Bunga Berguguran

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

Jom Kenali Jenis-jenis Tepung

Dah lama tak berblogging...... tetiba hari tulis entry tentang 'TEPUNG' la pulak yer... Bukan apa sekadar panduan kepada pembaca-pembaca yang baru berjinak-jinak join dunia bakery ni.. Nak gtau korang yang kat kedai bakery tu ada macam-macam jenis tepung dan yang pastinya setiap jenis tepung tersebut ada fungsi tersendiri. Jangan main taruk jer tepung ikut sesuka hati.. Nanti tak jadi kek you olls ok.... 

Kat bawah ni ada 19 jenis tepung yang antaranya ada di pasaran dan jom sama-sama belajar dan memahami setiap fungsi bagi jenis-jenis tepung tersebut... .

1)Tepung Serbaguna / Tepung Gandum / Plain Flour
Plain Flour
Tepung paling common dekat Malaysia. Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat. Murah pun murah. Tepung ni antara tepung yang wajib ada di rumah. Fungsinya boleh buat macam-macam dari tepung ni. 


2)Tepung kek / Superfine Flour / Soft Flour / Tepung Berprotein Rendah
Tepung kek
Kalau korang nak tau, tepung ni selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour". Tepung ni sangat halus. Tapi boleh je kalau tak nak beli ni, just ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastard dan ayak sebanyak 3 kali. Result dia nanti akan sama je dengan tepung superfine ni. 


3)Tepung Naik Sendiri / Self Raising Flour
Tepung Naik Sendiri
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat. Kalau dalam resepi mintak tepung ni, dan kita tak ada stok tepung ni kat rumah. Boleh gantikan dengan 250gram (2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan (rata) baking powder. Kemudian ayak.


4)Tepung Berprotein Tinggi / Bread Flour / Hard Flour / Strong Flour

Tepung Berprotein Tinggi
Kalau nak buat pastries macam roti ke, pizza ke, donut ke kena pakai tepung tau. Ia akan menghasilkan aduana yang lembut lagi gebu gitu. Sebabnya tepung ni ada tahap gluten yang tinggi, jadi ia akan menganjalkan dough kita.Tapi harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum biasa.


5)Tepung Berprotein Rendah / Tepung Pau
Tepung Pau
Tepung berprotein rendah ni sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau, sponge cake, genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia ni,orang selalu beli brand Blue Keys takpun Nona.


6)Tepung Red Rose / Tepung Biskut / Tepung Top / Tepung Cookies
Tepung Biskut
Tepung ni diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup. So disarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut, sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad
Tepung Kastard
Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek. Selalunya tepung ni digunakan bila nak buat krim kastad, triffle,etc. Kalau tepung jagung tak da, boleh gantikan dengan tepung kastad ni sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung
Tepung Jagung
Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan. Kita selalunya letak bila nak buat bubur, kuih dan biskut. Kalau letak dalam kek comfirm kek tak jadi yer.. Cik Na Na dah terkena dah sekali.. Nanti resipi kek yang Cik Na Na share ada tepung jagung...kita akan betulkan balik yer.... 


9)Tepung Beras / Gluten-Free Flour
Tepung Beras
Tepung ni confirm lah buat dari beras. Sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras". Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampailah halus. Kita guna banyak tepung ni bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng! serta kuih-muih zaman dulu2 macam kuih apam, kuih lapis dan tepung talam.


10)Tepung Pulut / Glutinous Rice Flour

Tepung Pulut
Tepung nie tak buat di Malaysia. Tetapi diimport daripada Thailand. Jangan salah tengok tau, coz cover plastic tepung ni sama je dengan tepung beras. Macam biasa, tepung ni penting untuk buat kuih-muih tradisional.Fakta buku: Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E, B. Ia turut memudahkan pencernaan dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Tepung Krimer
Di Malaysia, brand yang famous adalah Coffe-mate. Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tu berlemak sikit. Setengah orang mengggunakannya untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong / Water Lily Flour
Tepung Hong Kong
Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung ni cepat rosak, cepat berkulat atau berkutu. Kalau nak buat pau,t epung ni paling top. Selain tu..nak buat kek lapis pun sesuai pakai tepung nih... 


