Bunga Berguguran

Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Happy Plus Plus ^_^

Alhamdulillah..... Perkataan yang terbaik yang mampu diucapkan pada petang begini. Lega dan tenang tu hanya Allah jer tahu. Thanks Ya Allah, permudahkan perancangan kerja hamba-Mu ini. Sasaran untuk menyiapkan kerj-kerja merekod dan mengemaskini fail telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami start merekod since bulan Oktober tahun lalu dengan bantuan pelbagai pihak. Di samping, pada ketika itu sibuk dengan Audit 5S. Hari ni pun.....dah tertampal dah sijil Pengiktirafan 5S di Sudut Zon Zamrud. Seronok sesangat kerana segala usaha dan penat lelah berbaloi. Air mata mengalir dan tidur tak lena tu tertebus jugak akhirnya.

Mesti ramai yang tanya kenapa seronok sangat siap merekod tu.. Memang la seronok sebab, ini merupakan laporan perubahan yang paling banyak yang pernah direkod. Setiap seorang akan ada 4 laporan perubahan yang wajib direkod. Tapi untuk kes-kes tertentu ada yang jadi sampai 7 laporan perubahan. Bilangan rakyat yang perlu direkod ada 1798 orang. So 1798 darabkan dengan 4 = 7192 laporan perubahan. Tu yang basic so kalau campur kes-kes tertentu tu almost 8000 jugak la kot.. Banyak kan kiraan matematik tu.... Huhuhu.... yela yang berkerja secara tetap just 2 orang selebihnya bantuan pihak luar la.. Thanks sesangat tau.. Cik Na Na sangat menghargai. Hari ni dah setel rekod dan difailkan. Rak, kabinet dan lantai sudah kosong. Moment yang tersangat dinanti-nantikan..... 

Fuhhhhuh..lega dan bahagia.. Thanks jugak kepada adik-adik praktikal yang membantu jugak. Pada Eoz, Ecah dan Cikgu Q Chan. Hanya Allah boleh balas pertolongan korang.. Akak korang ni hanya mampu bagi hadiah kecik-kecik jer... Semoga korang dapat kerja yang bagus-bagus nanti yer dan kerja baik-baik sebab rasanya di sini korang belajar banyak perkara yang lebih kepada erti sebuah kehidupan. Thanks again... (^______________^)y

Muka hepi time meting tadi... ^_^
Agak2 baju oren dengan shawl ijau match tak???
Boleh la yer...
Kredit Pic to Nora Ismail
Nyummy... New York Cheese Cake
Hadiah untuk diri sendiri ..
~~~ Sekian ~~~

Wednesday, October 23, 2013

Alone In ofis

Hari ni dah masuk hari kedua dah duduk bertapa sengsorang di bilik ini bersama-sama buku dan fail yang banyak. Waaaaaa....sedey pun yer..but its ok.. Lebih tenang dan most important things...kerja banyak berjalan coz mulut kena zip.. Even peyut ku menyucuk-yucuk tetap ku kuatkan semangat mengemaskini fail-fail dalam pc nih.. Senang nak cari dokumen untuk buat kerja. Atas meja ni dah ada fail 5S dah. Kena wat kemaskini fail pastu baru touchup ckit-ckit lagi bilik kecil ini. NI semua gara-gara audit akan datang jumaat ni dan khamis depan. Gambar-gambar bilik ni nanti la update yer... 

So tak nak story mory bebanyak..jom continue work.. Sakit tahan jela... Bersabar yer hati..dengan dugaan dan ketentuan Allah SWT ni. Dia Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-Nya yang kerdil lagi lemah ini.. Aminn.... Redha dengan setiap ketentuan-Nya. 

My Work Space ^_^

Close-up ckit yer ^_^
Even bersepah..tapi ok la yer...

Semua lambak atas meja termasuk la Si Itek Kuning
Bukan anak patung tapi key-chain kunci kereta yer ^_^

My Document berjaya dikemaskan... Fuhhh.... ^_^y

My Desktop pun kosong jer...
But its doesnt means i tak buat kerja k..
Just semua disimpan dalam folder.
So idak la menyemak kat desktop ^_^

Tuesday, October 1, 2013

Shredder Time ^_^

Entry ni menunjukkan betapa happy nyer buat kerja-kerja shredder paper yang tidak perlu @ tidak releven @ tidak berguna lagi. Hehehe...memang dah lama dah menyimpan geram tengok kertas melambak-lambak. Dah setahun lebih gak lah... So hari ni dengan bangga dan happy shredder kertas-kertas tu. Lagi menyeronokkan dapat green light. Best sangat... 3kali gak la buang hasil shredder tu. 

Actually hasil shredder tu..tidak dibuang sesuka hati tau tapi dimasukkan dalam kotak besar sebab dah ada pihak yang dah siap-siap booking nak kertas hancur tu. Nak buat tempat letak burung puyuh katanya. Ahhh...lantak la janji dapat hancurkan kertas-kertas tersebut dan yang paling penting mengurangkan kesesakan dan kesemakan bilik ini. Seronok sesangat... 

Mesti senyum sampai ke malam la jawabnyer... Yela..tadi masa mengasingkan kertas releven & tak releven agak berdenyut gak la kepala ni.. Dah hampir-hampir sakit kepala.. Coz bukan leh sesuka hati jer...asingkan kertas releven & tak releven ni. Tapi Alhamdulillah.....hasil usaha separuh hari akhirnya berbaloi sesangat.... Esok continue tulis-tulis lak yer... (^__________^)y

Shredder Time ^_^