Bunga Berguguran

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesema, Demam

Kat bawah ni ada tips untuk anda yang senasib dengan Cik Na Na yang sedang mengalami masalah badan panas, selesema dan demam. Ada 10 jenis makanan semuanya...so pilihlah mana satu yang berkenan di kalbu.. If nak try semua pun boleh..tapi apa-apa jadi tanggungjawab sendiri yer... Tips ni adalah sumber dari penpatah.blogspot.com. So jom baca dan ikhtiar. Yela selain makan ubat moden try alternatif lak k... 

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

1) Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

2) Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

3) Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

4) Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

5) Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

6) Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

7) Anise Seeds / Jintan
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

8)Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

9)Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Haa...ada 9 ramuan jer rupanya yang blog tu tulis. Emmm...yang ke-10 elok la bebanyak minum barli pun ok gak. Mampu menyejukkan badan. Di samping itu, teruskan berdoa supaya cepat sembuh yer... Ala lagipun bukan selalu sakit pun.. So redha dan terima sahajalah sakit nih. Allah sayang kita...tu sebab dia bagi kita sakit supaya kita ingat kat Dia... (^__________^)y

Makan banyak sayur-sayuran coz baik untuk kesihatan ^_^
Sumber : Goggle

Tuesday, December 31, 2013

Mabuk, Loya & Muntah

Wawawawah...tetiba tulis entry tentang mabuk, loya dan muntah la pulak ekk... Ishk..bahaya ni, kot-kot mampu mengundang kontroversi dan gosip-gosip liar. Actually just perkongsian bersama jer yer.. Nothing fishy agenda.. Tapi kalau ada pun Alhamdulillah.... Doa-doakan la yer... (^__________^)y

Apakah mabuk hamil?
Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil. Hubungilah mereka melalui forum kami. 

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?
Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggukehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua. Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 

Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada wanita lain yang menghidap penyakit di forum BabyCenter. 


Morning Sickness
Sumber : Goggle

Thursday, December 12, 2013

Masalah Peti Suara

Entry in imerupakan rentetan dari pada entry Serak Itu Seksi Ker???. Dalam entry tu kita bincang tentang petua macam mana nak memulihkan suara yang serak kepada merdu seperti sebelum ini. Hehehe...merdu la sangat kan??? Kali ini kita merujuk dari perspektif perubatan lak k... Suara serak mungkin diakibatkan oleh masalah pada peti suara.. Auwwww...macam seram jer.. Adakah peti suara saya sedang menghadapi masalah sekarang? Memang tak p check up lagi ekoran kesempitan masa. In Sha Allah..kalau masuk tahun 2014 pun tak hilang lagi suara seksi ni.. Kena berjumpa doktor gak la untuk pemeriksaan lanjut. Risau kan.. Coz suara merupakan salah satu anugerah Allah SWT yang tersangat bernilai dan tersangat penting. So kena ambil tau jugak pasal dia. So kat bawah ini ada sedikit info mengenai permasalahan peti suara yang ditulis oleh Dr. Irfan Mohamad. Ha..kat bawah ni siap letak nama dan biodata ringkas dia... 
Ni penulis artikel asal "Masalah Peti Suara'
Sumber : Goggle
SUARA merupakan suatu nikmat yang membolehkan kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, meluahkan emosi dan perasaan, memberikan isyarat serta amaran jika berlaku sesuatu perkara yang berbahaya dan sebagainya.

Banyak orang menganggap suara adalah sesuatu yang terjadi secara automatik atau tindak balas manusia yang terjadi secara refleks.

Oleh sebab itulah mereka tidak pernah merasakan bahawa ia adalah satu anugerah yang amat penting dan berharga yang tanpanya manusia tidak akan dapat hidup dengan sempurna.

Sesekali apabila kita mendapat sakit tekak dan suara kita tidak dapat keluar, barulah kita menyedari peri pentingnya kurniaan Tuhan itu dalam kehidupan kita.

Peti suara
Peti suara terletak pada bahagian larinks seseorang. Peti suara atau glottis menjadi pengawal yang menentukan sebanyak mana udara yang keluar, kadar kenyaringan (pitch) dan kekuatan (amplitude ) suara kita.