13)Tepung Hoen Kwee
Tepung Hoen Kwee
Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya, tepung ni guna untuk buat kuih muih terutama di Indonesia. Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.


14)Tepung Wholemeal / Tepung Atta
Tepung Wholemeal
Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat. Ia diperbuat daripada serat gandum yang tak hancur . Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! Nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung ni, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa kalau pakai tepung ni jer.


15)Tepung Ubi
Tepung Ubi
Sangat berguna nak liatkan adunan, tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu
Tepung Sagu
Asal tepung ni dari bahagian tengah pokok sagu, kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung. Selalunya tepung sagu ni digunakan untuk menghasilkan bubur, lempeng dengan keropok. Fungsinya sama dengan tepung ubi.


17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake
Tepung Optima
Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula. Kita tinggal campurkannya dengan telur, air, mentega dan pukul sampai pekat. Sesuai untuk membuat kek keju. Menyenangkan kerja gitu.... 


18)Tepung Kacang Hijau

Tepung Kacang Hijau
Tepung ni digunakan untuk membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie
Tepung Biskut Marie
Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak. Banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis...

Huh....dah fahamkan semua...jenis-jenis tepung.. Nanti bila godek-godek resipi di blog-blog @ buku resipi tu.. Idak lah terkejuz tengok nama-nama tepung yang ditulis.. At least..perkongsian ni boleh menambahkan input pengetahuan kita mengenai dunia bakeri. Membuat kek ni memang best... Kalau jadi dengan cantik, gebu dan marvelouss la.. If tak jadik kan...menyakitkan hati dan membazir jer... So gud luck semua... (^________^)y


Friday, February 14, 2014

Perjalanan Tragis Si Kacak

Ishk..tengok tajuk macam dahsyat jer citernya.. Tapi bila baca memang dahsyat pun.. Bak kata pepatah omputeh...'No Pain, No Gain'. Pepatah Melayu lak...'Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian'. Membaca kisah perjalanann hidup Keith Foo mengingatkan diri kalau nak berjaya even dalam apa pun bidang, kena banyak berusaha dan kadang-kadang kena tebalkan muka untuk berusaha demi menjadikan mimpi serta impian kita suatu kenyataan. Jadi jom baca kisah perjalanan hidup beliau.. Sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.. Mana yang baik dijadikan contoh dan pengajaran untuk kita terus memperbaiki kehidupan.. Sumber : Utusan Malaysia 

Keith Foo
Sumber : Goggle

MENGGUNAKAN formula yang berbeza daripada pelakon lain, dia memilih untuk mengukuhkan namanya di luar negara sebelum mengambil keputusan kembali ke negara sendiri. Selama 10 tahun berusaha memahat namanya di dalam industri perfileman Indonesia, kisah kejayaannya di sana tidak berakhir begitu sahaja.

Mengambil inisiatif berbeza, dia memilih untuk kembali merasai keperitan yang pernah dilaluinya. Kali ini, tanah tumpah darah sendiri jadi pertaruhan dan dia kembali bukan dengan riak dan gaya pelakon tersohor yang popular, sebaliknya bermula daripada ‘kosong’ semula.

Dua tahun lalu nama Keith Foo,31, masih lagi asing dalam diari pilihan peminat drama tempatan. Bagaimanapun kemunculannya dalam drama bersiri Ariana Rose mula mempamerkan kelebihan jejaka kacak ini dalam kegemilangan watak sebagai anak bangsawan, Tengku Adam.

Cuba mengenali siapa sebenar Keith Foo tanpa pancaran gaya selebriti, dia memberitahu kehidupan kecilnya bermula dengan deruan kereta api.

“Saya dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Hidup dalam suasana kampung dengan latar belakang masyarakat berbilang bangsa, saya begitu selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Jujurnya keluarga saya bukanlah dari golongan yang berada. Ibu saya hanya membuka sebuah kedai makan dan ayah pula kontraktor biasa sahaja, kehidupan kami sederhana tetapi bahagia," katanya, memulakan cerita.

Teruja bercerita kaitan hidupnya dengan kereta api, pengangkutan popular itu sudah menjadi nadi buat kehidupan keluarganya sejak turun temurun.

“Semua tahu memang Gemas terkenal dengan Stesen Kereta Api Gemas. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan stesen itu kerana membantu ibu yang membuka sebuah kedai makan di sana.

