Bunga Berguguran

Thursday, July 25, 2013

Kek Coklat Kukus Berlapis

Kek Coklat Kukus Berlapis ni diambil resipinya dari Program Nasi Lemak Kopi O siaran 14 Julai 2013. Disediakan oleh Chef Anuar Deraman. Kat bawah ni ada resipi dan gambar yang diambil dari laman web http://www.tonton.com.my/. Satu resipi yang telah ditransformasi dari kek coklat kukus biasa kepada kek coklat kukus berlapis yang menggunakan kek lapis Sarawak sebagai bahan utama. So boleh mencuba la yer......untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Bawa balik kampung...comfirm meletopsss...dan ramai peminatnya. (^___________^)y

Resipi Kek Coklat Kukus
Cara-cara membuat kek
caea-cara membuat ganache
Susun kek lapis Sarawak yang dipotong nipis-nipis dalam acuan
Masukkan aduan kek ke dalam acuan berisi kek lapis
Kek Lapis setelah siap dimasak
Hasil Kek Coklat Kukus Belapis. Coklat ganache boleh dihias ikut kreativiti yer.
~~~~ Selamat Mencuba ~~~~

Wednesday, July 24, 2013

Falsafah Biar Papa Asal Bergaya

Entry ini diwujudkan ekoran sering kali melihat atau menjadi trend setiap kali nak raya mesti ada pihak yang akan buat pinjaman bank @ overlap pinjaman sedia ada untuk menyambut hari raya. Kadang-kadang terfikir juga perlu ke ??? ketika menyambut hari raya kita harus berbelanja berhabis-habisan untuk menghias rumah dan membeli pakaian berlebih-lebihan berbanding bulan-bulan lain. Memang la disunatkan di hari raya Aidilfitri memakai pakaian baru tetapi tidak la rasanya sehingga perlu berhutang bagi memenuhi tuntutan keinginan yang pastinya tiada kesudahan. 

Saya menulis berdasarkan pemerhatian selama 4 tahun saya bekerja di sektor kerajaan, terlalu ramai yang mengambil kaedah pinjaman bank di musim perayaan. Tambahan itu, pihak bank turut menawarkan pelbagai faedah serta kadar interest yang rendah. Entah la....secara peribadi kurang bersetuju la....dengan statement atau falsafah 'Biar Papa Asal Bergaya'. Ini mungkin kerana saya dibesarkan dengan keadaan serba sederhana dan tidak diajar untuk berhutang sekiranya tidak perlu. 

So kat bawah ini ada petikan artikel dari Berita Harian, 18 Mei 2013 yang di ambil dari website http://www.akpk.org.my. Mungkin sekadar pengkongsian untuk semua, kerana semua orang mempunyai hutang. Begitu juga dengan saya.

Setiap bulan pening memikirkan hutang menimbun

Berhutang adalah perkara yang cuba dielakkan oleh semua orang. Kalau boleh, semua pembelian dilakukan secara tunai. Bagaimanapun, kemampuan untuk berbelanja setiap individu tidak sama. Ada yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan asas dalam hidupnya.

Namun, ada yang berhutang kerana perkara tidak perlu. Mungkin kerana hendak bergaya, memenuhi nafsu beli-belah atau tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan daripada pihak lain walaupun sedar diri sendiri tidak ada kemampuan untuk berbelanja besar.

Akhirnya, kita terperangkap dengan hutang yang menimbun. Memang pening apabila setiap bulan duit gaji terpaksa diagihkan untuk menyelesaikan hutang ansuran rumah, kereta, kad kredit dan mungkin hutang dengan kawan, malahan lebih parah kalau terpaksa berhutang dengan ah long pula.

Dalam keadaan ini mungkin pendapatan kita tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tabungan atau pelaburan untuk membayar hutang.

Satu daripada punca utama menyebabkan keadaan hutang berlebihan adalah kerana tamak. Mahatma Gandhi pernah berkata: “The world has enough for everyone's need, but not enough for everyone's greed!”. Ungkapan membawa maksud, sumber di muka bumi ini memang sudah cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia, tetapi tidak cukup untuk memuaskan ketamakan mereka (manusia).

Ada orang yang terlalu tamak sehingga mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dan akhirnya menganggung kerugian besar. Lebih teruk, ada dikalangan mereka yang sanggup menggunakan pinjaman untuk melabur dalam skim penipuan itu dan terperangkap pula dalam belenggu hutang lebih besar. Inilah yang dikatakan sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula...

Berhutang untuk jaga imej
Ada orang yang nampak hidup mewah dengan membeli barangan mahal, padahal mereka ini sebenarnya tidak berkemampuan. Mereka berasakan penting mengekalkan imej. Orang dalam golongan ini sentiasa menggunakan kad kredit untuk berbelanja dan membuat bayaran minimum (paling rendah) setiap bulan.

Mereka inilah yang dikatakan berhutang secara berlebihan kerana mengamalkan hidup di luar kemampuan sebenar.

Keadaan tidak diduga
Ada orang terpaksa berhutang disebabkan peristiwa yang tidak dapat dielakkan. Mungkin kita sudah mengambil langkah sewajarnya untuk meminjam mengikut had kemampuan tetapi keupayaan membayar balik hutang boleh terjejas kalau berlaku peristiwa di luar kawalan.

Peristiwa tidak diduga ini seperti kehilangan pekerjaan, hilang upaya, menghidap penyakit kritikal atau lain-lain bentuk kecemasan.

Malangnya ada orang masih tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah kewangan tetapi berterusan menafikan dan menjadikan situasi betambah buruk hari demi hari.

Tanda masalah kewangan
Bacalah senarai perkara dibawah ini. Sekiranya ada antara perkara yang disenaraikan itu memang kita sedang menghadapinya, bermakna kita kena semak dan melihat semula kedudukan kewangan kita. Mengapa ia menjadi hutang menimbun dan segera mencari jalan untuk mengatasinya.

