Bunga Berguguran

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, March 24, 2014

Ayam Golek Tiga Rasa

Rasanya dalam banyak-banyak resipi Cik Na Na masak...resipi ini lah paling cepat hupdate kat blog kesayangan nih.. 

Nak tau sebab apa tak???? 
1) Sebabnya Cik Na Na tak kerja ini hari .... Bukan hari ni jer..tetapi minggu ini. ^_^
2) Mood tersangat baik untuk memasak dengan gigih untuk My Incik Bb....
3) Hari ni dapat suatu motivasi baru melalui kejadian yang baru terjadi.. Bak kata orang...setiap yang berlaku ada hikmahnya.. So tak perlu menangis dan meratapi sebaliknya terus bangun, berdiri dan kalau boleh berlari jauh-jauh dari masalah itu dan juga makhluk berkenaan. Huh...kita hidup demi Allah bukan untuk manusia seperti awak.. Huhuhu...sorry emosional cikit...
4) Sementara menunggu Incik Bb pulang...so kita manfaat masa dengan hupdate blog.. 

Petang ni, Cik Na Na masak untuk dinner adalah 'Ayam Golek Tiga Rasa' tetapi idak la guna seekor ayam tergolek dalam pinggan, just guna ayam yang dipotong kecik-kecik dalam jumlah yang kecil sahaja ma.. Coz makan 2orang jer pun.. Selain tu..ada sayur goreng dengan bebola ketam, udang, ikan dan sotong. Marvelesss sungguh.. Air just simple jer..cincau... 

Ni la rupa yang patut terjadi kalau mengikut tajuk resipi... ^_^

Resipi 'Ayam Golek Tiga Rasa'
Sumber : Majalah Pengantin Keluaran Oktober 2012
Terjumpa resipi ni time tengok gambar2 hijab pengantin dalam ini majalah... 

Tadaa....ini lah hasil 'Ayam Golek Tiga Rasa'.
Tapi kita namakan 'Ayam Goreng Tiga Rasa' jela...
Coz rupa totally different dengan rupa resipi asal..

Selamat mencuba yer... Rasanya Cik Na Na tak perlu taip satu persatu resipi ini coz jelas lagi terang resipi dalam gambar yang terpampang di atas... Even rupa tidak 100% seperti gambar dalam majalah.. Hope rasanya ok la yer.. Ikutkan lidah ni ok jer... Tapi tetap kena tunggu juri pulang dan rasa dahulu then baru leh tau keputusannya. K nak siapkan meja makan coz my peyuttt dah menyanyi macam-macam lagu dah ni minta diisi... K c u on next entry yer.... (^________________^)y

Saturday, January 25, 2014

Resipi Chocolate Moist Cake

Jom belajar buat kek coklat moist pulak yer.. Hari ni entry Cik Na Na penuh dengan resipi jela yer... Time hujung minggu ni la nak duk memerap lama-lama depan laptop ni pun... K jom review resipi. Make sure anda cuba yer.. In Sha Allah sedap... (^____________^)y

Chocolate Moist Cake
Bahan-bahan kek :
* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup
**1 cawan serbuk koko
* *1/2 cawan gula halus
** 1 cawan air panas
* *1/2 cawan susu cair

Cara-cara membuatnya :
1) Masukan bahan yang bertanda ** serbuk koko, gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dengan api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat.  
2) Sejukkan dan tuangkan ** susu cair, kacau rata dan ketepikan.
3) Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji.
4) Ayak tepung dengan baking powder, masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
5) Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
6) Sejukkan kek sebelum untuk topping. 

Bahan-bahan Topping :
* 500gm coklat (dipotong kecil)
* Susu Segar / whipping cream
* 50 butter

Cara-cara membuatnya:
1) Didihkan susu segar / whipping cream dengan api perlahan.
2) Setelah mendidihan masukkan potongan coklat.
3) Gaul sehingga sebati dan pekat.
4) Tutup api, dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair dan sejukkan sebelum dituang atas kek. 
5) Hias mengikut kreativiti anda.