“Selain itu juga, pak cik saya sehingga kini masih mengusahakan perniagaan yang sama di stesen berkenaan. Kalau diikutkan hubungan keretapi dengan keluarga saya sangat rapat. Sewaktu zaman datuk saya dahulu, mereka menjadi tukang masak untuk penjajah British.

“Menggunakan kereta api, makanan yang dimasak datuk saya akan dihantar ke Singapura. Tidak dilupakan ayah saya juga merupakan kontraktor yang menyelenggarakan laluan kereta api. Itulah sedikit sebanyak kaitan kereta api dengan nostalgia masa lalu saya," katanya yang begitu fasih kala diajak berbicara tentang fakta sejarah, terutamanya tentang Gemas itu sendiri.

Tidak kisah sekiranya ada yang mahu menggelarkan dirinya sebagai budak kampung, menurut Keith sejak kecil lagi hubungan dengan penduduk di kawasan rumahnya memang baik. Malah sehingga ke hari ini juga, hubungan itu tidak pernah terhalang walaupun dengan status selebriti yang dibawa.

“Memang saya dibesarkan di kampung, malah ibu bapa saya sendiri selesa untuk terus berada di Gemas memandangkan semua saudara mara kami masih berada di sana. Selain itu, hubungan baik antara jiran membuatkan keluarga saya selesa untuk tinggal di kampung sahaja.

“Zaman kecil, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, jadi dari situ hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat. Jujurnya tiada apa yang membezakan kami, mengambil kesempatan itu saya selalu bertutur dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini juga saya mampu menguasai beberapa dialek termasuk dialek Negeri Sembilan," katanya.

Keith merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Dia dan abang-abangnya memang terkenal dalam bidang sukan, malah sehingga ke hari ini juga sukan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya. Pada zaman persekolahan dia pernah mewakili Negeri Sembilan dalam permainan bola tampar dan antara atlit sekolah yang sangat aktif membawa nama sekolahnya ke gelanggang persaingan.

“Memandangkan kawasan Gemas itu agak kecil jadi memang kami adik-beradik agak terkenal kerana aktif bersukan. Saya pernah menjadi kapten pasukan bola tampar di sekolah. Malah pernah juga mewakili Negeri Sembilan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan setakat bola tampar, saya juga sangat aktif dalam sukan lain seperti lumba lari. Bagaimanapun selepas tamat sahaja sekolah aktiviti sukan saya mula terbantut dengan tugasan harian lain. Cumanya saya akan pastikan badan saya tetap berpeluh dengan bermain futsal setiap minggu dengan kawan-kawan," katanya.

Dari Hong Kong ke Indonesia
Diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya, Keith memberitahu dia pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bagaimanapun perasaan meluap-luap untuk bergelar model menyebabkan dia meninggalkan pengajian dan mengejar apa yang diimpikan sehingga bertapak di Hong Kong selama setahun.

“Bila saya dapat peluang ke Hong Kong, saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon kerana pada waktu itu saya hanya ditawarkan untuk bidang peragaan. Malangnya, fizikal saya yang lebih rendah daripada model lain menyebabkan saya hanya berakhir sebagai model iklan sahaja.

“Bagaimanapun dalam tempoh setahun itu banyak yang saya belajar, sebab itu saya ambil keputusan untuk ke Indonesia pula. Saya mencuba nasib di Indonesia bermula dalam bidang peragaan dan kemudian ke dunia lakonan," katanya.

Ternyata tempoh dua tahun berada di tanah seberang benar-benar menguji kekuatan Keith. Tanpa bergantung kepada sesiapa dia mula mencari laluan sendiri. Ternyata dengan kemunculan muka baharu setiap hari menyebabkan keadaan industri di sana agak sesak sehingga menyebabkan dia terpaksa berusaha dua kali ganda.

“Di sana kita tahu, bakat sangat ramai untuk memenuhi ruang media. Sebab itu masing-masing perlu ada inisiatif sendiri. Macam saya sendiri yang hadir pelakon luar, dengan kekurangan bahasa memerlukan usaha itu berkali ganda daripada mereka.

“Setiap hari selama dua tahun saya akan pergi sendiri ke setiap produksi bertanyakan peluang kerja. Kalau ikutkan memang perlu tebalkan muka, tetapi itulah cara kelangsungan hidup yang perlu saya dan semua bakat baharu lakukan," katanya.

