Bunga Berguguran

Friday, October 25, 2013

Tudung Den Bertengkek-tengkek

Tudung bertengkek-tengkek ni kira feveret baru la. Cik Ina ni kan peminat tegar shawl so sekali sekala mengayakan tudung bertengkek-tengkek ni memberikan impak lain la ckit. Ada yang cakap nampak lebih matang. Huhuhu...so better pakai shawl nampak macam teenage ckit. Ahaks...memang terlebey perasan sudah. 

Al-kisah beli tudung ni pun sebab tingin tengok kawan-kawan pakai tudung nih. Macam lawa je. Tu try beli dan pakai tu. Ok la..tapi kurang selesa la.. So amik keputusan pakai kat rumah mak mentua jela. Ok what..??? Pakai tudung tantik-tantik sambil goreng ikan kat dapur. Tu baru kategori vogue tetapi versi suri rumah muslimah.. Hehehe.. 

So jom view gambar Cik Ina melaram pakai tudung tu. Beli 2 helai jer pun... Simple jer tapi memang tantik tudung tu.. Emmm..si pemakai..???? Bergantung kepada mata yang memandang... Kan ada pepatah omputih 'Beauty Of The Eye Of Beholder'. Tak gitu.. (^______^)y

Pink + Coco Kaler  + hijau (di bahagian belakang)
Yang ni nampak sweet ^_^
Yang ni polkadot + coco + green
Yang ni design cumeell ^_^

Step By Step Deco Cuppies Foundant

Last 2 weeks dapat tempahan cuppies foundant sempena majlis pertunangan seorang kawan. So try la mendeco guna foundant tu. Emmm..not bad jugak hasilnya. Anyway thanks to my frenz atas kepercayaan yang diberikan. Kat bawah ni ada la secara simple step mendeco cuppies foundant. (^_______^)y


Mula-mula tutup permukaan kek dengan white foundant ^_^

Letak ckit banner kaler kuning turut dari foundant
Untuk letak wording kat situ nanti ^_^

Pastu amik acuan buat bulat-bulat kaler kuning untuk dilapis atas foundant putih tu.
Bunga gumpaste di setiap sudut..saya beli dan just hias.
Nak kerja cepat lagi mudah ^_^

Letak pulak bunga gumpaste kaler biru kecik-kecik lak.
Untuk menaikkan seri di samping menjadikan cuppies nampak cute lagi ^_^

Lastly letak wording ikut customer demand
Customer just minta tulis tarikh sahaja.
Saya guna coklat untuk deco wording tu ^_^

