Bunga Berguguran

Sunday, June 1, 2014

Magis Manis Coklat

Nama yang tertera kat atas ni nama komik Jepun tapi telah ditranslate ke Bahasa Melayu tau. Kalau buat nama kedai pun macam sedap jer.. Macam best jer. Rasanya komik ni dah lama dah berada di pasaran. Just Cik Na Na jer baru tau hari ni kot.. Ksian sungguhlah kat ceq.. Ni pun secara tak sengaja terjumpa komik anak sedara dalam bilik. Tu try baca tu. Tup..tup..tup..meletops best la pulak... Rasanya tarikan utama komik ini pada Cik Na Na adalah jenis-jenis coklat yang digunakan sebagai topik-topik dalam komik tu... Nama-namanya memang lazat dan memikat selera u.. Antara namanya adalah Extra Dark Chocolate,  Chocolate Waffle, White Truffle, Orangette, Chocolate Meil, Coklat Ceri Merah, Macaron Coklat, Pave, Tartlet dan Hollow Chocolate.  

Kalau ikutkan keluaran ada 5 jenis semuanya. Cik Na Na baru baca 2 keluaran jer iaitu "Bitter Sweet" & "Dark Spice". Ada lagi 3 keluaran "Magis Manis Coklat",  "Creamy Sugar" dan Evil Essence. Rasanya balik dari kampung ni nak terus ke MPH cari komik ni la.. Harga 1 just RM7.50. So kalau beli 3 baru RM22.50. Pas baca semua baru rasa lega kot... Hehehe...tah apa-apa jer... Ni la dikatakan "Cinta Pandang dan Baca Pertama". Peribahasa baharu ni tau...

Meh  Cik Na Na story sedikit mengenai watak dan jalan cerita untuk komik ni. Tapi kepada sesiapa yang pernah baca comfirm punya lah setuju dengan Cik Na Na yang mengatakan cerita ni menarik sangat. Even genre seram tetapi macam sweet jer.. Yela dah namanya coklat... Of coz la sweet... 

Aikawa Shokara & KaKao

 

Jalan cerita komik ini simple dan pendek. Watak utama cerita ialah Aikawa Shokora, ahli sihir kegelapan yang dilantik di kalangan manusia. Gadis comel ini meneruskan hasrat bapa dia untuk menjadi pembuat coklat yang terkenal menggunakan ramuan hati manusia. Dia mampu mengambil hati manusia yang memakan coklat yang dibuatnya sebagai bayaran. Sesiapa yang berhati jahat, coklatnya menjadi racun tetapi menjadi ubat jika berhati baik.

Aikawa Shokora ditemani seekor kucing hitam yang bernama Kakao yang sebenarnya merupakan syaitan dari dunia kegelapan yang sebenarnya berhasrat mengambil roh Aikawa Shokora sewaktu dia masih kecil.Shokora sepatutnya menjadi korban bapanya agar bapanya dapat menjadi pembuat coklat terunggul di dunia.Namun, hasrat bapanya tidak kesampaian apabila mati dalam kebakaran di rumah mereka akibat disabotaj oleh musuh. Satu demi satu pelajar sekolah, gadis, budak remaja lelaki datang ke kedai coklat yang dibuka Shokora untuk membeli coklat buatannya yang mampu menunaikan hajat manusia sama ada baik ataupun hajat yang jahat.

 
Komik Pertama (Belum Baca Lagi)

Dalam buku kedua ini banyak menceritakan tentang masa silam Aikawa Shokora di mana kehidupan kanak-kanaknya bersama ayah. Shokora membesar tanpa kasih sayang ayahnya setelah kematian ayah akibat perjanjian dengan syaitan di dunia kegelapan.

Komik Ke-2 - Bitter Sweet (dah baca dah ^_^)

Creamy Sugar banyak mengisahkan tentang kehadiran ahli sihir baru iaitu white whitch dimana Blench merupakan ahli sihir pembuat coklat sejati dari dunia kegelapan. Blench sukakan Kakao dan bersaing dengan Shokora untuk menghasilkan coklat terhebat.

