Bunga Berguguran

Monday, September 30, 2013

11 Saluran Aduan Anda

Entry ini dibuat sebagai suatu informasi kepada anda semua sekiranya mempunyai sebarang aduan / ketidakpuasan hati / rasa ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Sila salurkan aduan anda kepada pihak bertanggungjawab seperti di bawah bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan anda. Entry ini bukan saje-saje tulis jer tau..tapi saya pun nak buat aduan kepada satu pihak yang memberikan alasan @ menjalankan tugas secara sambil lewa @ mungkin tak buat kerja kot. Nanti saya update enrty mengenai pihak berkenaan. Mungkin boleh menjadi pengajaran berguna buat anda semua juga. Supaya lebih berhati-hati. Apa-apa pun...take note dengan pusat aduan yang di bawah. Supaya ada pembelaan terhadap ketidakadilan yang berlaku. In Sha Allah. 


PERTUBUHAN KERAJAAN

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my


2) Biro Pengaduan Awam (BPA)

Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777


3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)      
     
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my


4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.


Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822


5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembang

unan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033


6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my


7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000


2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my

AGENSI-AGENSI LAIN 

1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) 

Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811


2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my

Sumber : http://e-pengguna.blogspot.com/

Sumber : Goggle
~~~ Saya Tak Suka Mereka Yang Tidak Adil ~~~

Lebih Indah

Muzik video pilihan this week adalah lagu Dato. Siti Nurhaliza iaitu 'Lebih Indah'. Lagu ni memang dah hampir sebulan menyanyi-nyanyi di stesyen radio tetapi last week baru la menghayati bait-bait lirik dia. Memang indah gak la ayat-ayat dia. So start la men'goggle' cari video di youtube. Sungguh tak sangka lagu ini merupakan official song untuk produk perfume Simply Siti. Sangat sweet that idea tau.. Siap ada perfume di sepanjang klip video. Ada Zain Saidin lak tu. Siap suka kat aunty kepada Cha Cha Maembong lak tu.. & ada adegan pertengkaran antara mereka. Tapi yang pasti lagu ni memang best. Hope pas ni ada official video untuk lagu ni. 
(^_________^)y



Lebih Indah -  Dato. Siti Nurhaliza

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 

Cumell sangat-sangat ct..
Sumber : Goggle

Friday, September 27, 2013

Malas

Ishk...malas pun leh jadi tajuk entry kan...
Kreatif sesangat la tu....!!!
Kisah yang sebenarnya begini.......
Ada banyak perancangan dan idea dalam kepala nih..
Emmm...tapi kemalasan melampau diiringi keadaan kurang sihat saya dan Incik Bb membataskan pelaksanaan perancangan idea yang ada nih.. 
Huhuhu....

Apa lah masalahnyer yer...??? Malas sesangat..
Ni sakit kepala pun tetiba menyerang lagik.. 
Tu la dah kata pakai spect mata....bukan simpan dalam kotak jer...
Degil sangat....Sakit tau sehingga menitiskan air mata.. 
Huhuhuhu. (-________-)

Entry malas ni menunjukkan saya bukan malas wat kerja yang wajib dibuat.. 
Tetapi malas nak buat side work yang selalu menjadi hobi saya sebelum nih. Apa nak jadi nih..??
 Risau sesangat. Sebabnya skill memasak, meng'DIY', menjahit dan macam-macam kemahiran memerlukan latih tubi yang berterusan.....
Supaya mantap dan meletopsss hasilnya.. 
Bis tu kalau malas dan tak larat jer apa citer???? 

Kena reset balik minda dan jiwa nih supaya fokus dan berfikiran positif. 
Kesihatan memang penting..kalau sakit satu apa pun tak boleh buat. 
Emmmmm....so pe-pe pun malam ni masak laksa dulu yer.. 
Sambil-sambil masak tu fikir-fikirkan lah apa yang patut, wajib dan seharusnya dilaksanakan. 
Dont wait until everthing became too late.. Iskh..cakap omputih lak... 
Pe-pe pun...be positive cayang....
(^___________^)y

Muka malas Boball..
Dah macam berjangkit lak perangai malas dia tu pada aku -_-

19 Tips Cinta Suami Isteri

Ni pun salah satu artikel yang saya sendiri tak pasti mana sumbernya. Rasa-rasanya macam fesbuk jugak. Ntahlah.. Namun masih mengharapkan ia mampu memberi manfaat buat semua yang membacanya. Selamat mengamalkannya yer. Khas buat suami isteri sahaja tau.. Semoga cinta yang disemai terus berkembang mekar dan mewangi dari hari ke hari. 

Sumber : Goggle
19 Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti 'I Love You' sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

