Bunga Berguguran

Showing posts with label Kawan2. Show all posts
Showing posts with label Kawan2. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Surprise !!!!

Ni story semalam yang punya.. Simple birthday celebration dari kengkawan yang rasa dah macam adik-beradik dah.. Thanks sesangat. Kali ni surprise korang memang menjadilah..  Sebabnya plan kali ni dah lain cikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Emmmm....sampaikan Cik Na Na pun tak perasan. Yela pagi semua orang sibuk pergi memantau. So bila masuk ofis time petang..semua sibuk buat kerja masing-masing lak. Suasana jadi tegang sekejap time tu tau..coz masing-masing buat hal masing-masing jer.. Tetapi tetiba sorang demi sorang masuk bilik Cik Na Na then yang last sekali bawak kek... Surprise...'Happy Birthday'. Terkezut mak cik tau...... Anyway thanks yer... Really appreciate korang punya suprise nih... Thanks...

So kat bawah ni adalah beberapa gambo muka suka sesangat... Hepi sangat letuuuuuuu.... Thanks kengkawan. Love all of you so much....(^_____________^)y

Time dorang letak kek atas meja..
Posing dulu..ada banyak kamera tu melilau jer mata....
Kak Ana kat belakang pura-pura sibuk dan buat tak tahu....

Mastermind majlis ni Nora.
Dari belakang jela..
Asal muka Cik Na Na cenggitu...
Suka sangat @ terkejuz sangat.... ^_^

Senyum lagik...
Almaklum lah dapat kek.
Yela selalunya buat kek untuk orang but this time orang yang bagi...
Alhamdulillah.....

Ni sesi memotong kek..
Senyum suka sesangat letu...
Muka dan tudung serabai je...
Puncanya,,,tengoklah keliling meja Cik Na Na berlambak-lambak kerja nak kena buat...
Stress bertukar kepada happy... ^_^

Ni la gambar kengkawan yang celebrate besday Cik Na Na
Ni gambar lain la coz pada hari kejadian semuanya sibuk so tak sempat nak posing bersama-sama.
Ni la geng kami '7 Miang Keladi'
Susah senang sesama ..... Love them much.....
Ok tu jer throwback sempena simple celebration besday semalam... K nak menjahit cikit before tidur yer.... K nite semua.

Wednesday, January 15, 2014

Gunung Lang

Asalnya Plan A kami nak ke Cameron Highlands. Tetapi keadaan cuaca tidak mengizikan kami untuk ke sana. Sudahnya jalan-jalan kat area Ipoh jela pada hari isnin yang lepas.  Jadi la yer.. As long as kami cuti bersama-sama time orang lain bekerja dan kuar together-gether. Yang penting happening lagi kecoh.. Lokasi kami just Gunung Lang & Aeon Kinta City. Tengok wayang kot...'Balistik'. Support Rosyam Nor dan Industri Filem Tempatan lagi tu.. Actually..dah lama gak aku tak tengok wayang. Dah beberapa kali planning dengan Incik Bb tetapi tak pernah jadi pegi pun. Sampaikan merajuk kawan tu dibuatnya. 

So berbalik semula pada citer Gunung Lang tu yer.. Gunung Lang merupakan kawasan rekreasi di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh. Kawasan riadah time petang bawak anak-anak ok kot.. Lagipun pernah pergi sekali dulu, time petang memang ramai orang dan meriah kawasannya. Lagipun time tu pihak pengurusan tempat tu akan pasang air terjun buatan. Memang tantik la tangkap gambar kat situ. Tetapi disebabkan kami datang time orang kerja... memang tak ramai la pengunjung.. Pastu air terjun tu pun tak ada.. So aktiviti kami hanyalah naik bot  ke pulau buatan yang sunyi gak la.. Kan dah cakap tadi....time orang kerja mana ada pengunjung.. Kami berlima jela.. Pastu ada lagi 3pasangan suami isteri kot.. Tu jela yang ada pun... 

Aktiviti kami just posing jela.. Sekadar mengisi masa lapang sementara pak cik bot yang hantar kami ke pulau tu datang ambil kami balik.. Sejam duk kat pulau tu..memang mati kutu dibuatnya. Tapi tempat tu memang serius cantik untuk buat wedding outdoor photoshoot. Pencinta alam semulajadi pun sesuai gak dengan tempat nih... Coz time naik bot tu macam buat rancangan dokumentari lak.. Serius cantik tasik tu.. Ha...kat jeti lak ada ikan gumok-gumok lagi besar... Kalau jatuh..mau kena gigit dengan ikan-ikan tu.. macam lapor jer tengoknya.... 

K habis citer...jom tengok gambar kami berlima yang berposing sampai lebam... Ha..lupa nak gtau..masuk kawasan rekreasi ni free.. Tapi kalau nak naik bot ke pulau tu kena bayar tambang RM 3 sahaja. (^____________^)y

Sampai2 terus posing.
Dari kiri Nora, Erni, kiter, dan Mak Ita.
Seorang lagi Kak Hani (kameraman for this photo)
Signboard 'Taman Rekreasi Gunung Lang'
Ikan yang gumok lagi besar..
Seram pun ada tengoknya... 

Pemandangan tasik

Bot yang bawak pengunjung ke pulau

Jeti 

Posing tu penting b4 naik bot k.... 
Posing semasa atas bot.. Huhuhu..
Hep..kenapa tak pandang camera Cik Na Na...??
               