Tada...ni la hasilnya setelah siap dan dimasukkan dalam kotak hantaran
Simple jer kan caranya ^_^
~~~ Selamat Mendeco ~~~

Thursday, October 24, 2013

Senggugut Oh Senggugut

Rata-rata wanita pasti pernah merasa senggugut sama ada biasa-biasa jer ker, sakit sangat-sangat ker, sekejap jer ker, kerap setiap bulan, ataupun berselang bulan mengalami kesakitan akibat senggugut. Ada juga wanita yang seumur hidup tidak pernah merasa betapa sakitnya senggugut...beruntung sungguh anda. Tapi kepada yang kerap mengalami senggugut..bersabar yer. Allah sayang anda sebab tu dia bagi anda ujian sebegini untuk menghapuskan dosa-dosa kecil anda. Pesanan untuk diri sendiri. Alhamdulillah.... 

So kat bawah ni ada sedikit info mengenai senggugut. Baru cik Ina tau..rupanya ada 2 jenis senggugut. Satu yang normal untuk gadis-gadis atau wanita. Manakala yang satu lagi versi merbahaya yang memerlukan rawatan lanjut dan bertemu pakar sakit puan. Minta dijauhkan lah senggugut jenis kedua tu. Cukup-cukup la yang no. 1 tu pun dah cukup seksa sakitnya. Emmm...Cik ina tak ingat mana sumber info tentang senggugut nih. Coz dah lama simpan dah dalam draft. So minta halal ilmu la yer....pada penulis asal andai anda terbaca entry nih. 

Senggugut Oh Senggugut.. @ Sesunggut (nick name di kalangan gegurl)
Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar "primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai di bawah.

Senggugut Jenis Pertama 
Berlaku dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. 

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai di kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak.. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘Norethisterone’.

Senggugut Jenis Kedua
Ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Di antara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk

*** Cik Ina berpendapat - apa-apa pun..sekiranya sakit berterusan sila la pergi berjumpa doktor yer.. #macam pesanan untuk diri sendiri la jugak. Coz i tak suka klinik.. Also tak suka ubat. Sakit teruk pun..tahan dan berdoa sakit tu akan hilang sendiri. Bertawakal sungguh kepada Allah SWT tanpa berusaha. Bagus la sangat ekkkkk... 

Ni ada ckit tips la tuk reduce sakit senggugut. 
1) Ambil madu lebah asli dan bacakan selawat shifa dan ayat Quran surah...... (tak ingat). Nanti balik kampung kena tanya mak la. Coz mak yang selalu buat pun untuk Cik Ina. 

Madu Lebah Asli
Sumber : Goggle
2) Telan jer panadol @ mana-mana pain killer macam yang tertulis dalam enrty di atas. 

Pain Killer
Sumber : Goggle
3) Letak lotion panas / minyak angin panas kat perut then tekankan perut. kalau ada orang urut lagi bagus. Hehehe...tentu-tentu Incik Bb mangsaku.. 

Pilihanku.. JSD Lotion
Panas dia sangat sedap tau.. ^_^
4)Kalau tak ilang gak sakit....baik pergi klinik. Tapi kalau sengugut biasa. Hari ke-2 period dah ilang dah sakitnya. Ada gak jenis senggugut teruk, sampai pengsan. Memang comfirm kena p klinik untuk rawatan. 

Jumpa doktor kalau dah teruk sakitnya
Sumber : Goggle
Ok tu je celoteh untuk petang nih. Renungan dan pengetahuan untuk diri sendiri yang sedang menderita sesunggut sejak semalam lagi... Waaaaa...even sakit ku kuatkan semangat juga untuk bekerja dan berblogging. Balik rumah kang jadi housewife lak.. Moga-moga sakit ni cepat ilang la yer cayang. (-_____-)

Wednesday, October 23, 2013

Air Istimewa yang Sihat

Jom try buat.. baik untuk kesihatan di samping rasanya sedap. Enrty ni ekstrak dari fesbuk https://www.facebook.com/hidayat.fahmi (Malioboro Furniture). Just for sharing dan maybe untuk amalan. Tak salah kan untuk tambah pengetahuan dan ilmu mengenai kesihatan. (^________^)y

Air masak yang dicampur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Jom buat sendiri: 

1) Teh hijau, pudina, limau nipis - Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan 

Teh Hijau
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
Sumber : Goggle

Pudina
Secara peribadi  ---> nak minum memang tak la -__-
If buat ulam tu boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

2) Strawberry, kiwi - Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular, menyeimbangkan gula dalam darah 

Strawberi
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
If makan begitu sahaja boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

Kiwi
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
If makan begitu sahaja boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

3) Timun, limau nipis, lemon - Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan 

Timun
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
Lemon
Secara peribadi ---> Suka sangat ^_^
Sumber : Goggle

4) Lemon, limau nipis, oren - Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati 

Limau Nipis
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Orang
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Lemon
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Cara penyediaan:
1) Guna air masak dan dicampur dengan hirisan buah-buhan kesukaan anda.
2) Air tersebut dicampur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. 
3) Minuman di atas hendaklah diminum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. 
4) Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.

Secara peribadi Cik Ina pernah buat just guna lemon jer. Buat untuk Incik Bb time dia migrain. Dapat release ckit sakit kepala. Tapi rasanya yang sedap untuk buat cenggini just buah-buhan citrus la. Macam oren, lemon dan limau nipis. Sebabnya sesuai dengan anak tekak nih.. Yang lain like strawberi, kiwi elok makan jela. Emmm...pudina dan teh hijau tak suka dan pastinya tak kan pernah cuba. So pada you olls semua try la yer... Ikut citarasa masing-masing yer.... (^_______^)y 

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Alone In ofis

Hari ni dah masuk hari kedua dah duduk bertapa sengsorang di bilik ini bersama-sama buku dan fail yang banyak. Waaaaaa....sedey pun yer..but its ok.. Lebih tenang dan most important things...kerja banyak berjalan coz mulut kena zip.. Even peyut ku menyucuk-yucuk tetap ku kuatkan semangat mengemaskini fail-fail dalam pc nih.. Senang nak cari dokumen untuk buat kerja. Atas meja ni dah ada fail 5S dah. Kena wat kemaskini fail pastu baru touchup ckit-ckit lagi bilik kecil ini. NI semua gara-gara audit akan datang jumaat ni dan khamis depan. Gambar-gambar bilik ni nanti la update yer... 

So tak nak story mory bebanyak..jom continue work.. Sakit tahan jela... Bersabar yer hati..dengan dugaan dan ketentuan Allah SWT ni. Dia Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-Nya yang kerdil lagi lemah ini.. Aminn.... Redha dengan setiap ketentuan-Nya. 