Tidur di lantai
Sejujurnya, apa yang digapai hari ini adalah hasil daripada keperitan hidup yang dilalui masa lalu. Sepanjang berada di negara orang, bertubi-tubai masalah mendatang, ia tidak sedikit pun melemahkan dirinya. Keith sebaliknya berasa dia sangat bertuah untuk melalui perkara tersebut. Dalam tempoh yang perih pedih itu, banyak mendewasakan dirinya dalam pelbagai cara.

“Saya diuruskan seorang ejen, bagaimanapun dia tidak uruskan saya seorang kerana ada beberapa lagi bakat baru di bawah jagaannya. Memandangkan agensi dan rumah berada di lokasi yang sama, jadi kami hanya akan tidur di ruang tamu rumah ejen tersebut. Saya selalu tidur di lantai, kalau lambat sampai ke rumah.

“Selama dua tahun di rumah itu, rutin tidur saya hanya akan berakhir di lantai ataupun sofa. Kalau saya pulang awal, saya dapat tidur di sofa. Bagaimanapun selalunya saya lebih banyak tidur di atas lantai, beralaskan sehelai kain sahaja kerana saya selalu lewat pulang ke rumah kerana penggambaran akan habis lewat malam," katanya tanpa segan menceritakan pengalaman lalu.

Masanya juga banyak dihabiskan dengan membuat panggilan telefon ke setiap agensi peragaan. Hampir setiap hari, dia sendiri akan bertanya apakah agensi-agensi terbabit ada membuat sesi ujibakat untuk model iklan atas permintaan pelanggan iklan mereka.

“Setiap pagi, itulah tugas saya. Angkat telefon dan tanya kepada agensi “Hello, hari ini kamu ada buat casting? Nama saya Keith Foo, saya minat nak buat sesi casting. Hari-hari saya akan telefon bertanya. Kalau ada, saya akan naik 'bajaj' (teksi popular di Indonesia) dan terus pergi ke agensi terbabit. Kalau nasib baik diterima, jika tidak saya kena tunggu peluang seterusnya. Begitulah jalan sukar yang saya lalui suatu masa dahulu," katanya.

Tidak terkesan dengan pengalaman pilu yang dilalui, menurut Keith selepas 10 tahun dia sangat bersyukur diterima dengan baik peminat di sana. Malah sehingga saat ini juga dia sudah berlakon dalam lapan buah filem Indonesia.

Monday, February 10, 2014

100 Dinar Emas

Just santai idea come up dalam minda malam-malam nih.  Dalam citer Ariana Rose tadi, Madam Ariana ada tanya kepada Tengku Adam kenapa bagi 100 Dinar Emas? Huhuhu....disebabkan tertarik dengan soalan itu. So mula la aktiviti google and search untuk mencari nilai 100 Dinar Emas tu??? Almaklum la bukan reti sangat nak kira emas nih.. Kalau setakat pakai tu pandai la.. Berdasarkan sumber daripada www.hargaemas.com.my  Ni la anggaran nilaian emas yang diberi oleh Tengku Adam kepada Ariana Rose. Kalau la betul-betul..alangkah BAHAGIA dan BERUNTUNG nya ++++ KAYO mok cik......

Tahu kah anda !!!

1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berurusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!
Tahun wawasan 2020 pula ?

So harga 100 dinar emas sekiranya menggunakan nilaian harga Feb 2013 seperti tertera di atas adalah 100 x RM 730.00 = RM73,000.00. Huisk...kayo mak cik kayo... Tu nilaian Feb 2013. Sekarang dah Feb 2014. Mau dah jadik 1 dinar = RM850.00 ker... Logik tak???? Kayo..kayo..kayo..... Tapi the best word untuk situasi sekarang bak kata Awi Rafael & Altimet 'Kalau Aku Kaya' la.... K la nak rehat balik... Rasanya demam dah kebah tinggal selesema je lagi, so esok In Sha Allah boleh kerja dah..... (^____________^)y

Scene Nikah ' Ariana Rose'
Sumber : Goggle

Wednesday, February 5, 2014

Amalan Menyambut Hari Lahir Dalam Islam

Assalamualaikum!~

Perkara paling menggembirakan dalam hidup seseorang adalah ketika dia dilahirkan ke dunia dan ketika dia menyambut hari lahirnya. Setiap kali kita melangkah ke satu tarikh baru, kita sebenarnya semakin menjauhi dunia ini, dan semakin mendekati kematian. Mengapakah hari lahir dikaitkan dengan kematian? Kerana semakin matang usia kita, sebenarnya semakin suntuk masa yang kita ada di dunia ini.

Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menyambut hari lahir. Ada yang menjamu rakan dan taulan, ada yang pergi bercuti, ada yang buat parti dan macam-macam lagi. Apa pun bentuk sambutan hari lahir, perlulah kita sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir apatah lagi jika ia melanggar batas-batas syarak. 

Sekali dalam setahun je ... 
Takkan tak boleh nak happy-happy sikit?

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa gembira dalam menyambut hari lahir, namun bagaimanakah pula pengisiannya terhadap diri kita? Semakin meningkat umur, maka semakin banyak yang perlu kita perbaiki dari segi amal ibadah dan perkara lain. Kita tidak dapat lari dari membatasi kegembiraan kita dengan batas-batas syarak kerana Islam adalah cara hidup kita.

Sebagai orang Islam, perlulah kita menilai dahulu bentuk sambutan yang bakal kita adakan supaya kita tidak melepasi sempadan yang dibenarkan. Paling penting, kita tidak menyerupai kaum lain atau agama lain, seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”
Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibn Hibban

Memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You' seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat.

Asal usul buat hajat dan meniup lilin 
Orang-orang Yunani (Greek) kuno meletakkan lilin di atas kek sebagai satu tanda simbolik memperingati dewa-dewa bulan Yunani iaitu Artemis. Mereka membuat cake berbentuk bulat simbol kepada bulan. Lilin-lilin di letakkan sebagai gambaran kepada cahaya bulan.

Lilin pada kek menjadi tradisi tersohor di Jerman suatu masa dulu. Dikatakan bahawa, mereka meletakkan lilin besar di tengah-tengah kek sebagai simbol "the light of life" (penerang hidup).

Sebahagian mubaligh percaya asap dari lilin akan membawa pergi bersama hajat dan doa mereka kepada dewa-dewa yang tinggal di langit. Ada juga yang percaya bahawa meniup lilin dengan sekali nafas akan membawa tuah kepada empunya diri dan asap lilin mampu menghalau semangat jahat.

Bersederhana 
Kita mungkin menyangkal sekeras-kerasnya pernyataan dengan mengatakan bahawa kita tiada niat untuk meniru mana-mana perlakuan yang menyerupai kaum atau agama lain. Kita sekadar ingin memeriahkan suasana dan make it happening! 

Seharusnya kita mengikut garis panduan yang telah disediakan agar tidak melampaui batasan kerna itulah cara hidup Islam yang menuntut kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bab menyambut hari lahir yang dilihat oleh sesetengah masyarakat sebagai perkara kecil dan sering diambil mudah.

Menyambut Hari Lahir
Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.

* Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
* Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
* Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.

Tujuan sebenar 
Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.

Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.

Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :

Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira
Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 
(Ad-Dhuha: 11)

Berbuat baik terhadap ibubapa
Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.

Doa-mendoakan antara satu sama lain
Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “Semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

Sumber : Nukilan Kenit
Mengadakan jamuan yang sederhana
Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

Mengadakan majlis tazkirah ringkas
Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

Memberi hadiah
Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

Muhasabah diri
Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.


Sumber : Nukilan Kenit

Allahuakbar, syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berada dalam jasad ini. Terima kasih ya Allah di atas kesempatan dan peluang yang Engkau kurniakan padaku. Terima kasih di atas segala nikmat dan kesenangan yang Engkau berikan padaku sejak dari dalam perut ibuku. Terima kasih di atas setiap hela nafas dan pancaindera yang sempurna yang Engkau anugerahkan untukku. Terima kasih di atas rezeki dan makanan yang Engkau kirimkan sepanjang umurku ini.

Sungguh terlalu banyak rahmat yang Engkau limpahi ke atas diriku, dan masih terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku yang silam dan di masa akan datang. Sungguh aku terkadang tewas bila digoda dan rebah bila dugaan melanda. Tetapi, rahmatMu tidak pernah putus untukku. Terima kasih ya Allah di atas peluangMu untukku. Ku mohon janganlah Engkau putuskan rahmatMu ke atas diriku dan keluargaku. Aaaamin ya rabbal 'alamin.