Komik Ke-3 - Creamy Sugar (Dah baca dah ^_^)

Watak Blench banyak diceritakan dalam buku Magis Coklat yang keempat iaitu Dark Spice.

Komik Ke-4 - Dark Spice (dag baca dah ^_^)
Buku terakhir Magis Manis Coklat yang telah dikeluarkan setakat ini adalah Evil Essence, di mana banyak menceritakan kesinambungan Shokora mengumpul hati manusia. Kakao, kucing hitam jelmaan syaitan kegelapan semakin rapat dan suka pada Shokora menjadikan cerita Magis Manis Coklat semakin menarik untuk dibaca.

Komik Ke-5 - Evil Essense (belum baca lagik)

Friday, May 23, 2014

Macaroon

"Made from egg, sugar, ganache and a little bit of magic", begitu salah seorang penulis mendeskripsikan bahan untuk membuat macaron atau macaroon ala Laduree, Paris.

Jangan khuwatir, tidak hanya di Paris, kini anda boleh mendapatkan macaroon hampir di semua kota besar di dunia, termasuk di Malaysia. Namun the best macaroon di dunia adalah yang dibuat oleh penemunya, iaitu Laduree Patisserie di ibu kota Perancis. Biskut kecil yang bulat, ranggup di bahagian luar dan sangat lembut di tengahnya dengan penampilan cumell dan berwarna-warni adalah produk paling terkenal yang dihasilkan oleh Laduree. 

Sejarah Laduree macaroon berawal dengan Pierre Desfontaines iaitu sepupunya dari Louis Ernest Laduree, yang pada awal abad ke-20 yang membuat dua buah macaroon dan menempelkannya dengan ganache.

Sejak hari itu macaroon di Laduree dibuat fresh setiap pagi di tempat khusus yang tidak disebut dengan dapur atau ruang produksi tetapi mereka sebut sebagai "laboratory", laboratorium Laduree. Macaroons merupakan salah satu pastry yang digemari oleh Ratu Perancis Marie Antoinette.

Haaa...itu sejarah awal dan asal usul Macaroon. Bagaimana datang ke Malaysia itu tidak pasti. Yela pada zaman kini semua resipi dikongsi dengan mudah oleh seluruh dunia hanya melalui Internet. Ala duduk jer depan lappy anda then search. Tapi kalau nak tau ilmu pembuatan macaroon yang lebih details better p cari sifunya. Bukan setakat memberikan resipi..malahan segala macam petua pun turut dikongsi bersama.

Ok la.. jom kita review ckit macam mana rupa macaroon ni.. Kalau yang tingin nak merasa macaroon ni boleh roger..roger.. Cik Na Na yer... Ai jual murah-murah jer.. Tetapi rasanya sedap, rupanya gebuss dan tantik sangat.. Sesuai untuk makan-makan, buat hiasan atas kek dan buat hantaran pun sesuai jugak tau. Nanti menu untuk 'Candy Buffet' pun akan dimasukkan macaroon ni yer... 

Cumell bangat ini macaroon ^_^
Sekadar hiasan jer ekkk..
Sumber : Goggle

Warna-warna gitu..
Tengok pun dah terliur u ^_^
Sumber : Goggle

Nyummmy... ^_^
Sumber : Goggle

Admire their colour much ^_^
Sumber : Goggle

Love it much ^_^
Sumber : Goggle
Haaa...dah tengok gambar dan ada rasa tergoda tak.. Jika ada...jangan malu-malu @ segan-segan yer contact Cik Na Na. As usual kalau berminat boleh la pm kat fesbuk @ text jer ke 012-5412092. Best price ai offer pada you all. Sebiji just RM2.30 jer okey.... (^____________^)y 


Thursday, May 22, 2014

Cake in The House

Kalau mula-mula bisnes kek dulu..Cik Na Na hanya reti buat kek coklat moist jer.. Tu jela yang dijualnya kalau orang order pun. Tapi plan-plan belajar untuk improve skill dan ilmu. Alhamdulillah..even tak teror dan banyak menu macam penjual kek yang lain pun.. Cik Na Na dah ada beberapa menu yang baru. So kira variety la skit kalau orang tanya tentang kek pada kita.. 