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Resipi Aneka Tart

Resipi aneka tart ni diberi oleh seorang kawan. Jadi kita share la yer untuk sama-sama menambah ilmu. Kat bawah ni Cik Na Na akan share 4 jenis resipi tart iaitu tart telur, tart buah, tart blueberry cheese dan tart coklat. Mula-mula sekali kita belajar buat dia punya tart shell yer. Then baru kita buat inti tart tu pulak k... Jom belajar.... (^___________^)y
Resipi :  Tart Shell (Kulit Tart)

Kulit Tart
Bahan-bahan:
* 140g butter
* 1biji telur kuning
* 70gm gula aising
* 200gm plain flour

Cara-cara membuatnya :
1) Campur ke semua bahan ke dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. 
2) Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3) Masukkan adunan ke dalam acuan. 
4) Cucuk permukaan bawah kulit tart dengan garfu.
5) Bakar dengan 180 darjah celcius selama 15-20minit.
Resipi : Tart Telur

Tart Telur
Time ni buat untuk jamuan raya ofis ^_^
Bahan-bahan:
* 140gm gula
* 300ml air
* 4biji telur 
* 80ml susu cair

Cara-cara membuatnya:
1) Masak air dan gula tadi sehingga mendidih. Tak perlu kacau gula tersebut.
2) Setelah mendidih, tutup api dan biarkan air gula itu sejuk seketika.
3) Setelah air gula sejuk, campurkan susu cair dan telur.
4) Pukul hingga sebati dan tapis adunan tersebut.
5) Setelah itu, boleh masukkan adunan telur tadi ke dalam kulit tart.
6) Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 10-15minit @ sehingga masak. 
Resipi : Fresh Fruits Tart

Tart Buah-buahan Segar
Boleh hias dengan anggur, kiwi, strawberry dan appricot 
Bahan-bahan :
(Untuk buat cream pastry)
* 400ml susu segar
* 4biji kuning telur
* 60gm gula
* 25g plain flour + 25gm tepung jagung
* 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya : 
1) Panaskan susu segar sehingga mendidih menggunakan api yang perlahan.
2) Di dalam mangkuk, campurkan kuning telur & gula.
3) Kemudian masukkan plain flour dan tepung jagung.
4) Masukkan susu panas sedikit demi sedikit dan terus kacau sehingga sebati.
5) Tapis adunan tersebut.
6) Masak adunan sehingga menjadi pekat (seperti mayonis)
7) Angkat dan sejukkan seketika. 
8) Masukkan ke dalam kulit tart dan hias dengan buah-buahan segar kesukaan anda. 
Resipi : Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan :
* 250gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 20gm butter
* 60gm gula castor
* 1 biji telur gred A

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan ke semua bahan dan pukul hingga sebati.
2) Letakkan Blueberry Filling ke dalam kulit tart.
3) Masukkan adunan cream cheese yang telah sebati.
4) Corakkan mengikut kreativiti.
5) Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak. 
Resipi : Tart Coklat

Tart Coklat
Dibuat sebagai buah tangan ke Penang 
Bahan-bahan: 
* 500 - 600gm Coklat Compound
* Hiasan - coklat urai, aneka hiasan comel

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan coklat menggunakan kaedah douvle boiled.
2) Setelah cair, masukkan ke dalam kulit tart.
3) Hias tart coklat mengikut kreativiti anda.
4) Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di makan.
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Wednesday, January 22, 2014

Japanese Cotton Cheese Cake


[Resepi Japenese cotton cheese cake]
OLEH Rohimatul Mat Yussuf
LIKE imasak.com

Bahan A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar

Bahan B
40g tepung kek
30g tepung jagung

Bahan C
4bji kuning telur

Bahan D
4bj putih telur
1/8 sudu kecil cream of tartar
100g gula castor
Secubit garam

Cara2 :
Sediakan loyang 8"
Griskan loyang dan alaskan kertas minyak
Balutkan bhagian bawah loyang dgn aluminium foil

1- masakkan bahan A cara double boile hingga cheese cair dan pekat matikan api.
2- masukkan bahab B dan gaul hingga sebati
3- masukkan bahan C (satu persatu)
4- gaul sebati adunan cheese hga sebati dan ke tepikan
5- pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk
6- masukkan adunan cream cheese gaul sebati
7- tuangkan adunan kek ke dlm loyang
8- bakar kek guna teknik water bath selama 40minit pd suhu 160·c guna api bawah shaja /bakarbsehingga masak
Japanese Cotton Cheese Cake

Resipi : Japanese Cotton Cheese Cake
 oleh : Rohimatul Mat Yussuf


Bahan-bahan :

Bahan A
-160g cream cheese
-25g butter
-120g susu segar

Bahan B

-40g tepung kek
-30g tepung jagung

Bahan C

-4biji kuning telur

Bahan D

-4biji putih telur
-1/8 sudu kecil cream of tartar
-100g gula castor
-Secubit garam

