Bunga Berguguran

Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Ujian Kehamilan Negatif !!!!!!!

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda. 

Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid. 

Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula. 

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur. 

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini: 

Anda mungkin mengalami polisistik ovari 
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang. 

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin 
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil. 

Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor. 

Sumber : Baby Center

Sumber : Goggle

Asyik negatif jer.. Dah jenuh cek dah. Even p klinik pun negatif. Orang dok tanya-tanya... Huh..terlalu memberikan tekanan la mende macam nih.. Sabar bebanyak yer... Rezeki tu hak Allah. Sampai masa adalah nanti tu yer... (-_______-) Redhakan jela..... 

Thursday, January 9, 2014

Pregnancy Date Calculator

Memalam ni dok main calculator lak.. Ni bukan sebarang calculator tau.. Ni just tuk teka-teka nak kira due date if pregnant la.. Baru tau wujud gak mende macam nih... If berminat nak try leh ke web Medical College Of Winconsin. 

Kaedah aplikasinya tersangat mudah... Just masuk date terakhir period yg lepas.. Tu jer.. Senang kan. Pastu nanti aplikasi ini akan kira untuk kita.. Hasilnya akan jadi macam bawah ni lah... Kalau ikut kiraan...due nya 1 Oktober 2014.. Huh..semangat sungguh la.. Macam best jer... Macam menarik jer... (^________^)y

Wednesday, January 8, 2014

Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung

Lately ni this blog akan banyak share bout ibu hamil yer kengkawan. So sabor jela yer kepada pembaca yang mungkin tak ada kena mengena dengan topik ini. Just for sharing sebab sekarang ni ada beberapa orang yang terdekat sedang pregnant. So this info boleh la dibaca untuk dimanfaatkan. In Sha Allah. Kat bawah ni ada Amalan Ibu Mengandung yang diadaptasi dari kata-kata Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Saya kasi edit cikit in pinky and cutties version. Supaya semangat sedikit nak membacanya yer... (^_______^)y






Tuesday, December 31, 2013

Mabuk, Loya & Muntah

Wawawawah...tetiba tulis entry tentang mabuk, loya dan muntah la pulak ekk... Ishk..bahaya ni, kot-kot mampu mengundang kontroversi dan gosip-gosip liar. Actually just perkongsian bersama jer yer.. Nothing fishy agenda.. Tapi kalau ada pun Alhamdulillah.... Doa-doakan la yer... (^__________^)y

Apakah mabuk hamil?
Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil. Hubungilah mereka melalui forum kami. 

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?
Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggukehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua. Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 

Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada wanita lain yang menghidap penyakit di forum BabyCenter. 


Morning Sickness
Sumber : Goggle

Tuesday, October 22, 2013

Bagaimana mengetahui diri mengandung?

As usual sekadar perkongsian bersama. Mana tau kot-kot ada di antara pembaca blog ni yang mengharapkan untuk hamil. Artikel ini mungkin boleh membantu anda. Tak salah berkongsi ilmu...coz 'Sharing is Caring'.. Lagi banyak yang kita explore, kita baca dan kita share maka lagi banyak la pengetahuan yang kita perolehi. So jom baca & tambah pengetahuan bersama-sama.. (^________^)y. Leh dijadikan checklist jugak tau.... 

Jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan... 

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah! 


New Journey Start ^_^
Sumber : Goggle
Ni pun  ada sedikit tanda-tanda simple lah if lewat period just in 5 days dia punya tanda-tanda adalah seperti kerap membuang air, rasa lenguh kaki tangan, rasa letih dan mengantuk, kerap merasa lapar dan mulut terasa pahit. Apa-apa pun if nak comfirm p klinik untuk pengesahan yang selanjutnya. Serta selamat menjalani sebuah perjalanan dan pengalaman yang baru dalam hidup anda... 

