Bunga Berguguran

Tuesday, November 26, 2013

Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?



Saya mengetahui mengenai Ahmad Ammar ini melalui fesbuk kira-kira seminggu yang lalu. Melalui sebuah blog yang membuatkan saya merasakan betapa beruntungnya menjadi Ahmad Ammar kerana kematiannya tersangat dimuliakan oleh rakyat negara Turki. Bagi ibu beliau pastinya merasa sejuknya perut ibu yang mengandung selama 9 bulan kerana dikurniakan anak yang sebaik itu. Bagi seorang bapa,  pastinya berbangga dengan permata yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Di bawah ini ada serba sedikit mengenai 'Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?'.. Bagi saya dia insan istimewa...walaupun tidak pernah mengenali beliau tetapi hati ini kuat mengatakan dia tersangat istimewa. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang yang beriman serta para syuhadah...

Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan pelajar  Malaysia dimuliakan di Turki. Di laman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. 

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. 

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. 

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. 

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar kerana disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. 


~~~ Al- Fatihah ~~~

Tuesday, November 12, 2013

Tak Der Tajuk... Just Luahan Rasa

Dear diary....kalau la mampu aku luahkan setiap yang aku rasa pada kamu sekarang alangkah baiknya. Dalam hati ni penuh keserabutan dan dalam kepala ni penuh tekanan. Kalau nak tanya penyebab kenapa sampai sekarang aku masih belum mampu untuk mengandung. Aku rasa aku ada jawapannya. Sebab badan dan minda ini terlalu penat dan stress melayan kerenah korang semua. 

Hari-hari terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang terlalu mengejar nama dan memberi arahan serta bercakap tanpa memandang dan memikirkan keupayaan pelaksanaannya. Bekerja di bilik ini umpama bekerja seorang diri. Duduk berseorangan bersama-sama fail dan buku. Ada pembantu..umpana tiada. Itu istilah terbaik. Macam chipsmore 'kejap ada, kejap tiada'. Menguruskan bilik ini bukannya mudah. Dah sampai ke tahap ini pun..masih terdapat complain yang pelbagai. Seolah-olah aku tak buat kerja kan????

Kalau kalian berada di bilik ini.....pasti kalian faham tekanan yang dirasai. Bukan mudah mentransformasikan dari bilik yang semak dan berlonggok-longgok kotak serta kertas kepada yang sedia ada sekarang. Rasanya 100% totally different berbanding kali pertama aku melangkah masuk lapor diri ke bilik ini. Tapi memang fitrah manusia yang sentiasa mencari kesalahan dan tidak berpuas hati. Itu menyebabkan aku rasa begini. 

Sedih dan tekanan simpan sengsorang jela yer.. Nak citer pada siapa?? Hanya Allah tempat terbaik untuk mengadu. Harap sangat-sangat...doa dan impian aku yang sering disebut setiap kali selepas solat dan di setiap helaan nafas-Ku ini dimakbulkan oleh-Nya. Amin... Ya..Allah makbulkan permintaan aku...supaya aku mampu mengemudikan kehidupan aku sendiri tanpa perlu melihat mereka wajah-wajah mereka yang hanya tahu bercakap dan tidak mempunyai rasa simpati apatah lagi empati.. 

Rasa nak buat cenggini jer...
Sumber : Goggle

Sunday, November 10, 2013

Rindunyer...........!!!!!

Rindunyer nak membebel di blog kesayangan ini. Tetapi kebelakangan ini terlalu terikat dengan kekangan masa terhadap perkara-perkara lain yang lebih memerlukan diri ini selain sebagai blogger. Untuk tempoh 2 minggu ini memang serius sibuk dengan aktiviti membuat persediaan goodies bag for wedding, tu belum termasuk kerja-kerja rumah lagi. Dan yang paling memerlukan perhatian bila My Incik Bb sakit. Tu memang tak mampu nak buat apa dah selain memberi perhatian sepenuhnya kepada Incik Bb. 

Actually ada banyak kisah nak share dengan you olls tau. Tapi kesempatan untuk duduk, menaip cerita dan kisah di samping memilih serta mengedit gambar amat memerlukan pengorbanan masa dan ketelitian supaya hasil tulisan yang dipaparkan mampu memberi info kepada anda. 