Cara-cara :

- Sediakan loyang 8"
- Griskan loyang dan alaskan kertas minyak
- Balutkan bahagian bawah loyang dengan aluminium foil

1) Masakkan bahan A cara double boil hingga cheese cair dan pekat matikan api.
2) Masukkan bahab B dan gaul hingga sebati
3) Masukkan bahan C (satu persatu)
4) Gaul sebati adunan cheese hingga sebati dan ketepikan
5) Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk
6) Masukkan adunan cream cheese gaul sebati
7) Tuangkan adunan kek ke dalam loyang
8) Bakar kek guna teknik water bath selama 40minit pd suhu 160·c 
Guna api bawah sahaja / bakar sehingga masak


Resipi ni tak ingat actual sumber dia lah. Apa-apa pun just for sharing together-gether bagi menambahkan pengetahuan masak-memasak ni. Anyway selamat mencuba yer.. Cik Na Na..memang nak try.. Tapi kena tengok mood dulu macam mana yer... Sekarang ni mood tak berapa sihat cikit, tapi ceria cuma makan tu tak berapa agresif sangat for this week la.. Buktinya lunch hari ni just makan roti dan kopok lekor cawan RM2 jer.. Kalau tak..claypot tom yam seafood la, bakso la, nasi putih wif ikan kembong bakar asam pedas la... Macam-macam ditelannya. Huhuhuhu....seronok lak rasanya kurang makan macam nih.. (^__________^)y

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Friday, December 13, 2013

Kek Keju Meleleh

Entry ni Cik Na Na edit cikit yer... Kalau sesiapa pernah tengok resipi yang asal ada tepung jagung.. Cik Na Na dah remove dah tepung jagung tu... Coz bila letak mende tu 'Phailed' jer kek keju korang nanti...

Tapi bagi yang malas nak ikut resipi ni.. Cik Na Na suggest p jer kedai bakery dan beli ' Tepung Optima / Sponge Mix Cake'. Nanti balik rumah just campur dengan telur, air dan mentega. Pastu pukul hingga kembangn dan bakar. Topping dia ikut resipi di bawah ni yer... Mudah dan menjimatkan masa.

Contoh Sponge Mix Cake yang ada di pasaran

Resipi dah ada..So mesti kena try gak yer resipi kek keju nih.... (^___________^)y

Kek Keju Meleleh..
Macam sedap jer.. Macam terliur jer..
Sumber: Goggle

Bahan-bahan untuk Kek
**100g tepung hongkong/tepung kek 
**1 sudu kecil baking powder 
*1 sudu besar ovalette 
*100g gula kastor 
*4 biji telur & 2 biji kuning telur 
*50ml air sejuk/susu cair 
*75g mentega cair 

Cara Membuat:
1) Ayakkan dahulu bahan yang bertanda**
2) Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Cream
* 250g cream cheese
* 120g susu pekat manis
* 50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Cara Membuat :
1) Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.
    (bagi yang nak cair lagi,tambah lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)
2) Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese, diparut.

Cara penyediaan
1) Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping.
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
3) Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
4) Parutkan cheddar cheese di atas kek. Siap.

~ Selamat Mencuba ^_^ ~

Tuesday, October 22, 2013

Kek Lumut

Tetiba lak teringin kek kaler ijau nih.. Ntahlah kenapa lately ni tersangat suka kaler hijau. Senang citer 'I fall in love wif green'. Maybe dah sampai waktu kematangan kot. Yela dulu masa sekolah dan kat universiti terlalu obses dengan pink. Ketika di awal kerja pun cenggitu.. Tetapi makin lama, makin boleh terima kaler lain dalam hidup nih.. And latest nih..terlalu minat kaler hijau. Sampai tengok kek kaler ijau pun suka. Lalalala...simptom apakah ini? So bila goggle jumpa kek ijau and dapat tau nama dia 'Kek Lumut'. So apa lagi copy resipi dan tenghari ni nak p shopping barang untuk buat kek lumut nih.. Macam simple jer caranya. Hope kerajinan menjadi la yer malam nih... (^_______^)y

Kek Lumut...in luvly green ^_^
Sumber : Goggle
Kek Lumut wif cream cheese topping ^_^
Nak buat macam nih..
Sumber : Goggle 

Resipi 'Kek Lumut'

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega.

