Bunga Berguguran

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Virus Shortcut Attack !!!!!

Ni pepagi menulis blog ni just nak share ckit la dengan apa yang terjadi dengan Cik Handfon dan Cik Laptop nih.. Sedey +++ tragis lagi. Di saat orang duk sibuk promote biskut raya dan memerlukan gambar sesangat la dorang nak break down pun... Allah jer tahu pe perasaan sekarang nih. Nak tidur malam pun susah hati. Kalau nak hantar format pun maybe take few days jugak la.. Tersangat susah hati tau.. (-_____-)

Kisah virus ni menular since my adik la guna laptop ni dan transfer sesuatu melalui pendrive dia. Then selamba jer dia kata yang laptop akak dia ni ada 'Virus Shortcut'. Padahal b4 ni laptop ni sihat walafiat jer pun.. So since dari tu...mula-mula perasan bila transfer gambar between handfon dan laptop ni.. Kuar file pelik-pelik. Itu tak pe lagi.. Tapi yang start menyakitkan hati, minda dan jiwa ni bila hampir semua application on my handfon dah tak leh guna. Yang boleh guna just untuk call dan sms jer.. Semalam lak berlaku part paling teruk....apabila semua gambar-gambar dalam handfon tu lenyap... Waaaaaaaaa.....rasa nak nangis kuat-kuat dah nih. Yela...most gambar kek yang dibuat semua kasi sumbat dalam itu handfon. So kalau sudah hilang...apa citer???? 

Bagi yang tak tau 'Virus Shortcut' tu apa..??? Meh cini Cik Na Na nak story mory ckit. 'Virus Shortcut' ni biasanya menyerang flash drive @ pendrive. Bila korang buka jer pendrive korang..akan wujud banyak file dalam bentuk shortcut. Bila korang tekan file tu untuk dibuka... Fail tu kosong jer.. Bila delete fail tersebut..dia hilang kejap tetapi pas tu akan ada balik. Rasanya kalau setakat ada lebihan fail dalam pendrive, maybe orang tak kisah sangat. Tetapi bila dia mampu menghilangkan segala macam dokumen di dalam pendrive @ memory card kita. Sehingga mengakibatkan kegagalan application software dalam handfon berfungsi misalnya. Ini sudah parah +++ menyakitkan hati.. Waaaaaaaaaa...... 

So conclusionnya di sini..nak gitu pada semua agen kuih raya Cik Na Na supaya bebanyak bersabar yer... Huh..minta orang bersabar padahal ni pun jenuh memujuk hati supaya bersabar. Gambar-gambar kuih raya akan cuba dihupdate as soon as possible. Memang la boleh snap guna kamera.. Tetapi seriau tau nak transfer ke laptop. Even not only had one laptop in this house.. Anyway...i will try my best la.. Memang macam ni la lumrah kehidupan kan???? Bila kita nak guna sesangat sesuatu benda tu..mesti ada jer yang menghalang. Namun begitu kena 'husnozon' iaitu berbaik sangka terhadap setiap sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Akhir kata.."BERSABARLAH DUHAI HATI". 

Bersabar itu penting ^_^
Sumber : Goggle

Friday, March 7, 2014

Wah....Rindunya.....!!!!!!!!

Lama bebenor rasanya tak hupdate blog kesayangan nih.... Huhuhu...padahal baru 2minggu je pun.. Macam-macam dah terjadi dalam tempoh 2minggu nih. Apa yang pasti.....telah berlaku perubahan sehingga 360 darjah dalam hidup Cik Na Na tau.. Haru biru +++ tunggang langgang +++ hot story.....sehot gossip Hanez Suraya....you... 

Kisahnya bermula dari saat Cik Na Na hantar  Notis Berhenti Kerja pada 21 Februari yang lalu, Mencari Kerja Baru, Dapat Kerja Baru & Situasi Kerja Baru yang Maha Mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi... Namun yang pasti...kerjaya baru ni..even menyakitkan anak tekak dan peti suara.....tetapi yang pasti ada sedikit rasa happy dan bangga di situ... Nak tau kerja apa??? Tunggu...nanti kita hupdate yer.. Entry ni hanya sekadar 'highlight' jer untuk perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2minggu ini... 

Pastu ada kisah...farewell untuk Cik Na Na dan kawan-kawan lain.. Tu Part 1. Dengar citer ada satu lagi..ni Part 2 untuk kawan-kawan yang lain lak.. Yela..hari tu korang datang my farewell.... Pas ni I datang you all punya farewell lak k.... Usah takut berubah...kerana di setiap perubahan itu diiringi dengan rezeki dan kehidupan baru yang In Sha Allah jauh lebih baik daripada yang kita nikmati sebelum ini... Part paling best...nanti kita share hadiah-hadiah Cik Na Na dapat k.. Emmmm...namanya berpisah tempat kerja..tetapi kita tetap leh berjumpa lagi yer.. Ala-ala bukan jauh pun Ipoh dengan Kampar.. Hasilnya...kisah semalam di Aeon Jusco Kinta City, Ipoh. Next time plan tempat lain lak k... ^_^y

Mengenai kerjaya baru...banyak nak kena catch up.. Bukan mudah....even bekerja hanya dari 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.. Tanggungjawabnya tersangatlah berat. Yela...nak bagi dorang faham macam kita faham tentang sesuatu perkara itu bukan mudah. Terutamanya dalam subjek kegemaran ramai... So kena kreatif dalam memberikan idea dan penyelesaian pada dorang nih... Moga-moga urusan dan niat murni ini dipermudahkan. 