Panjang peti suara berlainan antara lelaki dan wanita. Peti suara lelaki berukuran 17 hingga 23 milimeter (mm) dan wanita berukuran 15 hingga 19 mm, membuatkan suara lelaki lebih kasar (low pitch) dan wanita sebaliknya.

Peti suara lelaki yang lebih panjang ini juga memberi bentuk halkum yang lebih kelihatan pada pandangan khalayak umum.

Simpanan tenaga untuk penghasilan suara berasal daripada paru-paru. Semasa proses menghembus nafas, udara dalam kuantiti terkawal akan melalui dan menggetarkan peti suara.

Seterusnya, ia akan melalui rongga mulut dan sebahagian kecil melalui hidung yang akan memberikan bunyi huruf-huruf yang sesuai mengikut arahan serebrum.

Sedikit udara akan keluar melalui hidung untuk memberi kesan resonans yang menyedapkan telinga mendengar.

Tanda-tanda masalah
* Serak suara
Keadaan ini sering terjadi terutamanya sewaktu kita mengalami jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan. Ia selalunya akan kembali normal selepas satu atau dua minggu.

Serak suara yang berlarutan atau bertambah teruk sepatutnya membawa anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ia amat penting untuk menentukan bahawa anda tidak mengalami masalah lain seperti gangguan kepada saraf peti suara, ketumbuhan, refluks faringitis dan sebagainya.

* Sukar bernafas
Glottis merupakan ruangan yang paling sempit pada badan seorang dewasa. Oleh sebab ia merupakan tempat yang mesti dilalui oleh udara yang keluar masuk ke paru-paru, maka sebarang gangguan fungsi (saraf recurrent laryngeal) atau ketumbuhan boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit dan ada ketikanya menyebabkan pernafasan menjadi berbunyi (stridor).

Keadaan seperti ini perlu mendapat perhatian dan pemeriksaan rapi doktor dengan kadar yang segera.

* Batuk berdarah
Sebarang ulser atau ketumbuhan yang ada pada peti suara khasnya, atau di mana-mana di sepanjang saluran pernafasan boleh menyebabkan pesakit mengalami batuk berdarah.

Ini adalah kerana peti suara merupakan laluan yang paling sempit dilalui oleh udara berkelajuan tinggi, yang akan dikeluarkan sewaktu seseorang itu batuk.

* Tersedak
Sewaktu kita menelan makanan, beberapa mekanisme berlaku dalam larinks untuk menutup saluran pernafasan bagi memastikan tiada makanan yang termasuk ke dalamnya.

Salah satu daripadanya ialah penutupan peti suara. Jika terdapat kelumpuhan pada saraf peti suara atau apa jua keadaan yang mengganggu fungsi ini, maka ada makanan yang mungkin tersalah masuk ke dalam saluran pernafasan dan berlakulah proses batuk secara tiba-tiba yang kita panggil tersedak.

Tips menjaga suara
Banyak perkara yang boleh kita amalkan yang akan membantu kita mendapat suara yang sedap didengar. Antaranya ialah:

* Elakkan menjerit
Peti suara kita terpaksa bekerja dengan kuat untuk menghasilkan jeritan. Jika kita perlu bercakap untuk khalayak yang ramai, gunakanlah mikrofon atau pembesar suara.

Salah satu pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak sesekali meninggikan suara dalam percakapan dan ia sememangnya terbukti dalam ilmu perubatan laringologi.

* Elakkan berbisik
Banyak orang tersalah angap bahawa berbisik akan membantu seseorang yang tidak dapat mengeluarkan suara sewaktu sakit tekak.

Berbisik sebenarnya boleh menerukkan lagi keadaan serak suara dan ia juga tidak baik untuk seseorang yang sihat.

* Selangi percakapan dengan meminum air
Seringkali kita melihat penceramah diberi air mineral sewaktu berucap. Ia bukanlah sekadar tradisi bahkan menjadi satu bentuk kaedah perubatan yang amat berguna.