Perkembangan Baby Dalam Rahim

Dulu masa di universiti ada amik satu subjek mengenai 'Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia'. Terus terang cakap memang subjuk ni di antara the best subjek yang dipelajari. Yela mana tidaknya...dah nama pun perkembangan manusia so kita akan belajar mengenai segala aspek perkembangan manusia dari pembentukan janin sehinggalah peringkat terakhir dalam fasa kehidupan manusia iaitu kematian. Nama pensyarah tu kalau tak silap Pn. Azura. Seorang yang tegas tetapi best sangat belajar dengan dia. Part paling best...Cik Ina dapat A for this paper. Alhamdulillah...  
Dalam banyak-banyak bab in this subjek, bab yang paling feveret adalah bab 'Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi'. Memang best sangat-sangat..sebab kita boleh mempelajari setiap perkembangan baby dari minggu ke minggu. Subahanallah...memang terasa besar lagi agung kuasa Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh keajaiban dan kesempurnaan. 

Time tu belajar dengan penuh kesungguhan la katakan. Baca buku pun kulit ke kulit..minat sungguh la katakan. So ni just for refresh my mind bout baby in womb. Saje suka-suka mengingati subjek feveret ku ini. Mungkin boleh jadi panduan kepada kepada bakal-bakal ibu di luar sana. Yela...'Sharing Is Caring'...right??? So jom review serba ringkas perkembangan baby... (^________^)y

Baby in womb
Sumber : Goggle 
1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

Perkembangan Baby in Rahim
Sumber : Goggle

Thursday, October 17, 2013

Kehamilan Di Luar Rahim

Entry tentang ini berdasarkan kisah seseorang yang Cik Ina kenali. Kesian dia... apabila dia dapat tahu yang kehamilan sulungnya itu merupakan kehamilan di luar rahim dan terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan selanjutnya. So hari ni Cik Ina mencari artikel mengenai 'Kehamilan Di Luar Rahim' kerana diri ini kurang arif mengenai kehamilan apatah lagi mengenai kehamilan yang unik sebegini. Apabila dibaca keseluruhan artikel ternyata memang sangat berisiko dan takut pun ada jugak. 

Jom baca artikel ini bagi menambah pengetahuan sedia ada kita. Oleh itu, mohon sebarkan dan kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda yang lain jugak yer. Di samping itu, kita juga boleh bersama-sama memanjatkan doa untuk ibu muda ini supaya lebih kuat dan tabah bagi menghadapi dugaan Allah SWT ini. In Sha Allah...pasti ada hikmah di sebalik setiap rencana dari-Nya......

Apakah itu kehamilan di luar rahim?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?
Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 

*Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.

*Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.

*Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

*Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

*Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.

*Jika anda merokok.

*Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

*Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?
Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

1) Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

2)Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 
* Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
* Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
* Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
* Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 
* pembedahan ini lebih cepat;
* kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
* anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
* kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
* tahap kerosakan tiub tersebut;
* tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
* keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?
Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku. 

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. 

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF. 

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?
Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Sumber artikel ini daripada http://www.babycenter.com.my.