~~~ Selamat Memekarkan & Mengharumkan Rumahtangga ~~~

10 Tips Untuk Amalan

10 tips untuk amalan...tak pasti dari mana sumber coz dah lama dah simpan dalam pc. Rasa-rasanya macam dari fesbuk. Ntahlah..pe-pe pun thanks kepada penulis asal. Tapi kalau baca dari ayat-ayatnya macam sedutan kata-kata dari Prof. Muhaya. Semoga pengkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat buat semua. 

Sumber : Goggle
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya pada-MU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~~~ Selamat Beramal ~~~

Red Velvet Moist

Tetiba rasa nak mem'baking' Red Velvet lak.. Stok chesse memang ada banyak dalam fridge.. In Sha Allah..kalau rerajin jadilah jugak red velvet tu. Actually tak la suka sangat kek tu, tapi tetiba teringin lak.. Ishk...macam ada sesuatu jer..!!! Lately ni asik tingin nak mamam yang manis-manis.. Tiap-tiap hari mesti beli coklat..risau pun ada takut lagi bam bam lak... Pe-pe pun jom layan resipi kat bawah. Sesiapa rajin leh jer buat kek ini on this weekend yer. Tapi yang pasti malam ni nak buat laksa untuk bawak balik umah mak mentua. Harap-harap dipermudahkan urusan 'The Make Of Laksa' tu yer.. (^_____________^)y

Red Velvet Cake
Sumber : Goggle
RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
**2 cawan tepung kek/superfine
**2 sudu besar serbuk koko
**1 sudu kecil baking powder
**1 sudu kecil soda bicarbonat
**1 sudu kecil garam
*1 cawan buttermilk - resepi di bawah
*1 cawan gula halus
*1 sudu besar pewarna merah
*1 cawan minyak masak
*1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
*2 biji telur A
*esen vanila

Topping
*250g cream cheese @ satu ketul
*1/2 cawan whipping cream
*1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
*1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
1)Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

2)Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam mangkuk. Ketepikan.

3)Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. 

4)Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

5)Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 

6)Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. 

7)Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Boleh gak dijadikan dalam bentuk cuppies begini ^_^
Cute sangat kan???
Sumber : Goggle
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Thursday, September 26, 2013

Oh No....Sindrom Takut Kahwin...!!!

Pagi-pagi dah godek-godek fesbuk yela nak tengok apa citer baru la katakan. Tetiba terbaca satu artikel tentang takut berkahwin. Actually..macam kena jer dengan situasi yang melanda di sekeliling saya kini. Huhuhu...disebabkan ada individu yang seram , takut serta fobia untuk berkahwin....!!! Impak pada saya yang turut terlibat dan mengalami minor stress untuk menguruskan keadaan yang saya rasa pada permulaannyer mudah tetapi tidak sangka complicated macam sekarang ni. Namun jauh di sudut hati ini mengharapkan serta mendoakan jodoh yang dirancang ini menjadi dan kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn..... 

So jom sama-sama renungkan apa yang penulis ini tulis mengenai artikel tersebut. Moga-moga mampu beri panduan kepada mereka yang berada dalam situasi yang serabut, sesak dan tertekan mengenai perkahwinan. Perkahwinan itu seronok dan menyeronokkan kalau kita menyandarkan asas utama perkahwinan kerana Allah SWT dan berusaha menjadikan perkahwinan ini sebuah medan untuk berbakti dan meraih hasil lumayan di akhirat kelak. 

Love Till Jannah ^_^
Sumber : Goggle

Nak Berkahwin, Bukan Persediaan, Tapi Keyakinan yang Paling Utama
Penulis : Nurul Liyana Akmal

Alhamdulillah, saya menerima banyak respon dan pertanyaan tentang pengalaman saya berkahwin awal semasa umur 23 tahun. Jadi, dengan izin suami, saya menulis perkongsian ini untuk menjawab beberapa pertanyaan utama melalui pengalaman saya.