Apa-apa pun plan-plan belajar yer.. Pas tu kena banyak praktis untuk improve skill pulak. Bukan senang nak buat kek ni. Cuba tanya mereka kat luar sana? Senang ke susah nak buat kek? Bukan setiap masa tau buat kek tu menjadi. Geng-geng baker cake pun mesti ada mengalami pengalaman sebegini. Apa yang penting...terus berusaha dan jangan putus asa. Cik Na Na pun..kalau nak kira kek yang reject dan tak menjadi usah dikira lah.. Sampai Incik Bb geleng kepala dan senyum sinis jer setiap kali tak jadi itu kek. Nak makan dah tak lalu nak makan. Nak bagi orang macam huduh dan tak sesuai jer.. Begitu la lumrah buat kek yer.. Jadi kena terus belajar dan banyakkan praktis bagi menghasilkan kek yang sedap dan sempurna pada pandangan customer... 

So jom layan antara koleksi kek from Ungu Lavender House Cik Na Na ni yer... 

Masa mula-mula buat dulu..just simple design jer.
Coklat kek dilapisi coklat ganache dan dihiasi coklat rice
Sekarang dah pandai tambah-tambah almond flakes. Untuk tambah seri la katakan
Kalau saiz begini harga = RM15.00

Cake butter yang gebuss yang dilapisi oleh frosting cream cheese
Pastu ditabur lak dengan cheedar cheese..
Emmm...nyummy.....
Harga = RM12.00

Kek ni merupakan kek cadbury tau.
Cik Na Na letak coklat bar cadbury yang dipatah-patah dalam kek ini.
So kalau makan memang akan terasa coklatnya.
Bahagian atas kek pulak dilapisi dengan peanut butter.
Jenama peanut butter yang digunakan of cos la 'Lady's Choice'
Harga = RM15.00

Kek ini pulak diperbuat daripada yogurt dan buah prune
Feveret ni.. coz tekstur dan rasanya yang macam light gitu.
Hiasan kat atas just guna snow powder dan ceri kaler merah ijau..
Harga = RM15.00 

Yang ini kek butter biasa tau.
Kek butter ni dicampur dengan almond nibs dan kemudiannya di bakar.
Bahagian atas kek lak dihiasi dengan lapisan karemel yang enak.
Pastu hias pulak dengan almond flakes sebagai penyeri.
Harga = RM15.00

Kek pisang yang gebuss dan lazat.
Kek ni sesuai untuk mereka yang tak suka kek yang ada topping.
Rasa yang natural dan memang enak
Harga = RM12.00

Yang ni pulak...Cik Na Na dah citer dah tentang dia dalam entry Pavlova Dealova.
Ni yang saiz L punya yer..
Kat bahagian atas kek ni dihiasi dengan hirisan cumel strawberi, anggur dan kiwi.
Nampak tersangat menarik kan? Tu belum rasa lagik tu... Nyummy....
Harga = RM12.00

Kek ni kek pelangi yang dilapisi puding dan sos karemel di atasnya.
Rasa memang sedap & ia merupakan antara feveret kek my Incik Bb...
Memang lazat dan berkrim rasanya... Nyummmmy....
Bagi 5 bintang untuk kek ni...
Yang dalam gambo di atas ni saiz mini la.
Harga = RM 5 for 3pcs...

Kek ni paling simple nak buat..
Tak perlu bakor pun just sejukkan sahaja.
Rasa pun Gred A coz dilimpahi frosting krim keju yang memang gebuss dan marvelous..
Didatangkan dalam banyak saiz...
Harga untuk saiz ini = RM25.00

Kek marble ni jugak sesuai untuk mereka yang tak suka topping
Rasa yang simple dengan adunan kek yang gebuss..
Contengan atas kek masih kena penambahbaikan lagi..
Harga = RM10.00

Kek yang digunakan adalah kek coklat.
Dilapisi bahagian atas dengan frosting cream cheese dan ditabur serbuk oreo..
Rasanya...Nyummy...
Harga untuk saiz ini hanya =RM5.00 