Sumber : blog Nukilan Kenit

Tuesday, December 17, 2013

Apa Itu Candy Buffet???

Merupakan hidangan manisan yang terdiri daripada pelbagai jenis manisan seperti gula-gula, lollipop, marshmallow, coklat dan terkini kebanyakan orang menambahkan buah-buahan untuk disalut coklat yang dihidangkan di atas meja khas dengan pelbagai warna dan tema yang menarik.

Candy Buffet biasanya dihidang dengan menyusun manisan di dalam bekas pelbagai bentuk dan kebanyakkan mereka meletakkan manisan di dalam bekas yang lutsinar untuk menaikkan keghairahan tetamu agar datang ke meja manisan ini. Lebih menarik jika chocolate fountain machine diletakkan di atas meja hidangan. Tetamu boleh mencelopkan marshmellow dan buah-buahan dengan coklat, sudah tentu itu lebih mengujakan para tetamu.

Biasanya candy buffet diwujudkan untuk kanak-kanak kerana biasanya ibu bapa yang menghadiri majlis akan diberikan goodies. Manakala bagi kanak-kanak candy buffet merupakan goodies buat mereka. Itu secara teorinya. Namun dah nama pun candy buffet...rasanya tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti akan serbu ke sudut berkenaan. 

Antara manisan yang terdapat di dalam senarai Candy Buffet adalah seperti berikut ;