Saya dan suami masih belajar semasa kami berkahwin, dalam tahun kedua. Saya bersetuju untuk berkahwin dengan beliau kerana saya telah diajarkan tentang ilmu keyakinan sebelum mula menerimanya menjadi imam saya. Yakin dengan jodoh dan rezeki Allah meskipun kita sebenarnya tak pasti pilihan kita itu tepat atau tidak.

Berbalik kepada tajuk besar atas ni, ya! Sebenarnya nak berkahwin bukan persediaan yang paling utama, tapi keyakinan!

Berapa ramai yang dah bersedia nak kahwin tapi masih belum mendirikan rumah tangga? Pernyataan ini menunjukkan bahawa persediaan itu merupakan usaha kedua setelah kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendirikan rumah tangga.

Ilmu ini merupakan asas dalam rumah tangga. Kerana soal yakin ini sangat berkait rapat dengan iman. Dengan hati. Soalannya mudah, takrifkan sahaja maksud IMAN. Disitu ada jawapannya mengapa soal yakin ini menjadi tunggak utama dalam setiap perkara.


Berkahwin Menyempurnakan Separuh Dari Agama
Sumber : Goggle

Saya seperti kebiasaan semua wanita, tentulah sangat risau kerana tidak bersedia memegang gelaran ‘Puan’ dalam usia begitu. Pada usia itu, saya sibuk merancang haluan kerjaya, soal menjadi isteri jauh dari fikrah saya. Apa taknya, ilmu memasak pun belum lulus! Malah, rakan serumah saya lebih hebat dalam aspek menjaga rumah tangga. Pokoknya saya tidak bersedia untuk menjadi isterinya ketika itu!

Pada saat saya menerima lamarannya, saya belum dikunjungi rasa cinta. Pada masa itu, saya ada pilihan sendiri, tetapi ummi meredhai lamarannya. saya buntu dan banyak kali beristikharah, namun masih belum menemui jalannya. Setiap kali itu, saya akan menjadi resah memikirkan tentang lamaran insan yang saya tak punya perasaan. Setelah itu, saya menolak lamarannya atas alasan, TIDAK BERSEDIA!

Saya ditakdirkan bertemu abuya, iaitu ayah mertua pada ketika itu. Abuya merenung mata saya, seraya berkata, “Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini” (Redha Allah terletak pada redha ibu bapa). malah, abuya mengulangi 3X ayat ini! Saya jadi tak tenang dan tak dapat tidur lena memikirkan ayat ini.

Setelah itu saya menelefon ummi dan menangis semahu-mahunya. Maka, itulah jawapan dan petunjuk Allah untuk saya. Saya mahukan redha Allah, dan redha Allah itu terletak pada redha ummi dan abah. Saya sudah tidak peduli apa yang akan terjadi kerana saya yakin dengan petunjuk Allah itu terbaik untuk saya!

Ini merupakan langkah pertama saya meyakini soal keyakinan. Iya, setelah itu saya bertatih dalam memahami ilmu keyakinan ini. Keyakinan itu diumpamakan, walau kita disembelih, tapi kita yakin kita masih hidup! Soal keyakinan itu bukan pada akal, tapi terletak pada hati!

"Yakin dengan redha Allah, Yakin dengan rezeki Allah. Yakin dengan ujian Allah. Yakin dengan bantuan Allah."

Saya yakin dengan pilihan ummi meskipun saya tak pasti dengan masa depan yang akan saya lalui. Saya juga tahu bakal suami saya pada masa itu bukanlah anak orang kaya, atau telah memegang title jutawan, atau sudah punya rumah mahupun kereta. Zaman sekarang, ibu bapa meletakkan syarat pula, kalau nak kahwin, kena ada kereta atau rumah dulu. Alhamdulillah., ibu bapa saya tidak mensyaratkan itu buat bakal menantunya.

Jadi, kami kahwin serba sederhana, tidak ada majlis bersanding dan bermewah-mewah. Dengan berbekalkan hanya keyakinan, maka persediaan itu menjadi lebih mudah meskipun tidak terfikir dek akal mampu atau tidak dilaksanakan. Alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada 21 Mei 2011. Dan bermula lah detik kehidupan rumah tangga, dengan hanya berbekalkan keyakinan dengan rezeki Allah.