Emmm...tu jer kot nak share... Nak kuar jap lagi untuk ke kedai barangan pengantin. Ada misi penting ke sana. Dalam masa terdekat ini jugak...Cik Ina dah design beberapa jenis tudung dah. Material semua dah ada. Just proses kerja jer...belum bermula lagi.. Satu per satu yer...  Take time and really needed excellent planning to make all of it would be come true... Hehehe..cakap omputih la pulak yer... 

Kekangan masa. Ini bukan alasan untuk bermalas-malasan tau dari saya... Tapi secara jujurnya kini satus saya adalah :
1) seorang pekerja yang mempunyai bermajikan. So masa saya untuk dia.. 8.00pagi hingga 5.00 petang. 
2) seorang owner kepada small bisnes yang kadang-kadang penat mencuri masa sendiri untuk berbisnes
3) seorang isteri kepada seorang suami yang tersangat memahami bahawa isterinya mempunyai bermacam-macam perkaralahh dalam kepala hotaknya.. 
4) seorang penjaga kepada Si Boball (kucing gumok lagi kembang) yang semakin hari semakin nakal. 
5) seorang anak kepada mak dan ayah yang tersangat menyayangi dirinya. Buktinya...hari2 mak call kiter tau sejak kita kahwin dan duduk berasingan dengan mak... & setiap minggu mesti ajak balik rumah... cayang mak... 
6) yang paling penting... Kiter seorang Hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dari hari ke hari.

Berdasarkan status tersebut...macam padat dan tenat jer rutin kiter setiap hari.. 24jam memang tak cukup... Sebab bila kita bekerja...masa akan terasa berjalan dengan terlalu pantas dan secepat kilat. Tersangat berharga masa itu.. 

Ok tamat sudah bebelan ku di pagi hari ni,.. So time untuk siap-siap dan keluar.. Apa2 nanti akan dihupdate di blog kesayangan ini yer.. Serius cakap...memang banyak nak story mory..but my time is really limited... Muuuuuuuaaahhhhhhh......tium ckit pada peminat blog ini.. Setakat ni dah ada 2 3 orang rakan mengakui mereka follow this blog.. Thanks cayang..... (^____________^)y

Picture Credit to Fairuz Shair...
Thanks dear... ^_^

Wednesday, November 6, 2013

Kita + Hershey Kisses + Posing2

Ni cerita yang ditujukan khas untuk seorang trainee di ofis Cik Ina. Tempoh menjalani latihan industri just selama 4 bulan benar-benar membuatkan Cik Ina hepi coz ada membe untuk bersembang. Yela..kalau tak ada dia ni... memang duk bertapa sengsorang la. Macam sekarang ni..im back alone in this ofis.. Bosan dan sunyi Allah SWT jela yang tahu.. Kadang-kadang takut pun ada. Tapi pura-pura cool jela yer... 

So ni kisah last day Cik Eoz (nick name dia). Kalau nak kenal lebey-lebey leh tengok fesbuk dia Fairuz Shair. Last friday on 1st November merupakan last dia kat ofis nih. Just simple farewell.... kami share duit beli Ais Cream Wall Selection 'Hershey Kisses'. Satu bekas makan berdua.. Romantik gitu. Hehehe..tetapi idak habis pun ais krimnyer.... Pas mamam ais krim kami posing banyak-banyak dah macam kanak-kanak ribena jer.. (p/s : pada yang ada sakit jantung....sila jangan scroll down ke bawah yer.....)

Anyway..my wish for her. Thanks a lot atas bantuan yang diberikan selama tempoh 4 bulan nih. Anda tersangat membantu akak-Mu ini. Take care and all the best in everything that u planning and do it. Nanti kahwin jangan luper jemput yer... (^____________^)y
































Sweet Memories

Monday, November 4, 2013

Doaku Di Akhir Tahun

Kisah ni diambil dari fesbuk seseorang. Tapi tak pasti nama apa. Just nak share jela mengenai individu makan gaji berbanding bekerja sendiri. Ni kira pengalaman penulis asal yang merupakan individu bekerja sendiri. Jom kita baca kisah pahit manis serta keseronokan bekerja sendiri. 

"Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga...

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai 'honda civic type r' jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti call aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu."

Berdasarkan pengalaman penulis asal ni memang Cik Ina tidak boleh sangkal kebenarannya. Cik Ina bekerja makan gaji, perlu keluar rumah seawal mungkin dan balik pulak petang menghampiri malam. Cukup bulan dapat gaji tak sampai sebulan dah habis licin duit gaji bayar itu ini. Itu belum termasuk beli keperluan sendiri untuk tampil bergaya sejajar dengan membe2 ofis. Duit makan minum kat tempat kerja lagi. Memang tak cukup pun.