Prinsip Cik Na Na bekerja adalah...bukan Sekadar Bayaran semata-mata...tetapi setiap yang diusahakan itu mesti, perlu dan Wajib lebih daripada bayaran yang kita dapat. Biar kerja lebih tak mengapa.....bukan untuk tunjuk bagus...tetapi tak salah kalau buat sesuatu dengan TERBAIK. At least..kalau kita dah tiada di situ pun...kita masih meninggalkan sesuatu kebaikan di situ. Walau tidak disebut...tetapi selagi ia mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling yang masih tinggal pun.. Alhamdulillah... Hal ini kerana..saya bekerja kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA. 

Emmm....apa lagi yer nak tulis.. Banyak sangat dah ni... Ok ni last membebel... Nantikan hupdate yang meletopssss lagi marveles untuk Ungu Lavender House dan Lavender Hijab Stylish. Pada yang tak tau lagi... Lavender Hijab Stylish ni new page yang Cik Na Na create untuk promote about hijab sahaja.... Masih dalam proses penambahabaikan. Nampaknya makin banyak lagi la kerja pas nih... In Sha Allah akan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin... Amin....

K sekian untuk kali ini.... Jumpa lagi next entry yer.... Nak siap-siap untuk minum petang.. sat lagi Incik Bb pulang.. Malam ni nak dinner together-gether...sempena besday My Incik Bb tersayang tu... K kat bawah ni ada gambar Cik Na Na wif My Incik Bb... Hepi Besday Chinta Hatiku.. Semoga Cinta dan Kasih Sayang Kita sentiasa dalam Restu Keluarga dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah... Love You till Jannah... Amin.... (^___________^)y

Sayang Kamu Plus Plus Plus.....

Friday, February 7, 2014

Jangan Sombong

Tetiba lak tingin nak citer tentang topik ni. Cuba duduk seketika dan renung kembali siapa diri kita.??? Adakah kita ni terlalu sempurna sehingga kadang-kadang kita merendahkan orang lain. Adakah kita terlalu bagus sehingga tidak nampak kelebihan orang lain? Adakah kita rasa kita dah buat yang sepatutnya mengikut Syariat sehingga kita boleh mempertikaikan amalan orang lain? Tepuk Dada..Tanya Iman.... Apa yang penting saling menasihati bukan menghamburkan kata-kata negatif. Di samping itu berdoa semoga insan-insan tertentu mendapat Hidayah dari Allah SWT untuk berubah. Ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwah, baginda menyampaikan dengan penuh hikmah. Oleh itu, siapalah kita untuk merendah-rendahkan dan mempertikaikan orang lain??????


Di sini ada sedikit perkongsian mengenai '7 Jenis Sombong yang Dilaknat Allah'.. Sumber artikel ini dipetik dari blog Rahman Hatim. 

1.Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim) 

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.." 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman Ayat 018 ) 

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT: Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 ) 

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

FIRMAN ALLAH SWT : Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 ) 

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 ) 

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. 

