Bunga Berguguran

Friday, January 31, 2014

Bagaimana Mencukupkan Gaji?

Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2.

Sumber : Fesbuk Bercinta Selepas Nikah

Sumber : Goggle

Fondant Cake In Purple Kaler

Kek ni dibuat sempena tempahan kak Bibi untuk majlis pertunangan adik iparnya. yang akan berlangsung esok iaitu 1 Feb 2014. Tema yang dipilih purple.. Huhuhu...my feveret colour tu... Alhamdulillah berjaya disiapkan. Itu pun kolarborasi bersama-sama my lil brother. He help much...sebabnya ada tempahan kek lain yang kena in charge tu sebab pas kat dia buat kek nih.. Deco as usual bersama-sama la.. Mak pun tolong bagi idea gak... Emmm...macam seronok pulak rasanya buat kek fondant nih.. If selalu buat...semakin mahir la.. Bak kata pepatah omputih... 'Practice Make Perfect'. So planning..esok kita deco sebijik lagi untuk bagi hadiah pada pengantin yer... Siapa lah pengantin bertuah tu yer.... Tunggguuuuuu..... (^___________^)y

Fondant Cake For Engagement

Close-up ckit dari atas

Close up cikit dari tepi

Close up cikit pada bunga yang tertenggek atas kek

Pandangan dari tepi lagi...

Full view
Cumell tak bulat-bulat di tepi kek tu...

Sweet kan? Ungu Pink mix...
Sweet macam Ungu Pink's Diary tak?

Full view of cake again...

From side view...
Kat belakang tu serabut cikit... Sila abaikan...

