Bunga Berguguran

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Magis Manis Coklat

Nama yang tertera kat atas ni nama komik Jepun tapi telah ditranslate ke Bahasa Melayu tau. Kalau buat nama kedai pun macam sedap jer.. Macam best jer. Rasanya komik ni dah lama dah berada di pasaran. Just Cik Na Na jer baru tau hari ni kot.. Ksian sungguhlah kat ceq.. Ni pun secara tak sengaja terjumpa komik anak sedara dalam bilik. Tu try baca tu. Tup..tup..tup..meletops best la pulak... Rasanya tarikan utama komik ini pada Cik Na Na adalah jenis-jenis coklat yang digunakan sebagai topik-topik dalam komik tu... Nama-namanya memang lazat dan memikat selera u.. Antara namanya adalah Extra Dark Chocolate,  Chocolate Waffle, White Truffle, Orangette, Chocolate Meil, Coklat Ceri Merah, Macaron Coklat, Pave, Tartlet dan Hollow Chocolate.  

Kalau ikutkan keluaran ada 5 jenis semuanya. Cik Na Na baru baca 2 keluaran jer iaitu "Bitter Sweet" & "Dark Spice". Ada lagi 3 keluaran "Magis Manis Coklat",  "Creamy Sugar" dan Evil Essence. Rasanya balik dari kampung ni nak terus ke MPH cari komik ni la.. Harga 1 just RM7.50. So kalau beli 3 baru RM22.50. Pas baca semua baru rasa lega kot... Hehehe...tah apa-apa jer... Ni la dikatakan "Cinta Pandang dan Baca Pertama". Peribahasa baharu ni tau...

Meh  Cik Na Na story sedikit mengenai watak dan jalan cerita untuk komik ni. Tapi kepada sesiapa yang pernah baca comfirm punya lah setuju dengan Cik Na Na yang mengatakan cerita ni menarik sangat. Even genre seram tetapi macam sweet jer.. Yela dah namanya coklat... Of coz la sweet... 

Aikawa Shokara & KaKao

 

Jalan cerita komik ini simple dan pendek. Watak utama cerita ialah Aikawa Shokora, ahli sihir kegelapan yang dilantik di kalangan manusia. Gadis comel ini meneruskan hasrat bapa dia untuk menjadi pembuat coklat yang terkenal menggunakan ramuan hati manusia. Dia mampu mengambil hati manusia yang memakan coklat yang dibuatnya sebagai bayaran. Sesiapa yang berhati jahat, coklatnya menjadi racun tetapi menjadi ubat jika berhati baik.

Aikawa Shokora ditemani seekor kucing hitam yang bernama Kakao yang sebenarnya merupakan syaitan dari dunia kegelapan yang sebenarnya berhasrat mengambil roh Aikawa Shokora sewaktu dia masih kecil.Shokora sepatutnya menjadi korban bapanya agar bapanya dapat menjadi pembuat coklat terunggul di dunia.Namun, hasrat bapanya tidak kesampaian apabila mati dalam kebakaran di rumah mereka akibat disabotaj oleh musuh. Satu demi satu pelajar sekolah, gadis, budak remaja lelaki datang ke kedai coklat yang dibuka Shokora untuk membeli coklat buatannya yang mampu menunaikan hajat manusia sama ada baik ataupun hajat yang jahat.

 
Komik Pertama (Belum Baca Lagi)

Dalam buku kedua ini banyak menceritakan tentang masa silam Aikawa Shokora di mana kehidupan kanak-kanaknya bersama ayah. Shokora membesar tanpa kasih sayang ayahnya setelah kematian ayah akibat perjanjian dengan syaitan di dunia kegelapan.

Komik Ke-2 - Bitter Sweet (dah baca dah ^_^)

Creamy Sugar banyak mengisahkan tentang kehadiran ahli sihir baru iaitu white whitch dimana Blench merupakan ahli sihir pembuat coklat sejati dari dunia kegelapan. Blench sukakan Kakao dan bersaing dengan Shokora untuk menghasilkan coklat terhebat.

Komik Ke-3 - Creamy Sugar (Dah baca dah ^_^)

Watak Blench banyak diceritakan dalam buku Magis Coklat yang keempat iaitu Dark Spice.

