Bunga Berguguran

Wednesday, May 29, 2013

Tips Untuk Orang Baru Nak Resign


New Life
Sumber Gambar : Google
Sumber : Laman Facebook 'Anis Chocolate Moist Cake'

Kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia sebenar perniagaan yang sangat indah ini, selamat BERHIJRAH & kami doakan untuk semua yang baru resign ini bergembira di alam yang lebih membahagiakan ini, SEMOGA ANDA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!..

Di bawah ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tips untuk semua anda yang baru meletakkan jawatan kerana kami memahami segala kegusaran anda, kami memahami betapa excitednya anda...kerana kami berdua pernah melalui saat-saat indah ini beberapa tahun lalu..

1.CARI ILMU
Untuk mereka yang baru resign terutamanya untuk mereka yang resign kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada bisnesnya , perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah CARI ILMU. Memang ini adalah perkara yang tidak dititik-beratkan oleh ramai orang.Ada yang dah rasa bagus sangat, pandai sangat..(macam kami dulu lah..), ye lah income sebelum resign pun bagus lah tu sebab tu berani resign kann..tapiiiii...income tu boleh jadi susut, boleh jadi semakin menipis kalau kita tak cukup ilmu..

ILMU apa ye? Paling penting, kenalah cari ilmu untuk mendapat kekuatan dalaman..Sebab orang yang bisnes perlu double dan triple kuat dari orang yang bekerja makan gaji.. kerana orang yang resign akan bertemu banyak dugaan sepanjang perjalanan..Hanya orang yang KUAT DALAMANnya akan terus berada dalam alam perniagaan..yang tak kuat, akhirnya CARI KERJA BALIK!..


2.BERGANTUNG PADA ALLAH
Bagi kami berdua yang dah melalui zaman makan gaji dan berbisnes, kami boleh merasakan betapa kuatnya kebergantungan kita pada Allah SWT semasa zaman berbisnes ini..Dulu masa kita bekerja, kalau kita perform atau tidak perform, macamana pun gaji tetap ada..TAPI bila dah resign, baru sedar kita tiada siapa-siapa kecuali ALLAH YANG MAHA ESA!!..

Itulah dia..kita tiada BOSS untuk bergantung harap..ALLAH lah boss kita,ceo kita..padaNYA lah kita meminta idea, kita mengadu, kita minta kekuatan, kita minta perlindungan, kita minta lebih banyak kekayaan...kita minta rezeki yang berganda-ganda dariNYA, lebih banyak dari dulu..Percayalah, semakin kita bergantung harap dan YAKIN padaNYA, ALLAH akan memberi lebih banyak pada kita...

Jadi kita perlu MENCARI ILMU bagaimana kita boleh menambahkan keyakinan kita pada Nya..cari ilmu untuk merasa lebih MENCINTAINYA..cari ilmu bagaimana untuk LEBIH RAPAT denganNYa..Perlahan-lahan kita akan melalui satu fasa yang sangat indah..,tiba-tiba kita jadi SANGAT YAKIN, kita jadi SANGAT BERGANTUNG, kerana disitulah THE GREATEST LOVE OF ALL...Find THE LOVE,give MORE LOVE, U'LL BE LOVED FOREVER!!...After all, itu yang kita cari sebenarnya...bukan DUIT, bukan kemewahan, tetapi LOVE!!..


3.FOKUS
Untuk fasa awal berhenti kerja ni, anda perlu FOKUS dengan bidang bisnes yang anda lakukan dulu..Habiskan apa yang dah anda start!..Jangan cepat melatah, dah nak lari fokus...Jangan ingat income sekarang ni dah kuat sangat..Fokus dulu, sampai boleh leverage, sampai boleh gajikan seorang pekerja untuk uruskan current bisnes kita...2 atau 3 bulan, make sure bisnes run very smooth di bawah pengurusan seorang pengurus, then baru boleh beralih arah..Itu pun kalau perlu..kalau dah tepu market bisnes anda...dah sampai ke Kutub Utara bisnes anda, sampai semua orang, semua makhluk di bumi ni dah kenal bisnes anda...hehehe..barulah kita go to the next one...Bisnes kita bukan setakat orang kampung kita je tahu ye dikk..kalau boleh biar sampai makhluk kat Planet lain pun tahu...baru gempak!..


