Bunga Berguguran

Showing posts with label Produk Review. Show all posts
Showing posts with label Produk Review. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Daily Supplement

Saya bukan lah seorang yang suka makan ubat. Tetapi masalahnyer tersangat suka membeli ubat. Kebiasaannya akan makan untuk tempoh seminggu secara konsisten. After that...kejap ingat dan kejap luper. Sungguh bermasalah penyakit macam nih.. Baru-baru ini mencuba beberapa produk kesihatan. Untuk kesihatan dan kecantikan la konon-kononnya. Also untuk kekurusan badan gak la. Untuk Kesuburan pun ada.. Aduyai...banyaknyer ubat nak kena telan nih.... Bagi menambahkan semangat dan memudahkan urusan mengangkut ubat ke merata-rata tempat....siap beli medicine box yang cute lagi tau. 

My Daily Supplement ^_^
Kat bawah ni ada serba ringkas mengenai produk jenis supplement yang saya telan setiap hari. Serta pengambilan kuantiti yang sepatutnya. 

1) Lecithin 
Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.. Jadi bila tidak melekat pada membran...senang la lemak tu nak kuar dari badan kita.

Kiranya lecithin ini diambil untuk tujuan kuruskan badan la.. Perlu amik 3biji selepas lunch dan 3biji lagi selepas dinner. Letichin ini dalam bentuk jelly capsule.. Agak kembang tekak nak telan supplement ni. Saiz sebesar kacang kuda macam tu la. Rasa lak macam manis-manis cikit..bau tiada berbanding alfalfa.

2) Alfalfa 
Dikenali sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi. Kebaikan Alfalfa adalah dapat menyeimbangkan hormon, merendahkan kolesterol, serta mengatasi masalah penghadaman. Alfalfa ini juga merupakan supplement untuk kuruskan badan. Perlu amik 3 biji selepas makan breakfast, lunch & dinner. Secara peribadi.....kurang lalu ckit dengan bau alfalfa nih. Coz bau sangat kuat. Tapi demi nak sihat & cantik.. Kutelan juga mende yang idak sedap ni... 

Secara umumnya, hasil penggunaannya kedua-dua supplement ini (letichin dan alfalfa).....selera makan akan berkurangan dan perut pun tak berapa lapar sangat untuk next meals. So secara tidak langsung selera makan akan dapat dikurangkan. Tapi perlu minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Bagi tujuan membantu proses penyerapan zat vitamin berkenaan dan penyingkiran bahan yang tidak perlu dari badan. 

3) Vita-C
Just supplement vitamin C untuk kulit. Itu sahaja. Pengambilannya 3biji - 9biji sehari. So kalau nak hasil cepat leh telan banyak-banyak. Tapi 3biji sehari dah cukup. Coz 1 tablet mengandungi 100mg. Rasa Vita-C ini tersangat sedap. Supplement ni sangat disukai. Dah nak habis stok pun. Nanti boleh beli lagi yer... 

4) Asid Folik
Asid folik memainkan peranan untuk meningkatkan peluang kehamilan. Disarankan amik sekurang-kurangnya 4mg sehari. Biasanya saya amik 2biji sebelum breakfast. Supplement ini just beli di farmasi. 

My Medicine Box... Cute Right??
                          
                                  Ni dah isi supplement dah... So senang nak bawak p mana-mana... ^_^
















Jika berminat dengan produk Shaklee ni boleh visit web http://vitaminsemulajadi.com/ 

@ Fesbuk kawan-kawan saya yang menjual produk nih... 1) https://www.facebook.com/amir.mohamad. (Mohamad Amir) 2) https://www.facebook.com/wahidah.firdaus. (Wahidah Yarahim). 

Just visit fesbuk dorang dan tengok la offer apa yang dorang leh bagi. Ada pelbagai produk untuk kesihatan dan kecantikan. (^___________^)y

Sunday, September 8, 2013

Bedak Sejuk Tanaka / TATE

Lebih kurang 2 weeks ago aku telah menggunakan bedak sejuk tanaka. Actually bukan aku yang nak guna pun..ni gara-gara adik bongsu aku yang beri-ria nak sangat guna dan semestinya aku sebagai seorang kakak kena bertanggungjawab membeli bedak tersebut. Banyak cantik punya budak.  Menurut adik aku muka kawan dia penuh jerawat macam muka dia la katanya pas pakai  beberapa minggu jerawat pun semakin berkurangan. So sebab kesiankan budak tu..aku pun beli la. Aku bukan beli untuk dia sahaja tapi untuk aku gak.. So aku beli 2 bekas dengan harga RM50 (termasuk kos penghantaran). Kalau satu bekas RM26 (termasuk kos penghantaran). Disebabkan beli 2bekas dapat eye mask free 2pasang. 