My Work Space ^_^

Close-up ckit yer ^_^
Even bersepah..tapi ok la yer...

Semua lambak atas meja termasuk la Si Itek Kuning
Bukan anak patung tapi key-chain kunci kereta yer ^_^

My Document berjaya dikemaskan... Fuhhh.... ^_^y

My Desktop pun kosong jer...
But its doesnt means i tak buat kerja k..
Just semua disimpan dalam folder.
So idak la menyemak kat desktop ^_^

Tuesday, October 22, 2013

Bagaimana mengetahui diri mengandung?

As usual sekadar perkongsian bersama. Mana tau kot-kot ada di antara pembaca blog ni yang mengharapkan untuk hamil. Artikel ini mungkin boleh membantu anda. Tak salah berkongsi ilmu...coz 'Sharing is Caring'.. Lagi banyak yang kita explore, kita baca dan kita share maka lagi banyak la pengetahuan yang kita perolehi. So jom baca & tambah pengetahuan bersama-sama.. (^________^)y. Leh dijadikan checklist jugak tau.... 

Jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan... 

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah! 


New Journey Start ^_^
Sumber : Goggle
Ni pun  ada sedikit tanda-tanda simple lah if lewat period just in 5 days dia punya tanda-tanda adalah seperti kerap membuang air, rasa lenguh kaki tangan, rasa letih dan mengantuk, kerap merasa lapar dan mulut terasa pahit. Apa-apa pun if nak comfirm p klinik untuk pengesahan yang selanjutnya. Serta selamat menjalani sebuah perjalanan dan pengalaman yang baru dalam hidup anda... 

Perkembangan Baby Dalam Rahim

Dulu masa di universiti ada amik satu subjek mengenai 'Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia'. Terus terang cakap memang subjuk ni di antara the best subjek yang dipelajari. Yela mana tidaknya...dah nama pun perkembangan manusia so kita akan belajar mengenai segala aspek perkembangan manusia dari pembentukan janin sehinggalah peringkat terakhir dalam fasa kehidupan manusia iaitu kematian. Nama pensyarah tu kalau tak silap Pn. Azura. Seorang yang tegas tetapi best sangat belajar dengan dia. Part paling best...Cik Ina dapat A for this paper. Alhamdulillah...  
Dalam banyak-banyak bab in this subjek, bab yang paling feveret adalah bab 'Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi'. Memang best sangat-sangat..sebab kita boleh mempelajari setiap perkembangan baby dari minggu ke minggu. Subahanallah...memang terasa besar lagi agung kuasa Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh keajaiban dan kesempurnaan. 

Time tu belajar dengan penuh kesungguhan la katakan. Baca buku pun kulit ke kulit..minat sungguh la katakan. So ni just for refresh my mind bout baby in womb. Saje suka-suka mengingati subjek feveret ku ini. Mungkin boleh jadi panduan kepada kepada bakal-bakal ibu di luar sana. Yela...'Sharing Is Caring'...right??? So jom review serba ringkas perkembangan baby... (^________^)y

Baby in womb
Sumber : Goggle 
1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

Perkembangan Baby in Rahim
Sumber : Goggle

Kenapa Saya Tidak Berjaya dari Segi Kewangan?

Persoalan ini diperolehi melalui emel kiriman Dr. Azizan Osman ke email Cik Ina. Bila diteliti dan difikir-fikirkan semula memang ada persoalan mengenai kewangan diri ini.Even turut menjadi isu ramai insan di luar sana ekoran kadar kenaikan taraf hidup, kenaikan harga barang serta susut nilai mata wang yang berlaku masa kini. Setiap hari pasti mendengar ramai insan yang mengeluh kekurangan wang untuk menampung perbelanjaan hidup mereka. Jadi bila direnung kembali apa yang diperkatakan oleh Dr. Azizan..memang ada kebenarannya. Jom kita check dan audit diri ini. Justeru itu, perbaiki di mana kelemahannya bagi tujuan memantapkan sumber kewangan kita. (^_______^)

Jawapannya:

1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda postif. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.

Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.

Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?

#DrAzizanOsman

Sumber : Goggle

Kek Lumut

Tetiba lak teringin kek kaler ijau nih.. Ntahlah kenapa lately ni tersangat suka kaler hijau. Senang citer 'I fall in love wif green'. Maybe dah sampai waktu kematangan kot. Yela dulu masa sekolah dan kat universiti terlalu obses dengan pink. Ketika di awal kerja pun cenggitu.. Tetapi makin lama, makin boleh terima kaler lain dalam hidup nih.. And latest nih..terlalu minat kaler hijau. Sampai tengok kek kaler ijau pun suka. Lalalala...simptom apakah ini? So bila goggle jumpa kek ijau and dapat tau nama dia 'Kek Lumut'. So apa lagi copy resipi dan tenghari ni nak p shopping barang untuk buat kek lumut nih.. Macam simple jer caranya. Hope kerajinan menjadi la yer malam nih... (^_______^)y

Kek Lumut...in luvly green ^_^
Sumber : Goggle
Kek Lumut wif cream cheese topping ^_^
Nak buat macam nih..
Sumber : Goggle 

Resipi 'Kek Lumut'

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega.

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Monday, October 21, 2013

Cuba Teka

As usual lagu ni special dedicated to My Incik Bb la. Yela..siapa la yang ada lagi pun selain Incik Bb tu.. Tul tak? Saje start this week dengan lagu yang baru disukai oleh halwa telinga nih supaya dapat mood untuk meneruskan kerja-kerja berblogging. Memang diakui sejak kebelakangan ni agak busy dengan bermacam-macam hal. Tak sempat pun nak update blog dan fesbuk. Gambar pun macam-macam dah disnap untuk entry blog dan promotion kat fesbuk. Tapi itu pun tak sempat nak upload.. Tunggu yer... Plan-plan Cik Ina kasi upload. So jom layan dulu video klip ni. Selamat Hari Isnin semua..... (^____________^)y


Cuba Teka 
by Tasha Manshahar & Syed Syamin

Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

As Usual..muka interframe..
Ok la yer... ^_^

Saturday, October 19, 2013

Interprestasi Cinta

Tajuk best tak...?? Interprestasi Cinta lak tu... Sebenarnya bukan nak citer apa pun..just nak share lukisan potret Cik Ina yang dilukis oleh My Incik Bb la... Emmm....even iras-iras tu memang tak berapa nak ada pun tetapi usaha yang ditunjukkan memang tersangat dihargai. Sebenarnya Incik Bb memang berbakat pun dalam lukis-melukis nih..tapi bab potret kureng cikit.... tambahan dah lama lak tu tak melukis. That's why Incik Bb mula mengilapkan kembali bakat dia tu.. Emmm....tak per.. Next time try lagi yer... So kat bawah ni ada gambar asal beserta potret hasil lukisan Incik Bb...

Gambar Asal ^_^

Potret dilukis oleh Incik BB

Potret vs Gambar Asal ^_^
Agak-agak ada iras tak.....????
~~~~ Next Time Cuba Lagi Yer... Anyway Thanks A lot Wif Love ~~~~