4.BACA BUKU/BLOG/FORUM
Untuk orang yang baru resign ni, mereka masih belum betul-betul kuat..takut sekerat jalan biawak lalu je depan rumah, daaahhhh takut nak bukak pintu rumah..biawak tu lalu je, tak masuk rumah pun...dah takut nak keluar rumah..

Jadi, nak tanam kekuatan dalam diri sendiri, kena banyak banyak banyak membaca...Ada orang suka membaca buku, ada orang tak suka baca buku..Yang tak suka baca buku boleh baca di facebook atau di blog..Bagaimana mereka yang dah melalui pengalaman berhenti kerja ini membina kekuatan dalaman? Apa yang perlu ada untuk menjadi JUTAWAN? Apa attitude yang perlu ada sebagai usahawan yang berjaya? Boleh tak menjadi seperti lalang kalau nak berjaya? Kejap bisnes tu, kejap bisnes ni..kejap produk tu..kejap produk ni..Lama-lama dalam kereta kita penuh macam kedai runcit..segala mak nenek produk semua ada..Ada ke orang yang macam ni jadi JUTAWAN? Sama-sama kita observe kay..

Paling penting, kalau tak suka membaca..sama ada baca buku atau baca bahan bacaan ilmiah di internet, percayalah..tak lama lagi pasti anda terpaksa CARI KERJA SEMULA!..


5.CARI KAWAN BARU
Orang yang baru resign ni akan mengalami kepupusan kawan-kawan..Dulu masa bekerja memang kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan..Nanti tak lama lagi untuk yang resign ni, anda akan rasa sunyiii sangat...anda akan perasan anda dah tak punya ramai kawan..Kawan yang macam dulu kita boleh keluar lunch sama-sama, ramai-ramai...borak-borak..gossip gossipp..hihihiiii

Sekarang bila dah resign..cepat-cepat cari kawan-kawan baru..Ini peluang anda! Kali ni tapis betul-betul...Cari yang sealiran pemikiran dengan kita, jangan salah orang! Jangan yang membawa kita ke arah yang lebih teruk..lebih melalaikan..yang tidak ada vision..yang tak ada matlamat hidup..yang suka tidur sepanjang hari..yang suka bangun lewat.. yang suka buang masa..yang suka tengok tv saja..yang suka borak-borak kosong..yang suka gossiiiipppp saja..yang pandai komplennnn memanjang..semua salah, dia saja yang betul..yang suka mengutuk dan mengata orang...Jauhilah orang-orang macam ni..Kerana, kalau nak tahu kita boleh berjaya atau tidak, orang-orang sekeliling kita..Kalau kita kawan dengan PEROMPAK, insyaallah kita akan jadi PEROMPAK...tapiii..kalau kita berkawan dengan JUTAWAN, insyaallah lama kelamaan kita TERPAKSA jadi JUTAWAN!!..

Sebenarnya bukan senang jugak nak dapat kawan-kawan yang positif..tapi insyaallah dia akan muncul tak lama lagi..Berkenalan dengan orang yang dah resign dan dah berjaya dalam bisnesnya.Dekati mereka..tanya bagaimana mereka melalui saat-saat yang menarik ini? Takutkah mereka? Risaukah mereka? Anda akan dapati, semuanya SAMA SEPERTI ANDA...Takut seperti anda, sama ada boleh melaluinya atau tidak..Tapi, untuk orang yang dah berjaya melalui saat ini, mereka pasti katakan, kalau saya tahu betapa indah dan mudahnya untuk menjadi kaya...dah lama saya berhenti kerja!