Mudah itu Lebih Baik
Sumber : Goggle

Saya membantu suami berniaga dari rumah. Saya ke kelas cuma berjalan kaki lebih kurang 1km dari rumah flat PKNS berdekatan kampus, kerana kami hanya mempunyai satu motosikal. Suami pula ke kelas dan bekerja menaiki motosikal ke KL dan berulang alik setiap hari. Setelah pulang dari kelas, suami terus keluar bekerja, mengambil dan menghantar baju-baju ke kilang dan pelanggan. Saya pula menyiapkan assignment saya dan suami, dan membuat persediaan untuk kelas tuisyen pula pada malam hari. Setelah itu kami bergegas ke pusat tuisyen untuk menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selesai sahaja mengajar, kami akan bersiap-siap pula untuk membuka gerai jualan di Uptown Kota Damansara bersama abang ipar sehingga larut malam. Begitulah lebih kurang rutin harian pada waktu itu.

Meskipun serba sederhana, namun kami terasa begitu mewah kerana di tarbiyah untuk memikirkan ada lagi manusia lebih derita dan tidak mampu menelan sebutir nasi pun! Makanan kami adakalanya dicatu untuk tujuan membeli mesin basuh, peti ais dan televisyen dan kelengkapan lain.

Setahun kami tidur hanya beralaskan toto yang dihadiahi semasa hari perkahwinan kami. Gambar yang saya sertakan ini adalah keadaan rumah kami semasa baru berkahwin. Tidak ada perabot ataupun kelengkapan lain. Yang ada, cumalah sebuah kotak printer yang dialaskan papan yang kami kutip di tempat pembuangan sampah. Peti ais cumalah polystyrene box yang berisi ais dibeli dikedai runcit.

Dari saat itu jugalah kehidupan yang serba sederhana itu mengajar kami lebih tentang erti keyakinan. Tidak ada apa-apa, boleh kahwin ke? Tak habis belajar lagi, nak bagi isteri makan apa? Alhamdulillah, saya belum dihidangkan pasir setakat ini. Rezeki itu daripada Allah, bukan daripada manusia. Jadi, kami tidak begitu peduli tohmahan masya’karat’ yang memandang remeh tentang keadaan kami yang serba kekurangan. Keyakinan itulah yang menambah semangat dan motivasi kami dalam menjemput rezeki Allah.

Yakin dan teruskanlah ^_^
Sumber : Goggle

Setiap orang pasti ada rezeki! Jangan cakap, “tak ada rezeki lagi,..” rezeki itu ada, tapi dari sudut yang lain! Pandanglah! Lihatlah! Kesihatan dan keluarga kita juga rezeki! Kemudahan menuntut ilmu juga rezeki.! Masya Allah, begitu banyak rezeki Allah di muka bumi ini, kenapa kita masih merungut jika nak kahwin tak ada rezeki? Pasti ada caranya. Tentulah dengan ilmu. Dan yakin dengan Allah.

Alhamdulillah, rezeki kami dimudahkan Allah. Suami dapat mengerjakan haji bersama abuya dan dapat pula ke U.S. untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Pada waktu itu, saya kerap ditinggalkan seorang diri untuk tujuan perniagaan dan urusan haji serta belajar. Namun itulah usaha saya untuk memahami soal keyakinan ini.

Dalam diam, saya bukan diajar secara teori, tapi Allah memberi ujian ini untuk mengajar keyakinan diri.

Keyakinan itu bernoktah, tidak ada tanda soal.

Sehingga sekarang, saya masih berusaha memahami ilmu keyakinan ini. Yakin ini bukan sahaja penting dalam urusan nak mendirikan rumah tangga., tapi dalam setiap perkara!

"Yakinlah dengan Allah! Yakinlah dengan keyakinan ini!"

Jadi ini pesanan saya buat bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga, pergilah berguru dan menuntut ilmu tentang keyakinan ini. Dengan iringan doa dan kasih sayang, semoga Allah meredhai perkahwinan anda dan memudahkan setiap urusan kita di dunia dan akhirat.

Sekian sahaja, salam sayang. 


