa untuk tinggal di kampung sahaja.

“Zaman kecil, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, jadi dari situ hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat. Jujurnya tiada apa yang membezakan kami, mengambil kesempatan itu saya selalu bertutur dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini juga saya mampu menguasai beberapa dialek termasuk dialek Negeri Sembilan," katanya.

Keith merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Dia dan abang-abangnya memang terkenal dalam bidang sukan, malah sehingga ke hari ini juga sukan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya. Pada zaman persekolahan dia pernah mewakili Negeri Sembilan dalam permainan bola tampar dan antara atlit sekolah yang sangat aktif membawa nama sekolahnya ke gelanggang persaingan.

“Memandangkan kawasan Gemas itu agak kecil jadi memang kami adik-beradik agak terkenal kerana aktif bersukan. Saya pernah menjadi kapten pasukan bola tampar di sekolah. Malah pernah juga mewakili Negeri Sembilan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan setakat bola tampar, saya juga sangat aktif dalam sukan lain seperti lumba lari. Bagaimanapun selepas tamat sahaja sekolah aktiviti sukan saya mula terbantut dengan tugasan harian lain. Cumanya saya akan pastikan badan saya tetap berpeluh dengan bermain futsal setiap minggu dengan kawan-kawan," katanya.

Dari Hong Kong ke Indonesia
Diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya, Keith memberitahu dia pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bagaimanapun perasaan meluap-luap untuk bergelar model menyebabkan dia meninggalkan pengajian dan mengejar apa yang diimpikan sehingga bertapak di Hong Kong selama setahun.

“Bila saya dapat peluang ke Hong Kong, saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon kerana pada waktu itu saya hanya ditawarkan untuk bidang peragaan. Malangnya, fizikal saya yang lebih rendah daripada model lain menyebabkan saya hanya berakhir sebagai model iklan sahaja.

“Bagaimanapun dalam tempoh setahun itu banyak yang saya belajar, sebab itu saya ambil keputusan untuk ke Indonesia pula. Saya mencuba nasib di Indonesia bermula dalam bidang peragaan dan kemudian ke dunia lakonan," katanya.

Ternyata tempoh dua tahun berada di tanah seberang benar-benar menguji kekuatan Keith. Tanpa bergantung kepada sesiapa dia mula mencari laluan sendiri. Ternyata dengan kemunculan muka baharu setiap hari menyebabkan keadaan industri di sana agak sesak sehingga menyebabkan dia terpaksa berusaha dua kali ganda.

“Di sana kita tahu, bakat sangat ramai untuk memenuhi ruang media. Sebab itu masing-masing perlu ada inisiatif sendiri. Macam saya sendiri yang hadir pelakon luar, dengan kekurangan bahasa memerlukan usaha itu berkali ganda daripada mereka.

“Setiap hari selama dua tahun saya akan pergi sendiri ke setiap produksi bertanyakan peluang kerja. Kalau ikutkan memang perlu tebalkan muka, tetapi itulah cara kelangsungan hidup yang perlu saya dan semua bakat baharu lakukan," katanya.

Tidur di lantai
Sejujurnya, apa yang digapai hari ini adalah hasil daripada keperitan hidup yang dilalui masa lalu. Sepanjang berada di negara orang, bertubi-tubai masalah mendatang, ia tidak sedikit pun melemahkan dirinya. Keith sebaliknya berasa dia sangat bertuah untuk melalui perkara tersebut. Dalam tempoh yang perih pedih itu, banyak mendewasakan dirinya dalam pelbagai cara.

“Saya diuruskan seorang ejen, bagaimanapun dia tidak uruskan saya seorang kerana ada beberapa lagi bakat baru di bawah jagaannya. Memandangkan agensi dan rumah berada di lokasi yang sama, jadi kami hanya akan tidur di ruang tamu rumah ejen tersebut. Saya selalu tidur di lantai, kalau lambat sampai ke rumah.