Tapiiii...Kawan lama kena maintain..jangan sampai kita putuskan Silaturrahimmm, kita tidak diajar sebegitu dalam agama kita, bukan? Kalau boleh rapatkan lagi silaturrahim dengan kawan-kawan lama ni..Baik sangka dengan mereka, mereka inginkan kekuatan seperti kita juga sebenarnya, mereka juga ada impian sebenarnya.Cuma mereka tak ada guidance..fahami mereka, jangan buang mereka..dekati mereka..Kerana Allah sangat sayangkan umatnya yang berkasih sayang sesama makhluknya...


6. KERJA DOUBLE KUAT
Untuk orang yang baru resign ni, mereka tengah excited!..dan mereka memang nampak sebesar-besarnya peluang yang ada di bumi Allah yang Maha Luas ini, sebab tu lah mereka resign kankan?...Jadi, kalau dah nampak peluang, apa lagi..terus kerja dengan lebih kuat!..Untuk fasa awal memang kena kerja sangat kuat!..Tak tidur pun takpe,let say customer order barang dan kita terpaksa ke Shah Alam untuk ambik stok pun takpe..Demi kepercayaan pelanggan kita..

Kita dah tak boleh bekerja sama seperti zaman kita makan gaji lagi..Dulu masa bekerja, kita banyak cuti dan MC yang tak menentu hari, tapi bila dah bisnes sendiri, jangan harap dalam first phase ni nak bercuti dan ber MC..Kami dulu masa awal-awal berbisnes, waktu tidur pun dah tak cukup..tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari..Ye lah, banyak benda nak buat, malam-malamlah kena buat akaun..Mencabar jugak, tapi..kalau dah minat semuanya rasa mudah saja...

Kerja double kuat ni untuk permulaan saja sebenarnya...Nanti bila dah belajar buat dengan bersistematik,semuanya akan berjalan lancar..dan anda dah ada kelapangan dan masa yang fleksibel..Bila dah melepasi fasa kerja double kuat ni, lepas tu anda dah boleh pergi BERCUTI untuk relax kan minda dan untuk refresh!..Bessstttttt!!..


7.BANGUN AWAL PAGI
Orang yang baru resign ni jangan ingat dah resign inilah masa nak bangun lewat sikit..ye lah dah bertahun-tahun bangun awal pagi, teringin nak bangun lewat?..Lepas solat subuh nak sambung tidur balik?.NO WAY!!..Kalau buat macam tu, lama-lama jadi kebiasaan...nanti mesti u jadi LEMAU!! Orang yang suka bangun lewat ni cer tengok, mesti rezeki dia tak lekat..Sebab,Allah agih-agihkan rezeki pada waktu awal pagi. Kalau anda bangun lewat, anda dah ter miss waktu macam ni, nanti anda tak termasuk dalam agihan rezeki yang Allah nak bagi tu..


Sepatutnya dah resign lagi la kena bangun lebih awal..Bangun awal pagi untuk tahajjud dan bersolat sunat yang lain.Bersolat subuh di awal waktu..Masa ni lah nak mendekati Allah Maha Pencipta..Indahnyaaa saat ini kerana kita dah tak perlu terkejar-kejar masa nak ke tempat kerja..kita pun dah tak takut kalau-kalau mengantuk nanti siang..Takpe, kalau ngantuk kita boleh take a nap jap..

Dulu masa bekerja kita terpaksa berbisnes malam hari..sebab tu terpaksa tidur lewat dan pagi susah nak bangun..Tapi sekarang, adjustkan masa anda..tidur lebih awal di malam hari supaya anda boleh bangun awal seawal-awalnya jam 4 pagi untuk anda dapat berdua-duaan dengan Allah Yang Maha Esa..jadikan itu satu habit, jadikan itu satu keseronokan..Insyaallah, tengoklah rezeki akan datang mencurah-curah!..


8.BERDHUHA
Solat dhuha ni bukanlah untuk orang yang resign saja..tapi semua orang pun sangat digalakkan untuk solat sunat dhuha, kan? Tapi...untuk yang baru resign ni, kalau sebelum ni tak sempat sebab bekerja dan tak perasan pun pasal solat sunat Dhuha ni....sekarang ni dah kena start perasan kepada perkara-perkara macam ni..

