Bunga Berguguran

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Oh No....Sindrom Takut Kahwin...!!!

Pagi-pagi dah godek-godek fesbuk yela nak tengok apa citer baru la katakan. Tetiba terbaca satu artikel tentang takut berkahwin. Actually..macam kena jer dengan situasi yang melanda di sekeliling saya kini. Huhuhu...disebabkan ada individu yang seram , takut serta fobia untuk berkahwin....!!! Impak pada saya yang turut terlibat dan mengalami minor stress untuk menguruskan keadaan yang saya rasa pada permulaannyer mudah tetapi tidak sangka complicated macam sekarang ni. Namun jauh di sudut hati ini mengharapkan serta mendoakan jodoh yang dirancang ini menjadi dan kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn..... 

So jom sama-sama renungkan apa yang penulis ini tulis mengenai artikel tersebut. Moga-moga mampu beri panduan kepada mereka yang berada dalam situasi yang serabut, sesak dan tertekan mengenai perkahwinan. Perkahwinan itu seronok dan menyeronokkan kalau kita menyandarkan asas utama perkahwinan kerana Allah SWT dan berusaha menjadikan perkahwinan ini sebuah medan untuk berbakti dan meraih hasil lumayan di akhirat kelak. 

Love Till Jannah ^_^
Sumber : Goggle

Nak Berkahwin, Bukan Persediaan, Tapi Keyakinan yang Paling Utama
Penulis : Nurul Liyana Akmal

Alhamdulillah, saya menerima banyak respon dan pertanyaan tentang pengalaman saya berkahwin awal semasa umur 23 tahun. Jadi, dengan izin suami, saya menulis perkongsian ini untuk menjawab beberapa pertanyaan utama melalui pengalaman saya.

Saya dan suami masih belajar semasa kami berkahwin, dalam tahun kedua. Saya bersetuju untuk berkahwin dengan beliau kerana saya telah diajarkan tentang ilmu keyakinan sebelum mula menerimanya menjadi imam saya. Yakin dengan jodoh dan rezeki Allah meskipun kita sebenarnya tak pasti pilihan kita itu tepat atau tidak.

Berbalik kepada tajuk besar atas ni, ya! Sebenarnya nak berkahwin bukan persediaan yang paling utama, tapi keyakinan!

Berapa ramai yang dah bersedia nak kahwin tapi masih belum mendirikan rumah tangga? Pernyataan ini menunjukkan bahawa persediaan itu merupakan usaha kedua setelah kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendirikan rumah tangga.

Ilmu ini merupakan asas dalam rumah tangga. Kerana soal yakin ini sangat berkait rapat dengan iman. Dengan hati. Soalannya mudah, takrifkan sahaja maksud IMAN. Disitu ada jawapannya mengapa soal yakin ini menjadi tunggak utama dalam setiap perkara.


Berkahwin Menyempurnakan Separuh Dari Agama
Sumber : Goggle

Saya seperti kebiasaan semua wanita, tentulah sangat risau kerana tidak bersedia memegang gelaran ‘Puan’ dalam usia begitu. Pada usia itu, saya sibuk merancang haluan kerjaya, soal menjadi isteri jauh dari fikrah saya. Apa taknya, ilmu memasak pun belum lulus! Malah, rakan serumah saya lebih hebat dalam aspek menjaga rumah tangga. Pokoknya saya tidak bersedia untuk menjadi isterinya ketika itu!

Pada saat saya menerima lamarannya, saya belum dikunjungi rasa cinta. Pada masa itu, saya ada pilihan sendiri, tetapi ummi meredhai lamarannya. saya buntu dan banyak kali beristikharah, namun masih belum menemui jalannya. Setiap kali itu, saya akan menjadi resah memikirkan tentang lamaran insan yang saya tak punya perasaan. Setelah itu, saya menolak lamarannya atas alasan, TIDAK BERSEDIA!

Saya ditakdirkan bertemu abuya, iaitu ayah mertua pada ketika itu. Abuya merenung mata saya, seraya berkata, “Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini” (Redha Allah terletak pada redha ibu bapa). malah, abuya mengulangi 3X ayat ini! Saya jadi tak tenang dan tak dapat tidur lena memikirkan ayat ini.

