Bunga Berguguran

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Berpuasa


Selamat menjalani ibadat puasa. Semoga memperolehi kebaikan dari bulan yang penuh Barakah ini. This year..kira tahun pertama puasa wif Incik BB.. B4 ni penah la puasa sama-sama tapi just puasa sunat jer. Ni puasa Ramadhan lain sangat. Semalam dah Tarawih berjamaah bersama-sama di rumah. Pagi tadi bangun bersahur bersama even Incik BB yang masak...ok la...aku sebagai tukang kemas dapur. Coz memasak tu kepakaran dia.. Cadangan terdekat nak bertadarus bersama-sama lak. Semoga rumahtangga kami mendapat keberkatan sempena Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan tahun ini mungkin berdua.. mana tau Ramadhan tahun depan bertiga ker.. Aminn.. Moga ada rezeki kami untuk masa yang terdekat ini. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar setiap butir doa dan pengharapan hamba-hamba-Nya selagi hamba-hamba-Nya tidak pernah melupai setiap nikmat yang dikurniakan. 

Thursday, July 4, 2013

Inspirasi 'La Tahzan'

Entry ni lak..just himpunan ayat-ayat Inspirasi.. As usually..sumber Goggle.. Ok la kan... (-____-)w














La Tahzan

Tengok entry jer..mesti pada sesiapa yang follow this blog kata aku nih 'Jiwa Kacau'.. Tadi pagi sedey tentang Si Asha, lepas tu boring tahap gaban sampai nyanyi-nyanyi. Ni tiba-tiba 'La Tahzan' pulak.. Kalau korang pelik..aku lagi la pelik.. 

Hari ni emosi bercampur baur..kiranya emosi ni lagi kritikal dari menonton drama 'Teduhan Kasih' yang meletops tu. Yela dengan hero (Ehsan) yang macho & papa romantik at the same time dan heroin (Iffah) yang terlalu penyabar tahap sasau orang menontonnyer. Belum lagi watak-watak antogonis Ayu, Kak Long, Mak Tiri Iffah, Rizal & Bekas Mak Mentua Iffah.. Semuanya menyakitkan hati dan memainkan perasaan serta emosi semua penonton. Hahaha... 

Tapi emosi aku ni lagi kritikal hari ni.. Semua ada. Tu leh keluar enrty ' La Tahzan' tu. 'La Tahzan' tu maksudnya 'Jangan Bersedih' atau 'La Tahzan..bersabar..ingat pada Allah”. Tetiba hari ni rasa macam diduga dengan hebat jer. Yer tau..DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..ada hari kita gembira..ada hari kita kan berduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup… 

“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”

surah Al-Baqarah ayat 286

“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139

setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka yang menikmati dugaan itu..


Hope esok lebih baik dari hari ini. Aku tak minta banyak just sedikit kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.. Amin... 

Lets Talk About Love

Ni adalah entry suka-suka hati. Dok bosan-bosan menulis buku hijau ni sorang-sorang, so layan jela lagu.. Lets Talk About Love by Melly Goeslow & Anto Hoed. Hehehe......special dedicated untuk Incik BB la.. Sape la lagi yang aku sayang kalau bukan Incik BB Ucuk Mucuk tu... (^______^)y

Lirik Lagu yang berjaya diedit tantik sebegini...

Sedey Lagi... Alahai Asha....

Kenapa la entri aku ni asik sedey jer. Macam banyak masalah jer pun.. Hehehehe.. This about Si Asha, tu la time beli idak la bertanya ada Android ke idak Si Asha nih.. So bila bukan Android comfirm la banyak application tak boleh guna. Waaaaaaaa..sedey sangat. Tak kan nak tukar & beli baru kot.. Dah la D.I.Y. bagai dah aku buat pada budak tu. Planning terdekat nak beli tablet jer..guna aplikasi android kat situ jela.. Tu la orang lain duk sibuk-sibuk beli Samsung dan Sony aku tak nak. Nak gak Nokia. Dah la beli Nokia..idak lak cari yang ada Android.. Padan muka.. Ni beli Si Asha tu pun coz tertarik dengan kaler kuning dia tu... Tu la ada mulut tak nak tanya..so nasib la... Ada jer Asha lain yang ada android. Jenuh buat survey b4 beli tapi ada gak info yang aku terlepas.. Sob..sob..sob... Nangis laju-laju dan kuat-kuat yer... Sabar jela... (-____-)w. (Muka terlalu sedey & frust)



Wednesday, July 3, 2013

Qada, Fidyah & Kaffarah (Versi Kartun)

Kalau entry Qada, Fidyah & Kaffarah (Part 1, Part 2 & Part 3) tadi dalam versi ilmiah yang panjang berjela-jela. Ni lak versi kartun yang ternyata lebih mudah untuk difahami. (^_____^)y

Sumber Gambar : Goggle


Qada, Fidyah dan Kaffarah (Part 3)

ORANG YANG DIWAJIBKAN QADA DAN FIDYAH 

Adalah menjadi kewajipan mengqada puasa bagi orang-orang yang meninggalkannya dengan sengaja atau dengan sebab keuzuran syar’i. Di samping itu ada juga orang-orang yang meninggalkannya ditentukan ke atasnya membayar fidyah.

Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram).

Bagi wanita hamil atau yang menyusukan anak, jika dia takut akan mudarat kepada anaknya disebabkan dia berpuasa, maka dia diharuskan berbuka dan wajib mengqada puasa tersebut. Selain itu dia juga wajib fidyah kerana dia berbuka untuk menyelamatkan nyawa dan tidak berupaya menunaikan puasa.

Perkara ini berdasarkan satu riwayat yang menyebutkan bahawa Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma telah ditanya mengenai seorang perempuan hamil yang takut mudarat kepada anaknya, adakah ke atasnya berpuasa? Lalu beliau berkata yang maksudnya:

"Berbuka dan berilah satu cupak makanan (hinthah) kepada orang miskin setiap hari.’’ (Hadis riwayat Malik).

Manakala perempuan hamil dan yang menyusukan itu apabila berbuka kerana niat rukhshah sakit atau musafir, maka wajib ke atasnya qada sahaja dan tidak wajib fidyah.

Hukum yang sama juga (fidyah) terkena kepada orang-orang yang meninggalkan puasa dan melengah-lengah atau melambatkan qada, sedangkan dia berdaya sehingga datang bulan Ramadan yang baru. Dengan demikian dia berdosa kerana melambatkannya dan wajib qada serta fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu.

Kecuali bagi orang-orang yang uzurnya berterusan sehingga tidak berdaya melakukan qada seperti sakit atau musafir yang berterusan, perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan sehingga datang Ramadan yang lain maka tidak wajib ke atasnya fidyah kerana melambatkan qada itu kerana keuzuran sedemikian itu diharuskan.

Begitu juga orang-orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur syar’i, dia berdosa dan wajib qada serta dikenakan membayar fidyah.

ORANG YANG DIWAJIBKAN MEMBAYAR FIDYAH SAHAJA

Islam sebagai agama yang mudah tidak akan memberatkan umatnya dalam segala perkara yang disyariatkannya seperti puasa Ramadan yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam.

Bagi orang-orang yang tidak berdaya menunaikan puasa Ramadan, Islam memberikan jalan kelonggaran tertentu kepada mereka sama ada dengan mengqada puasa yang ditinggalkannya itu atau dengan mengeluarkan fidyah, atau keduanya sekali.

Bagi orang yang sangat tua (yang tidak berdaya melakukannya) dan orang yang sangat sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, tidak wajib ke atasnya berpuasa, tetapi diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

Dalam hal ini Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

"Dan Ia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.’’ (Al-Hajj ayat 78).

Firman-Nya lagi yang tafsirnya:

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.’’ (Al-Baqarah ayat 184).

Ibnu Abbas Radiallahuanhu telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan ke atasnya fidyah, beliau berkata yang maksudnya:

"Orang yang sangat tua di kalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Hukum yang sama juga terkena kepada orang yang sangat sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dia boleh berbuka dan wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkannya itu.

Mengenai qada orang yang sangat tua dan orang yang sangat sakit tidak ada harapan untuk sembuh jika dia merasa mampu dan berdaya untuk berpuasa, apakah dia wajib mengqada puasa yang ditinggalkannya itu? Dalam hal ini, ulama menyatakan bahawa jika dia berdaya sebelum membayar fidyah, maka dibolehkan dia mengqada sahaja tetapi jika dia berdaya setelah membayar fidyah, dia tidak perlu mengqadanya. Ulama juga bersepakat adalah harus bagi orang yang sangat tua itu membayar fidyah selepas masuk fajar setiap hari.

Manakala bagi orang yang luput menunaikan puasa Ramadan dan meninggal dunia sebelum dia mengqadanya sama ada disebabkan meninggal dunia pada bulan Ramadan, meninggal sebelum fajar 2 Syawal, sakit yang berpanjangan atau kerana musafir yang diharuskan sehingga dia meninggal, maka dia tidak berdosa dan tidak wajib qada dan tidak dikenakan membayar fidyah.

Sumber Teks : www.halaqah.net

Sumber Gambar : Goggle