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Saturday, October 5, 2013

Di Huang Liang Goreng Belacan

Di Huang Liang merupakan sayur yang menjadi feveret. Tu sebab modified resipi ini dari kangkung goreng belacan. Nak tau apa itu sayur Di Huang Liang boleh tengok dalam entry 'sayur-faveret' (sila klik pada link ini yer). Actually...resipinyer tersangat simple. Kalau orang yang pakar masak mesti cakap.... 'Ala sambil pejam mata pun leh masak la..' Hehehe... Jom review resipinyer yer... Mana tau anda leh cuba untuk menu makan malam this nite.. (^________________^)y

Resipi : Di Huang Liang Goreng Belacan

Bahan-bahan:
Bahan A
500gm Di Huang Liang (resipi asal kangkung)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumbuk)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara Membuatnya:

1. Di Huang liang dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemuadian toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbak hingga wangi.

Tumis Bahan B hingga wangi
 2. Masukkan Di Huang Liang. kacau rata dan rasakan masinnya.

Masukkan Bahan A dan kacau hingga masak
4. Hidangkan dengan nasi putih.

Tadaa...ni la hasilnya...
So Nyammy.. ^_^
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Ikan Kukus Ala Thai

Resipi asal bernama Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai. Tapi diubah menjadi 'Ikan Kukus Ala Thai'. Sama jela kan.....yang berbeza just ikan yang digunakan jer. Resipi asal guna ikan siakap tapi saya guna ikan kembong. Sebabnya itu jer stok dalam peti sejuk yang ada. So jom review resipinya. Memang sedap. Yang best Incik Bb pun puji sedap.. Alhamdulillah. 

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar (saya guna ikan kembong)
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air 
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang (diganti dengan tomato & salad)

Cara Penyediaan :
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.

Ikan Kukus Ala Thai b4 dikukus... ^_^
Hasilnya selepas dikukus
Ikan Kukus Ala Thai by Me ^_^
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Wednesday, October 2, 2013

Chicken Rice In Da House

Menu kami malam ni Nasi Ayam @ Chicken Rice (dalam bahasa omputihnyer). Actually bukan kami masak pun..just Incik Bb bawak balik dari ofis. Ada orang bagi katanya. Yang saya masak just sos nasi ayam sahaja & prepare salad & tomato. Itu jer. Anyway kat bawah ni ada resipi yang diambil dari blog http://iresipi.com Oleh : Che' Nom nama penanya. Jom kita review resipinya. (^__________^)y

Chicken Rice ^_^
Resipi Nasi Ayam Sedap
Masa:Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan menggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayamBahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Membuat:
Cara untuk ayam:
- Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
- Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
- Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
- Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
-Basuh beras dan tos air.
-Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
-Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
-Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
-Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
-Kisarkan semua bahan di atas.
-Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.Cara untuk memasak kuah kicap:
-Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Ni hidangan makan malam kami tadi
Next time leh cuba resipi nih.. ^_^
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Friday, September 27, 2013

Red Velvet Moist

Tetiba rasa nak mem'baking' Red Velvet lak.. Stok chesse memang ada banyak dalam fridge.. In Sha Allah..kalau rerajin jadilah jugak red velvet tu. Actually tak la suka sangat kek tu, tapi tetiba teringin lak.. Ishk...macam ada sesuatu jer..!!! Lately ni asik tingin nak mamam yang manis-manis.. Tiap-tiap hari mesti beli coklat..risau pun ada takut lagi bam bam lak... Pe-pe pun jom layan resipi kat bawah. Sesiapa rajin leh jer buat kek ini on this weekend yer. Tapi yang pasti malam ni nak buat laksa untuk bawak balik umah mak mentua. Harap-harap dipermudahkan urusan 'The Make Of Laksa' tu yer.. (^_____________^)y

Red Velvet Cake
Sumber : Goggle
RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
**2 cawan tepung kek/superfine
**2 sudu besar serbuk koko
**1 sudu kecil baking powder
**1 sudu kecil soda bicarbonat
**1 sudu kecil garam
*1 cawan buttermilk - resepi di bawah
*1 cawan gula halus
*1 sudu besar pewarna merah
*1 cawan minyak masak
*1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
*2 biji telur A
*esen vanila

Topping
*250g cream cheese @ satu ketul
*1/2 cawan whipping cream
*1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
*1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
1)Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

2)Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam mangkuk. Ketepikan.

3)Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. 