Normal Pregnancy vs Ectopic Pregnancy
Sumber : Goggle

~~~ Sharing Is Caring ~~~

Wednesday, August 21, 2013

Rasa Loya & Muntah

Entry ni bukan saje-saje tulis tau. Lately ni la perasaan yang melanda jiwa.. Macam tak tahan la pulak.. Tekak jadi macam pahit tak pahit. Tapi kepala tak lak sakit.. Maybe saki baki demam yang hari tu tak habis lagi kot. Ntah la....tapi kalau pragnant pun ok gak.. Memang itu yang dinanti-nantikan, tambahan pagi tadi dapat perkabaran yang kakak sepupu dapat baby gurl... Alhamdulillah...lagi pun kalau dalam family kami baby gurl sememangnya amat dinanti-nantikan coz kami ni family dipelopori oleh lelaki. So kalau dapat baby perempuan....teramat la seronok... Kat bawah ni ada sedikit perkongsian ilmu yang diambil dari web Babycentre. Semoga mampu menambah ilmu kita semua. 

Apakah mabuk hamil?
Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil. 

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?
Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua. Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 

Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada wanita lain yang menghidap penyakit di forum BabyCenter.

Sumber : http://www.babycenter.com.my


Sumber : Google

Thursday, August 15, 2013

Kucing Jejas Kehamilan ???(Part 2)

Keistimewaan Kucing
Nabi menekankan di beberapa hadith bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Fakta Ilmiah 1

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta Ilmiah 2


Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang Didapatkan

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

6. Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar Para Dokter Peneliti

1. Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing.

2. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

3. Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing.

4. Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.

5. Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

6. Kucing tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)

7. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.

8. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Fakta Ilmiah 3

Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium hewan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan

Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.” (H.R Al Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadits ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. Mungkin ini pula-lah yang menyebabkan mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, kucing peliharaannya.


My Boball.... 

Kucing Jejas Kehamilan ???????

Semasa hari raya yang lepas memang kesihatan agak kureng sedikit sebabnya petang hari raya pertama dah rasa simpton-simpton deman selesema. Even deman tapi tetap beraya sakan dengan girang dan makan sepuas hatinya. Tu bila cakap demam time raya...orang tak berapa nak percaya tu.. Ok sekarang berbalik kepada tajuk entry 'Kucing Jejas Kehamilan??????'.. 

Sebelum ni tak pernah dengar pun tentang perkara ini, tetapi pada hari raya ke-3, time aku terbaring layu angkara demam selesema aku terdengar cerita tentang perkara ini. Dalam dok mamai dan sakit aku goggle gak la mengenai perkara ini. Memang bagus la zaman teknologi maklumat sekarang...semua di hujung jari. So hasil yang aku jumpa..memang mengejutkan. Yela..im was cat lover and ada bela sekor pun kucing putih yang gumok lagi kembang kat rumah. Baka Parsi lak tu. Memang sayang sesangat kat Boball tu. Kalau tak, tak kan la jadi entry utama untuk blog ni. Emmm...sebut tentang Boball, time raya hari tu boleh lak hilang.. Susah hati betul la.. Demam tu pun mb sebab dia.....sebab mencari dia di tengah-tengah matahari rembang. Ok stop dulu....bab Si Boball hilang tu, nanti  kita wat entry lain lak k.. 

So berbalik kepada kucing dan kehamilan...bila goggle punya goggle jumpa la berberapa sumber yang ternyata menakutkan lagi menyeramkan. Tapi bila fikir logik la..macam tahyul pun ada. Tah la sainstifik dan logik vs Al-Quran serta hadis. Aku kaji dan mentelaah bagai nak menjawab exam tau. Ni gara-gara untuk menenangkan resah di hati. Yela tak kan kot nak bagi orang Si Boball tu. Penat-penat bela dari buruk kepada cantik dan kembang... Mau menangis kot tiap malam bila bagi dia pada orang. Dia hilang pun dah macam orang hilang anak aku nih.. Hehehe...sayang sangat pada dia tu... 