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

FIRMAN ALLAH SWT : Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

~~~ Sekadar Renungan Bersama~~~

Tuesday, February 4, 2014

Muka Berseri-seri

Pagi ni didatangi oleh seorang yang bakal berpencen pada 17 Februari ni. Muka berseri-seri giler.. Cik Na Na... siap interview Encik tu.. Seronok ker nak pencen? (soklan tak cerdik tu sebenarnya.. Dah tau lagi mau tanya ka???). Dia jawab dengan tersenyum sampai telinga +++bahagia.. Seronok sangat.... Dalam hati Cik Na Na..jelesnya.... Kalau Cik Na Na boleh pencen pun bagus gak... Duk rumah uruskan Incik Bb,  Boball, Ungu Lavender House dan jugak Ungu Pink's Diary.. Bahagianya... 

Encik tu memilih persaraan pilihan sendiri pada umur 55 tahun.. Dah jenuh bekerja dah pun.. So dapat bersara tu memang la terasa bahagia tersangat-sangat. Yela setiap pagi berkejar-kejar ke tempat kerja. Di ofis pun begitu jugak. Bagi yang ada anak time tengahari dan petang setelah balik kerja terkejar-kejar lagi untuk mengambil anak dari sekolah mahupun dari tempat asuhan. Bagi yang berstatus seorang isteri dan ibu pastinya kerja terus bersambung dengan pelbagai urusan rumahtangga dan anak-anak. Emmmm....macam penat jer.. Actually memang penat pun... Mana tau??? Sebab tengah lalui lah... 

Setiap hari bangun pagi..rasa macam malas jer nak bangun dan siap-siap untuk ke ofis... Allah jer tahu..apa yang terdetik di minda dan hati ni... Malas sesangat... Kadang-kadang terniat gak..alangkah indah berada di rumah.. Jadi housewife sepenuh masa. Rasanya dah pernah tulis enrty tentang Untung Rugi Isteri Sepenuh Masa. Nak baca leh klik pada link ni yer... Macam best jer.. Macam bahagia jer...

K tak nak bebel banyak-banyak... Mata mengantuk lagi la.. Tak puas rehat lagi ni... Last week pulun buat kek untuk jualan, goodies dan weeding. This week giliran shawl lak yer.. Next week akan dibuat penghantaran kepada customer yang dah buat tempahan... 

Muka happy...sampai terbalik..seronoknya.....

Friday, January 24, 2014

Happy Plus Plus ^_^

Alhamdulillah..... Perkataan yang terbaik yang mampu diucapkan pada petang begini. Lega dan tenang tu hanya Allah jer tahu. Thanks Ya Allah, permudahkan perancangan kerja hamba-Mu ini. Sasaran untuk menyiapkan kerj-kerja merekod dan mengemaskini fail telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami start merekod since bulan Oktober tahun lalu dengan bantuan pelbagai pihak. Di samping, pada ketika itu sibuk dengan Audit 5S. Hari ni pun.....dah tertampal dah sijil Pengiktirafan 5S di Sudut Zon Zamrud. Seronok sesangat kerana segala usaha dan penat lelah berbaloi. Air mata mengalir dan tidur tak lena tu tertebus jugak akhirnya.

Mesti ramai yang tanya kenapa seronok sangat siap merekod tu.. Memang la seronok sebab, ini merupakan laporan perubahan yang paling banyak yang pernah direkod. Setiap seorang akan ada 4 laporan perubahan yang wajib direkod. Tapi untuk kes-kes tertentu ada yang jadi sampai 7 laporan perubahan. Bilangan rakyat yang perlu direkod ada 1798 orang. So 1798 darabkan dengan 4 = 7192 laporan perubahan. Tu yang basic so kalau campur kes-kes tertentu tu almost 8000 jugak la kot.. Banyak kan kiraan matematik tu.... Huhuhu.... yela yang berkerja secara tetap just 2 orang selebihnya bantuan pihak luar la.. Thanks sesangat tau.. Cik Na Na sangat menghargai. Hari ni dah setel rekod dan difailkan. Rak, kabinet dan lantai sudah kosong. Moment yang tersangat dinanti-nantikan..... 

Fuhhhhuh..lega dan bahagia.. Thanks jugak kepada adik-adik praktikal yang membantu jugak. Pada Eoz, Ecah dan Cikgu Q Chan. Hanya Allah boleh balas pertolongan korang.. Akak korang ni hanya mampu bagi hadiah kecik-kecik jer... Semoga korang dapat kerja yang bagus-bagus nanti yer dan kerja baik-baik sebab rasanya di sini korang belajar banyak perkara yang lebih kepada erti sebuah kehidupan. Thanks again... (^______________^)y

Muka hepi time meting tadi... ^_^
Agak2 baju oren dengan shawl ijau match tak???
Boleh la yer...
Kredit Pic to Nora Ismail
Nyummy... New York Cheese Cake
Hadiah untuk diri sendiri ..
~~~ Sekian ~~~

Thursday, January 16, 2014

Dosa Besar - Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.



Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Kiranya this first time la tulis entry sempena tahun baru. Azam dan planning ada dalam kepala ini. Just mencari masa yang sesuai jer untuk dilaksanakan. Emmm...for 2014 ni tak nak tangguh-tangguh kerja yer... Coz pernah dengar satu kata pepatah omputih ni  "Dont wait......until everything became too late". Ada faham tak apakah maksudnya itu??? Faham-faham sendiri la yer... 

My wish for this new year just simple. Hope semua planning yang berada di dalam kepala ini dapat dicoretkan atas sketch book sebelum idea disusun dengan sebaik mungkin di dalam kertas kerja. Ikutkan idea memang berlambak. Penghalangnya adalah masa. Permulaan setting masa dengan penuh berhemah. Nanti kena buat timetable macam zaman sekolah dan universiti dulu-dulu la supaya semuanya tersusun sahaja. Berkerja dan berfamily ini tersangat memerlukan penyusunan masa yang berhemah supaya semua dapat dilaksanakan dengan tip top. In Sha Allah...semoga dipermudahkan.

Ilmu pengetahuan juga perlu diupgrade kan... Bila sebut ilmu bukan based kepada sambung belajar sahaja jer k.. Ilmu tu luas dan boleh datang dari pelbagai perspektif serta sumber. Sebagai pembuka tahun 2014 ini, kelas ilmu yang pertama adalah 'Seminar Dunia Usahawan Berjaya' oleh DAO pada hujung minggu ini. Semoga dapat gula-gula ilmu yang manis lagi berguna. Di samping itu, ada gak planning beberapa kelas lagi untuk attend termasuklah yang melibatkan urusan alam satu lagi yer. 