Di situ ada Rahmat-Nya
Sumber : Goggle

Tersentuhkan bila membaca artikel di atas. Pada yang masih memikir dan 'confius' dengan persoalan kahwin diharap dapat renung-renungkan artikel ini. In Sha Allah..nanti saya akan update mengenai 'Celik Mata dan Minda Mencari Jodoh' oleh Prof. Muhaya. Dan malam nanti jangan luper menonton rancangan Semanis Kurma jam 9.30 malam di TV9. Topik perbincangan malam ini 'Jangan Tunggu Lama-lama'. Selamat menonton dan menimba ilmu yer... Apa yang penting..jangan berputus asa dengan Rahmat & Kasih Sayang Allah SWT. (^___________^)y

Wednesday, September 25, 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik "Cinta Jannah'

'Cinta Jannah' telah tamat semalam dengan ending yang tergantung. Ramai gak yang bising-bising coz tak puas hati dengan ending semalam. Sama la dengan aku dan Incik Bb.. Yela..bayangkan ending cerita untuk tempoh 9 tahun disumbat untuk tempoh sejam. Terkebil-kebil mata semua penonton cerita 'Cinta Jannah' tu. Sakit hati tak payah cakap lah. Sampai jadi hotchat kat radio Hotfm pagi tadi lah.. Bukan main lagi penangan cerita ini kan? Macam-macam komen dan pendapat yang diutarakan oleh pendengar serta peminat cerita ini. So setelah goggle punya goggle terjumpa gak cerita sebenar di sebalik ending yang padat lagi sarat dan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penonton setia drama bersiri ini. Jom kita baca apa kata penulis skrip ini. Sumbernya tentulah fesbuk penulis skrip ini https://www.facebook.com/idha.yusoff.

Nellydia Senrose & Airel Zafriel
Sumber : Goggle
Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah. Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ). 

Kita mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah, dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula duda anak dua, bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung. Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena, kan? 

Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah. Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9 tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu (ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya. 

Balqis dan Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ). Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. Tengku Zareena pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah Izaryl. 

Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung. Selepas dihalau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak. Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah tinggalkannya tanpa pesan. Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal. 

Selepas Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe... Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu, Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy ending tu. -TAMAT- 

p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu.. (Norul Hidayu Mohd Yusof - Penulis Skrip Cinta Jannah)

'Cinta Jannah' Intro & klimaks menarik ^_^
Ending kureng ckit la...
Secara peribadi..skrip di atas lagi much more better. Emmm...pe-pe pun cerita yang ditontonkan di TV pun not bad gak just ending jer quite spoil... Hari ni ada cerita baru kat tv 'Mr. Arragont'. Mengharapkan ending yang menarik dan tidak menyakitkan hati. (^_________^)y

Tuesday, September 24, 2013

Rumahku Ofisku ^_^

Hario ni dok review tentang isteri sepenuh masa tetiba jumpa lak buku 'Rumahku Ofisku' hasil nukilan Mazneera Zainal. Secara umumnya ia merupakan Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah. Mengandungi tip-tip yang amat berguna berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis merupakan suri rumah berijazah, namun membuat keputusan untuk tidak makan gaji di luar kerana mahu membesarkan sendiri anak-anak tercinta. Berbagai-bagai tip dikongsi termasuklah panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang. Alternatif bagi suri rumah sepenuh masa ialah membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak, sekali gus dapat menjana pendapatan hanya dengan duduk di rumah. Penulis juga memberi tunjuk ajar cara set up bisnes di Internet.

Harga pasaran buku ni RM18.00 tetapi harga yang ditawarkan oleh beberapa kedai online ada yang RM16.20 dan ada lak yang Rm15.80. Memang murah dari harga pasaran tetapi after ++ dengan harga pos jadi lebih mahal la pulak. So tak per..next week p beli jela kat MPH Bookstore @ Popular.. Lagi mudah dan boleh cuci mata dengan macam-macam buku. 

Saya memang suka buku, suka beli buku & suka baca buku.. Actually zaman sekolah dulu lagi la sangat-sangat suka baca buku tetapi sekarang dah kureng ckit coz lebih banyak membaca di alam maya. Canggih la kononnya... Apa-apa pun setiap jenis buku yang kita baca serta artikel yang dihayati di alam maya mampu menggambarkan cara pemikiran dan perwatakan seseorang individu. Oleh itu, selalu baca yang positif, lihat yang positif pasti menghasilkan pemikiran dan perlakuan yang positif. In Sha Allah... (^____________^)y

Menarikkan tajuk dia ^_^
Jom kawan-kawan kita beli.....