Dalam kotak hantaran... Sweet sangat kan??? (^_^)y
~~~ Thanks pada Kak Bibi again ~~~~

Saturday, January 25, 2014

Resipi Chocolate Moist Cake

Jom belajar buat kek coklat moist pulak yer.. Hari ni entry Cik Na Na penuh dengan resipi jela yer... Time hujung minggu ni la nak duk memerap lama-lama depan laptop ni pun... K jom review resipi. Make sure anda cuba yer.. In Sha Allah sedap... (^____________^)y

Chocolate Moist Cake
Bahan-bahan kek :
* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup
**1 cawan serbuk koko
* *1/2 cawan gula halus
** 1 cawan air panas
* *1/2 cawan susu cair

Cara-cara membuatnya :
1) Masukan bahan yang bertanda ** serbuk koko, gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dengan api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat.  
2) Sejukkan dan tuangkan ** susu cair, kacau rata dan ketepikan.
3) Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji.
4) Ayak tepung dengan baking powder, masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
5) Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
6) Sejukkan kek sebelum untuk topping. 

Bahan-bahan Topping :
* 500gm coklat (dipotong kecil)
* Susu Segar / whipping cream
* 50 butter

Cara-cara membuatnya:
1) Didihkan susu segar / whipping cream dengan api perlahan.
2) Setelah mendidihan masukkan potongan coklat.
3) Gaul sehingga sebati dan pekat.
4) Tutup api, dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair dan sejukkan sebelum dituang atas kek. 
5) Hias mengikut kreativiti anda.

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Resipi Aneka Tart

Resipi aneka tart ni diberi oleh seorang kawan. Jadi kita share la yer untuk sama-sama menambah ilmu. Kat bawah ni Cik Na Na akan share 4 jenis resipi tart iaitu tart telur, tart buah, tart blueberry cheese dan tart coklat. Mula-mula sekali kita belajar buat dia punya tart shell yer. Then baru kita buat inti tart tu pulak k... Jom belajar.... (^___________^)y
Resipi :  Tart Shell (Kulit Tart)

Kulit Tart
Bahan-bahan:
* 140g butter
* 1biji telur kuning
* 70gm gula aising
* 200gm plain flour

Cara-cara membuatnya :
1) Campur ke semua bahan ke dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. 
2) Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
3) Masukkan adunan ke dalam acuan. 
4) Cucuk permukaan bawah kulit tart dengan garfu.
5) Bakar dengan 180 darjah celcius selama 15-20minit.
Resipi : Tart Telur

Tart Telur
Time ni buat untuk jamuan raya ofis ^_^
Bahan-bahan:
* 140gm gula
* 300ml air
* 4biji telur 
* 80ml susu cair

Cara-cara membuatnya:
1) Masak air dan gula tadi sehingga mendidih. Tak perlu kacau gula tersebut.
2) Setelah mendidih, tutup api dan biarkan air gula itu sejuk seketika.
3) Setelah air gula sejuk, campurkan susu cair dan telur.
4) Pukul hingga sebati dan tapis adunan tersebut.
5) Setelah itu, boleh masukkan adunan telur tadi ke dalam kulit tart.
6) Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 10-15minit @ sehingga masak. 
Resipi : Fresh Fruits Tart

Tart Buah-buahan Segar
Boleh hias dengan anggur, kiwi, strawberry dan appricot 
Bahan-bahan :
(Untuk buat cream pastry)
* 400ml susu segar
* 4biji kuning telur
* 60gm gula
* 25g plain flour + 25gm tepung jagung
* 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya : 
1) Panaskan susu segar sehingga mendidih menggunakan api yang perlahan.
2) Di dalam mangkuk, campurkan kuning telur & gula.
3) Kemudian masukkan plain flour dan tepung jagung.
4) Masukkan susu panas sedikit demi sedikit dan terus kacau sehingga sebati.
5) Tapis adunan tersebut.
6) Masak adunan sehingga menjadi pekat (seperti mayonis)
7) Angkat dan sejukkan seketika. 
8) Masukkan ke dalam kulit tart dan hias dengan buah-buahan segar kesukaan anda. 
Resipi : Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan :
* 250gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 20gm butter
* 60gm gula castor
* 1 biji telur gred A

Cara-cara membuatnya :
1) Campurkan ke semua bahan dan pukul hingga sebati.
2) Letakkan Blueberry Filling ke dalam kulit tart.