Setelah itu saya menelefon ummi dan menangis semahu-mahunya. Maka, itulah jawapan dan petunjuk Allah untuk saya. Saya mahukan redha Allah, dan redha Allah itu terletak pada redha ummi dan abah. Saya sudah tidak peduli apa yang akan terjadi kerana saya yakin dengan petunjuk Allah itu terbaik untuk saya!

Ini merupakan langkah pertama saya meyakini soal keyakinan. Iya, setelah itu saya bertatih dalam memahami ilmu keyakinan ini. Keyakinan itu diumpamakan, walau kita disembelih, tapi kita yakin kita masih hidup! Soal keyakinan itu bukan pada akal, tapi terletak pada hati!

"Yakin dengan redha Allah, Yakin dengan rezeki Allah. Yakin dengan ujian Allah. Yakin dengan bantuan Allah."

Saya yakin dengan pilihan ummi meskipun saya tak pasti dengan masa depan yang akan saya lalui. Saya juga tahu bakal suami saya pada masa itu bukanlah anak orang kaya, atau telah memegang title jutawan, atau sudah punya rumah mahupun kereta. Zaman sekarang, ibu bapa meletakkan syarat pula, kalau nak kahwin, kena ada kereta atau rumah dulu. Alhamdulillah., ibu bapa saya tidak mensyaratkan itu buat bakal menantunya.

Jadi, kami kahwin serba sederhana, tidak ada majlis bersanding dan bermewah-mewah. Dengan berbekalkan hanya keyakinan, maka persediaan itu menjadi lebih mudah meskipun tidak terfikir dek akal mampu atau tidak dilaksanakan. Alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada 21 Mei 2011. Dan bermula lah detik kehidupan rumah tangga, dengan hanya berbekalkan keyakinan dengan rezeki Allah.

Mudah itu Lebih Baik
Sumber : Goggle

Saya membantu suami berniaga dari rumah. Saya ke kelas cuma berjalan kaki lebih kurang 1km dari rumah flat PKNS berdekatan kampus, kerana kami hanya mempunyai satu motosikal. Suami pula ke kelas dan bekerja menaiki motosikal ke KL dan berulang alik setiap hari. Setelah pulang dari kelas, suami terus keluar bekerja, mengambil dan menghantar baju-baju ke kilang dan pelanggan. Saya pula menyiapkan assignment saya dan suami, dan membuat persediaan untuk kelas tuisyen pula pada malam hari. Setelah itu kami bergegas ke pusat tuisyen untuk menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selesai sahaja mengajar, kami akan bersiap-siap pula untuk membuka gerai jualan di Uptown Kota Damansara bersama abang ipar sehingga larut malam. Begitulah lebih kurang rutin harian pada waktu itu.

Meskipun serba sederhana, namun kami terasa begitu mewah kerana di tarbiyah untuk memikirkan ada lagi manusia lebih derita dan tidak mampu menelan sebutir nasi pun! Makanan kami adakalanya dicatu untuk tujuan membeli mesin basuh, peti ais dan televisyen dan kelengkapan lain.

Setahun kami tidur hanya beralaskan toto yang dihadiahi semasa hari perkahwinan kami. Gambar yang saya sertakan ini adalah keadaan rumah kami semasa baru berkahwin. Tidak ada perabot ataupun kelengkapan lain. Yang ada, cumalah sebuah kotak printer yang dialaskan papan yang kami kutip di tempat pembuangan sampah. Peti ais cumalah polystyrene box yang berisi ais dibeli dikedai runcit.

Dari saat itu jugalah kehidupan yang serba sederhana itu mengajar kami lebih tentang erti keyakinan. Tidak ada apa-apa, boleh kahwin ke? Tak habis belajar lagi, nak bagi isteri makan apa? Alhamdulillah, saya belum dihidangkan pasir setakat ini. Rezeki itu daripada Allah, bukan daripada manusia. Jadi, kami tidak begitu peduli tohmahan masya’karat’ yang memandang remeh tentang keadaan kami yang serba kekurangan. Keyakinan itulah yang menambah semangat dan motivasi kami dalam menjemput rezeki Allah.