Amalan meminum air pada waktu memberi ucapan atau ceramah yang panjang boleh membantu menjaga suara supaya tidak timbul keperitan.

* Jangan merokok
Selain daripada menyebabkan kanser mulut dan paru-paru, merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser peti suara pada kadar dua atau tiga kali ganda.

Merokok dan mengambil alkohol akan bersinergi dalam meningkatkan risiko kanser kepada 15 kali ganda.

Jika tidak mendapat kanser sekali pun, iritasi asap rokok boleh menyebabkan peti suara berparut (leukoplakia) atau bengkak (Reinke's edema).

* Rawat refluks
Bagi mereka yang mengalami penyakit refluks (asid dari rongga perut), sewajarnyalah rawatan untuk penyakit ini diambil perhatian.

Ini kerana kesan asid tersebut telah dikenal pasti menjadi salah satu punca iritasi terhadap peti suara yang dikenali sebagai refluks faringitis dan laringitis.

* Persekitaran yang bersih
Faktor pencemaran persekitaran akan mendedahkan seseorang itu untuk mendapat radang pada saluran pernafasan.

Keadaan ini amatlah tidak baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia secara amnya dan peti suara khasnya.

Rawatan
Rawatan kepada masalah peti suara amatlah bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Ada yang memerlukan sekadar rehat suara, terapi penggunaan suara yang betul. Malahan ada juga yang memerlukan penyiasatan selanjutnya seperti endoskopi dan biopsi.

Bagi kes-kes ketumbuhan, pembedahan atau radioterapi mungkin menjadi rawatan yang menjanjikan penyembuhan lebih berkesan.

Namun, apa yang lebih penting ialah kesedaran untuk mendapatkan rawatan kerana intervensi awal mungkin boleh menyelamatkan suara anda.

Menghargai nikmat
Sebagai seorang makhluk, kita bertanggungjawab untuk menjaga dan menggunakan kurniaan Tuhan dengan cara yang sebaik- baiknya.

Betapa sukarnya hidup mereka yang nikmat suaranya telah hilang, baik disebabkan oleh penyakit mahupun kecederaan yang tidak dapat dielakkan.

Namun, selagi mampu, kita wajib menghargai kurniaan yang tidak ternilai harganya ini. Suara kita perlu dijaga dan digunakan dengan kaedah dan untuk tujuan yang baik kerana setiap apa yang keluar dari peti suara kita pasti akan ditanya apa yang disuarakan itu kerana ‘suara kita, tanggungjawab kita’.

Admin:  Rasa-rasanya masalah kita macam rawat refluks jer.... Yela..sebabnya bila makan pedas dan masam suara akan menjadi teruk. Ntahlah.. Apa-apa pun kena berjumpa doktor dulu sebelum dapat jawapan sebenarnya.. Emmm...harap-harap tiada yang serius. Amin.... 

Suara serak memang sangat susah hati lah..
Sumber : Goggle

Serak Itu Seksi Ker????

Rasanya dah sebulan lebih dah suara ku ni serak. Seingatnya mula-mula jadi serak time Incik Bb demam awal bulan November yang lalu. Memang teruk gak la demamnya sehingga berlarutan ke 2 minggu dan hingga hari ini masih lagi batuk. Emmmm...kesian sungguh. Tapi yang Pelik Bin Ajaib nya adalah..even Incik Bb batuk teruk suara dia maintain jer.. Yang kena tempias ada daku.. Tak tau kenapa..semakin hari semakin serak suara ku ini. Hampir semua orang yang dijumpai dan call mesti akan terkejut dengar suara kita yang totally different dengan sebelum nih.. Huhuhu...sedey sungguhlah... 

Tapi ada gak yang kata suara serak tu seksi.. Auwww....takut i dengan statement tu.. Coz serak ni bukan seksi tapi seksa tau.. Yela nak menyanyi sengsorang time p balik kerja pun dah tak leh.. Al-maklum la rumah dengan ofis jauh.. So sekali trip pergi / balik leh nyanyi dalam 10 hingga 12 lagu jugak lah.. Lagi satu payah gak nak sembang dengan orang coz kadang-kadang suara ni macam payah nak kuar.. Malu-malu lak dia ekk... So nak senang citer..diam much more better... Dosa gossip kat orang pun leh dikurangkan jugak... Apa-apa jela yer... 

