Bunga Berguguran

Saturday, January 25, 2014

Resipi Aneka Tart

Resipi aneka tart ni diberi oleh seorang kawan. Jadi kita share la yer untuk sama-sama menambah ilmu. Kat bawah ni Cik Na Na akan share 4 jenis resipi tart iaitu tart telur, tart buah, tart blueberry cheese dan tart coklat. Mula-mula sekali kita belajar buat dia punya tart shell yer. Then baru kita buat inti tart tu pulak k... Jom belajar.... (^___________^)y
Resipi :  Tart Shell (Kulit Tart)

Kulit Tart
Bahan-bahan:
* 140g butter
* 1biji telur kuning
* 70gm gula aising
* 200gm plain flour

Cara-cara membuatnya :
1) Campur ke semua bahan ke dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. 
2) Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3) Masukkan adunan ke dalam acuan. 
4) Cucuk permukaan bawah kulit tart dengan garfu.
5) Bakar dengan 180 darjah celcius selama 15-20minit.
Resipi : Tart Telur

Tart Telur
Time ni buat untuk jamuan raya ofis ^_^
Bahan-bahan:
* 140gm gula
* 300ml air
* 4biji telur 
* 80ml susu cair

Cara-cara membuatnya:
1) Masak air dan gula tadi sehingga mendidih. Tak perlu kacau gula tersebut.
2) Setelah mendidih, tutup api dan biarkan air gula itu sejuk seketika.
3) Setelah air gula sejuk, campurkan susu cair dan telur.
4) Pukul hingga sebati dan tapis adunan tersebut.
5) Setelah itu, boleh masukkan adunan telur tadi ke dalam kulit tart.
6) Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 10-15minit @ sehingga masak. 
Resipi : Fresh Fruits Tart

Tart Buah-buahan Segar
Boleh hias dengan anggur, kiwi, strawberry dan appricot 
Bahan-bahan :
(Untuk buat cream pastry)
* 400ml susu segar
* 4biji kuning telur
* 60gm gula
* 25g plain flour + 25gm tepung jagung
* 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya : 
1) Panaskan susu segar sehingga mendidih menggunakan api yang perlahan.
2) Di dalam mangkuk, campurkan kuning telur & gula.
3) Kemudian masukkan plain flour dan tepung jagung.
4) Masukkan susu panas sedikit demi sedikit dan terus kacau sehingga sebati.
5) Tapis adunan tersebut.
6) Masak adunan sehingga menjadi pekat (seperti mayonis)
7) Angkat dan sejukkan seketika. 
8) Masukkan ke dalam kulit tart dan hias dengan buah-buahan segar kesukaan anda. 
Resipi : Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan :
* 250gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 20gm butter
* 60gm gula castor
* 1 biji telur gred A

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan ke semua bahan dan pukul hingga sebati.
2) Letakkan Blueberry Filling ke dalam kulit tart.
3) Masukkan adunan cream cheese yang telah sebati.
4) Corakkan mengikut kreativiti.
5) Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak. 
Resipi : Tart Coklat

Tart Coklat
Dibuat sebagai buah tangan ke Penang 
Bahan-bahan: 
* 500 - 600gm Coklat Compound
* Hiasan - coklat urai, aneka hiasan comel

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan coklat menggunakan kaedah douvle boiled.
2) Setelah cair, masukkan ke dalam kulit tart.
3) Hias tart coklat mengikut kreativiti anda.
4) Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di makan.
~~~ Selamat Mencuba ~~~

No comments:

Post a Comment