Bunga Berguguran

Thursday, July 11, 2013

Doaku Untukmu Sayang

Tengah-tengahari cenggini jom layan lagu 'Doaku Untuk Mu Sayang' dari Wali Band. As usual this song dedicated for my Incik BB. 


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia

Majlis Akad Nikah Kami 09.09.12

Menu Sihat dan Ringkas di Bulan Ramadhan

Sewaktu berpuasa badan kehilangan banyak air dan kita digalakkan mengambil makanan yang bersesuaian di sepanjang bulan Ramadhan sama ada sewaktu berbuka mahupun bersahur. Jika tidak, badan akan terasa lesu, letih dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja. 

Untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan, kita digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan mengurangkan makanan berminyak serta bersantan.

Menu Sihat Sewaktu Bersahur
1. Sayur-sayuran dari serat hijau (Fibregreen) - seperti lobak merah dan saderi.
2. Karbohidrat - seperti roti serat yang dijual mempunyai kandungan gandum (wheat), produk kekacangan seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. 
3. Makanan banyak protein - daging terutamanya ikan.
4. Kurma - khasiat yang terdapat di dalam kurma seperti serat, gula, vitamin A, Vitamin C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
5. Air Suam.

Menu Sihat Sewaktu Berbuka
1. Air - Segelas air minuman yand manis.
2. Kurma - beberapa biji kurma.
3. Buah-buahan - betik atau pisang.
4. Produk Bijirin dan Bijian - seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).
5. Makanan yang mengandungi serat - gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi, ulam dan sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita boleh juga mengambil nasi berlauk tetapi lebih elok jika dimakan bersama ulam-ulaman. Jika teringin makan makanan bersantan mahupun berminyak, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan hanya sekali dalam seminggu.

Semoga menu sihat ketika bersahur dan berbuka di atas dapat memberikan kebaikan kepada kita semua. 


Wednesday, July 10, 2013

Al-Baqarah (Pembuka Ramadhan)


Semasa bulan Ramadahan..digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran. So alternative ketika berada di pejabat yang semestinya tak bawak Al-Quran just dengar dan baca di Youtube jer. Gunakan kemudahan di sekeliling kita untuk memperbaiki bacaan serta mempraktikkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. So untuk permulaan kita mulakan dengan surah Al-Baqarah. Pilihan untuk surah Al-Baqarah di youtube ini 'Surat Al Baqarah Full by Sheikh Saad Al-Ghamdi' seperti video di atas tu... 






Selamat Berpuasa


Selamat menjalani ibadat puasa. Semoga memperolehi kebaikan dari bulan yang penuh Barakah ini. This year..kira tahun pertama puasa wif Incik BB.. B4 ni penah la puasa sama-sama tapi just puasa sunat jer. Ni puasa Ramadhan lain sangat. Semalam dah Tarawih berjamaah bersama-sama di rumah. Pagi tadi bangun bersahur bersama even Incik BB yang masak...ok la...aku sebagai tukang kemas dapur. Coz memasak tu kepakaran dia.. Cadangan terdekat nak bertadarus bersama-sama lak. Semoga rumahtangga kami mendapat keberkatan sempena Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan tahun ini mungkin berdua.. mana tau Ramadhan tahun depan bertiga ker.. Aminn.. Moga ada rezeki kami untuk masa yang terdekat ini. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar setiap butir doa dan pengharapan hamba-hamba-Nya selagi hamba-hamba-Nya tidak pernah melupai setiap nikmat yang dikurniakan. 

Thursday, July 4, 2013

Inspirasi 'La Tahzan'

Entry ni lak..just himpunan ayat-ayat Inspirasi.. As usually..sumber Goggle.. Ok la kan... (-____-)w














La Tahzan

Tengok entry jer..mesti pada sesiapa yang follow this blog kata aku nih 'Jiwa Kacau'.. Tadi pagi sedey tentang Si Asha, lepas tu boring tahap gaban sampai nyanyi-nyanyi. Ni tiba-tiba 'La Tahzan' pulak.. Kalau korang pelik..aku lagi la pelik.. 

Hari ni emosi bercampur baur..kiranya emosi ni lagi kritikal dari menonton drama 'Teduhan Kasih' yang meletops tu. Yela dengan hero (Ehsan) yang macho & papa romantik at the same time dan heroin (Iffah) yang terlalu penyabar tahap sasau orang menontonnyer. Belum lagi watak-watak antogonis Ayu, Kak Long, Mak Tiri Iffah, Rizal & Bekas Mak Mentua Iffah.. Semuanya menyakitkan hati dan memainkan perasaan serta emosi semua penonton. Hahaha... 

Tapi emosi aku ni lagi kritikal hari ni.. Semua ada. Tu leh keluar enrty ' La Tahzan' tu. 'La Tahzan' tu maksudnya 'Jangan Bersedih' atau 'La Tahzan..bersabar..ingat pada Allah”. Tetiba hari ni rasa macam diduga dengan hebat jer. Yer tau..DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..ada hari kita gembira..ada hari kita kan berduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup… 

“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”

surah Al-Baqarah ayat 286

“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139

setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka yang menikmati dugaan itu..


Hope esok lebih baik dari hari ini. Aku tak minta banyak just sedikit kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.. Amin... 

Lets Talk About Love

Ni adalah entry suka-suka hati. Dok bosan-bosan menulis buku hijau ni sorang-sorang, so layan jela lagu.. Lets Talk About Love by Melly Goeslow & Anto Hoed. Hehehe......special dedicated untuk Incik BB la.. Sape la lagi yang aku sayang kalau bukan Incik BB Ucuk Mucuk tu... (^______^)y

Lirik Lagu yang berjaya diedit tantik sebegini...