Pengurusan kewangan pun penting gak... Al-maklumlah 2014 ni semuanya meningkat. Nak merungut bagai pun tak guna...just yang penting berusaha untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Mana tau kot-kot bertambah bliangan ahli keluarga tahun ni. Siapalah tahun kan.. Allah merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Berjimat cermat pun dah kena mula dah start hari ni. Say 'Tidak' kepada perkara-perkara yang tidak perlu yer....

Emmm...tu jer kot coz tetiba lak ada problem yang wujud kat bahagian compose ni. Nak menaip pun macam tak selesa jer.. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Semua. Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat anda semua yer...

Welcome 2014
Lokasi : Cameron Lavender 

Friday, December 13, 2013

Jom Tidur...

Hari ni tersangat mengantuk.. Tapi yang heran mulut ni nak mamam benda-benda manis la.. Emmm..bila la yer nak buat kek.. Tak sempat sesangat sekarang. Memang serius sibuk.. Sampai badan pun penat semacam jer... Waaa...kalau dapat tidur kan best... Lagi 5minit rehat time... Lari laju-laju ke surau dan cop port yang paling best untuk tidur.. Totally penat sesangat dah nih...

Yela..pas kul 5 petang sambung OT. Sampai rumah malam..dah siap solat dan buat kerja rumah..sambung buat goodies bag untuk wedding 22hb Disember nih.. Huhuhu.. padat sungguh jadual mak cik kebelakangan ni tau... Muka pun macam kurang seri jer.. Penat tau.. Mata pun dah macam panda dah... Ishk2... Tak mo membebel dah... Nak tidur sekarang... (-_________-)zzZzzZZz

Ngantok la sangat yer....

Wednesday, December 11, 2013

Katakan...Tidak Pada Mimpi!!!!

Semenjak hari sabtu lepas asyik mimpi pelik-pelik jer time tidur. Dan yang tak tahannya bila bangun pagi mesti rasa teramat penat... Ntah la.. Orang kata mimpi just mainan tidur..so kalau mainan tidur cukup la sekadar dalam tidur, tak perlulah nak terbawa-bawa penat hingga ke alam nyata. Mimpi yang tersangat diingati adalah seperti mimpi ular berwarna-warni, jumpa kanak-kanak yang susah, soal kerja  dan kena kejar dengan orang pelik-pelik termasuklah hantu.. 

Kenapalah agaknya yer? Maybe terlalu penat sangat la kot.. Sampai mimpi pun merepek tah pe-pe tah... Bila bangun mesti badan rasa penat sangat-sangat. Yela..dah dalam tidur gigih buat macam-macam. Kalau sebelum-sebelum nih. Tidur malam..sedar-sedar jer dah pagi.. Lena dan nyenyak dengan baik sekali. Harap-harap ianya sekadar mimpi dan tidak ada makna apa-apa yer.. Dan yang paling penting..untuk malam ni dan malam-malam seterusnya. Tak mo mimpi-mimpi dah yer.. Biar mimpi kosong...janji bangun pagi tak payah terfikir-fikir tentang mimpi dan dihimpit rasa penat. 

Sumber : Goggle

Tuesday, December 3, 2013

Oh My Cuti...!!!!!!

Dah lama tak membebel di blog kesayangan nih.. Patutnya citer syok lagi mengumbirakan tetapi citer yang quite stress lak yang kuar.. Sabor jela.. Dugaan bekerja begini la.. Dah la semalam kuar berita mengenai Tarif Elektrik akan naik berkuatkuasa 1 Januari 2014. Macam mana lah yer...nak menjahit +++ membaking jika letrik naik.. Conclusionnya..sejak bulan Mei yang lalu macam2 benda naik harga la, naik taraf la.. Tetapi gaji still sama jer.. Emmm....mengeluh tak guna yer.. Pemilihan di tangan kita semua.. Kita pilih kita tanggung la... Apa2 jela...yang penting teruskan usaha untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga... 

So berbalik kepada cerita asal. Pagi-pagi duk mengira cuti ganti.. Waaa...dah banyak dah OT nyer tapi bila dikira macam tak cukup jer.. Rasa nak jerit kuat-kuat jer.. Betul kata kawanku.....kita cuti sehari tu rasa sekejap jer.. Tetapi nak ganti macam nak gila.. Sungguh tepat statement tersebut. Kira punya kira.... just mampu ganti 2 hari cuti jer.. So sad and feel so bad.. So kena usaha kuat lagi la kiranya nak OT bagi mengantikan cuti yang telah terpakai dengan bangganyer tanpa rasa bersalah... Waaa...so apa lagi start hari ni hingga ujung tahun ni kena lah OT bagi melangsaikan utang anda yer... Chayo..chayo... 
Adaptasi dari Goggle

Tuesday, November 12, 2013

Tak Der Tajuk... Just Luahan Rasa

Dear diary....kalau la mampu aku luahkan setiap yang aku rasa pada kamu sekarang alangkah baiknya. Dalam hati ni penuh keserabutan dan dalam kepala ni penuh tekanan. Kalau nak tanya penyebab kenapa sampai sekarang aku masih belum mampu untuk mengandung. Aku rasa aku ada jawapannya. Sebab badan dan minda ini terlalu penat dan stress melayan kerenah korang semua. 