“Selama dua tahun di rumah itu, rutin tidur saya hanya akan berakhir di lantai ataupun sofa. Kalau saya pulang awal, saya dapat tidur di sofa. Bagaimanapun selalunya saya lebih banyak tidur di atas lantai, beralaskan sehelai kain sahaja kerana saya selalu lewat pulang ke rumah kerana penggambaran akan habis lewat malam," katanya tanpa segan menceritakan pengalaman lalu.

Masanya juga banyak dihabiskan dengan membuat panggilan telefon ke setiap agensi peragaan. Hampir setiap hari, dia sendiri akan bertanya apakah agensi-agensi terbabit ada membuat sesi ujibakat untuk model iklan atas permintaan pelanggan iklan mereka.

“Setiap pagi, itulah tugas saya. Angkat telefon dan tanya kepada agensi “Hello, hari ini kamu ada buat casting? Nama saya Keith Foo, saya minat nak buat sesi casting. Hari-hari saya akan telefon bertanya. Kalau ada, saya akan naik 'bajaj' (teksi popular di Indonesia) dan terus pergi ke agensi terbabit. Kalau nasib baik diterima, jika tidak saya kena tunggu peluang seterusnya. Begitulah jalan sukar yang saya lalui suatu masa dahulu," katanya.

Tidak terkesan dengan pengalaman pilu yang dilalui, menurut Keith selepas 10 tahun dia sangat bersyukur diterima dengan baik peminat di sana. Malah sehingga saat ini juga dia sudah berlakon dalam lapan buah filem Indonesia.

Tuesday, February 11, 2014

10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesema, Demam

Kat bawah ni ada tips untuk anda yang senasib dengan Cik Na Na yang sedang mengalami masalah badan panas, selesema dan demam. Ada 10 jenis makanan semuanya...so pilihlah mana satu yang berkenan di kalbu.. If nak try semua pun boleh..tapi apa-apa jadi tanggungjawab sendiri yer... Tips ni adalah sumber dari penpatah.blogspot.com. So jom baca dan ikhtiar. Yela selain makan ubat moden try alternatif lak k... 

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

1) Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

2) Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

3) Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

4) Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

5) Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

6) Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

7) Anise Seeds / Jintan
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

8)Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

9)Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Haa...ada 9 ramuan jer rupanya yang blog tu tulis. Emmm...yang ke-10 elok la bebanyak minum barli pun ok gak. Mampu menyejukkan badan. Di samping itu, teruskan berdoa supaya cepat sembuh yer... Ala lagipun bukan selalu sakit pun.. So redha dan terima sahajalah sakit nih. Allah sayang kita...tu sebab dia bagi kita sakit supaya kita ingat kat Dia... (^__________^)y

Makan banyak sayur-sayuran coz baik untuk kesihatan ^_^
Sumber : Goggle

Monday, February 10, 2014

100 Dinar Emas

Just santai idea come up dalam minda malam-malam nih.  Dalam citer Ariana Rose tadi, Madam Ariana ada tanya kepada Tengku Adam kenapa bagi 100 Dinar Emas? Huhuhu....disebabkan tertarik dengan soalan itu. So mula la aktiviti google and search untuk mencari nilai 100 Dinar Emas tu??? Almaklum la bukan reti sangat nak kira emas nih.. Kalau setakat pakai tu pandai la.. Berdasarkan sumber daripada www.hargaemas.com.my  Ni la anggaran nilaian emas yang diberi oleh Tengku Adam kepada Ariana Rose. Kalau la betul-betul..alangkah BAHAGIA dan BERUNTUNG nya ++++ KAYO mok cik......

Tahu kah anda !!!

1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berurusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!
Tahun wawasan 2020 pula ?