Antara fakta dari artikel yang aku baca adalah seperti berikut.....membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah. Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan. Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna. Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya. Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

(Sumber:Utusan Malaysia -Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim)

Ok itu berkenaan kajian saintifik...ni dari sudut Al-Quran dan Hadis pulak. 

Nabi Muhammad SAW dan Kucing Kesayangannya


Di dalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.


Nabi Muhammad memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai” (HR. Bukhari).
Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Haa...tengok tu Rasullullah pun menyayangi kucing... So next artikel ada lagi k..untuk menyangkal fakta di atas. Aku bukan apa..just nak cakap la..soal zuriat ini urusan Allah.. Kita sebagai hambanya teruskan berusaha dan berdoa. Kerana aku percaya..Allah Maha Mengetahui apa yang Terbaik untuk Setiap Hambanya. Setiap pasangan berumahtangga pasti menginginkan cahaya mata..tetapi soal rezeki itu mana mampu untuk kita sebagai hamba yang kerdil ini untuk menyangkalnya. 
Wif My Boball....

Tuesday, July 30, 2013

Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat

Artikel ini diambil dari web http://supervain.com yang merupakan laman web 'Super Tips Kehidupan'. Banyak tips kehidupan dikongsi di laman web ini. Yang menarik perhatianku adalah tajuk 'Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat'. Jom kita review artikel ini bersama-sama dan menambahkan pengetahuan tentang ilmu kehidupan. 

Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat
Sebagai manusia yg dianugerahkan hawa nafsu dan keinginan, kita akan secara semulajadi inginkan sebuah kehidupan yg harmoni di dalam sebuah negara yang aman makmur, dengan rezeki yang berlimpah ruah dan kesihatan yg baik. Untuk memenuhi keperluan hidup, kita pula secara otomatis bila cukup umur inginkan pasangan hidup, dan setelah adanya pasangan hidup tersebut, kita pun inginkan zuriat untuk meneruskan susurgalur keturunan kita .

Selain mendapat keturunan secara sah melalui proses perkahwinan mengikut adat atau budaya dan ajaran agama masing masing, ada juga zuriat yg muncul tanpa apa apa ikatan dari sebuah perkahwinan tersebut seperti sumbang mahram, ketelanjuran dalam pergaulan, paksaan(rogol) dan sebagainya. Perhubungan jenis yg tidak ada ikatan sah ini, tetapi tidak menghasilkan zuriat amat disyukuri oleh mereka, tetapi jika dah ada ikatan sah kekeluargaan, ketidak berhasilnya zuriat yg diinginkan adalah merupakan bebanan dan menjadi satu permasaalahan yg perlu diatasi mereka yg menghadapinya.

• Anak atau anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai kepada manusia. Keriangan dan tangisan anak-anak merupakan hiburan yang tidak ternilai bagi ibubapa penyayang.

• Tetapi berlainan sekali dengan pasangan yang lambat mendapat cahaya mata. Mereka menjadi gelisah menanti hari-hari dimana mereka dikurniakan anak.

• Merawat pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah satu ibadah. Apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, kita bersama-sama kongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi mereka kelahiran seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang benar mereka perlu untuk membelanjakan banyak wang serta mengorbankan masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani berbagai-bagai kaedah rawatan yang canggih dengan menggunakan teknologi kesuburan seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk memperbaiki peranakan mereka.

Mengapa zuriat yang diinginkan tak muncul tiba?
Jika seseorang perempuan belum hamil dalam usia perkahwinan di peringkat awal (sebelum setengah tahun) bukanlah bermakna mereka mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu wanita untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.

Setelah enam bulan mencuba, 75 daripada 100 pasangan didapati berjaya hamil, manakala selebihnya masih belum hamil. Namun setelah setahun mencuba, keseluruhannya meningkat kepada 85 hingga 93 pasangan yang berjaya hamil dan hanya tujuh hingga 15 pasangan saja yang masih gagal hamil.