1) Aneka Marshmellow


2) Aneka Jelly

3) Aneka Buah-buahan

4) Aneka Gula-gula

5) Homemade cupcake / muffin

6) Homemade chocolate

7) Aneka bentuk Lollipop

8) Aneka Biskut

9) Gula-gula kapas

10) Chocolate Fountain

Kebanyakkan menu candy buffet di atas ni, memang ditawarkan dalam pakej candy buffet yang pihak kami tawarkan. Untuk lihat pakej candy buffet yang menarik dari pihak kami boleh klik link ini yer... Pakej Candy Buffet. Pakej bajet untuk candy buffet pun ada kami tawarkan. Serendah harga RM200 sahaja. Nantikan hupdatenya yer....  

~~~ Love Candy Much ~~~

Tuesday, December 10, 2013

Hukum Memandulkan Kucing Dalam Islam

Isu nak memandulkan kucing timbul bila my Boball mula bertindak agresif. Dia asyik mengamuk nak keluar rumah dan sekirannya dapat peluang keluar memang dia akan bagi kami suami isteri main kejar mengejar dia sekeliling kawasan rumah. Ini merupakan petanda bahawa kucing kami tu..bukan lagi baby sebaliknya dah menjadi kucing dewasa. Bau najis dan air kencing dia pun dah bertukar menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini. Persoalan untuk kasi @ memandulkannya timbul berpalit dengan isu halal haram serta bercampur dengan perasaan kesian la pulak.. Emmm...berat sungguh keputusan nak buat ni... 

Hari duk goggle tentang memandulkan kucing. Kalau tengok gambar pas operate macam sedih dan sakit jer kucing tu nanti. Impak pastinya pas ni tak bernafsu dah.. Pastu akan jadi malas sesangat dan badan akan membesar dengan mendadak sekali. Kat bawah ini ada artikel mengenai hukum memandulkan kucing dalam Islam yang saya ekstrak dari blog http://aunty-umairah.blogspot.com. Jom kita baca..di samping berfikir untuk buat keputusan terbaik... Harap-harap urusan dipermudahkan.. 

Sumber : Goggle
Kucing time kena operate..
Macam kesian sangat-sangat kan?
Bayangkan Boball cenggini.. Mau menitis air mata nengoknnya....

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan /neuter/ spay/ kembiri/ kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.

Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama. Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).

Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.

Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
Dipetik dari IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.

Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.

Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan,pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.

Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.

Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini.

Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu.

Sumber: Alam Kucing

Boball 4 bulan yang lepas..
Dah besor macam ni dah..
If dikasi...mau bertambah2 bolat lagi budak nih..
Tapi macam tak sampai hati jer....

Jubah @ Dress??? Macam Sama Jer....

Jubah @ dress for nikah.. Actually both of them sama jer.. Hehehe... Ni tetiba dapat idea tentang dress and jubah bagai ni selepas ada sepasang bakal pengantin la minta pendapat. Thanks sesangat.. I memang suka sesangat kerja-kerja glamour macam nih.. So bila ada yang tanya pendapat.. Ishks..perasaan ku seolah-olah kecik tapak tangan....Stadium Perak ku tadahkan.. Ahaks...suka bebenor.. 

So start la kerja mengoggle as usual. Ada few contoh la yang boleh dijadikan panduan. Apa yang paling penting adalah pemilihan warna yang bersesuaian dengan warna kulit tau. If kulit cerah pakai warna apa pun..tantik jer.. Tapi kalau kulit hitam manis kena bijak memilih warna.. Dikhuatiri tak kena then jadi tak tantik lak.. So tak mo cenggitu k.. Kena bijak dalam memilih... Sekali seumur hidup beb... 

So kat bawah ni jom cuci mata tengok baju yang sesuai untuk majlis akad nikah... Moment yang tersangat penting dalam hidup tau.. Permulaan ke alam yang sangat membahagiakan.. (^________^)y


Kaler putih..
Just ada reben di bahagian atas pinggang.
Manik kelip-kelip tak ada...
Simple la sangat...tak glamour...
Sumber : Goggle

Kaler putih
Ada perincian manik kat bahagian atas pinggang
Simple tapi nampak vogue ^_^
Sumber : Goggle

Kaler grey dan peach
Tantik sangat tetapi agak serabut ckit.
Tapi kalau yang suka glamour dan meletops pasti ni sesuai jadi pilihan
Tapi bagi si gadis simple...maybe ni tak sesuai kot..
Sumber : Goggle

Kaler putih
Simple dan cantik design ni...
Sumber : Goggle

Kaler pink
Design ala-ala baju Dato' Siti Nurhaliza jer..
Ni pun not bad... Tantik sangat...
Sumber : Goggle

Koleksi jubah kaler putih ni pun ok gak..
Tapi nampak biasa jer..
Sumber : Goggle

Tapi dalam banyak2 ni yang paling meletops rasanya..
Kaler cream then ada taburan manik mutiara di bahagian bawah baju
Perincian manik pada bahagian atas pinggang dan di pergelangan tangan..
Tersangat suka... Glamour habis rasanya....
Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

So cadangan terbaik untuk pemilihan warna baju semasa akad nikah adalah memilih color lembut...Bukan ape kaler lembut nampak cam sayu and syahdu jer. Situasi ini hanya akan dinikmati sekali seumur hidup di saat kita telah dimiliki oleh Si Dia secara Sah....  Really sweet moment gitu.... 

Monday, December 9, 2013

OMG... Juara Liga Lawak Superstar!!!!

Semalam telah berlangsung.. Liga Lawak Superstar Finale. Seperti yang disokong dan dijangka kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan Sathiya Babyface berjaya merangkul juara. Memang best giler dorang. Apa yang menarik mengenai mereka adalah keserasian dan kesefahaman mereka menjadikan mereka mampu bertindak dan melawak secara spontan. Dari minggu pertama liga hingga ke finale memang best sesangat team dorang nih.. Part paling best adalah time dorang karaoke.. Suara Akim dan Anas memang sedap even dorang kena siksa sekalipun. Penghayatan bagus.. Hehehe.. Macam la aku ni juri kan.. Padahal sms pun tak pernah hantar untuk vote dorang. Anyway tahniah coz menjadi juara dan dapat RM250,000. Pada kumpulan lain pun..macam Apa Kasih Toq (Naib Juara), Aku Diandra (Ketiga) dan Aku (keempat) pun..korang pun not bad dan menghiburkan juga. Idea Afdlin Shauki sebagai Penerbit Eksekutif pun memang terbaik. Hope musim akan datang akan lebih gempak.. (^__________^)y

Tahniah Team OMG
Karaoke 'Uncle Helium'
Akim Ahmad, Anas Ridzuan & Sathiya Babyface..
Korang memang kelakor....

Tuesday, November 26, 2013

Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?



Saya mengetahui mengenai Ahmad Ammar ini melalui fesbuk kira-kira seminggu yang lalu. Melalui sebuah blog yang membuatkan saya merasakan betapa beruntungnya menjadi Ahmad Ammar kerana kematiannya tersangat dimuliakan oleh rakyat negara Turki. Bagi ibu beliau pastinya merasa sejuknya perut ibu yang mengandung selama 9 bulan kerana dikurniakan anak yang sebaik itu. Bagi seorang bapa,  pastinya berbangga dengan permata yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Di bawah ini ada serba sedikit mengenai 'Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?'.. Bagi saya dia insan istimewa...walaupun tidak pernah mengenali beliau tetapi hati ini kuat mengatakan dia tersangat istimewa. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang yang beriman serta para syuhadah...

Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan pelajar  Malaysia dimuliakan di Turki. Di laman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. 

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. 

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. 

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. 

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar kerana disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. 