So harga 100 dinar emas sekiranya menggunakan nilaian harga Feb 2013 seperti tertera di atas adalah 100 x RM 730.00 = RM73,000.00. Huisk...kayo mak cik kayo... Tu nilaian Feb 2013. Sekarang dah Feb 2014. Mau dah jadik 1 dinar = RM850.00 ker... Logik tak???? Kayo..kayo..kayo..... Tapi the best word untuk situasi sekarang bak kata Awi Rafael & Altimet 'Kalau Aku Kaya' la.... K la nak rehat balik... Rasanya demam dah kebah tinggal selesema je lagi, so esok In Sha Allah boleh kerja dah..... (^____________^)y

Scene Nikah ' Ariana Rose'
Sumber : Goggle

Friday, February 7, 2014

Jangan Sombong

Tetiba lak tingin nak citer tentang topik ni. Cuba duduk seketika dan renung kembali siapa diri kita.??? Adakah kita ni terlalu sempurna sehingga kadang-kadang kita merendahkan orang lain. Adakah kita terlalu bagus sehingga tidak nampak kelebihan orang lain? Adakah kita rasa kita dah buat yang sepatutnya mengikut Syariat sehingga kita boleh mempertikaikan amalan orang lain? Tepuk Dada..Tanya Iman.... Apa yang penting saling menasihati bukan menghamburkan kata-kata negatif. Di samping itu berdoa semoga insan-insan tertentu mendapat Hidayah dari Allah SWT untuk berubah. Ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwah, baginda menyampaikan dengan penuh hikmah. Oleh itu, siapalah kita untuk merendah-rendahkan dan mempertikaikan orang lain??????


Di sini ada sedikit perkongsian mengenai '7 Jenis Sombong yang Dilaknat Allah'.. Sumber artikel ini dipetik dari blog Rahman Hatim

1.Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim) 

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.." 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman Ayat 018 ) 

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT: Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 ) 

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

FIRMAN ALLAH SWT : Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 ) 

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 ) 

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. 