Kalau yang dah start buat, mereka tahu betapa indahnya kalau kita dapat bersolat dhuha ni..Rezeki datang tak putus-putuss...Kerana Allah dah janji kannn...dengan bersolat Dhuha ni sebenarnya kita dah boleh jadi MONEY MAGNET!..


9.BERSEDEKAH
Ni pun sama, bukan untuk orang yang resign saja bersedekah ni..tapi untuk semua lah kan? Tapii...orang yang baru resign ni sangat-sangat patut dan wajib untuk lebih banyak bersedekah..Sebab memang inilah punca utamanya kalau kita nak dapat lebih banyak rezeki...kita kena banyak BERKONGSI REZEKI dengan lebih ramai orang lagi..CUCI KOLAM anda setiap hari wahai resigners!..Start dengan seringgit sehari, secara konsisten!..Tengok nanti yang datang balik beratus-ratus kali ganda!..Fuuhhh, memang best betul bersedekah ni...

Oopssss, untuk ibu bapa jangan langsung ter miss...bagi lah kalau tak dapat banyak bagi sikit..sesikit RM5? Hehehe..teringat yang baca kisah hamba Allah tu start bagi 5 ringgit je pada ibunya..mula-mula ingat sebab dia memang tak berduit, itu yang dia tak bagi..tapi bila betul-betul faham konsep MEMBERI ni terutamanya pada mak ayah, walaupun boleh bagi start dengan 5 ringgit je, sekarang dah beribu ringgit dah dia dapat bagi pada parentsnya..Very Powerful!!..


10.JANGAN BACA PAPER
Untuk resigners dan juga bukan resigners pun sama..Pernah tak dengar idea ni? Jangan baca newspaper especially awal-awal pagi dan especially 5 muka surat terawal? Sebab kebanyakan cerita dalam newspaper tu adalah negatif!..Dan ditakuti berita tu akan di absorb oleh subconcsious mind kita secara automatik..kita tak sedar pun...

Bila terlampau banyak baca berita-berita negatif ni, lama-lama kita akan jadi NEGATIF! Dalam newspaper juga ada berita-berita yang menakutkan, walaupun kita rasa kita baca tanpa rasa apa-apa..tapi lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri anda..Anda akan diselubungi ketakutan, dari sinilah punca nanti kita tak percaya pada orang lain..buruk sangka pada orang lain dan sebagainya..Baca yang bahagian bisnes ke, bahagian sukan tak apa, yang perlu dielakkan ialah 5 muka surat terawal saja..

(Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal baca newspaper ni, tapi...takut sensitip pulak...nanti next time kalau diizinkan Allah, saya akan share pasal bagaimana dengan membaca suratkhabar akan membuatkan hidup kita sentiasa dalam KETAKUTAN!..)

Okay, diharap tips yang simple ni dapat membantu...Semoga semua resigners diberi Allah rezeki yang mencurah-curah seperti hujan lebat yang turun tanpa hentinya!..Aminnn...


WALAHU'ALAM..
ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI....


Welcome 'New Life'
Sumber Gambar : Goggle

Terfikir Nak Resign?

Im Tired & I Want Resign
Sumber Gambar : Goggle
Memang kadang-kadang ada terfikir nak resign & fokus kepada bisnes jer.. Tetapi perasaan tak yakin, takut & macam2 yang negatif semua adalah bersarang & berserabut dalam kepala & hati nih... Penat rasanya berterusan kerja sebagai pekerja kontrak ni.. Dah 5 tahun dah kerja cenggini. Lama-kelamaan jadi feed-up pun ada kerana 'pekerja kontrak' macam kami ni just sekadar dibayar upah untuk buat kerja jer.. Tapi tidak mendapat sebarang keistimewaan sepertimana mereka yang berstatus 'Tetap & Berpencen'. Nak kata anak tiri, lebih dari tu pun ada agaknya. Macam2 la kelemahanya..macam la kami ni tak ada 'Life' sendiri.. Tambahan yang paling mengecewakan bab gaji. Suka-suka hati jer.. Macam la kami ni tak ada hutang & bil nak dibayar. Tak perlu beli barang keperluan diri & sebagainya. Ntahlah, kalau suruh aku membebel bab ni memang berjela-jela panjangnya.