~~~ Al- Fatihah ~~~

Tuesday, October 22, 2013

Perkembangan Baby Dalam Rahim

Dulu masa di universiti ada amik satu subjek mengenai 'Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia'. Terus terang cakap memang subjuk ni di antara the best subjek yang dipelajari. Yela mana tidaknya...dah nama pun perkembangan manusia so kita akan belajar mengenai segala aspek perkembangan manusia dari pembentukan janin sehinggalah peringkat terakhir dalam fasa kehidupan manusia iaitu kematian. Nama pensyarah tu kalau tak silap Pn. Azura. Seorang yang tegas tetapi best sangat belajar dengan dia. Part paling best...Cik Ina dapat A for this paper. Alhamdulillah...  
Dalam banyak-banyak bab in this subjek, bab yang paling feveret adalah bab 'Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi'. Memang best sangat-sangat..sebab kita boleh mempelajari setiap perkembangan baby dari minggu ke minggu. Subahanallah...memang terasa besar lagi agung kuasa Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh keajaiban dan kesempurnaan. 

Time tu belajar dengan penuh kesungguhan la katakan. Baca buku pun kulit ke kulit..minat sungguh la katakan. So ni just for refresh my mind bout baby in womb. Saje suka-suka mengingati subjek feveret ku ini. Mungkin boleh jadi panduan kepada kepada bakal-bakal ibu di luar sana. Yela...'Sharing Is Caring'...right??? So jom review serba ringkas perkembangan baby... (^________^)y

Baby in womb
Sumber : Goggle 
1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

4 Bulan
Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

5 Bulan
Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

6 Bulan
Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

7 Bulan
Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

8 Bulan
Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

9 Bulan
Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.

Perkembangan Baby in Rahim
Sumber : Goggle

Thursday, October 17, 2013

Kehamilan Di Luar Rahim

Entry tentang ini berdasarkan kisah seseorang yang Cik Ina kenali. Kesian dia... apabila dia dapat tahu yang kehamilan sulungnya itu merupakan kehamilan di luar rahim dan terpaksa tinggal di hospital untuk rawatan selanjutnya. So hari ni Cik Ina mencari artikel mengenai 'Kehamilan Di Luar Rahim' kerana diri ini kurang arif mengenai kehamilan apatah lagi mengenai kehamilan yang unik sebegini. Apabila dibaca keseluruhan artikel ternyata memang sangat berisiko dan takut pun ada jugak. 

Jom baca artikel ini bagi menambah pengetahuan sedia ada kita. Oleh itu, mohon sebarkan dan kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda yang lain jugak yer. Di samping itu, kita juga boleh bersama-sama memanjatkan doa untuk ibu muda ini supaya lebih kuat dan tabah bagi menghadapi dugaan Allah SWT ini. In Sha Allah...pasti ada hikmah di sebalik setiap rencana dari-Nya......

Apakah itu kehamilan di luar rahim?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?
Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 

*Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.

*Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.

*Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

*Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

*Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.

*Jika anda merokok.

*Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

*Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?
Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

1) Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

2)Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 
* Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
* Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
* Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
* Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?
Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 
* pembedahan ini lebih cepat;
* kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
* anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
* kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
* tahap kerosakan tiub tersebut;
* tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
* keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?
Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku. 

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri. 

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF. 

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?
Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Sumber artikel ini daripada http://www.babycenter.com.my.

Normal Pregnancy vs Ectopic Pregnancy
Sumber : Goggle

~~~ Sharing Is Caring ~~~