Ok inilah di antara kek yang ada dalam collection Cik Na Na. Kalau dah view gambo-gambo kek ni dan tetiba rasa terliur boleh la pm kat fesbuk ker, tak pun just text Cik Na Na kat no ni yer 012-5412092. Hanya yang nak order kek sahaja dilayan.. Yang lain-lain urusan maaf yer... Saya tidak berminat. Actually..ada satu lagi kek yang Cik Na Na tak dapat hupload dalam entry ni iaitu "Apple Walnut Carrot Cake". In Sha Allah ada kesempatan nanti Cik Na Na hupload yer.. Kek tu cumell..coz kita lukis mini carrot manyak-manyak atas kek dan rasanya I Like Much.... (^______________^)y . 

Terima Kasih Cikgu ^_^

Jom kita nyanyi pepagi begini. Huh...ada nampak tak macam something tak kena dengan Cik Na Na nih..?? Huhuhu...efek virus yang kita story mory tadi lah.. Tak pe..takes time jugak nak release tu. So jom layan lagu ni lak yer..  Lagu ni rasanya antara lagu feveret time hari guru. Bebudak nyanyi untuk cikgu-cikgunya. Memang sweet. Dengan suara bebudak yang comel-comel gitu.. Memang touching la dibuatnya... Best.. (^___________^)y


Terima Kasih Cikgu – Najwa Latif feat Upin Ipin

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Moment Hari Guru wif my student @ SKJPBG

Virus Shortcut Attack !!!!!

Ni pepagi menulis blog ni just nak share ckit la dengan apa yang terjadi dengan Cik Handfon dan Cik Laptop nih.. Sedey +++ tragis lagi. Di saat orang duk sibuk promote biskut raya dan memerlukan gambar sesangat la dorang nak break down pun... Allah jer tahu pe perasaan sekarang nih. Nak tidur malam pun susah hati. Kalau nak hantar format pun maybe take few days jugak la.. Tersangat susah hati tau.. (-_____-)

Kisah virus ni menular since my adik la guna laptop ni dan transfer sesuatu melalui pendrive dia. Then selamba jer dia kata yang laptop akak dia ni ada 'Virus Shortcut'. Padahal b4 ni laptop ni sihat walafiat jer pun.. So since dari tu...mula-mula perasan bila transfer gambar between handfon dan laptop ni.. Kuar file pelik-pelik. Itu tak pe lagi.. Tapi yang start menyakitkan hati, minda dan jiwa ni bila hampir semua application on my handfon dah tak leh guna. Yang boleh guna just untuk call dan sms jer.. Semalam lak berlaku part paling teruk....apabila semua gambar-gambar dalam handfon tu lenyap... Waaaaaaaaa.....rasa nak nangis kuat-kuat dah nih. Yela...most gambar kek yang dibuat semua kasi sumbat dalam itu handfon. So kalau sudah hilang...apa citer???? 

Bagi yang tak tau 'Virus Shortcut' tu apa..??? Meh cini Cik Na Na nak story mory ckit. 'Virus Shortcut' ni biasanya menyerang flash drive @ pendrive. Bila korang buka jer pendrive korang..akan wujud banyak file dalam bentuk shortcut. Bila korang tekan file tu untuk dibuka... Fail tu kosong jer.. Bila delete fail tersebut..dia hilang kejap tetapi pas tu akan ada balik. Rasanya kalau setakat ada lebihan fail dalam pendrive, maybe orang tak kisah sangat. Tetapi bila dia mampu menghilangkan segala macam dokumen di dalam pendrive @ memory card kita. Sehingga mengakibatkan kegagalan application software dalam handfon berfungsi misalnya. Ini sudah parah +++ menyakitkan hati.. Waaaaaaaaaa...... 

So conclusionnya di sini..nak gitu pada semua agen kuih raya Cik Na Na supaya bebanyak bersabar yer... Huh..minta orang bersabar padahal ni pun jenuh memujuk hati supaya bersabar. Gambar-gambar kuih raya akan cuba dihupdate as soon as possible. Memang la boleh snap guna kamera.. Tetapi seriau tau nak transfer ke laptop. Even not only had one laptop in this house.. Anyway...i will try my best la.. Memang macam ni la lumrah kehidupan kan???? Bila kita nak guna sesangat sesuatu benda tu..mesti ada jer yang menghalang. Namun begitu kena 'husnozon' iaitu berbaik sangka terhadap setiap sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Akhir kata.."BERSABARLAH DUHAI HATI". 