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

FIRMAN ALLAH SWT : Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

~~~ Sekadar Renungan Bersama~~~

Di Pintu Syurga

Ni antara lagu hit ter 'latest' la kat Malaysia sekarang. Dengar lagu ni mesti terbayang-bayang Tengku Adam Kamil & Ariana Rose. Sweet couple sungguhlah.. So disebabkan dah lama tak letak lagu dalam blog, so kali ni kita letak lagu ni yer... Alunan yang mendayu-dayu dan best.. Jom layannnn official video untuk OST Ariana Rose iaitu Di Pintu Syurga oleh Dayang Nurfaizah... 




Sweet Couple ^_^
Sumber : Goggle

On Ariana Rose & Adam Kamil's Weeding Ceremony
Cantik sangat ^_^
Sumber : Goggle

Disebabkan terlalu obses dengan citer dan lagu ni..malam tadi gigih update ringtone handfon dengan lagu nih.. Incik Bb just geleng kepala dan tersenyum jer.. Biasalah tengah demam Ariana Rose. Nanti tukar citer lain, tukar lak lagu lain.... (^___________^)y

The Power Of DOA

Episod ke-24 Ariana Rose semalam memang TERBAIK... Mau bagi 5 bintang +++ terutamanya part nikah tu... Huh..susah nak gambarkan dengan kata-kata... Apa yang pasti semua penonton setia lagi fanatik Ariana Rose ni mesti menitis air mata nengok adegan tu semalam. Cik Na Na...pun bergenang air mata. Kalau korang perasan...apa yang nak ditonjolkan oleh pengarah dalam cerita ini adalah 'THE POWER OF DOA'. 

Betul tak??? Cuba fikir yer? Ariana sentiasa berdoa diketemukan dengan seorang yang boleh terima diri dia seadanya. Yela...mana dia tak risau bila diri dia telah dinodai oleh Adam. Pastu Adam lak tak nak kahwin dengan dia.. Sesiapa pun kalau kat tempat dia..mau meroyan dibuatnya. Ni soal maruah yang tercalar bukan benda kecil. So bila ummi dan ayah dia suruh dia terima pinangan yang datang...dia terima dengan penuh redha dan percaya ini merupakan jodoh yang terbaik buatnya... Fuhhhh...I like that situasi.. Berpegang teguh pada Allah.. Kerana hanya Allah yang tau apa yang terbaik buat hamba-Nya. 

Adam lak..mula-mula berlagak tak nak kahwin dengan Ariana just because of status. Tetapi lama-lama bila dah tangkap cintan dengan Ariana dah macam angau+++ sasau dah. Tetapi part dia berubah dari playboy kepada seorang yang lebih baik memang beri impak besar la. Ketika itu, dia tidak putus-putus berdoa yang Ariana merupakan jodoh terbaik buat dia. Even dia (Keith Foo) bukan beragama Islam tetapi dia menghayati watak dengan cukup baik. Mana tau, suatu hari nanti Hidayah Allah sampai buatnya. Alangkah indahnya.... 

Babak nikah semalam memang best....kedua-dua menitiskan air mata sebagai tanda bersyukur kerana DOA mereka dimakbulkan. So sweet.. Menitis air mata dorang berdua. Air mata kami penonton setia pun menitis.. Touching sangat.... Seolah-olah CINTA dan DOA mereka disatukan dalam suatu majlis yang tersangat istimewa dan mulia... Begitu indahnya pernikahan yang disyariatkan oleh Islam. Ketika majlis nikah selesai..seolah-olah segala pertanyaan dan kekusutan selama ini pun terlerai dan hati menjadi tenang. Sweet kan perancangan Allah.... 

Babak nikah yang TERBAIK...
Saya Suka.. Saya Suka.. & Anda pun pasti Suka ^_^
Sumber : Goggle
Cantik giler mata Ariana...
Pakai macam ni berganda cantiknya.. Subahanallah
Sumber : Goggle
Sweetkan??
Sumber : Goggle 
Nikah Ceremony 'Adam & Ariana'
Sumber: Goggle

Tengok episod semalam rasa macam tak sabar nak tunggu episod akan dantang Emmm...isnin lambat lagi la.. Dorang dah selamat diijabkabul just tunggu apa nak jadi dengan watak-watak lain jela.... Sweet sangat & love it much..... (^_________^)y

Thursday, February 6, 2014

Surprise !!!!