Bila mengenangkan nasib, kadang-kadang tu sedih la juga. Tapi bila difikir positif..Allah sedang menguji-Ku.. Tapi bila difikir2kan lagi...sampai bila nak begini.. Lagipun..dalam Al-Quran ada tertulis "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia sendiri mengubahnya". So sekarang macam mana. Setakat ini, ada small bisnes yang tak stabil mana pun. Yela..bisnes yang dibuat secara part time memang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi terutamanya dari aspek kekangan masa. Bila order banyak, terpaksa tidur lewat, kadang-kadang bangun awal pagi & kadang-kadang akibat terlalu penat xlarat nak bangun tido & menyebabkan lewat ke kerja. Adakalanya terpaksa cuti, untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Memang huru-hara & penat hidup macam nih... Perasaan bercampur baur.. Kalau la resign & focus pada bisnes ni adalah yang terbaik buat ku.. Ya-Allah permudahkanlah Jalan ini Ya Allah.. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menghadapinya.. Kekesalan & tekanan ini disebabkan ketidakadilan mereka di sekeliling ini melayan & memperlakukan kami dengan tidak sepatutnya....

Di bawah ni ada sedikit tips untuk mereka yang baru nak resign.. Sumber dari akaun facebook 'Anis Chocolate Moist Cake'. Dah lama baca dah..so ni baru nak share. Bila baca macam jadi sumber inspirasi sebenarnya. Nanti saya akan publish sebagai 'Tips untuk Orang yang Baru Resign'....

Thursday, May 23, 2013

Beralih Arah ke Majalah Pa&Ma la pulak...

Hobi aku adalah membeli majalah yang terpakai. Ni pun gara2 terberjangkit ngn Incik BB yang tersangat suka majalah 'Kereta'.. Tapi majalah aku beli usually majalah Pengantin jela coz majalah tu leh bagi aku inspirasi untuk menghasilkan karya seni gubahan perkahwinan yang pelbagai... Baik dari segi hantaran, pelamin, goodies & hiasan manik pada baju. Aku ni tak adalah butik pengantin ke apa ker.. Just suka2..kebetulan adik2 ku nak kahwin tu lagi bersemangat dengan majalah Pengantin tu... 

Tapi hari ni tetiba terambil lak Majalah Pa&Ma... Huhuhu..tak pernah2 terfikir pun tentang majalah tu... al maklum la baby pun tak ada lagi.... Tapi rupa2nya majalah ni memberi maklumat tentang persediaan untuk mengandung pun ada... Bagus2..leh study apa yang perlu tau... 

Majalan Pengantin Edisi Jun 2012 & Pa&Ma Edisi Januari 2013
Ha...seperti gambar di atas ni la majalah yang aku sempat rembat di gerai di pasar malam tadi.... Tengok tajuk majalah yang ada baby tu...macam interesting kan.... Dah la baby tu cumell bangat... Topik yang menarik adalah 'Rancang Kesuburan & kehamilan' - dengan mengetahui punca tidak subur, rawatan kesuburan & panduan berjaya hamil. Di samping itu, ada gak 'Persediaan Hamil - 17 tip pemakanan buat suami isteri'. Disebabkan tak baca lagi..so kena go tak leh nak citer panjang2 la... Nanti pas baca, i update lagi yer...apa yang menarik & tertarik nyer tentang majalah nih.... 