RM1 vs Rm100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual: 

Wang RM100 : Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

Wang RM1     : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis. 

Wang RM1     : Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?

Wang RM100 : Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet.

Wang RM1     : Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?" 

Wang RM100 : Belum pernah

Wang RM1    : Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.

Wang Rm100  : Lantas menangis kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua. Syaitan berkata:
1. Orang Islam yang mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan solat adalah 'Bapaku' . kecuali wanita.
2. Orang Islam yang suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'Saudaraku' .
3. Orang yang rukuk & sujud mendahului imam adalah 'Anakku' .
4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah 'Ibuku'.
5. Wanita Islam yang tidak memakai tudung adalah 'Isteriku'
6. Orang Islam yang makan tanpa membaca bismillah terlebih dahulu adalah 'Anakku' .
7. Orang yang tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara Islam  yang lain adalah 'Sahabatku' .
8. Orang islam  yang suka berkongsi msg ini dengan saudara Islam yang lain adalah 'MUSUHKU'

Maka marilah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi msg ini dengan saudara Islam yg lain..semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin..

Sumber : Fesbuk (^_______^)y

vs

Thursday, October 17, 2013

Kehamilan Di Luar Rahim

Entry tentang ini berdasarkan kisah seseorang yang Cik Ina kenali. Kesian dia... apabila dia dapat tahu yang kehamilan sulungnya itu merupakan kehamilan di luar rahim dan terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan selanjutnya. So hari ni Cik Ina mencari artikel mengenai 'Kehamilan Di Luar Rahim' kerana diri ini kurang arif mengenai kehamilan apatah lagi mengenai kehamilan yang unik sebegini. Apabila dibaca keseluruhan artikel ternyata memang sangat berisiko dan takut pun ada jugak. 