So bila dah serak macam nih ramai lah bagi cadangan untuk menghilangkan suara seksi i nih??? So kena cuba & berusaha sampai berjaya. Risau gak..nanti tetiba tak leh bercakap... Eeee...takut la... Tak mo fikir dah... Chayo..chayo usaha baiki suara seksi yang menyeksakan ini yer... (^__________^)y

Antara cadangan petuanya adalah :
1) Kembang semangkuk
Ni idea seorang ofismate. Katanya buah ni boleh menyejukkan badan dan boleh mengurangkan serak suara. 

Biji kembang semangkuk dikatakan boleh direndam dalam air dan tisu buah yang kembang berwarna coklat diminum bersama air. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.

Ramuan ini dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan (hidung, perut, usus atau pundi kencing), penawar racun, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal, sakit mata, sakit gigi, cacing dalam perut dan usus, cirit-birit dan disenteri. Bijinya juga dikatakan boleh dibuat teh herba untuk merawat bronkitis dan juga dijadikan ubat luaran, selalunya air rendaman kembang semangkuk perlu diembunkan semalaman sebelum diminum.
Kembang Semangkuk sebelum direndam
Sumber : Goggle
Kembang Semangkuk setelah direndam
Mengembang sungguhlah....
Sumber : Goggle
2) Limau Nipis 
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya. Campur sedikit air dan panaskan. Kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

Limau Nipis
Boleh try jugak nih...
Sumber : Goggle
3) Asam Jawa
Ambil sebuku asam jawa dan ramaskannya dalam air.Campurkan dengan 1 gelas air sejuk, embunkan atau masukkan ke dalam peti sejuk. Minum air ini 2 kali sehari dan amalkannya sehingga suara serak hilang.

Asam Jawa
Ni pun boleh cuba...
Sumber : Goggle
4) Bawang Besar
Ambil bawang besar 2 biji dan buang kulitnya. Tumbuk atau mesin hingga hancur. Kemudian tapiskan dan airnya. Minum 2 kali sehari dan amalkannya 2 hari berturut-turut.
Bawang Besar
Ni memang tak akan cuba...
Sumber : Goggle
5) Barli
Barli pun boleh menyejukkan badan. Emmm...ni hari-hari minum. Memang ada stok kat rumah pun.. Tapi tak hilang pun suara seksi nih... 