Komik Ke-4 - Dark Spice (dag baca dah ^_^)
Buku terakhir Magis Manis Coklat yang telah dikeluarkan setakat ini adalah Evil Essence, di mana banyak menceritakan kesinambungan Shokora mengumpul hati manusia. Kakao, kucing hitam jelmaan syaitan kegelapan semakin rapat dan suka pada Shokora menjadikan cerita Magis Manis Coklat semakin menarik untuk dibaca.

Komik Ke-5 - Evil Essense (belum baca lagik)

Tuesday, September 24, 2013

Rumahku Ofisku ^_^

Hario ni dok review tentang isteri sepenuh masa tetiba jumpa lak buku 'Rumahku Ofisku' hasil nukilan Mazneera Zainal. Secara umumnya ia merupakan Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah. Mengandungi tip-tip yang amat berguna berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis merupakan suri rumah berijazah, namun membuat keputusan untuk tidak makan gaji di luar kerana mahu membesarkan sendiri anak-anak tercinta. Berbagai-bagai tip dikongsi termasuklah panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang. Alternatif bagi suri rumah sepenuh masa ialah membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak, sekali gus dapat menjana pendapatan hanya dengan duduk di rumah. Penulis juga memberi tunjuk ajar cara set up bisnes di Internet.

Harga pasaran buku ni RM18.00 tetapi harga yang ditawarkan oleh beberapa kedai online ada yang RM16.20 dan ada lak yang Rm15.80. Memang murah dari harga pasaran tetapi after ++ dengan harga pos jadi lebih mahal la pulak. So tak per..next week p beli jela kat MPH Bookstore @ Popular.. Lagi mudah dan boleh cuci mata dengan macam-macam buku. 

Saya memang suka buku, suka beli buku & suka baca buku.. Actually zaman sekolah dulu lagi la sangat-sangat suka baca buku tetapi sekarang dah kureng ckit coz lebih banyak membaca di alam maya. Canggih la kononnya... Apa-apa pun setiap jenis buku yang kita baca serta artikel yang dihayati di alam maya mampu menggambarkan cara pemikiran dan perwatakan seseorang individu. Oleh itu, selalu baca yang positif, lihat yang positif pasti menghasilkan pemikiran dan perlakuan yang positif. In Sha Allah... (^____________^)y

Menarikkan tajuk dia ^_^
Jom kawan-kawan kita beli.....

Tuesday, June 11, 2013

Hasil 'Baucer Buku 1 Malaysia'

Actually baucer tu adik yang punya. Tapi disebabkan baik hati..merasalah RM50 daripada RM200 baucer tu. So apa lagi hasil rembatan untuk RM50 tu adalah buku masak-masak yang dibeli di Popular, Jusco Kinta City, Ipoh. Cara beli tu macam la nak masak sangat, tapi sekurang-kurangnya ada niat untuk memasak.. Buku yang dibeli adalah '1 Hari 1 Resipi' oleh Chef Hanieliza. Laku Keras katanya buku nih.. Komen tentang buku ni..senang la nak follow step by step cara masaknya. Gambar pun tantik & menyelerakan. Mana taknya..sampai jer umah terus la belek-belek buku tu. My Incik BB tengok bahagian masakan bergoreng, My Incik BB terus terliur & p masak mi goreng. Huhuhuhu...yang untungnya aku..jadi tukang rasa. So memang buku ini memberikan impak yang hebat la.. Kiranya illustrasi & gaya persembahan benar-benar membangkitkan selera. Tapi tu jela resipi yang kitaorang masak pun, lain2 tak sempat lagi coz selalunya guna resipi ikut otak sendiri jer. Maybe next time la.. Time rehat-rehat kat rumah on weekend maybe leh la try another resipi. 

Cover '1Hari 1 Resipi'
Buku yang ke-2 adalah buku 'Cookies'.
Amik buku ni atas beberapa sebab..yang pertama sebab murah.. Hehehe..less dari RM49.90 ke RM13.90. Murahkan???
Harga Asal : RM49.90
Promotian Price : RM13.90
Murahkan???
                 
Sebab ke-2 dapat cookies cutter percuma. Ada 6 jenis cookies cutter kesemuanya. Suka sangat-sangat. Hehehe.... Resipi of cos la ada. Emm...berapa resipi yer.. tak ingat la. Ada dalam 24 jenis resipi yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Chocolate Heaven, Nutty But Nice, Fruitful Endeavours & Something Special. Buku ni dalam bahasa Inggeris. Jenuh gak la nak translate. Nanti try & bila dah jadi biskut, kita update hasil yer...
Cookies Cutter
Buku resipi & cookies cutter
Sebab ke-3 adalah..buku ni stok terakhir. So just grab it... Saya Suka, Saya Suka.....