Ni story semalam yang punya.. Simple birthday celebration dari kengkawan yang rasa dah macam adik-beradik dah.. Thanks sesangat. Kali ni surprise korang memang menjadilah..  Sebabnya plan kali ni dah lain cikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Emmmm....sampaikan Cik Na Na pun tak perasan. Yela pagi semua orang sibuk pergi memantau. So bila masuk ofis time petang..semua sibuk buat kerja masing-masing lak. Suasana jadi tegang sekejap time tu tau..coz masing-masing buat hal masing-masing jer.. Tetapi tetiba sorang demi sorang masuk bilik Cik Na Na then yang last sekali bawak kek... Surprise...'Happy Birthday'. Terkezut mak cik tau...... Anyway thanks yer... Really appreciate korang punya suprise nih... Thanks...

So kat bawah ni adalah beberapa gambo muka suka sesangat... Hepi sangat letuuuuuuu.... Thanks kengkawan. Love all of you so much....(^_____________^)y

Time dorang letak kek atas meja..
Posing dulu..ada banyak kamera tu melilau jer mata....
Kak Ana kat belakang pura-pura sibuk dan buat tak tahu....

Mastermind majlis ni Nora.
Dari belakang jela..
Asal muka Cik Na Na cenggitu...
Suka sangat @ terkejuz sangat.... ^_^

Senyum lagik...
Almaklum lah dapat kek.
Yela selalunya buat kek untuk orang but this time orang yang bagi...
Alhamdulillah.....

Ni sesi memotong kek..
Senyum suka sesangat letu...
Muka dan tudung serabai je...
Puncanya,,,tengoklah keliling meja Cik Na Na berlambak-lambak kerja nak kena buat...
Stress bertukar kepada happy... ^_^

Ni la gambar kengkawan yang celebrate besday Cik Na Na
Ni gambar lain la coz pada hari kejadian semuanya sibuk so tak sempat nak posing bersama-sama.
Ni la geng kami '7 Miang Keladi'
Susah senang sesama ..... Love them much.....
Ok tu jer throwback sempena simple celebration besday semalam... K nak menjahit cikit before tidur yer.... K nite semua.

Wednesday, February 5, 2014

29 Before 30 : My To-Do-List Before Turn 30

Happy 29th Birthday

Have you ever stopped for a second and realised that time is just passing you by? Today it's my birthday, and I'm turning 29, the last year in my twenties. How did that happen?!

'29 Before 30'??? Next year...sambut besday dah tukar dah nombor di hadapan umur Cik Na Na. Dari no.2 tukar kepada no.3. Huhuhu....so faham-faham jela yer... Umur meningkat jadi banyak perkara dalam aspek kehidupan perlu ditingkatkan. 

So kat bawah ni ada beberapa perkara yang ingin Cik Na Na capai sebelum umur turn to 30... Bukan pelik-pelik sangat pun..biasa-biasa jer... Simple planning to make my life being meaningful.

Kiranya azam sempena besday la.. Kasi tulis terang-terang supaya nanti senang nak follow up azam berkenaan. Harap-harap semua perancangan yang dirancang ini sejajar dengan perancangan Yang Maha Esa. So bila sama perancangannya lagi mudah la urusan ini hendaknya. Amin.....

29 Before 30

Start date: 5 February 2014
End date: 5 February 2015

1) Kerjaya
Tak mintak banyak la. Dah bertahun-tahun mencari pekerjaan yang sejajar dengan kelulusan tetapi masih tidak dapat. Its ok.. Percaya bahawa setiap rezeki tu milik Allah. Even tidak bekerja mengikut kelulusan yang sepatutnya and at the same time tetap kena bayor PTPTN. Cik Na Na masih boleh tersenyum dengan apa yang ada kini. Just kerja biasa-biasa dan tak glamer pun... Tetapi kalau kita buat kerja itu dengan baik dan ikhlas. In Sha Allah...ada ganjarannya. Apa yang pasti pengalaman bekerja selama 5 tahun ini memang bukan sekadar pandai buat kerja sahaja tau tetapi lebih kepada memahami asam garam dalam pekerjaan itu sendiri. So simple wish untuk tahun 2014 ni, hope dapat la tukor kerja lain.. I means bidang lain, pejabat lain @ situasi lain. Bukan tak suka apa yang ada sekarang...tetapi kalau berada di satu tempat untuk satu tempoh yang lama rasanya bukanlah suatu pilihan yang baik... Kalau tak pun...mana tau terlebih rezeki dapat jadi 'FULLTIME HOUSEWIFE' lagik marvelousss ++++ meletopsssss.....