Tu sebab Cik Ina start buat part time bisnes. Bila kita buat bisnes..duit kita akan berlaku aliran keluar masuk. Tidak la just keluar jer..tak masuk-masuk duit tu. So bila orang lain, sempit di pertengahan bulan, kita masih lagi mempunyai wang untuk berbelanja dan membeli keperluan. Statement ni bukan nak bercakap besar..tetapi memang tidak dinafikan berniaga atau bekerja sendiri memang berbaloi. Lagi satu kita tidak terhad kepada jadual kerja dan pemantauan orang lain. Kita bekerja sendiri. Pengurusan masa dan kewangan sendiri. Apa yang penting disiplin. Lagi satu..bila kita bekerja sendiri pergantungan kita pada Allah SWT tersangat kuat sebab rezeki dari-Nya jadi setiap kali dapat sesuatu pastinya terasa bersyukur sangat-sangat. 

Andai tertulis sudah untuk diri-Ku meneruskan kehidupan ini dengan hasil titik peluh sendiri. Membina empayar sendiri...sesungguhnya Daku rela... Andai doa ini dimakbulkan di petang-petang penghujung akhir tahun 1434 Hijrah ini akan aku usahakan bersungguh-sungguh. Bukan untuk diri-Ku semata-mata tetapi untuk mak ayah, suami dan juga bakal anak-anak-Ku. Supaya kalian tidak sukar mencari rezeki sepertimana yang Daku lalui dan rasai kini. 

Ya Allah..makbulkan permintaan-Ku Ya Allah. Permudahkan jalan-Nya supaya Hamba-Mu ini biasa melaluinya serta Tabahkan dan Kuatkan Hamba-Mu ini untuk berusaha lebih kuat sepertimana Hamba-Mu ini berusaha untuk dekat Kepada-Mu.. Aminnn.....


Sunday, November 3, 2013

Daily Survival Kit

Today, I am giving you a DAILY SURVIVAL KIT 

To help you each day......... ... 

Toothpick ... 
To remind you to pick the good qualities in everyone,including yourself. 

Rubber band ... 
To remind you to be flexible. Things might not always go the way you want, 
but it can be worked out. 

Band-Aid ... 
To remind you to heal hurt feelings, either yours or someone else's. 

Eraser ... 
To remind you everyone makes mistakes. That's okay, we learn by our errors. 

Candy Kiss ... 
To remind you everyone needs a hug or a compliment everyday. 

Mint ... 
To remind you that you are worth a mint to your family & Me. 

Bubble Gum ... 
To remind you to stick with it and you can accomplish anything. 

Pencil ... 
To remind you to list your blessings every day. 

Tea Bag ... 
To remind you to take time to relax daily. 

This is what makes life worth living every minute, every day 

Wishing you love, gratitude, friends to cherish, caring, sharing, laughter, music, 
and warm feelings in your heart. 

I know this kit will help you get through the day. 

Daily Survival Kit
Dedicate to all my family & friends

31 0gos @ Teluk Batik

Ni kira citer lama gak la. Emm..dah almost 2 month ago. Tapi nak citer gak la. Ni kita 1st holiday wif family ++ menantu yer... Yela b4 ni kami adik beradik dengan mak ayah jer tapi kali dengan menantu. Bukan seorang tapi 3 orang sekali. Yela dalam tempoh tak sampai setahun mak dapat 3 orang menantu sekali. Alhamdulillah.. Ni just holiday biasa jer... Untuk spend waktu together-gather. Tapi ayah tak dapat join sebab kena kerja. So jom tengok gambar kami sekeluarga. Turut join sekali sepupu-sepupu ku.  Memang happening. Destinasi berkelah kami di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Memang ramai sangat orang waktu itu coz...cuti umum ' Hari Kemerdekaan' la katakan. 

Tengok gambar ni rasa macam gambar nih hidup kan...???
Yang tudung biru tu la mak kiter....  ^_^
Ramai sungguh rakyat Malaysia berkelah di sini.. ^_^
Banana Boat... tak pernah try pun..coz macam ekstrem jer..
Yela time last-last memang pemandu boat tu akan campak penumpang dalam laut k..
So takut la... -__-

My Incik Bb bakar ayam ^_^y

Resipi rahsia dari penjual ayam percik tersohor time bulan puasa yang lalu.. ^_^

Kupang bakar
Kupang ni ada seorang uncle yang jual.
Kami beli then bakar la... Rasanya macam kerang tapi versi besar... ^_^

Ni adik ipar kiter yang tolong bakar kupang
Coz geng-geng lelaki yang bakar ayam tadi dah p mandi laut da.. ^_^

Muka lapar pas mandi laut...
Licik kupang bakar kami..
Sold out terus... ^_^y
Ni mak kiter... Tak suka tangkap gambo sangat...
Tu serius jer tu... ^_^

Wif My Incik Bb ^_^

My Mak Njang & My lil cousin's Ain ^_^

Wif My Kipas Susah Mati - Nisa ^_^
Adik Bongsu kiter... ^_^

Kami Sepupu.. ^_^

Sangat seronok berkelah di sini..
Sebab makan apa pun sedap jer..
Mb penangan angin laut yang menyebabkan peyut mudah lapar.. ^_^
~~~ Sekian ~~~