3) Masukkan adunan cream cheese yang telah sebati.
4) Corakkan mengikut kreativiti.
5) Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak. 
Resipi : Tart Coklat

Tart Coklat
Dibuat sebagai buah tangan ke Penang 
Bahan-bahan: 
* 500 - 600gm Coklat Compound
* Hiasan - coklat urai, aneka hiasan comel

Cara-cara membuatnya:
1) Cairkan coklat menggunakan kaedah douvle boiled.
2) Setelah cair, masukkan ke dalam kulit tart.
3) Hias tart coklat mengikut kreativiti anda.
4) Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sebelum di makan.
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Friday, January 24, 2014

Restaurant Syabu - Syabu Steamboat

Al-kisahnya kami semua satu family gathering kat sini pada 25 Disember 2013 yang lepas. Ni kiranya flash back la.. Nak update time tu tersangat sibuk.. So di kala..lapang sikit ni share la yer... Gathering ni dibuat sempena Anniversary Mak & Ayah yang ke-30 tahun. Alhamdulillah pada usia perkahwinan sebegini mereka berada pada tahap stabil dari segala aspek. Semoga mereka terus bahagia hingga ke Jannah. Doa kami setiap hari titipkan buat mereka semoga diampunkan segala dosa mereka yang terdahulu, kini dan yang akan datang. Serta memohon Allah membalas setiap pengorbanan yang dilakukan dalam membesarkan kami 6 beradik. We love much both of you... 

So kat bawah ni adalah ckit gambar kami sekeluarga. Makan kat sini dengan membawa adik beradik lelaki yang ramai memang berbaloi. Dorang makan bersungguh-sungguh dan dengan dahsyat sekali... Sekali tengok dah macam mesin penghancur makanan daaa....Yang mula-mula surrender of coz la mak dan ayah. Tak lalu deme makan makanan celur-celur ni banyak-banyak. Kami??? Usah ditanya. 

Restaurant ni merupakan restaurant steamboat yang terletak bersebelahan Impiana Hotel, Ipoh. Konsep restaurant ni adalah buffet. Seorang pelanggan hanya perlu bayar RM31 sahaja. So boleh makan puas-puas. Terdapat aneka makanan yang dihidangkan di sana, selain daripada bahan-bahan steamboat seperti nasi goreng, bihun, satay, ais krim, daging bakar, pencuci mulut dan buah-buahan. Makanan laut yang dihidangkan pun segar-segar belaka. Ni duk menaip tentang makanan di sana tetiba terliur la pulak.. Emmmm....jangan meleleh air liur teringin sudah yer... Jadi untuk malam tu kami spend around RM372.00. Tapi terus terang cakap memang berbaloi sebabnya adik-adik dan suami ku memang terer bab makan nih... 

K dah penat citer. Jom kita tengok gambar lak yer... Actually gambar makanan tu idak la ada pun... Just gambar kami sefamily jela yang ada.. So jom kenali family Cik Na Na... Sebuah family yang semakin berkembang, berkembang dan berkembang.. Alhamdulillah rezeki Allah. (^___________^)y

Sesi makan-makan bermula. Ni meja No.1
Ada adik No.2 dan wife serta adik bongsu Cik Na Na ^_^

Masih meja No.1 lagi.
Adik No.4, mak dan ayah... ^_^

Ni Meja No.2.
Adik No.3 dan Wife, Adik No.5 & My Incik Bb la... ^_^

Mak & Ayah

As usual me & Incik Bb

Adik No.2 (Yen) with Wife (Ida)

Adik No.3 (Amir) with Wife (Ira)

Ni geng bujang
Adik Bongsu (Nie), Adik No.4 (Eppy) & Adik No.5 (Dik)
Gambar satu family..
Tapi kualiti gambar kureng memuaskan...
Tapi jadilah yer daripada tak ada... ^_^

Adik-adikku. Dorang berdua ni memang kamcing... 

Weeee...nak gak posing tepi pokok krismas nih...

Ni lagi sorang kaki posing..
Just kami 2 beradik jer yang suka interframe lagu nih pun..
Next time cari tempat yang lagi best untuk gathering adik beradik. Dulu kami tinggal serumah. Tapi selepas kami berkahwin kami dah duduk rumah berasingan. Tu jarang jumpa tu. Bila sekali sekala jumpa pasti riuh dan kecoh. Banyak cerita dan gossip yang kuar. Memang best adik beradik ramai nih.. Sentiasa ada cerita dan pastinya riuh... Mak ayah tengok kami hanya tersenyum sahaja. Dan pastinya di dalam hati mereka memanjatkan rasa syukur kerana kami ini anak mereka.... Love all of them much... 

Saya Nak Keluar !!!!