Mak Ita & kak Hani
Dah  nak sampai pulau dah... Excited... 

Permandangan yang hijau dan mendamaikan
Muka excited  time sampai

Kat beranda rumah orang pun jadi gak tempat kami posing ala-ala gadis kampung gitu.
Ada Burung Unta & Rusa
Tapi macam bosan jer tengok dorang nih..
Coz tempat tinggal dorang macam tak best jer...
Tadi kata bosan tengok burung unta..
Tapi kau snap gak gambar burung unta tu Cik Na Na...
Apa da???
Rehat dan berbincang tentang wayang apa nak tengok.. ^_^
Muka kami jela memenuhi entry kali nih...

Kalau tadi tak sabar nak naik bot.. Ni lak tak sabar nak balik... 

Me too also tak sabar nak balik..
Penat jalan-jalan keliling pulau nih..
Suka bebenor kan kami nih bergambar?
Penuh entry muka kami jer...  ^_^
Ok sekian untuk entry ini. Rasanya enrty ni la paling banyak gambar kot. Ni pun dah select yang the best punya photo sahaja untuk diupload. Kalau ikutkan hati semua nak diupload tapi takut korang muntah ijau lak asyik tengok muka kami jer... Even just jalan-jalan kat tempat simple macam nih.. Best gak coz dapat spend masa together dan ketawa bersama-sama. Kalau kat ofis masing-masing sibuk. Nak story mory +++gosip pun kadang-kadang tak sempat.. Love all of you much lah... Nanti kita jalan jauh-jauh cikit yer... In sha Allah.. K nak tidur dah.. Mengantuk dah nih....

Wednesday, November 6, 2013

Kita + Hershey Kisses + Posing2

Ni cerita yang ditujukan khas untuk seorang trainee di ofis Cik Ina. Tempoh menjalani latihan industri just selama 4 bulan benar-benar membuatkan Cik Ina hepi coz ada membe untuk bersembang. Yela..kalau tak ada dia ni... memang duk bertapa sengsorang la. Macam sekarang ni..im back alone in this ofis.. Bosan dan sunyi Allah SWT jela yang tahu.. Kadang-kadang takut pun ada. Tapi pura-pura cool jela yer... 

So ni kisah last day Cik Eoz (nick name dia). Kalau nak kenal lebey-lebey leh tengok fesbuk dia Fairuz Shair. Last friday on 1st November merupakan last dia kat ofis nih. Just simple farewell.... kami share duit beli Ais Cream Wall Selection 'Hershey Kisses'. Satu bekas makan berdua.. Romantik gitu. Hehehe..tetapi idak habis pun ais krimnyer.... Pas mamam ais krim kami posing banyak-banyak dah macam kanak-kanak ribena jer.. (p/s : pada yang ada sakit jantung....sila jangan scroll down ke bawah yer.....)

Anyway..my wish for her. Thanks a lot atas bantuan yang diberikan selama tempoh 4 bulan nih. Anda tersangat membantu akak-Mu ini. Take care and all the best in everything that u planning and do it. Nanti kahwin jangan luper jemput yer... (^____________^)y
































Sweet Memories

Tuesday, October 1, 2013

Shredder Time ^_^

Entry ni menunjukkan betapa happy nyer buat kerja-kerja shredder paper yang tidak perlu @ tidak releven @ tidak berguna lagi. Hehehe...memang dah lama dah menyimpan geram tengok kertas melambak-lambak. Dah setahun lebih gak lah... So hari ni dengan bangga dan happy shredder kertas-kertas tu. Lagi menyeronokkan dapat green light. Best sangat... 3kali gak la buang hasil shredder tu. 

Actually hasil shredder tu..tidak dibuang sesuka hati tau tapi dimasukkan dalam kotak besar sebab dah ada pihak yang dah siap-siap booking nak kertas hancur tu. Nak buat tempat letak burung puyuh katanya. Ahhh...lantak la janji dapat hancurkan kertas-kertas tersebut dan yang paling penting mengurangkan kesesakan dan kesemakan bilik ini. Seronok sesangat... 

Mesti senyum sampai ke malam la jawabnyer... Yela..tadi masa mengasingkan kertas releven & tak releven agak berdenyut gak la kepala ni.. Dah hampir-hampir sakit kepala.. Coz bukan leh sesuka hati jer...asingkan kertas releven & tak releven ni. Tapi Alhamdulillah.....hasil usaha separuh hari akhirnya berbaloi sesangat.... Esok continue tulis-tulis lak yer... (^__________^)y

Shredder Time ^_^

Tuesday, September 10, 2013

Kasihku Abadi

Ni ada lagu feveret my best rumet in the world masa kat u dulu. Sekarang dia maybe dalam dilema mengenai keputusan yang ingin dibuatnya. Jangan risau sayang...kalau niat kita kerana Allah.. In Sha Allah segala-galanya akan Allah permudahkan. Aku sebagai kawan memang sentiasa mendoakan yang terbaik buat my best rumet & BFF ni.. Sayang ko sangat-sangat k.... "Adam dan Hawa diciptakanNya....Disemai rasa kasih sayang... Agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati".  


Kasihku Abadi by In-Team

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 
Oh...

Wif My Best Rumet In The World y(^_^)y