Bersabar itu penting ^_^
Sumber : Goggle

Tuesday, May 20, 2014

10 Silap Besar Isteri Terhadap Suami


Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra di antara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.

Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka.

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.

Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah pernikahan. Segala masalah dalam perkahwinan seperti perselisihan pendapat, masalah kewangan, dan masalah anak-anak seolah-olah tidak difikirkannya.

Ia hanya membayangkan yang indah-indah dan seronok dalam sebuah perkahwinan.

Akhirnya, ketika ia menghadapi semua itu, ia tidak bersedia. Ia tidak mampu menerima keadaan itu, dan selalu menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa diimpikan sejak muda. 

Seorang wanita yang hendak menikah, alangkah baiknya jika ia melihat suasana perkahwinan dengan pemahaman yang lebih terperinci, beserta masalah yang ada di dalamnya.

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)
Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak ridha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.

Nusyus memiliki beberapa bentuk, di antaranya adalah:

- Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan mahupun secara samar.
- Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.
- Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah tanpa izin.
- Lalai dalam melayani suami
- Membazir dan membelanjakan wang pada yang bukan tempatnya
- Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
- Keluar rumah tanpa izin suami
- Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.

Seorang isteri solehah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat walau dalam situasi apapun, senang mahupun susah, suka ataupun duka.

Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami
Terkadang seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami.

Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya. Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.

Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebahagian isteri berani menghina dan merendahkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya.

Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.

Ada juga seorang isteri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.

Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah perkahwinan, namun juga ‘pernikahan antara keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonian keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya mampu meletakkan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan
Terkadang, seorang isteri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, ketika hendak menghadiri undangan, ke pejabat, mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat perbelanjaan, atau ketika ada acara lainnya di luar rumah.

Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.

Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh isteri, jangan hairan jika suami tidak balik di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami. Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih
Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan si isteri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.

Isteri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas kurnia Allah yang diberikan kepadanya melalui suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat bersyukur dan redha terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.

Seorang isteri yang solehah tentunya mampu memahami tahap kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

6. Mengingkari kebaikan suami
“Wanita merupakan kebanyakan penduduk neraka.”

Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah solat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.

Ajaib !! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar berbanding ayah. Seseorang yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni kebanyakan neraka. Bagaimana ini terjadi?

“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu boleh terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).

Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!

Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling mengingati, apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?

Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.

Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya, maka berhati-hatilah dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertaubat, satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkong, masih ada waktu untuk bertaubat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?

Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu, bukankah engkau tidak tahu bila engkau akan menemui Robb mu?

“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami bagimu hanyalah seorang tamu yang bolah segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)

Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini, jangan pernah bosan dan henti untuk muhasabah diri, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sedari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.

Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)

7. Mengungkit-ungkit kebaikan
Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]

8. Sibuk di luar rumah
Seorang isteri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.

Jangan sampai aktivit tersebut melalaikan tanggung jawab nya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya diabaikan.

Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, pakaian belum dicuci, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hal ini terjadi terus menerus, boleh jadi suami tidak balik di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di pejabat.

9. Cemburu buta
Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak meunasabah dan hanya berasal dari sangkaan buruk; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.

Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-hak nya, menzaliminya, atau lebih mendahulukan isteri lain berbanding dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

Jika kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan buruk sangka suami. Ia tidak akan pernah merasa aman ketika ada di rumah. Bahkan, kemungkinan, si suami akan melakukan atau mengambil kesempatan seperti mana sangkaan isteri terhadapnya.

10. Kurang menjaga perasaan suami
Kepekaan suami mahupun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahfahaman, dan perasaan tersinggung.

Seorang isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara keterlaluan. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.

Demikian beberapa kesalahan-kesalahan isteri yang kebanyakannya dilakukan kepada suami yang sepatutnya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap isteri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

Aamiiin.