Secara umumnya 'Ungu Lavender House' ni dah ditubuhkan since 2009. Tetapi pada ketika itu, nama dia 'Syana Choco House' pastu pada 2012 tukar kepada 'Syana Choco Creative' dan lastly tahun 2013 tukar kepada 'Ungu Lavender House'. Hope ni yang terakhir dan kekal sampai bebila la yer... Produk dan perkhidmatan yang dijual dan dipasarkan di sini pelbagai. Tapi kadang-kadang tengok macam carca merba pun ada. Follower untuk page ni kat Fesbuk pun sehingga hari ni just ada 286 sahaja. Huh...tak glamer langsung la.. So untuk tahun 2014 ini nak mengandakan usaha mempromosikan lagi page ni.. Pastu cuba untuk kenalpasti kekuatan di setiap produk dan perkhidmatan ditawarkan. Sekarang memang ada customer tetapi tak cukup happening lagik.. Nak customer sama banyak dengan reader blog ni barulah meriah dunia bisnesku... Planning bagus-bagus tu tersangat penting tetapi lagi penting kuasa tindakan untuk mengerakkan planning tersebut.... So chayo...chayo...

3) Hubungan dengan Allah
Tak nak citer banyak-banyak... Itu rahsia Cik Na Na dan DIA... Tetiba teringat ayat seorang caller di Hotfm Jem petang tadi. Dia cakap 'Allah tu Baik, Jadi Dia Sentiasa Ada Untuk Mendengar Segala Masalah dan Membantu Kita'. Tak tau kenapa bila dengar rasa touching sungguhlah.... So soal hubungan ini 'BIARLAH RAHSIA'. Kalau citer macam tak sesuai jer kan... 

4) Hubungan dengan Incik Bb
Emmmmm....ni pun rahsia jugak lah... Yela hal rumahtangga mana leh gtau orang k... So 'Im Sorry' cannot share. Just boleh cakap...Im feel lucky because he choose me to be his wife... TQ.... 

5) Hubungan Sesama Manusia
Teruskan hubungan yang baik dengan semua orang. Prinsip hidup...'If You Cannot Accept Me At My Worst, You Don't Deserve My Kindness'. Simple jer kan... Maksudnya...Don't Sangka Clear Water Tak Ada Buaya yer.... Thats all. Faham ke idak... Up to you.... 

6) Ungu Pink's Diary
Mengharapkan terus mendapat tempat di hati anda semua para pembaca setia.. Huh..macam la glamer sangat ko punya blog Cik Na Na... Jadilah yer... Kalau orang tak baca pun.. Aku tetap tulis gak blog nih... Bukan untuk glamer tetapi its more kepada kepada kepuasan peribadi.. Tu jer... 

7) Aspek Kesihatan 
Ekoran berat badan semakin meningkat..rasanya tersangat perlu untuk mengurangkan apa yang terlebih... Planning and action untuk merealisasikan itu tersangat penting... So kena rajin-rajinkan diri untuk tingkatkan kesihatan di samping membesarkan kembali baju-baju yang telah mengecil (ni statement orang yang tak leh terima badan dia makin membesar) 

8) Aspek Kewangan
Emmm...biar rezeki itu BERKAT. Even sedikit tetapi kalau BERKAT pasti akan rasa cukup. In Sha Allah... 

9) Belajar
Ehhh...bukan nak sambung belajar ke peringkat Master yer.. Tetapi nak belajar lebih mendalam in bidang bakeri, pastry, jahit-menjahit di samping ilmu agama, kekeluargaan dan bisnes.. Supaya lebih bertambah lagi pengetahuan sedia ada.. Emmm...bukan sekadar belajar tetapi kena praktikkan dan juga share dengan orang lain. Yela kan pepatah iklan Cadbury ada cakap 'Sharing Is Caring'. 

10) Become a Mommy
Last thing ni my to-do-list adalah nak jadi mommy... Cara cakap macam mudah jer kan.. Kalau la baby tu boleh dapat semudah melukis pada kertas kan best... Senang kerja den.. Tetapi ini soal rezeki dan ketentuan Allah.. Sampai masa adalah nanti tu.. Yang penting teruskan berdoa dan berusaha... In Sha Allah...

Ok that's all bebelan tentang 'My To-Do-List Before Turn 30'. Tetiba taip bebanyak macam nak muntah lak.. Ni kira publish dulu yer.. Gambo esok masuk lak.. Tak tahan sesangat ni. Sat lagi muntah atas keyboard ni kang payah lak nak cuci.. So gud nite.. Nak publish gak malam ni coz nak dapatkan tarik 5 February 2014. Tu jer... K see you...

Amalan Menyambut Hari Lahir Dalam Islam

Assalamualaikum!~

Perkara paling menggembirakan dalam hidup seseorang adalah ketika dia dilahirkan ke dunia dan ketika dia menyambut hari lahirnya. Setiap kali kita melangkah ke satu tarikh baru, kita sebenarnya semakin menjauhi dunia ini, dan semakin mendekati kematian. Mengapakah hari lahir dikaitkan dengan kematian? Kerana semakin matang usia kita, sebenarnya semakin suntuk masa yang kita ada di dunia ini.

Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menyambut hari lahir. Ada yang menjamu rakan dan taulan, ada yang pergi bercuti, ada yang buat parti dan macam-macam lagi. Apa pun bentuk sambutan hari lahir, perlulah kita sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir apatah lagi jika ia melanggar batas-batas syarak. 

Sekali dalam setahun je ... 
Takkan tak boleh nak happy-happy sikit?

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa gembira dalam menyambut hari lahir, namun bagaimanakah pula pengisiannya terhadap diri kita? Semakin meningkat umur, maka semakin banyak yang perlu kita perbaiki dari segi amal ibadah dan perkara lain. Kita tidak dapat lari dari membatasi kegembiraan kita dengan batas-batas syarak kerana Islam adalah cara hidup kita.

Sebagai orang Islam, perlulah kita menilai dahulu bentuk sambutan yang bakal kita adakan supaya kita tidak melepasi sempadan yang dibenarkan. Paling penting, kita tidak menyerupai kaum lain atau agama lain, seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”
Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibn Hibban

Memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You' seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat.

Asal usul buat hajat dan meniup lilin 
Orang-orang Yunani (Greek) kuno meletakkan lilin di atas kek sebagai satu tanda simbolik memperingati dewa-dewa bulan Yunani iaitu Artemis. Mereka membuat cake berbentuk bulat simbol kepada bulan. Lilin-lilin di letakkan sebagai gambaran kepada cahaya bulan.

Lilin pada kek menjadi tradisi tersohor di Jerman suatu masa dulu. Dikatakan bahawa, mereka meletakkan lilin besar di tengah-tengah kek sebagai simbol "the light of life" (penerang hidup).

Sebahagian mubaligh percaya asap dari lilin akan membawa pergi bersama hajat dan doa mereka kepada dewa-dewa yang tinggal di langit. Ada juga yang percaya bahawa meniup lilin dengan sekali nafas akan membawa tuah kepada empunya diri dan asap lilin mampu menghalau semangat jahat.

Bersederhana 
Kita mungkin menyangkal sekeras-kerasnya pernyataan dengan mengatakan bahawa kita tiada niat untuk meniru mana-mana perlakuan yang menyerupai kaum atau agama lain. Kita sekadar ingin memeriahkan suasana dan make it happening! 

Seharusnya kita mengikut garis panduan yang telah disediakan agar tidak melampaui batasan kerna itulah cara hidup Islam yang menuntut kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bab menyambut hari lahir yang dilihat oleh sesetengah masyarakat sebagai perkara kecil dan sering diambil mudah.

Menyambut Hari Lahir
Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.

* Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
* Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
* Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.

Tujuan sebenar 
Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.

Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.

Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :

Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira
Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 
(Ad-Dhuha: 11)

Berbuat baik terhadap ibubapa
Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.

Doa-mendoakan antara satu sama lain
Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “Semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

Sumber : Nukilan Kenit
Mengadakan jamuan yang sederhana
Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

Mengadakan majlis tazkirah ringkas
Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

Memberi hadiah
Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

Muhasabah diri
Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.