Yakin dan teruskanlah ^_^
Sumber : Goggle

Setiap orang pasti ada rezeki! Jangan cakap, “tak ada rezeki lagi,..” rezeki itu ada, tapi dari sudut yang lain! Pandanglah! Lihatlah! Kesihatan dan keluarga kita juga rezeki! Kemudahan menuntut ilmu juga rezeki.! Masya Allah, begitu banyak rezeki Allah di muka bumi ini, kenapa kita masih merungut jika nak kahwin tak ada rezeki? Pasti ada caranya. Tentulah dengan ilmu. Dan yakin dengan Allah.

Alhamdulillah, rezeki kami dimudahkan Allah. Suami dapat mengerjakan haji bersama abuya dan dapat pula ke U.S. untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Pada waktu itu, saya kerap ditinggalkan seorang diri untuk tujuan perniagaan dan urusan haji serta belajar. Namun itulah usaha saya untuk memahami soal keyakinan ini.

Dalam diam, saya bukan diajar secara teori, tapi Allah memberi ujian ini untuk mengajar keyakinan diri.

Keyakinan itu bernoktah, tidak ada tanda soal.

Sehingga sekarang, saya masih berusaha memahami ilmu keyakinan ini. Yakin ini bukan sahaja penting dalam urusan nak mendirikan rumah tangga., tapi dalam setiap perkara!

"Yakinlah dengan Allah! Yakinlah dengan keyakinan ini!"

Jadi ini pesanan saya buat bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga, pergilah berguru dan menuntut ilmu tentang keyakinan ini. Dengan iringan doa dan kasih sayang, semoga Allah meredhai perkahwinan anda dan memudahkan setiap urusan kita di dunia dan akhirat.

Sekian sahaja, salam sayang. 


Di situ ada Rahmat-Nya
Sumber : Goggle

Tersentuhkan bila membaca artikel di atas. Pada yang masih memikir dan 'confius' dengan persoalan kahwin diharap dapat renung-renungkan artikel ini. In Sha Allah..nanti saya akan update mengenai 'Celik Mata dan Minda Mencari Jodoh' oleh Prof. Muhaya. Dan malam nanti jangan luper menonton rancangan Semanis Kurma jam 9.30 malam di TV9. Topik perbincangan malam ini 'Jangan Tunggu Lama-lama'. Selamat menonton dan menimba ilmu yer... Apa yang penting..jangan berputus asa dengan Rahmat & Kasih Sayang Allah SWT. (^___________^)y

Wednesday, September 18, 2013

Petua Memilih Isteri Jelita

Dalam video ceramah Ustaz Azhar ni pun ada bagitahu tips cari jodoh. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.
(Bidalan ltali)

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. 
(Goethe)

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. 
(Bidalan Cina)

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangka masa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja.  
(Bidalan Jerman)

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu 
yang akan berundang beberapa hari saja. 
(Bidalan Hindustan)

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. 
(Bidalan Serbia)

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali.  (Bidalan Itali)

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.
(Bidalan Jerman)

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas. 
(Bidalan Tamil)

14. Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Izzue Islam & Tiz Zakyah
'Sebenarnya Saya Isteri Dia'
Sumber : Goggle

Saturday, June 22, 2013

D.I.Y. Pelamin & also Bunga Tagging Meja

Post pada 5 June yang lalu ada cakap tentang D.I.Y. pelamin kan.. Ni la hasilnyer.. Simple jer..tapi bila tengok lama-lama macam cantik la jugak. Siap ada tanya..tempah pelamin kat mana.. Alhamdulillah..ada gak orang yang tau menghargai. So rasa berbaloi gak la bersusah payahnyer buat pelamin ni bersama-sama dengan Incik BB.. Di samping pemerhati yang tak berhenti-henti memberi komen... Tq semua....

My Pelamin D.I.Y untuk Majlis Perkahwinan Adik-adikku
My 3rd Brother wif His Wife & Family In Law

My 2nd Brother wif His wife & Me also My Incik BB
Selain itu, turut buat tagging meja bagi rombongan pengantin.. Even ada tagging pun..tetamu biasa pun tetap rembat tempat rombongan pengantin gak la.. Tapi masih dalam keadaan terkawal.. 

Ni la hasil Tagging meja yang dibuat. Ok lah kan..
Last minit punya preparation... 

Atas meja reserve untuk rombongan pengantin perempuan