Untung Rugi Isteri Sepenuh Masa

Entry ini diekstrak dari fesbuk https://www.facebook.com/wargaprihatin. Artikel ini mengenai isteri sepenuh masa kerana rata-rata kini ramai isteri bekerja bagi bersama-sama menjana ekonomi rumahtangga. Pernah terdetik juga di hati ini untuk menjadi isteri sepenuh masa dan menguruskan rumahtangga sepenuhnya. Suatu situasi yang tidak pernah saya fikirkan semasa menuntut di universiti suatu ketika dahulu. Cuma saya rasa lebih selesa berada di rumah dan tidak perlu terkejar-kejar setiap hari. Ingin menjadi isteri sepenuh masa dan buat bisnes dari rumah. Alangkah bahagianya kan????

Hal ini kerana, setiap hari balik kerja, saya akan balik dalam kepenatan kerana hampir separuh daripada tenaga dan masa telah dihabiskan di tempat kerja dan di jalan raya. Perjalanan saya setiap hari ke tempat kerja agak jauh, pergi balik perjalanan hampir 90km. Bila balik dalam keadaan penat, melihat rumah tidak terurus, perlu menyediakan makan malam, menguruskan pakaian lagi. Itu belum lagi dikurniakan zuriat, yang mana saya sendiri belum tahu bagaimana untuk menguruskannya nanti. Kerana itu, kami masih boleh tersenyum dan redha andai sehingga kini belum dikurniakan zuriat. Kerana kami tahu Allah Maha Mengetahui tahap kemampuan serta apa yang terbaik buat kami. 

So tak nak citer banyak-banyak dah... Jom sama-sama baca artikel di bawah. Sekadar perkongsian bersama. Andai Allah makbulkan impian saya untuk menjadi Isteri Sepenuh Masa... Aminn... (^__________^)y

Sumber : Goggle
Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. Dari kalangan yang setuju, 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.

Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.


IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?
79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar. 

1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.

JUMLAH RM 3100

Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.

Nanti dulu..!, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung.

Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.

Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi.

Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal `yang ini’ tiada nilai dan tebusannya.

Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan suri rumah itu sendiri satu kerjaya yang sangat besar di sisi Allah dan suami.

Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.

Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.

Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.

Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.

BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka. 


PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI
Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra. 

Bagi memenuhi fardhu kifayah, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran saja. Tidaklah lagi taska membuak buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?


GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA 
Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?

Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari. 

Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.

Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.

Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.

Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.


KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI
Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan saja..!

Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.

Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja.

Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. InsyaAllah kami boleh kongsikannya dengan panjang lebar bila kita buat bengkel parenting nanti. 

Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian. (Nukilan : Warga Prihatin)

Not bad kan jadi suri rumah.... ^_^
Sumber : Goggle

Monday, September 23, 2013

Nama-nama yang Dilarang Dalam Islam

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

A
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya
Abkam - Tidak celik, buta
Afinah - Yang bodoh
Amah - Hamba suruhan perempuan
Asiah - Wanita yang derhaka
Asyar - Paling jahat
Asyirah -Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie - Aku berzina

B
Baghiah - Yang zalim, jahat
Bahimah - Binatang
Bakiah - Yang menangis, merengek
Balidah - Yang bodoh, bebal
Baqarah - Lembu Betina
Batilah - Yang batil, tidak benar

D
Dabbah - Binatang
Dahisyah - Goncang, stress
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah - Yang mengalir air matanya
Daniyah - Yang lemah dan hina
Darakah - Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah - Kecelakaan
Fajirah - Yang jahat, yang berdosa
Fasidah - Yang rosak, yang binasa
Fasiqah - Yang jahat, si fasik
Fasyilah - Gagal, kalah

G
Ghafilah - Yang lalai, yang leka
Ghaibah - Hilang
Ghailah - Kecelakaan, bencana
Ghamitah - Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah - Perampas, perompak
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah - Yang dengki
Hasidah - Yang hasad
Hazinah - Yang sedih
Huzn - Kesedihan

J
Jafiah - Yang tidak suka berkawan
Jariah - Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar
Kaibah - Yang sedih
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah - Pendusta, pembohong
Khabithah - Yang jahat, yang keji
Khali’ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah - Arak
Khasirah - Yang rugi
Khati’ah - Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah - Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab - Bara api
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah - Yang tercela
Lainah - Yang terkutuk

M
Majinah - Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah - Agama menyembah api atau matahari
Maridah - Yang menderhaka
Munafikah - Yang munafik
Musibah - Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah - Yang najis dan kotor
Nariah - Api
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah - Yang buruk, hodoh
Qasitah - Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah - Pembunuh
Qazurah - Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah - Yang direjam, yang dilaknat
Razani - Kepala zakar lelaki
Razi’ah - Kecelakaan, musibah
Razilah - Yang keji dan hina