Hari-hari terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang terlalu mengejar nama dan memberi arahan serta bercakap tanpa memandang dan memikirkan keupayaan pelaksanaannya. Bekerja di bilik ini umpama bekerja seorang diri. Duduk berseorangan bersama-sama fail dan buku. Ada pembantu..umpana tiada. Itu istilah terbaik. Macam chipsmore 'kejap ada, kejap tiada'. Menguruskan bilik ini bukannya mudah. Dah sampai ke tahap ini pun..masih terdapat complain yang pelbagai. Seolah-olah aku tak buat kerja kan????

Kalau kalian berada di bilik ini.....pasti kalian faham tekanan yang dirasai. Bukan mudah mentransformasikan dari bilik yang semak dan berlonggok-longgok kotak serta kertas kepada yang sedia ada sekarang. Rasanya 100% totally different berbanding kali pertama aku melangkah masuk lapor diri ke bilik ini. Tapi memang fitrah manusia yang sentiasa mencari kesalahan dan tidak berpuas hati. Itu menyebabkan aku rasa begini. 

Sedih dan tekanan simpan sengsorang jela yer.. Nak citer pada siapa?? Hanya Allah tempat terbaik untuk mengadu. Harap sangat-sangat...doa dan impian aku yang sering disebut setiap kali selepas solat dan di setiap helaan nafas-Ku ini dimakbulkan oleh-Nya. Amin... Ya..Allah makbulkan permintaan aku...supaya aku mampu mengemudikan kehidupan aku sendiri tanpa perlu melihat mereka wajah-wajah mereka yang hanya tahu bercakap dan tidak mempunyai rasa simpati apatah lagi empati.. 

Rasa nak buat cenggini jer...
Sumber : Goggle

Sunday, November 10, 2013

Rindunyer...........!!!!!

Rindunyer nak membebel di blog kesayangan ini. Tetapi kebelakangan ini terlalu terikat dengan kekangan masa terhadap perkara-perkara lain yang lebih memerlukan diri ini selain sebagai blogger. Untuk tempoh 2 minggu ini memang serius sibuk dengan aktiviti membuat persediaan goodies bag for wedding, tu belum termasuk kerja-kerja rumah lagi. Dan yang paling memerlukan perhatian bila My Incik Bb sakit. Tu memang tak mampu nak buat apa dah selain memberi perhatian sepenuhnya kepada Incik Bb. 

Actually ada banyak kisah nak share dengan you olls tau. Tapi kesempatan untuk duduk, menaip cerita dan kisah di samping memilih serta mengedit gambar amat memerlukan pengorbanan masa dan ketelitian supaya hasil tulisan yang dipaparkan mampu memberi info kepada anda. 

Emmm...tu jer kot nak share... Nak kuar jap lagi untuk ke kedai barangan pengantin. Ada misi penting ke sana. Dalam masa terdekat ini jugak...Cik Ina dah design beberapa jenis tudung dah. Material semua dah ada. Just proses kerja jer...belum bermula lagi.. Satu per satu yer...  Take time and really needed excellent planning to make all of it would be come true... Hehehe..cakap omputih la pulak yer... 

Kekangan masa. Ini bukan alasan untuk bermalas-malasan tau dari saya... Tapi secara jujurnya kini satus saya adalah :
1) seorang pekerja yang mempunyai bermajikan. So masa saya untuk dia.. 8.00pagi hingga 5.00 petang. 
2) seorang owner kepada small bisnes yang kadang-kadang penat mencuri masa sendiri untuk berbisnes
3) seorang isteri kepada seorang suami yang tersangat memahami bahawa isterinya mempunyai bermacam-macam perkaralahh dalam kepala hotaknya.. 
4) seorang penjaga kepada Si Boball (kucing gumok lagi kembang) yang semakin hari semakin nakal. 
5) seorang anak kepada mak dan ayah yang tersangat menyayangi dirinya. Buktinya...hari2 mak call kiter tau sejak kita kahwin dan duduk berasingan dengan mak... & setiap minggu mesti ajak balik rumah... cayang mak... 
6) yang paling penting... Kiter seorang Hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dari hari ke hari.

Berdasarkan status tersebut...macam padat dan tenat jer rutin kiter setiap hari.. 24jam memang tak cukup... Sebab bila kita bekerja...masa akan terasa berjalan dengan terlalu pantas dan secepat kilat. Tersangat berharga masa itu.. 