4)Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

5)Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 

6)Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. 

7)Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Boleh gak dijadikan dalam bentuk cuppies begini ^_^
Cute sangat kan???
Sumber : Goggle
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Sunday, September 22, 2013

Kuih Keria

Petang ni akhirnya berjaya buat kuih keria yang telah beberapa minggu berangan dan berazam nak buat. Finally it work.. Hehehe... Even rupernyer buruk tapi rasa dia Incik Bb kata sedap.. Lebih sedap dari kedai sebab rasa ubi keledek sangat banyak lagi menyerlah berbanding tepung. Alhamdulillah...tu la menu minum petang kami hari ni dan kenyang sampai ke malam. So malam tak payah makan dan boleh mengadap Internet sampai lebam..

Jadi kat bawah ni adalah simple resipi... Baru ku tahu..senang bangat resipinyer.. Ubi keledek ada balance lagi. Esok cadang nak buat untuk bagi kawan-kawan ofis merasa lak... In Sha Allah..  (^__________^)y

Bahan-bahan : 
500gm keledek
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara Membuatnya: 
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebuskan hingga lembut.
3. Toskan air dan hancurkan keledek hingga lumat.
4. Gaulkan dengan tepung dan uli hingga menjadi gegelang kecil.
5. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Masakan bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
7. Tutup api dan masukan kuih. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih.
8. Akhir sekali, hidangkan. 

Kuih Keria In The House
Special make by Me ^_^
~~~ Selamat Mencuba (^__________^)y ~~~

Friday, September 20, 2013

How To Make Mempelam Tiga Rasa

Hari ni duduk di rumah.... lantaran pagi tadi sakit kepala sesangat. Emm...rasanya sakit ni boleh diklasifikasikan berpunca daripada stress. Jarang-jarang berlaku..melainkan stress yang teramat sangat jer...mesti jadi macam nih.. Puncanyer yer??? Tak boleh citer... Tu rahsia...tapi tak ada kena mengena dengan komitmen dan tanggungjawab sebagai isteri yer.. Sebenarnya saya suka lagi bangga jadi isteri dia.. Hehehe.. Macam membodek jer.. 

Ok berbalik kepada tajuk entry..jom kita sama-sama belajar buat 'Mempelam Tiga Rasa'. Kenapa tiga rasa??? Coz ada rasa manis, masin dan pedas yang meletopsss... Actually bangun pagi-pagi tadi ada buat untuk membe2 ofis..tapi disebabkan pas solat subuh kepala makin sakit sehingga menitiskan air mata tak dapet la nak bawa dan bagi korang merasa yer.. In Sha Allah next week k..

Kat bawah ni ada cara-cara membuatnyer.. Tersangat simple dan kacang.. Semua orang boleh buat.. Tapi kalau malas nak buat...boleh jer tempah pada kiter.. Simple jer kan... Jom kite belajar sama-sama k.... (^___________^)y 

Buang bahagian tangkai mempelam dan rendam
Tujuan : bagi getah dia tanggal dan untuk mengelakkan kuku hitam kena getah tu ^_^

Potong mempelam nipis-nipis macam ni
Selepas itu letakkan garam & gaul hingga sebati ^_^

Masukkan hirisan cili padi
Kuantiti bergantung pada tahap kepedasan yang diinginkan ^_^

Masukkan gula ke dalam aduan mempelam tadi
Kuantiti gula : Makin banyak makan sedap
(sebab nanti bila cair rasa manis akan lebih terasa) ^_^

Gaul semua hingga sebati
Boleh rasa yer...if ada yang kurang boleh tambah.
Sesiapa suka belacan pun boleh letak..
Tapi  untuk adunan ini tidak ada belacan..coz risau customer tak tahan bau / tak suka 

Tadaa..dah siap..
1 bekas ni saya jual Rm10.00 sahaja
Penuh dan semuat-muatnyer saya isi mempelam nih.. ^_^
(Isi sahaja, biji akan diletak jika customer minta, kalau ada pun just sebiji dua jer)

Biji Mempelam saya simpan untuk kudapan diri sendiri..
Tersangat suka.... ^_^
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Thursday, August 29, 2013

Cheese Mousse Cake

Jom kawan-kawan try resipi 'Cheese Mousse Cake'... Ni ada resipi yang tersangat simple untuk dikongsi. Boleh try buat yer weekend nih. Tapi kalau malas nak buat just order jer kat fesbuk https://www.facebook.com/pages/UnGu-LaVendeR-HoUsE. Saya akan buka order di situ. Jom cuci mata dengan resipi 'Cheese Mousse Cake' yang telah diedit dengan comel sekali.... (^_______^)y