Menulis blog di petang hari sementara menantikan Incik Bb pulang. Sambil mendengar alunan lagu-lagu nasyid. Tenang jer rasanya. Sat lagi prepare dinner lak k.. Just nak share cikit citer dak Boball. Dah lama tak interframe budak ni dalam blog. Actually dia dah beberapa hari tak dibawa jalan keluar berjalan-jalan. Nampak macam stress jer dia. Yela..hari-hari sampai rumah dah penat. Incik Bb lak balik lewat.. Sape lah nak melayan dia kan.. So ni ada aksi budak nak keluar rumah. Sabor jela tengok dia... In Sha Allah esok kita keluar jalan-jalan dan amik udara luar yer.. Esok kan HOLIDAY cayang..... (^_______________^)y

Misi memanjat bermula ..^_^

Intai kot-kot tingkap tak lock...^_^

Berfikir kot macam mana nak keluar... ^_^

Terus mencuba check lock tingkap... ^_^

Memang tak putus asa kan???

Macam dah give up jer...
Sila abaikan bantal di tepi tu... (tu my busyuk.... dah tua2 pun simpan lagi mende tu) #_@

Hahaha....give up sudah @__@

Give up +++ tensen kot.. #___@

Keh keh.. kelakor tul budak nih stress yer... #___#

Tengok muka tak puas hati...
Sabar la yer... ^_^y

Sekian interframe Boball di petang hari. K time untuk prepare dinner and Solat Maghrib... Assalamualaikum... 

Happy Plus Plus ^_^

Alhamdulillah..... Perkataan yang terbaik yang mampu diucapkan pada petang begini. Lega dan tenang tu hanya Allah jer tahu. Thanks Ya Allah, permudahkan perancangan kerja hamba-Mu ini. Sasaran untuk menyiapkan kerj-kerja merekod dan mengemaskini fail telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami start merekod since bulan Oktober tahun lalu dengan bantuan pelbagai pihak. Di samping, pada ketika itu sibuk dengan Audit 5S. Hari ni pun.....dah tertampal dah sijil Pengiktirafan 5S di Sudut Zon Zamrud. Seronok sesangat kerana segala usaha dan penat lelah berbaloi. Air mata mengalir dan tidur tak lena tu tertebus jugak akhirnya.

Mesti ramai yang tanya kenapa seronok sangat siap merekod tu.. Memang la seronok sebab, ini merupakan laporan perubahan yang paling banyak yang pernah direkod. Setiap seorang akan ada 4 laporan perubahan yang wajib direkod. Tapi untuk kes-kes tertentu ada yang jadi sampai 7 laporan perubahan. Bilangan rakyat yang perlu direkod ada 1798 orang. So 1798 darabkan dengan 4 = 7192 laporan perubahan. Tu yang basic so kalau campur kes-kes tertentu tu almost 8000 jugak la kot.. Banyak kan kiraan matematik tu.... Huhuhu.... yela yang berkerja secara tetap just 2 orang selebihnya bantuan pihak luar la.. Thanks sesangat tau.. Cik Na Na sangat menghargai. Hari ni dah setel rekod dan difailkan. Rak, kabinet dan lantai sudah kosong. Moment yang tersangat dinanti-nantikan..... 

Fuhhhhuh..lega dan bahagia.. Thanks jugak kepada adik-adik praktikal yang membantu jugak. Pada Eoz, Ecah dan Cikgu Q Chan. Hanya Allah boleh balas pertolongan korang.. Akak korang ni hanya mampu bagi hadiah kecik-kecik jer... Semoga korang dapat kerja yang bagus-bagus nanti yer dan kerja baik-baik sebab rasanya di sini korang belajar banyak perkara yang lebih kepada erti sebuah kehidupan. Thanks again... (^______________^)y

Muka hepi time meting tadi... ^_^
Agak2 baju oren dengan shawl ijau match tak???
Boleh la yer...
Kredit Pic to Nora Ismail
Nyummy... New York Cheese Cake
Hadiah untuk diri sendiri ..
~~~ Sekian ~~~

Thursday, January 23, 2014

Peppar Shaker & Custom Made Paper Bag

Goodies ini ditempah khas oleh Pengarah Matrikulasi Perak sempena Majlis Resepsi putera Sulung beliau pada 22 Disember 2013 yang lalu. Pepper Shaker ini berikan kepada tetamu VIP yang terdiri daripada pengarah JPN, pegawai-pegawai PPD, pengetua dan guru besar. Selain pepper shaker ini, turut disediakan goodies bag berupa mini sejadah untuk para tetamu VIP yang hadir. 

Berikut merupakan beberapa gambar goodies berkenaan. Mana tau kot-kot ada yg berkenan. Boleh roger-roger Cik Na Na yer... (^___________^)y

Pepper Shaker & Custom Made Paper Bag
Custom Made Paper Bag
Pepper Shaker wif Paper Bag
Bride & Groom Pepper Shaker
Cute kan Pepper Shaker ni?
Tagging' Majlis Resepsi Farhan & Nadia'
Paper bag yang telah siap ditagging
Paper bag  dihiasi dengan Dolly Paper
Tadaaa..dah siap dihiasi reben mengikut tema pilihan customer

~~~ Cantik dan Unik kan ??? ~~~