So far setakat 2minggu pakai ni kulit jadi lebih licin dan jerawat pun dah tak tumbuh. Jerawat kat muka ni idak la banyak sangat. Ada ckit-ckit jer. Tapi pas pakai bedak ni untuk tempoh 2minggu Alhamdulillah makin better lak kulit muka nih.. Suka sesangat... Hehehe.... 

Secara umumnya Bedak Tanaka / Tate diperbuat daripada kayu tanaka. Merupakan kayu yang femes digunakan sebagai sumber kecantikan oleh masyarakat Myanmar. Bedak Sejuk TATE atau lebih dikenali Tanaka Powder adalah keluaran DEA ( Danish Empire Association). So kalau nak cantik macam kuilt Nora Danish...kena la cuba yer... (^________^)y

Ni la ruper Kayu Tanaka dari Myanmar
Sumber : Goggle
❥ Fungsi & Kebaikan Bedak TANAKA ni ?
✔melicinkan kulit muka
✔memberi kesegaran pada kulit
✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit
✔menanggalkan sel kulit mati
✔ia membantu sejukkan kulit
✔membersih & menengang wajah
✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih
✔ Sesuai untuk semua lapisan umur
✔ Menghilangkan ruam-ruam badan
✔ Boleh digunakan dimuka dan badan
✔ Menghilangkan gatal-gatal badan
✔ Mengecutkan jerawat
✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.
✔ Hilangkan jeragat
✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka
✔ Pelindung cahaya matahari
✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

❥Cara Penggunaan:
✔Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tate rata2 ke muka guna tangan atau span muka.
✔Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tate dengan air dan sapu kan ke muka. Lps 30 minit boleh cuci atau nak pakai sepanjang malam pun boleh...boleh cakap2 time sapu..muka x kedut macam pakai masker..
✔Sejuk je rase bile pakai.....kalo cuci, muka rase licin je pastu..daki2 pun boleh tanggal time kita gosok nak cuci muka..memang best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.
✔Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.

Cara Penggunaan TATE
Sumber : Goggle
Ni la bedaknya... Ada kesan cubit-cubit ckit..
tu tanda telah diguna.. ^_^
Gambar time sapu pada muka tak ada..
So gambar posing ala-ala duta produk adalah... ^_^
Saya tak jual produk ni just sekadar share produk yang digunakan. Saya beli produk ni dari https://www.facebook.com/BEDAKsejukTANAKA Kalau berminat just pm akak yang jual produk tu sahaja k...

Sedikit tambahan yer...semalam balik rumah mak dan jumpa adikku..Alhamdulilah muka dia dah tak tumbuh jerawat dan kulit makin better tekstur dia. Ok la.. Kawan-kawan dia pun puji muka dia dah makin elok.. Alhamdulillah...

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Friday, June 21, 2013

Shurah Pemutih

                                      

Baru jer 2minggu guna produk ni.. Alhamdulillah..kulit muka ok.. Jerawat pun tak tumbuh.. Dulu zaman study dulu memang pakai krim komersil macam nih... Tapi bila dah kerja & dah berduit ckit mula la pakai produk mahal-mahal yang konon-kononnyer lebih bagus berbanding produk komersil biasa nih... Maksud produk mahal-mahal nih...satu krim dia pun Rm40 ke atas la... So kalau satu set mau mencecah ratus gak la..

Tapi selepas 5 tahun pakai produk mahal-mahal..kulit muka jadi terlalu sensitif sampai satu tahap terpaksa stop pemakaian & p jumpa pakar kulit untuk menyelesaikan masalah kulit sensitif & berjerawat. Atas nasihat doktor & guna ubat serta krim yang disyorkan, Alhamdulillah...kulit makin baik. Jadi selepas tempoh berubat dah tamat, guna balik produk mahal-mahal..muka jadi gatal & jerawat tumbuh semula. So satu hari, try balik produk komersial biasa macam 'Shurah Pencerah'.. Alhamdulillah...kulit dah ok.. Licin & lembut lak tu... Suka sangat-sangat.... Ni bukan untuk promote ke apa.. Just for sharing.... 

Intan Ladyana - Duta Produk Shurah Pencerah
Mana tau jadi tantik macam dia (^______^)y