~~~ Selamat Mencuba ~~~

Wednesday, July 31, 2013

Asam Pedas Bungkus

Berbuka puasa hari ni kami suami isteri masak 'Asam Pedas Bungkus'. Rasanya Allhamdulillah...licin.. Guna 3 ekor ikan kembung jer..tu pun tak berapa nak cukup gak la.. Nasib jer tak berebut... Kat bawah ni ada simple resipi dia.. (^__________^)y

Bahan A
400gm ikan pari (tapi just guna ikan kembung je)
1 cawan air asam jawa
3 tangkai daun kesum
5 tangkai daun ketumbar (ganti dengan saderi)
2 batang serai
6 biji bendi (ganti dengan bunga kubis)
1 biji tomato (dipotong 4)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum, kemudian biarkan sehingga mendidih dan pekat.
3. Susunkan ikan,tomato, serai, bunga kubis, dan saderi di dalam aluminium foil.
4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20minit.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Ikan disusun bersama-sama cili, tomato, bunga kubis dan saderi
Tuangkan sambal yang telah  ditumis ke  atas  ikan
Tadaa...dah siap dah 'Asap Pedas Bungkus'
~~~~ Selamat Mencuba ~~~~

Tuesday, July 30, 2013

Ayam Lada Hitam

Ayam Lada Hitam
(kurang menyerlah sebab tak ada kaler ijau pada hidangan)
Bahan-bahan:
Bahan A :
500 gm ayam
1 batang lobak merah 
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
2 sudu makan serbuk lada hitam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

Bahan B (untuk menumis) - semua bahan ni perlu dihiris halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar 

Bahan C (hiasan)
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 biji tomato (dipotong 4)
2 biji cili merah (dihiris)

Cara Memasak : 
1. Buangkan kulit ayam, kemudian potong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.
5. Masakkan hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan. 

Resipi ini dibuat sebagai percubaan kali pertama, Alhamdulillah menjadi even rupa tak la cantik sangat lauk aku masak nih tetapi rasa macam makan Ayam Lada Hitam sama seperti aku makan kat Heritage Hotel, Ipoh. Kalau tak silap la aku pernah makan lauk ni kat sana. Pe2 pun..next time buat kena letak daun sup dan daun bawang baru la menyerlah warna hidangan dan memberi aroma yang lebih enak. 

~~~~ Selamat Mencuba ~~~~

Sunday, July 28, 2013

Tom Yam Ala-ala Steamboat

Sehari sebelum Ramadhan hari tu..kiranya selasa last week la (9 July) adalah buat makan-makan ckit kat ofis. Buat la tom yam ala-ala steamboat gitu. Alhamdulillah..habis licin... 3 kali gak la memasak kuah tu. Kat bawah ni ada simple resipi dan gambar kuah serta bahan-bahan celur jer.. Tu jer sempat snap...time hidang dan makan semua tak sempat. Tak pela kan.... Janji kenyang.... (^_______^)y

Bahan-bahan untuk Kuah Steamboat :
Serai
Lengkuas
Daun Limau Purut
Pes Tom Yam Adabi
Garam
Limau Kasturi
Cili padi
Bawang Putih
Sos Ikan

Bahan-bahan untuk Celur dalam Kuah Steamboat:
Ayam
Makanan Laut (Udang, sotong, ketam, kerang dan macam-macam)
Cendawan
Bebola (daging, ketam, udang dan sebagainya)
Sayur-sayuran (bayam, lobak)

Kuah steamboat
Lokasi : Ofis Ku....
Bahan-bahan celur Steamboat
Simple jer...
Lokasi : Ofis Ku....
Kat bawah ni pulak gambar steamboat yang aku pernah buat kat rumah sendiri dan rumah ibu-ku. Rumah mak mentua pun ada tapi tak sempat snap gambo je la.. Pe-pe pun...kalau teringin leh la buat sendiri di rumah.. Kalau nak makan kat luar pun boleh...bagi orang di Ipoh.. Syabu-Syabu Steamboat kan ada.

Steamboat kat rumah sendiri
Steamboat kat rumah mak
Dinner with kawan-kawan kat Syabu-Syabu Steamboat Ipoh