Bagi pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan terbabit.

Ujian dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari kitaran haid wanita.

Dalam keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah enam bulan mencuba.

Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama.

Rawatan Alternatif untuk Mendapatkan Zuriat
Jika pasangan masih gagal mendapatkan zuriat menggunakan kaedah moden dan scientific, disini aku cuba huraikan pula sebab sebab dan kaedah rawatan secara alternatif.

Menurut kajian alam misteri, kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan zuriat kebanyakkannya berpunca dari faktor tubuh badan terutama di pihak isteri. Faktor kegagalan persenyawaan antara seperma dan ovum kebanyakkannya berpunca akibat ovum(telur) yg dihasilkan oleh seseorang wanita yg kemudiannya berada disalur felopian akan rosak akibat adanya kesan dari kitaran darah haid yang tidak terbuang habis ketika proses haid mereka. Sisa darah haid yg kotor dan beracun ini akan memusnahkan ovum tersebut. Jika ovum tersebut dapat bertahan pun, seperma dari pihak suami pula akan rosak akibat racun itu.

Selain itu, adakalanya berpunca dari keadaan atau kedudukan sistem peranakan wanita itu iaitu terlalu kebawah dari kedudukan yang sepatutnya yang menyebabkan beberapa salur seperti salur felopian agak terlipat atau menjadi sempit sehingga menyebabkan seperma suami tidak dapat melaluinya untuk disenyawakan dengan ovum. Jika keadaan ini yang menyebabkan kegagalan persenyawaan benih tersebut, kaedah yang terbaik ialah membetuklan dan memulangkan sistem peranakan tersebut kepada kedudukan yang sepatutnya dengan kaedah urutan atau sengkak, kerana biasanya sistem peranakan itu jatuh kebawah akibat aktiviti lasak dsb.

Dalam keadaan darah haid yang tak keluar habis yang menyebabkan racun pembunuh benih berada didalam rahim wanita, Tentulah persenyawaan diantara ovum dan seperma tak mungkin berlaku iaitu ovum dan benih tersebut rosak atau terhapus. Dan zuriat yg ditunggu tidak mungkin hadir.

Selain itu, ada kemungkinan besar juga adanya peranan jin jin terutama jin saka yg menghalang proses persenyawaan tersebut. Jin jin ini akan memusnahkan seperma dari pihak suami atau kalau perawat biasa panggil benih(air mani suami) “dimakan” oleh jin jin yg duduk dan tinggal bermastautin dan beistana difaraj wanita itu.

Bagi rawatan alternatif ini, jika bukan disebabkan oleh jin jin iaitu kegagalan sistem tubuh wanita itu sendiri mengeluarkan semua darah haid yg biasanya menyebabkan senggugut atau penyakit keputihan, boleh diikhtiarkan dengan memperbanyakkan memakan pucuk pucuk muda (ulam ulaman-sebanyak banyaknya) bagi menuteralkan racun akibat tertinggalnya darah haid dirahim tersebut.

Selain pucuk muda, yang terbaik dan termujarab ialah dengan meminum air kelapa yang SANGAT muda iaitu kelapa yg hanya baru ada tempurung dan air sahaja tanpa ada isi sedikitpun walaupun yg belum berwarna-(jernih)… ingat, ini hanya untuk memastikan segala racun yg ujud akibat darah haid tertinggal itu nutral atau terhapus.

Selain itu faktor kegemukan atau kelemahan sistem peranakan itu sendiri dan kelemahan seperma suami boleh juga menghalang seperma dari berenang menghampiri ovum…. jika masaalah lemah ini, perbanyakkanlah berzikir dengan zikir Lahaulawalaquaataillabillahilaliyyilazim sekurangnya 7000 x setiap hari dan carilah tukang urut yang pakar…selain itu banyakkanlah memakan zat zat dan sumber makanan@nutrien@jamu yang boleh membantu meningkatkan kesuburan……

Bagi permasaalahan yg disebabkan oleh jin pula, perlulah berjumpa perawat yang mampu mengeluar semua sekali jin jin saka yg menetap difaraj dan seluruh tubuh, Jangan tinggalkan walau seekorpun jin tersebut. Mungkin perawat yang dijumpa mempunyai kaedah meraka sendiri, so tak perlu aku huraikan disini…

Ada juga jin jin yg hadir difaraj tersebut hasil dari persihiran, so kalau jin dari punca ini agak sukar dibenteras habis habisan kerana jumlahnya yg kadangkala terlalu banyak, silih berganti datangnya, dan biasanya kalau kes sihir yg menyebabkan menghalang zuriat ini, pihak suami juga perlu dirawat!