Semoga bermanfaat


Wednesday, May 7, 2014

Kelas Pavlova & Puding Karemel

Kelas ni Cik Na Na pegi bulan March yang lepas. Dah lama bebenor dah citernya. Ni tetiba citer ni kuar pun coz ahad ni Cik Na Na nak p kelas lagik. Tu teringat nak hupdate kelas yang lalu b4 kita hupdate tentang kelas yang latest one. Kelas ni dianjurkan oleh Fatihah Cake House. Bagi yang tinggal area simpang Pulai dan Pengkalan kira dekat la if nak join kelas yang dianjurkan. Lokasi di Taman Pinji Mewah, Lahat jer. Untuk kelas kek ni bayaran just RM80 sahaja. Peserta diajar untuk baking Pavlova, Kek Puding Karemel dan Congo Bar. 

Setakat ni Cik Na na dah try buat pavlova dan kek puding karemel. Rasanya memang terbaik dan dah buat jualan da menggunakan resipi yang diajar. Kalau ada sesiapa nak resipinya..sila join kelas yer. My sifu cakap..kena berkorban sedikit kalau nak dapatkan ilmu. Lagipun ilmu yang berbayar pasti lebih dihargai berbanding dengan yang percuma. Emmm...mungkin benar kot.. Sememangnya fitrah manusia, lebih menghargai yang sukar diperolehi berbanding yang terlalu senang untuk untuk didapati. 

Ok berbalik kepada kelas.. This week hari sabtu ada kelas biskut raya. Hari ahad ada kelas kek. Bayaran kelas kek RM150 sahaja. Anda akan diajar 5jenis kek. Antara kek yang akan dipelajari adalah Yogurt Prune, Peanut Butter Cadbury, Caramel Almond Butter Moist Cake, Apple Walnut Carrot dan Banana Cakes. Huh..banyak kan. Serius cakap dalam banyak-banyak menu di atas. Just kenal Banana Cakes jer.. Lain-lain tak tau dan first time dengar nama pun.. So ahad ni jom kita ke kelas kek... 

As usual kat bawah ni adalah sikit-sikit gambar time kelas kek yang lepas. Ada gambar my sifu, rakan-rakan sekelas dan hasil baking kami pada hari berkenaan. Apa yang pasti..memang best join kelas macam ni. Suasana kelas yang selesa dan bilangan student yang bawah 10 orang memang memudahkan sesi PdP la. Huhuhu..dah macam di sekolah pulak yer.. Anyway..if berminat boleh jer pm akak tu yer... Just tolong promote. Bukan dapat komisyen ke apa. Just untuk sama-sama berkongsi ilmu. (^____________^)y

My sifu Kak Ani.
Ni duk buat pavlova nih.. ^_^

Pavlova yang belum dibakor.. ^_^

Pavlova selepas dibakar.. ^_^

Ni adalah 'Topping Time' ^_^

Tadaaa...dah siap make up dah my pavlova ^_^

Ni rupa Kek puding Karemel kami sebelum bakar.
So colourful right ?? 

Ni yang telah siap dibakar dan dah sejuk.
Coz kalau time panas...nanti rosak kek kalau dipaksa keluar dari bekas pembakar. 

Ni rupa  kek puding karamel Cik Na Na setelah dipotong ^_^
Tersangat menarik kan???
Ni kami duk posing wif Congo Bar sebelum dibakar..

Ni adalah hasil selepas dibakar dan dipotong..
Harga each slice adalah RM2.
Rasa dia agak manis tetapi of coz sedap ^_^

Ni hasil kek yang telah siap dan boleh dibawa pulang..
Lalalala..bahagia sungguh rasanya melihat hasil menjadi dengan begitu tantik ^_^

Ehemmmm..nak gak posing dengan my pavlova ^_^

Gambar kenangan bersama-sama my sifu dan rakan-rakan sekelas. 

Ok sekian untuk entry malam nih.. Time untuk tido. Penat sudah.. K selamat malam. Semoga mimpi-mimpi indah malam nih... Assalamualaikum...