Barli
Tersangat feveret
Sumber : Goggle
~~~ Selamat Mencuba Buat Tuan Empunya Blog ~~~

Thursday, October 24, 2013

Senggugut Oh Senggugut

Rata-rata wanita pasti pernah merasa senggugut sama ada biasa-biasa jer ker, sakit sangat-sangat ker, sekejap jer ker, kerap setiap bulan, ataupun berselang bulan mengalami kesakitan akibat senggugut. Ada juga wanita yang seumur hidup tidak pernah merasa betapa sakitnya senggugut...beruntung sungguh anda. Tapi kepada yang kerap mengalami senggugut..bersabar yer. Allah sayang anda sebab tu dia bagi anda ujian sebegini untuk menghapuskan dosa-dosa kecil anda. Pesanan untuk diri sendiri. Alhamdulillah.... 

So kat bawah ni ada sedikit info mengenai senggugut. Baru cik Ina tau..rupanya ada 2 jenis senggugut. Satu yang normal untuk gadis-gadis atau wanita. Manakala yang satu lagi versi merbahaya yang memerlukan rawatan lanjut dan bertemu pakar sakit puan. Minta dijauhkan lah senggugut jenis kedua tu. Cukup-cukup la yang no. 1 tu pun dah cukup seksa sakitnya. Emmm...Cik ina tak ingat mana sumber info tentang senggugut nih. Coz dah lama simpan dah dalam draft. So minta halal ilmu la yer....pada penulis asal andai anda terbaca entry nih. 

Senggugut Oh Senggugut.. @ Sesunggut (nick name di kalangan gegurl)
Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar "primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai di bawah.

Senggugut Jenis Pertama 
Berlaku dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. 

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai di kalangan wanita yang risau sama ada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak.. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘Norethisterone’.

Senggugut Jenis Kedua
Ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Di antara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. 

*** Cik Ina berpendapat - apa-apa pun..sekiranya sakit berterusan sila la pergi berjumpa doktor yer.. #macam pesanan untuk diri sendiri la jugak. Coz i tak suka klinik.. Also tak suka ubat. Sakit teruk pun..tahan dan berdoa sakit tu akan hilang sendiri. Bertawakal sungguh kepada Allah SWT tanpa berusaha. Bagus la sangat ekkkkk... 

Ni ada ckit tips la tuk reduce sakit senggugut. 
1) Ambil madu lebah asli dan bacakan selawat shifa dan ayat Quran surah...... (tak ingat). Nanti balik kampung kena tanya mak la. Coz mak yang selalu buat pun untuk Cik Ina. 

Madu Lebah Asli
Sumber : Goggle
2) Telan jer panadol @ mana-mana pain killer macam yang tertulis dalam enrty di atas. 

Pain Killer
Sumber : Goggle
3) Letak lotion panas / minyak angin panas kat perut then tekankan perut. kalau ada orang urut lagi bagus. Hehehe...tentu-tentu Incik Bb mangsaku.. 

Pilihanku.. JSD Lotion
Panas dia sangat sedap tau.. ^_^
4)Kalau tak ilang gak sakit....baik pergi klinik. Tapi kalau sengugut biasa. Hari ke-2 period dah ilang dah sakitnya. Ada gak jenis senggugut teruk, sampai pengsan. Memang comfirm kena p klinik untuk rawatan. 

Jumpa doktor kalau dah teruk sakitnya
Sumber : Goggle
Ok tu je celoteh untuk petang nih. Renungan dan pengetahuan untuk diri sendiri yang sedang menderita sesunggut sejak semalam lagi... Waaaaa...even sakit ku kuatkan semangat juga untuk bekerja dan berblogging. Balik rumah kang jadi housewife lak.. Moga-moga sakit ni cepat ilang la yer cayang. (-_____-)

Wednesday, October 23, 2013

Air Istimewa yang Sihat

Jom try buat.. baik untuk kesihatan di samping rasanya sedap. Enrty ni ekstrak dari fesbuk https://www.facebook.com/hidayat.fahmi (Malioboro Furniture). Just for sharing dan maybe untuk amalan. Tak salah kan untuk tambah pengetahuan dan ilmu mengenai kesihatan. (^________^)y

Air masak yang dicampur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Jom buat sendiri: 

1) Teh hijau, pudina, limau nipis - Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan 

Teh Hijau
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
Sumber : Goggle

Pudina
Secara peribadi  ---> nak minum memang tak la -__-
If buat ulam tu boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

2) Strawberry, kiwi - Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular, menyeimbangkan gula dalam darah 

Strawberi
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
If makan begitu sahaja boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

Kiwi
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
If makan begitu sahaja boleh..tersangat sedap ^_^
Sumber : Goggle

3) Timun, limau nipis, lemon - Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan 

Timun
Secara peribadi  ---> kureng suka -__-
Lemon
Secara peribadi ---> Suka sangat ^_^
Sumber : Goggle

4) Lemon, limau nipis, oren - Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati 

Limau Nipis