Jom baca artikel ini bagi menambah pengetahuan sedia ada kita. Oleh itu, mohon sebarkan dan kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda yang lain jugak yer. Di samping itu, kita juga boleh bersama-sama memanjatkan doa untuk ibu muda ini supaya lebih kuat dan tabah bagi menghadapi dugaan Allah SWT ini. In Sha Allah...pasti ada hikmah di sebalik setiap rencana dari-Nya......

Apakah itu kehamilan di luar rahim?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?
Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 

*Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.

*Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.

*Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

*Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

*Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.

*Jika anda merokok.

*Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

*Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?
Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

1) Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

2)Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 
* Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
* Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
* Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
* Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 
* pembedahan ini lebih cepat;
* kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
* anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
* kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
* tahap kerosakan tiub tersebut;
* tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
* keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?
Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku. 

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. 

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?
Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Sumber artikel ini daripada http://www.babycenter.com.my.

Normal Pregnancy vs Ectopic Pregnancy
Sumber : Goggle

~~~ Sharing Is Caring ~~~

Monday, October 14, 2013

Alahai...Oreo Cheese Cake....

Hehehe...masuk-masuk entry dah gelak.. Yela...dah nama pun 'Alahai Oreo Cheese Cake'...of cos adala ada sesuatu terjadi. Actually semalam beria-ria nak buat kek ni pun.. Tetapi tak jadi buat gak sebab penat la.. Kalau mak Cik Ina dengor comfirm kena marah.. Ni rentetan kisah prepare hantaran la. Hampir seminggu bertungkus lumus mencari barang ke hulu ke hilir dan menyediakan hantaran. Dah buat hantaran..kena join dia tunang lak coz Incik Bb jadi cameraman lak.. 

Emmmmm....penat tau.. Balik rumah...both of us macam pengsan gak la. Bangun je dekat-dekat Maghrib terus mulakan operasi buat laksa. Mengidam kot @ teringin ntah lah...So time tengah masak..member yang tunang tadi cakap nak datang amik gambo la pulak.. So kena la kemas umah cikit-cikit kot.. Yela..dah buat kerja-kerja hantaran....rumah comfirm huru-hara jadinya... Nak dijadikan cerita..bila ada orang nak datang idak la start buat kek tu...cadang nak hold dulu la.. Yela..bagi mengelakkan diri ini berbau keju + mentega + telur la katakan. Tup..tup..kul 10 malam dia tak jadi datang... Waaaaaa..... Keje aku terbengkalai... Nak buat kerja dah malas dah...tambahan makan laksa 2 mangkuk lak tu.. Memang dahsyat kan selera... So bila dah kenyang...landing depan TV tengok citer Lawak Superstar kot... So jawabnyer...wasalam la....

Bahan-bahan untuk kek..last2 simpan balik dlm fridge ^_^

Laksa for dinner last nite ^_^
Bangun pagi-pagi dah masuk dapur untuk prepare breakfast.. Member yang semalam tu pun dah janji nak datang pagi nih amik gambo dia.. Elok la sangat tu... leh sama-sama makan yer...

Magie Goreng ^_^
Time dia sembang-sembang dan tengok gambo dia dengan Incik Bb..Cik Ina lak meneruskan kerja-kerja di dapur. Apa yang sempat buat just....panaskan kuah laksa untuk bawa balik rumah mak. Di samping itu ada la prepare ckit coklat moist cake dan mempelam 3 rasa. Coklat moist cake sebagai buah tangan dan mempelam 3 rasa sebagai bekalan perjalanan....

Chocolate Moist Cake ^_^
Mempelam 3 Rasa (Pedas vs Manis) ^_^
So kesimpulannya.....Oreo Cheese Cake tak jadi....  Just yang jadi Chocolate Moist Cake jer sebagai buah tangan.. K semua dah sedia...  Dah  ada buah tangan dan bekalan. Baju-baju dan barang dah siap pack... Rumah pun dah bersih disapu dan dimop. Nak siapkan diri jer jap la yer... Ni update blog ni pun while waitang Incik Bb servis Cik Bibah b4 balik kg... Nasib la kg dekat...main-main macam ni pun tak per kan.. Kalau balik sampai ke Johor nun...mau menangis dibuatnya. K tata... Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... (^_____________^)y