Sumber : Nukilan Kenit

Allahuakbar, syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berada dalam jasad ini. Terima kasih ya Allah di atas kesempatan dan peluang yang Engkau kurniakan padaku. Terima kasih di atas segala nikmat dan kesenangan yang Engkau berikan padaku sejak dari dalam perut ibuku. Terima kasih di atas setiap hela nafas dan pancaindera yang sempurna yang Engkau anugerahkan untukku. Terima kasih di atas rezeki dan makanan yang Engkau kirimkan sepanjang umurku ini.

Sungguh terlalu banyak rahmat yang Engkau limpahi ke atas diriku, dan masih terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku yang silam dan di masa akan datang. Sungguh aku terkadang tewas bila digoda dan rebah bila dugaan melanda. Tetapi, rahmatMu tidak pernah putus untukku. Terima kasih ya Allah di atas peluangMu untukku. Ku mohon janganlah Engkau putuskan rahmatMu ke atas diriku dan keluargaku. Aaaamin ya rabbal 'alamin.

Sumber : blog Nukilan Kenit

Tuesday, February 4, 2014

Throwback 16 September 2012

Ni gara-gara my cousin kahwin semalam. So macam excited lak. Hari ni dok belek-belek gambar dalam fesbuk.  Tertarik la dengan gambar-gambar yang di'tag' oleh kawan-kawan sempena majlis perkahwinan Cik Na Na dolu-dolu. Kalau diamati betul-betul.....baru Cik Na Na sedar bahawa Cik Na Na memang tak create album kahwin dalam fesbuk. Yela..Cik Na Na ni kalau orang lain kahwin kepoh sungguh snap gambo than upload tetapi bila gambar sendiri..diam diam jer yer.. Hehehe... Ni gara-gara terlalu sibuk dengan preparation, majlis, hunnymoon, bina hidup baru dan macam-macam lagi la. So memang tak sempat.....dan last-last lupa nak update gambo.. 

Kat bawah ni ada beberapa gambar semasa Majlis Resepsi di rumah Cik Na Na pada 16 September 2012 yang dolu-dolu.. Semua gambar ni adalah gambar-gambar yang di'snap' dan di'tag' oleh kawan-kawan dan saudara mara. Thanks ya... Jom layannnnnnnn..... (^_________^)y

Waiting My Incik Bb... 

Wif Erni
Wif Cik Yan Yan
Wif Kak Jie
Wif Mak Ita
Wif Marimar
Ada banyak lagi gambar Cik Na Na secara personel wif kengkawan.. Rasa macam retis lak time tu.. Tapi tak semuanya ada kat sini la. Coz ini pun sumber dari fesbuk kawan-kawan yang tolong 'tag'kan gambo.. Im sorry pada yang tak dapat interframe yer... Ni just share apa yang ada jer... (^_________^)y

Gambar dengan kengkawan ofis..
Thanks semua sebab datang..
Masa Incik Bb tiba..
Pelik tul la pengapit tu...bawah bumbung pun kena payung  ekkk???
Ala-ala...malu-malu lak.... Iskh... ^_^

Meriah pelamin ngan kengkawan ofis..

Time makan beradab..
Kat belakang tu Cik Marimar & Cik Yan Yan

Time makan beradab
Kat belakang tu kawan-kawan masa form 6
Yazid, hilmi, naim dan yus.. Thanks sebab datang...

Yang ni lak kawan since tadika dan darjah 1
Yan, Sue & Ikin.. Love them much....

Kawan-kawan ofis yang meriah dan vogue...
En.Hussin, Mak Ita, Erni, Nora, Kak Jie, Kak Hana & Fahana
Wif Fahana & Nora (Bff) ^_^
Ishk..Incik Bb..awak tengok tang mana tu???
Musykil sungguh la...

Kat bawah ni lak ada la 2 keping jer gambar outdoor kami.. Jadilah sekadar throwback... Haa...gambar utama blog ni pun merupakan salah satu gambar time outdoor kami.... 

Tasik ni kering time kami buat outdoor..
Merasalah duduk di tengah-tengah tasik
Lokasi : Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar

Gambar ni nak interframe kasut dan bunga tangan...
Pengantin...emmm..dah penat bergambo sampai terduduk....

Sekian jer my throwback bout my weeding.. Dah 1 tahun 4 bulan dah kami mendirikan rumahtangga... Alhamdulillah.. Semoga kami berjaya melayari bahtera rumahtangga ini dengan penuh rasa bahagia, cinta dan sentiasa bersyukur kepada Allah... Bukan sekadar 'Setia Hujung Nyawa' tetapi 'Cinta dan Setia Till Jannah'. Saya nak jadi bidadari awak bukan hanya di dunia tetapi juga di Jannah nanti....