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Orang
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Lemon
Secara peribadi ---> Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

Cara penyediaan:
1) Guna air masak dan dicampur dengan hirisan buah-buhan kesukaan anda.
2) Air tersebut dicampur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. 
3) Minuman di atas hendaklah diminum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. 
4) Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.

Secara peribadi Cik Ina pernah buat just guna lemon jer. Buat untuk Incik Bb time dia migrain. Dapat release ckit sakit kepala. Tapi rasanya yang sedap untuk buat cenggini just buah-buhan citrus la. Macam oren, lemon dan limau nipis. Sebabnya sesuai dengan anak tekak nih.. Yang lain like strawberi, kiwi elok makan jela. Emmm...pudina dan teh hijau tak suka dan pastinya tak kan pernah cuba. So pada you olls semua try la yer... Ikut citarasa masing-masing yer.... (^_______^)y 

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Tuesday, September 17, 2013

Strawberi Oh Strawberi

Pada hari rabu 11hb September yang lepas...kami suami isteri pergi ke Cameron Highlands. Saje sesuka hati jer p sana. Nak kata sambut anniversary kat sana pun boleh la jugak. Hehehe.. Tak nak citer tentang jalan-jalan kat sana k. Sekarang nak citer tentang 'Strawberi'. Emmmmmm....buah pun boleh jadi topik entry gak kan.. Nak share ckit strawberi punya khasiat dan cara makan strawberi supaya sedap lagi nyummmmyy......
Gumok dan Ranum kan Strawberi nih????
Beli di Kea Fram, Cameron Highlands
Khasiat Strawberi
Strawberi mengandungi Vitamin C, Vitamin K, Mangan, Folicacid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, Magnesium dan Omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.

Manfaat pada Kesihatan dan Kecantikan
Strawberi Mencegah Anemia
Anemia atau kekurangan zat besi dapat diatasi dengan strawberi , hal ini kerana buah ini mengandung zat besi yang tinggi dan bagus untuk menambahkan sel darah merah.

Strawberi untuk Kanser
Buah strawberi mengandung asam ellagic yang membantu mengatasi kanser.

Strawberi Menghaluskan Kulit
Strawberi dipercayai dapat menghaluskan dan juga mengengangkan kulit serta dapat mencegah penuaan. Selain itu kandungan salisilat di dalam strawberi mampu untuk mengubati jerawat untuk cara penggunannya cukup dijadikan sebagai masker. Kaedahnya ambil 3 biji buah strawberi, 3 sudu makan madu, 3 sudu makan baking soda, 3 sudu makan gula pasir dan sedikit air. Semua bahan tersebut diblender sampai sebati. Boleh juga dijadikan lulur untuk badan supaya kulit halus dan tegang. 

Cara Makan Strawberi (Versi Biasa & Versi Peminat Asam)
Ada banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk menikmati kelazatan strawberi.

1) Cara yang biasa...just cuci dan makan strawberi tu. Simple kan...

Nyam Nyam...mamam Strawberi
Sumber : Goggle
2) Hiasan utama pada kek dan pastri
Kebiasaannya strawberi dijadikan hiasan utama untuk kek dan pastri. Cara ini pastinya akan menambahkan lagi kelazatan dan kesedapan kek dan pastri serta menambahkan lagi seri dan daya tarikan hidangan berkenaan. 

Strawberi pada kek
Sumber : Goggle
Strawberi pada Pavlova
Sumber : Goggle
Strawberi pada Tart Buah-buahan
Sumber : Goggle
3) Dijadikan Jus
Ada jugak sesetengah individu memilih untuk menjadikan strawberi sebagai jus bagi menikmati kelazatannya. Tapi saya prefer makan jer buah tu begitu sahaja kerana lebih mudah dan senang nak ditelan berbanding dalam bentuk cecair macam nih. 
Jus Strawberi
Sumber : Goggle
4) Gula Halus / Madu  / Coklat Celup
Cara ni pun simple gak untuk mamam strawberi wif gula halus / madu / coklat celup. Emm...delicious la jugak.. Tapi kureng suka la... pernah buat sekali cicah coklat..rasa macam geli kat tekak la pulak..coz combination masam dan manis yang kureng sesuai dengan tekak ini...  Tapi rata-rata ramai orang suka Strawberi Coklat. Kalau tidak masakan menjadi simbol cinta Dato. Siti Nurhaliza dan Dato' K. Betul tak?

Strawberi wif Madu
Sumber : Goggle
Strawberi wif Gula Halus & Coklat Celup
Sumber : Goggle

5) Garam / Serbuk Asam Jambu
Cara ni lagi meletopsss rasanya sebab masam campur masin dan manis lagi la sedap sesangat. Saya suka... (^__________^)y

Bayangkan asam ni mix dengan strawberi... Memang meletopsss..
Sumber : Goggle
6) Asam Jawa Masam Manis
Yang ini lak cara baru... memakan strawberi dengan asam jawa masam manis nih.. Memang sedap sesangat-sesangat.. Tak mampu meluahkannya dengan kata-kata. Asam jawa ini merupakan kombinasi asam jawa + garam + gula. Tu kaya dengan rasa masam manis serta masin yang pasti membuka selera. 1st time rasa asam ni masa trip p Terengganu hujung bulan Mei yang lepas. Pastu time ada strawberi ni, ada lak bagi asam ni sebagai ole-ole dari Terengganu.. Memang 'best couple' la asam jawa masam manis nih dengan strawberi. Serius sedap.. Harus dicuba yer...   (^__________^)y