S
Safih - Insan Manusia bodoh
Safilah - Yang rendah dan hina
Sahiah - Yang pelupa
Sharrul / Sharru - Jahat
Sakirah - Pemabuk
Sakitah - Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah - Yang bodoh
Syani’ah - Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah - Yang diusir
Syariqah - Pencuri
Syarisah - Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia
Syatimah - Maki hamun

T
Tafihah - Karut
Talifah - Yang rosak, yang binasa
Talihah - Yang tidak baik
Tarbiyah - Yang papa kedana
Tarikah - Anak dara tua

W
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah - Yang lemah
Wahinah - Penakut
Wailah - Bencana, keburukan
Wajilah - Penakut
Waqi’ah - Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah - Yang kotor
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty - Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi - Bersetubuh

Y
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah - Yang berputus asa

Z
Zalijah - Kebinasaan
Zalilah - Yang hina
Zalimah - Yang zalim
Zaniyah - Penzina, pelacur
Zufafah - Racun pembunuh

Sumber : iluvislam

Sweet Gurl ^_^
Sumber : Goggle

Rumah yang Tidak Dimasuki Malaikat Rahmat

Antara Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah - Malaikat Rahmat adalah para malaikat yang bertugas mendo’akan ampunan dan menjemput ruh orang beriman ketika ajalnya tiba. Para malaikat itu ketika menjemput ruh orang beriman, memiliki wajah yang putih bercahaya seperti matahari dengan membawa kain sutra (kain kafan) berwarna putih dari surga yang beraroma harum.

Antara Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang sering syirik kepada Allah seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok dan penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba/interest.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan black metal.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang dilaknat Allah, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang/rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran (berhias berlebihan).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Sumber : Goggle

Istighfar

Banyakkan beristighfar kerana dengannya dapat menghilangkan perasaan duka, ianya sebagai penyembuh serta penawar yang mujarab. Jadikan amalan hairan..supaya jiwa lebih tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT. 


Istighfar Merupakan Punca Kepada Segala Ubat 

* Jika ingin jiwa tenang, beristighfarlah kepada Allah. 

* Jika ingin badan sihat dan dipelihara daripada bencana dan fitnah beristighfarlah kepada Allah.

* Jika ingin pertolongan Allah, zuriat yang baik, anak yang soleh, harta yang halal dan rezeki yang banyak beristighfarlah kepada Allah.

* Jika ingin perlindungan Allah daripada kejahatan,bertambah kebaikan dan darjat yang tinggi, perbanyakkan beristighfar kepada Allah.

* Istighfar merupakan ubat yang mujarab dari segala dosa dan kesalahan, oleh sebab itu Rasulullah berpesan supaya beristighfar

*Sesiapa sentiasa beristighfar Allah akan menjadikan jalan keluar kepada mereka yang kecewa, Allah akan membantu mereka dalam kesempitan dan akan memberi rezeki atau habuan tanpa had. 

Sumber : Goggle

Sunday, September 22, 2013

Green Argan & Orange

Semalam bukan main lagi aku mengayakan butterfly shawl in green argan aku tu.. P kenduri doa selamat jer pun.. Jadilah..janji puasa ati dengan hasilnya. Actually aku jarang sangat pakai kaler hijau, so disebabkan tetiba berkenan dengan warna ni.... itu yang try tu. Alhamdulillah hasilnya..tidak mengecewakan. Shawl in green but baju in orange. Tu sebab selit ckit lace headband kaler orange untuk mengelakkan dari nampak weird penampilanku. Lagipun kat shawl tu memang ada butterfly kaler orange jugak. So idak la pelik sangat kombinasi green argan aku dengan orange... Suka sesangat..... (^_____________^)y


Saya Suka Butterfly Shawl ^_^
Butterfly Shawl in Green Argan + Turqoise Inner + Orange Lace Headband
I think it's perfect ^_^
Wif Incik Bb yang turut pakai T-shirt sedondon dengan shawl saya ^_^

Hehehe...tudung ijau mix match baju orange
Macam ok jer... ^_^
Model pink di sebelah tu..sila abaikan.. just my frenz ...