Friday, May 17, 2013

Novel la pulak... 'Salina'



Dari zaman sekolah lagi..bila sebut nama aku ' Salina' mesti orang2 yang berpangkat uncle & aunty akan cakap.. 'Kamu ada baca tak Novel Salina oleh A. Samad Said? So aku of coz menjawab 'Tak pernah'. Since dari situ..mencari2 la novel tu sampai la study kat u tapi tak jumpa gak... Sehinggalah ditakdirkan suatu ketika dilantik 'sementara waktu' menjadi guru sandaran di SMK Sultan Yussuf.. Adalah seminggu la merasa mengajar... Ok citernyer...al-maklum la cikgu, so p la library cari buku rujukan untuk mengajar tetiba kat bahagian novel terjumpa novel 'Salina' sebiji macam cover kat atas nih... Apa pasal la, aku tak jumpa menda alah ni masa aku sekolah kat sekolah tu dulu.. Pelik2... So apa lagi terus p kaunter & pinjam.. Buku2 rujukan pun..rembat gak la coz nak mengajar nanti tak ada modal nak jawab kalau bebudak nih tanya bukan2...

Dijadikan cerita..dapat jer novel yang 'Dicari-cari Selama Ini' terus la sesi membaca... Novel ni sangat menarik & yang pasti ada 'Jiwa' dalam novel ni.. Bila baca seolah2 kita hidup di zaman pasca merdeka bersama2 semua watak dalam novel ini serta sama-sama merasai keperitan, kegembiraan dan kesukaran hidup ketika zaman itu... Watak Salina ini pulak..boleh diibaratkan 'Dont Judge a Book with Its Cover' coz secara luaran dia memang la seorang perempuan yang bekerja di kelab malam & tinggal bersekedudukan tetapi memiliki hati yang tersangat mulia... Emmm...tak tau nak komen apa dah..tapi memang best.. so sekarang dalam misi untuk mencari copy novel ini untuk simpanan peribadi sebab ada sesuatu yang menarik & ada sentimental value yang tersendiri...

Secara umumnya ni ada simple sinopsis tentang novel 'Salina' oleh A. Samad Said

Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.

Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak-watak orang.


Ni adalah koleksi cover novel 'Salina' yang pernah diterbitkan. Hope dapat la satu untuk dijadikan simpanan.











Selena Gomez - Who Says


Lagu  'Who Says'  ni adalah antara lagu faveret selain lagu 'Love you Like a Love Song' yang dinyanyikan oleh Selena Gomez. Huhuhu..minat kat dia coz lagu bukan just nama hampir sama. Actually ada gak panggil nama Selena Gomez.. Macam perasan jer kan... Ala2..layan jela.. Huhuhu...  
Berbalik kepada citer, oleh sebab dah suka bebenor lagu ni, tu sebab jadikan background music... Lagu ni pun boleh dijadikan macam motivasi pada diri  gak la ... Emmm...macam menekankan konsep 'Kita tak perlu fikir @ ambil peduli tentang apa orang lain fikir & cakap tentang kita yang penting kita kena yakin dengan diri sendiri'.. Pendek citer dalam bahasa kasarnya..'Ada Aku Kisah...' 
So jom layan lagu & lirik nih...
SELENA GOMEZ - WHO SAYSI wouldn't wanna be anybody else, heyYou made me insecure, to me I wasn't good enoughBut who are you to judgeWhen you're a diamond in the rough
I'm sure you got some thingsYou'd like to change about yourselfBut when it comes to meI wouldn't want to be anybody else
I'm no beauty queen, I'm just beautiful meYou got every right to a beautiful life, come on
Who says, who says you're not perfectWho says you're not worth itWho says you're the only one that's hurtingTrust me that's the price of beautyWho says you're not prettyWho says you're not beautiful, who says?
It's such a funny thingHow nothing's funny when it's youYou tell 'em what you meanBut they keep whitin' out the the truth
It's like the work of artThat never get to see the lightKeep you beneath the starsWon't let you touch the sky
I'm no beauty queen, I'm just beautiful meYou got every right to a beautiful life, come on
Who says, who says you're not perfectWho says you're not worth itWho says you're the only one that's hurtingTrust me that's the price of beautyWho says you're not prettyWho says you're not beautiful, who says?
Who says you're not star potentialWho says you're not presidentialWho says you can't be in moviesListen to me, listen to me
Who says you don't pass the testWho says you can't be the bestWho said, who said?Would you tell me who said that, yeahWho said
Who says, who says you're not perfectWho says you're not worth itWho says you're the only one that's hurtingTrust me that's the price of beautyWho says you're not prettyWho says you're not beautiful, who says?
Who says you're not perfectWho says you're not worth itWho says you're the only one that's hurtingTrust me that's the price of beautyWho says you're not prettyWho says you're not beautiful, who says?