Ok tamat sudah bebelan ku di pagi hari ni,.. So time untuk siap-siap dan keluar.. Apa2 nanti akan dihupdate di blog kesayangan ini yer.. Serius cakap...memang banyak nak story mory..but my time is really limited... Muuuuuuuaaahhhhhhh......tium ckit pada peminat blog ini.. Setakat ni dah ada 2 3 orang rakan mengakui mereka follow this blog.. Thanks cayang..... (^____________^)y

Picture Credit to Fairuz Shair...
Thanks dear... ^_^

Wednesday, October 23, 2013

Alone In ofis

Hari ni dah masuk hari kedua dah duduk bertapa sengsorang di bilik ini bersama-sama buku dan fail yang banyak. Waaaaaa....sedey pun yer..but its ok.. Lebih tenang dan most important things...kerja banyak berjalan coz mulut kena zip.. Even peyut ku menyucuk-yucuk tetap ku kuatkan semangat mengemaskini fail-fail dalam pc nih.. Senang nak cari dokumen untuk buat kerja. Atas meja ni dah ada fail 5S dah. Kena wat kemaskini fail pastu baru touchup ckit-ckit lagi bilik kecil ini. NI semua gara-gara audit akan datang jumaat ni dan khamis depan. Gambar-gambar bilik ni nanti la update yer... 

So tak nak story mory bebanyak..jom continue work.. Sakit tahan jela... Bersabar yer hati..dengan dugaan dan ketentuan Allah SWT ni. Dia Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-Nya yang kerdil lagi lemah ini.. Aminn.... Redha dengan setiap ketentuan-Nya. 

My Work Space ^_^

Close-up ckit yer ^_^
Even bersepah..tapi ok la yer...

Semua lambak atas meja termasuk la Si Itek Kuning
Bukan anak patung tapi key-chain kunci kereta yer ^_^

My Document berjaya dikemaskan... Fuhhh.... ^_^y

My Desktop pun kosong jer...
But its doesnt means i tak buat kerja k..
Just semua disimpan dalam folder.
So idak la menyemak kat desktop ^_^

Tuesday, October 22, 2013

Bagaimana mengetahui diri mengandung?

As usual sekadar perkongsian bersama. Mana tau kot-kot ada di antara pembaca blog ni yang mengharapkan untuk hamil. Artikel ini mungkin boleh membantu anda. Tak salah berkongsi ilmu...coz 'Sharing is Caring'.. Lagi banyak yang kita explore, kita baca dan kita share maka lagi banyak la pengetahuan yang kita perolehi. So jom baca & tambah pengetahuan bersama-sama.. (^________^)y. Leh dijadikan checklist jugak tau.... 

Jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan... 

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah! 


New Journey Start ^_^
Sumber : Goggle
Ni pun  ada sedikit tanda-tanda simple lah if lewat period just in 5 days dia punya tanda-tanda adalah seperti kerap membuang air, rasa lenguh kaki tangan, rasa letih dan mengantuk, kerap merasa lapar dan mulut terasa pahit. Apa-apa pun if nak comfirm p klinik untuk pengesahan yang selanjutnya. Serta selamat menjalani sebuah perjalanan dan pengalaman yang baru dalam hidup anda... 

Monday, October 14, 2013

Alahai...Oreo Cheese Cake....

Hehehe...masuk-masuk entry dah gelak.. Yela...dah nama pun 'Alahai Oreo Cheese Cake'...of cos adala ada sesuatu terjadi. Actually semalam beria-ria nak buat kek ni pun.. Tetapi tak jadi buat gak sebab penat la.. Kalau mak Cik Ina dengor comfirm kena marah.. Ni rentetan kisah prepare hantaran la. Hampir seminggu bertungkus lumus mencari barang ke hulu ke hilir dan menyediakan hantaran. Dah buat hantaran..kena join dia tunang lak coz Incik Bb jadi cameraman lak.. 

Emmmmm....penat tau.. Balik rumah...both of us macam pengsan gak la. Bangun je dekat-dekat Maghrib terus mulakan operasi buat laksa. Mengidam kot @ teringin ntah lah...So time tengah masak..member yang tunang tadi cakap nak datang amik gambo la pulak.. So kena la kemas umah cikit-cikit kot.. Yela..dah buat kerja-kerja hantaran....rumah comfirm huru-hara jadinya... Nak dijadikan cerita..bila ada orang nak datang idak la start buat kek tu...cadang nak hold dulu la.. Yela..bagi mengelakkan diri ini berbau keju + mentega + telur la katakan. Tup..tup..kul 10 malam dia tak jadi datang... Waaaaaa..... Keje aku terbengkalai... Nak buat kerja dah malas dah...tambahan makan laksa 2 mangkuk lak tu.. Memang dahsyat kan selera... So bila dah kenyang...landing depan TV tengok citer Lawak Superstar kot... So jawabnyer...wasalam la....

Bahan-bahan untuk kek..last2 simpan balik dlm fridge ^_^

Laksa for dinner last nite ^_^
Bangun pagi-pagi dah masuk dapur untuk prepare breakfast.. Member yang semalam tu pun dah janji nak datang pagi nih amik gambo dia.. Elok la sangat tu... leh sama-sama makan yer...