Asam Jawa Masam Manis
Sumber : Goggle
Ok itu jer...entry tentang strawberi oh strawberi nih... Hope ada yang suka dan boleh mencuba idea yang diberikan. Even macam merepek tapi ok la.. Ni la dikatakan variasi dalam cara pemakanan. K have a nice day..... 

Wednesday, August 21, 2013

Amalan Permakanan Wajar Diteladani....

Actually bab mengandung ni tak la pandai sesangat... Tambahan tu, rasa macam mana mengandung pun tak pernah. Ni pun hasil pembacaan dari beberapa blog dan nak share la. Lagi satu..ia sebagai ilmu pengetahuan buat diri sendiri gak la sebelum bergelar seorang ibu. Banyak nak kena belajar. Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilalui setiap hari adalah sesi pembelajaran yang sangat penting buat kita. So kenalah tabah dan bersemangat menghadapi hidup ini walaupun kadang-kadang kita akan rasa down dan kecewa. 

Ok tak nak membebel banyak-banyak mengenai perkara-perkara yang tiada kaitan dengan topik. So jom kita baca amalan serta pemakanan yang boleh dipratikkan oleh seorang ibu semasa mengandung. In Sha Allah manpu membawa kebaikan buat ibu, anak dan seluruh Umat Manusia. Aminnn.....

Tips Buat Ibu Bapa
1)Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

2)Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

3)Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

4)Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
1) Madu 
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan dan dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima 
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Rahsia Pemakanan dan Didikan Yahudi
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama-sama., Menyelesaikan masalah matematik ini sangat bagus untuk anak masih di dalam kandungan.  Ia mampu melatih otak bayi dan semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Mereka akan menyelesaikan matemaitk tersebut tanpa merasa bosan sehingga lah anak dilahirkan.

Sejak awal mengandung perbanyakkan memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Menu untuk tengah hari makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Hal ini kerana, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama-sama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka juga akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Tadika, pemakanan anak anak cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatiandi sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! 

Berdasarkan entry ni..marilah kita bersama-sama memperbaiki cara pemakanan kita terutamanya buat bayi masih dalam kandungan serta buat anak-anak yang masih kecil. Sekiranya bangsa Yahudi menekankan anak-anak mereka dengan muzik, kita sebagai umat Islam terapkan anak-anak kita dengan ayat suci Al-Quran dan zikir bagi merangsang minda mereka malahan merapatkan jiwa mereka dengan penciptanya. Subanallah... 

Sumber : Google

Thursday, August 15, 2013

Kucing Jejas Kehamilan ???(Part 2)

Keistimewaan Kucing
Nabi menekankan di beberapa hadith bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Fakta Ilmiah 1

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta Ilmiah 2


Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang Didapatkan

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

6. Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar Para Dokter Peneliti

1. Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing.

2. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

3. Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing.

4. Manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.

5. Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

6. Kucing tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll)

7. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air.

8. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Fakta Ilmiah 3

Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium hewan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

Fakta Ilmiah Tambahan

Zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress.

Sisa makanan kucing hukumnya suci. Hadist Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur.

Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing.” (H.R Al Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadits ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya adalah suci, Liurnya bersih dan membersihkan, serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. Mungkin ini pula-lah yang menyebabkan mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza, kucing peliharaannya.


My Boball....