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru....



Hari ni 16 Mei adalah hari guru untuk menghargai semua warga pendidik tak kira la di peringkat tadika sehingga la ke universiti pendidikan mahupun universiti of life.. So cadang nak buat kek la.. Actually comfirm buat pun.. In Sha Allah balik keje kang..leh la duk  mem'baking' kek coklat untuk hari guru... Wawawa.....hope dapat la idea yang marvelous time men'decorate'  kek tu nanti...

Tema hari guru tahun ni.. Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda. Mesti ramai cikgu2 kat luar sana dapat banyak hadiah daripada murid2 kan... Terutamanya cikgu2 yang glamer, yang cantik mahupun encem gitu.. Last yer time hari guru ada gak la buat bisnes jual coklat sempena hari guru... Emm...this year tak sempat la..coz kekangan waktu yang teramat sangat... Adus..konon2 busy sangat la yer.... Kat bawah ni adalah hasil air tangan ku sempena hari guru yang lepas (2011 & 2012).. Masa tu my company didaftarkan atas nama 'Syana Choco Creative'.... Sekarang sudah tukar 'Ungu Lavender House' coz bisnes lebih fokus kepada banyak perkara berbanding b4 ni just coklat sahaja....






So berbalik balik semula kepada citer nak mem'baking' kek... disebabkan expert buat Chocolate Moist Cake so kek itu jela..menu yang akan dibuat untuk Hari Guru tahun ni.. In Sha Allah...next year panjang umur...buat kek jenis lain lak yer... Lagipun terlalu banyak nak kena belajar untuk menambahnilai kemahiran yang dimiliki... 


Chocolate Moist Cake with Delicious Chocolate Topping
by 'Ungu Lavender House'
Pe2 pun..selamat hari guru... Semoga anda semua terus menabur bakti dalam mendidik anak bangsa..
Terima Kasih Cikgu.....

Wednesday, May 15, 2013

Idea for Wedding Ceremony....


Baru-baru ni ada kawan call & gtau tentang sebuah wedding yang akan diadakan hujung tahun ni. So dia nak minta aku buat goodies untuk majlis tu nanti.. Goodies tu divide kepada 3 kategori la.. Emm..untuk kanak2, tetamu biasa & VIP serta VVIP. huhuhu..tak pernah dapat offer cenggini..al maklum la yang nak kahwin ni anak orang besar-besar gak la.. after goggle punya goggle jumpa few idea yang quite comel & marvelous... 



For kids tak payah goodies bagai semua ni..just need a small & attractive 'Candy Buffet'.. Kat booth tu leh letak marshmellow, jelly, cuppies, chocolate, cottan candy and so many cutties food suitable for children... After goggle dah jumpa la places that i can buy all the item for my 'Candy Buffet'.. 


Link dia..http://jajanborong.blogspot.com/.. Macam jajan ada jual di sini.

So for goodies / cenderamata untuk tetamu & VIP / VVIP lak just cari kat https://www.facebook.com/doorgiftspecialist ni jer... Tersangat unik & harga agak reasonable.

Dalam banyak2 cenderamata yang ada paling tertarik dengan 'Bride and Groom Salt & Pepper Shaker'




So hari sabtu ni..nak kena jumpa la tuan empunya kenduri & present apa idea aku nih..
If them accept my idea.. I will get that job.. Its really masyuk... Alhamdulillah....