Magie Goreng ^_^
Time dia sembang-sembang dan tengok gambo dia dengan Incik Bb..Cik Ina lak meneruskan kerja-kerja di dapur. Apa yang sempat buat just....panaskan kuah laksa untuk bawa balik rumah mak. Di samping itu ada la prepare ckit coklat moist cake dan mempelam 3 rasa. Coklat moist cake sebagai buah tangan dan mempelam 3 rasa sebagai bekalan perjalanan....

Chocolate Moist Cake ^_^
Mempelam 3 Rasa (Pedas vs Manis) ^_^
So kesimpulannya.....Oreo Cheese Cake tak jadi....  Just yang jadi Chocolate Moist Cake jer sebagai buah tangan.. K semua dah sedia...  Dah  ada buah tangan dan bekalan. Baju-baju dan barang dah siap pack... Rumah pun dah bersih disapu dan dimop. Nak siapkan diri jer jap la yer... Ni update blog ni pun while waitang Incik Bb servis Cik Bibah b4 balik kg... Nasib la kg dekat...main-main macam ni pun tak per kan.. Kalau balik sampai ke Johor nun...mau menangis dibuatnya. K tata... Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... (^_____________^)y

Tuesday, October 8, 2013

Isnin yang Memenatkan

Boleh ker buat entry macam nih.. Boleh la kot yer.. Coz memang penat sangat pun... Even hari ni cuti pun..tapi start bangun pagi dah terkejar-kejar ke sana ke mari. Sampai malam pun tak tido lagi ni.. Ni namanya penangan jaga orang sakit.. Macam-macam permintaannya. Sabar jela.. Tapi Alhamdulillah...Incik Bb dah sihat. Esok boleh p kerja dah. In Sha Allah.. 

Pagi
Bangun  pagi-pagi jer pas solat Subuh..Bergegas jumpa member dan tunggu tepi highway untuk minta tolong hantarkan kek yang dibuat semalam ker ofis.. Terpaksa la begini sebab..kan cuti hari ni.. Tq kak hani atas pertolongan... 

Kek yang ditempah oleh customer.. Tq ^_^
Balik jer rumah...singsing lengan baju dan start memasak. Disebabkan Incik Bb kurang sihat so tak kan la nak goreng nasi lak kot. So pagi-pagi lagi dah..masak nasi putih + ayam goreng berempah + sup sayur. Pas makan nasi..bagi Incik Bb makan ubat. Bila dia tido..aku uruskan ckit-ckit baju untuk dijemur...then dalam kul 10pagi...hehehe...sambung tido la.. Yela bila tengok Incik Bb dan Boball tidur...apalagi join la dorang. Banyak tantik tidur..tak ajak kita yer...

Menu for Breakfast ^_^
Petang 
Around kul 1 petang bangun dan prepare untuk solat Zuhur. Tak masak pe-pe sebab Incik Bb kata kenyang..lagipun lauk pagi tadi masih ada lagi. Selepas siap-siap bermulalah perjalananku ke pekan Ipoh untuk keluar membeli barang bagi penyediaan hantaran. Pergi just 3 buah kedai jer..tetapi amik masa lama giler.. Jalan jammed teruk sesangat. Hari kerja la katakan. Nak dapat parking pun teruk la sesangat. 2 3 kali pusing gak la. Kiranya amik masa 2 jam 30 minit gak la nak selesaikan urusan membeli barang di ketiga-tiga tempat berkenaan. Semua yang dikehendaki ada jer.. Alhamdulilah... Antara barang-barangnya adalah : 

Asam Kering untuk Hantaran ^_^
Foundant Doh dan Bunga2 ^_^

Goblet for Goodies ^_^
Just snap gambo & survey harga....untuk buat sebut harga
Sampai rumah jer..Incik Bb request untuk makan maggie la pulak. Nasi tadi dah makan katanya. So singsing lengan lagi sekali masak magie lak yer.. Itu la menu untuk petang merangkum ke waktu malam hendaknya.

Malam
Selepas solat Isya..ada lagi request.. Nak makan burger lak.. Tapi malas nak kuar..so menggunakan idea yang kreatif lagi meletopss...masak roti arab tapi ala-ala piza. Emmm...resipi..main campak-campak jer la. Sebabnya dah tak larat nak masak kat dapur dah. Tapi rasa dia nasib baik sedap...dan Incik Bb suka. Betul orang cakap..kalau jadi suri rumah ni kena kreatif....cekap tak payah cakap la.. Memang tip top buat kerja k.. Elok dah kenyang ngn piza roti arab..request lak nak milo. Selera orang baru baik sakit..memang macam ni kot.. Turutkan jela yer...

Pizza Roti Arab ^_^
Milo O ^_^
Setelah mamam kenyang...Incik Bb pun tidur.. Time ni la untuk buat kerja rumah. Kemas rumah, buat hantaran ckit. & rendam mempelam yang dibuang tangkai untuk buat jeruk. Request dari Incik Bb lagi.. Pelik tul lak... Minta macam-macam... 