Thursday, May 23, 2013

Beralih Arah ke Majalah Pa&Ma la pulak...

Hobi aku adalah membeli majalah yang terpakai. Ni pun gara2 terberjangkit ngn Incik BB yang tersangat suka majalah 'Kereta'.. Tapi majalah aku beli usually majalah Pengantin jela coz majalah tu leh bagi aku inspirasi untuk menghasilkan karya seni gubahan perkahwinan yang pelbagai... Baik dari segi hantaran, pelamin, goodies & hiasan manik pada baju. Aku ni tak adalah butik pengantin ke apa ker.. Just suka2..kebetulan adik2 ku nak kahwin tu lagi bersemangat dengan majalah Pengantin tu... 

Tapi hari ni tetiba terambil lak Majalah Pa&Ma... Huhuhu..tak pernah2 terfikir pun tentang majalah tu... al maklum la baby pun tak ada lagi.... Tapi rupa2nya majalah ni memberi maklumat tentang persediaan untuk mengandung pun ada... Bagus2..leh study apa yang perlu tau... 

Majalan Pengantin Edisi Jun 2012 & Pa&Ma Edisi Januari 2013
Ha...seperti gambar di atas ni la majalah yang aku sempat rembat di gerai di pasar malam tadi.... Tengok tajuk majalah yang ada baby tu...macam interesting kan.... Dah la baby tu cumell bangat... Topik yang menarik adalah 'Rancang Kesuburan & kehamilan' - dengan mengetahui punca tidak subur, rawatan kesuburan & panduan berjaya hamil. Di samping itu, ada gak 'Persediaan Hamil - 17 tip pemakanan buat suami isteri'. Disebabkan tak baca lagi..so kena go tak leh nak citer panjang2 la... Nanti pas baca, i update lagi yer...apa yang menarik & tertarik nyer tentang majalah nih.... 

Friday, May 17, 2013

Novel la pulak... 'Salina'



Dari zaman sekolah lagi..bila sebut nama aku ' Salina' mesti orang2 yang berpangkat uncle & aunty akan cakap.. 'Kamu ada baca tak Novel Salina oleh A. Samad Said? So aku of coz menjawab 'Tak pernah'. Since dari situ..mencari2 la novel tu sampai la study kat u tapi tak jumpa gak... Sehinggalah ditakdirkan suatu ketika dilantik 'sementara waktu' menjadi guru sandaran di SMK Sultan Yussuf.. Adalah seminggu la merasa mengajar... Ok citernyer...al-maklum la cikgu, so p la library cari buku rujukan untuk mengajar tetiba kat bahagian novel terjumpa novel 'Salina' sebiji macam cover kat atas nih... Apa pasal la, aku tak jumpa menda alah ni masa aku sekolah kat sekolah tu dulu.. Pelik2... So apa lagi terus p kaunter & pinjam.. Buku2 rujukan pun..rembat gak la coz nak mengajar nanti tak ada modal nak jawab kalau bebudak nih tanya bukan2...

Dijadikan cerita..dapat jer novel yang 'Dicari-cari Selama Ini' terus la sesi membaca... Novel ni sangat menarik & yang pasti ada 'Jiwa' dalam novel ni.. Bila baca seolah2 kita hidup di zaman pasca merdeka bersama2 semua watak dalam novel ini serta sama-sama merasai keperitan, kegembiraan dan kesukaran hidup ketika zaman itu... Watak Salina ini pulak..boleh diibaratkan 'Dont Judge a Book with Its Cover' coz secara luaran dia memang la seorang perempuan yang bekerja di kelab malam & tinggal bersekedudukan tetapi memiliki hati yang tersangat mulia... Emmm...tak tau nak komen apa dah..tapi memang best.. so sekarang dalam misi untuk mencari copy novel ini untuk simpanan peribadi sebab ada sesuatu yang menarik & ada sentimental value yang tersendiri...

Secara umumnya ni ada simple sinopsis tentang novel 'Salina' oleh A. Samad Said

Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.

Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak-watak orang.


Ni adalah koleksi cover novel 'Salina' yang pernah diterbitkan. Hope dapat la satu untuk dijadikan simpanan.