Hantaran In The Making ^_^

Mempelam 3 Rasa untuk Incik BB in process ^_^

Dah siap semua kerja barulah leh update blog.. Jam dah almost 1pagi dah.. Time tuk sleep. Incik Bb dan Boball dah lama lena dah... Aku jer masih duk menaip keyboard ini. Kadang-kadang terfikir apalah manfaat menaip cenggini.. Just ada satu jawapan jer..Kepuasan Peribadi untuk bercerita. Tak kisahlah orang minat untuk baca atau tidak.. Inilah duniaku... Setiap perkara ada cerita di sebaliknya. (^___________^)y

Saturday, October 5, 2013

Shopping Online in Bulk

Shopping online merupakan perkara biasa bagi kebanyakkan orang. Termasuklah diri ini. Hal ini kerana tak perlu lah kita susah payah berjalan ke mana-mana untuk beli barang yang kita hendak. Juga tak payah berebut-rebut cari parking serta beratur di kaunter untuk bayar. Just sit in front of pc dan start goggle la barang yang kita minati. Tapi kena hati-hati gak la dengan shopping online ni...coz ada jugak pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu. So pastikan anda benar-benar mempunyai maklumat lengkap mengenai dengan siapa anda berurusan bagi mengelakkan anda dari ditipu. Be careful. Pesanan buat anda semua serta buat diri sendiri jugak nih.... 

Selalunya shopping online benda biasa-biasa jer just like shawl, pakaian, produk kesihatan dan kecantikan, alat jahitan, kotak pembungkusan dan barangan kraf. This time shopping online untuk items goodies in bulk order lak tu. Huh...terkejuz mak tau bila siap total satu hal.!!!! Pastu yang tak tahan dia punya postage. Ala-ala nak p amik jauh lak KL tapi nak suruh pos mahal la pulak.. Emmm...ni masih memikirkan apa yang patut dibuat nih.... Nak suruh pos jer @ p amik sendiri... Dilema la pulak.. Yela selalu order barang..kecik2 dan ringan2...postage murah jela.. Ni dah sampai 100kg.... Of coz la harga postage dia berganda-ganda tul tak... (#___________#)!!!!

Total RM2430.00
Banyak tu.... -__-
Postage lak RM223.00
Coz total weight 107.3g -___-
Tetiba rasa sadis sesangat... Yela..masa buat sebut harga idak la kira semua nih.. Pengajaran buat diri sendiri for next time punya negotation... (#_______________#)!!!!!!

Late Lunch For Today

Menu Lunch for Today ^_^
Hari ni kami lunch agak lewat ckit.... Around 3.30petang baru lunch. Ada banyak sebab yang menyumbang tetapi yang pastinya tunggu Incik Bb balik dari ofis la. Di samping kesibukan meng'update' fesbuk peribadi, fesbuk 'Ungu Lavender House' dan blog kesayangan ini lah.... Menu hari ini just simple jer iaitu Ikan Kukus Ala Thai, Di Huang Liang Goreng Belacan dan Pekasam Goreng. Simple menu jer.

Ikan Kukus Ala Thai
Untuk resipi visit entry ikan-kukus-ala-thai
Di Huang Liang Goreng Belacan
Untuk resipi visit entry di-huang-liang-goreng-belacan
Rasa sangat seronok memasak then update resipi. At least kaedah macam ni boleh membantu mempertingkatkan skill memasak diri ini. Alhamdulillah...after setahun kahwin memang kerja masak-memasak ini semakin baik bukan sahaja dari segi rupa sahaja tetapi rasa tu.. Tersangat la suka... That's why saya cakap 'I love much status as wife' because setiap hari saya akan belajar benda baharu dan belajar memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik.. (^___________^)y

Wednesday, October 2, 2013

Terapi Mengantuk

Kalau mengantuk..tiada apa yang mampu dilakukan melainkan tidur. Emmm...so sleepy.. Rasanya ni bukan sebab mengantuk tak cukup tidur semata-mata tapi mesti efek dari nasi goreng + telur mata + sambal bilis + sambal kentang + kuih pau 2 butir.. Huhuhu...banyak benor aku telan pagi tadi....

Maybe itu sebab kot.. Ni dah terasa di awang-awangan dah... Kalau disorongkan bantal...comfirm lena ni. Ditambah dengan dengan cuaca yang mendung dan syahdu pasti sangat lena ni... Kebiasaannya kalau mengantuk time-time cenggini my feveret adalah taip perkataan 'kek @ cupcake @ coklat' di Goggle. Kerana bila tengok benda macam tu pasti membulatkan kembali mata yang dah kuyu nih... Ni ada ckit hasil carian goggle mengenai 'cuppies / cupcake' yer.. Tersangat kiut dan kreatif. Suka sesangat. Hope 1 day leh hasilkan product macam dorang nih... 












Semua gambar di atas : Sumber dari Goggle

Actually tak ada kesan pun kali ini. Time menaip ni pun kepala dah sakit....nantok..nak tido sangat-sangat dah  (-___________-)zzzzzz