Kad Kredit
• Hanya mampu membayar baki minimum sahaja setiap bulan
• Baki tertunggak meningkat setiap bulan
• Menggunakan kad kredit pada had maksimum
• Tidak membayar atau selalu lewat buat bayaran
• Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank

Pinjaman
• Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa
• Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak bayar hutang
• Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan
• Meminjam wang dari keluarga atau kawan untuk bayar hutang
• Kerap kali dihubungi oelh pihak pemungut hutang

Simpanan
• Menggunakan simpanan pada kadar membimbangkan
• Mempunyai sedikit atau tiada langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan

Perbelanjaan
• Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan
• Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup
• Tidak tahu berapa banyak hutang sehingga penyata diterima
• Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang

Padah akibat gagal bayar hutang
Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk. Apabila kita gagal menjelaskan pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kita.
• Kalau pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta kita untuk menampung bayaran hutang kereta tertunggak.
• Kalau pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah kita dan melelongnya. Kalau hasil lelongan tak cukup untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap kita (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang.
• Bagi pinjaman cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperolehi untuk mendapatkan semula hutang mereka. Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, sama prosiding ‘garnishee’, saman penghutang penghakiman dan petisyen kebangkrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin, jika ada)

Buat masa ini petisyen kebangkrapan boleh dimulakan kalau hutang terkumpul mencecah lebih RM30,000.


Ujian Kehamilan di Rumah

Artikel ini turut diambil dari http://www.babycenter.com.my

Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. 

Dalam masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG anda akan meningkat dengan cepat. Kebanyakkan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG dalam air kencing pada hari pertama haid anda sepatutnya datang. 

Jika anda mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba. Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa hari kemudian uji lagi. 

Anda akan dapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda. 

Anda boleh mengetahui berapa sensitif alat penguji kehamilan itu dengan membaca maklumat yang ada pada kotaknya. Anda akan dapati bahawa konsentrasi hCG diukur dalam unit mili-Internasional (mIU) per mililiter. Alat penguji dengan kesensitifan 20 mIU/ml adalah lebih sensitif daripada yang berkesensitifan 50 mIU/ml. 

Bilakah saya patut membuat ujian?

Kebanyakan alat penguji boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak pada hari pertama haid anda lewat. Alat penguji yang lebih sensitif mungkin boleh mengesan hCG pada tahap yang rendah beberapa hari sebelum haid anda dijadualkan tiba. Walau bagaimanapun, membuat ujian seawal ini mungkin tidak memberikan anda keputusan yang tepat (lihat di bawah). 

Bergantung kepada alat penguji yang anda gunakan, anda boleh membuat ujian pada bila-bila masa sepanjang hari. Cuba jangan minum terlalu banyak sebelum membuat ujian kerana ini boleh mencairkan hCG dalam air kencing anda. 

Sesetengah alat penguji mencadangkan anda membuat ujian pada waktu pagi, apabila anda pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu. Ini terutamanya jika anda menguji pada hari-hari yang awal. Ini kerana, tahap hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa anda tidur pada waktu malam, oleh itu ia lebih mudah dikesan dalam air kencing pertama anda. 

Jika haid anda tidak teratur, mungkin sukar untuk mengenalpasti bilakah haid anda sepatutnya tiba. Sebagai panduan, anda boleh gunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebelum membuat ujian. 

Jika anda baru berhenti mengambil pil perancang, anda mungkin tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid anda secara semula jadinya, dan mungkin membuat ujian samada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian anda negatif, anda patut membuat ujian lagi dalam masa tiga hari. 

Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?

Mula-mula, baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan. 

Bagi kebanyakkan alat penguji, caranya semudah kencing pada kayu penguji itu. Sesetengah yang lain pula memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, anda mungkin diberi alat penitik yang digunakan untuk menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat penguji. 

Bagaimana keputusan ujian ditunjukkan juga berlainan. Sesetengah alat penguji menunjukkan garisan merah jambu atau biru. Sesetengah yang lain pula menunjukkan tanda campur atau tolak, atau menukar warna sampel air kencing anda. Ujian digital pula memaparkan perkataan "pregnant" (hamil) atau "not pregnant" (tidak hamil) pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil. 

Berapa lamakah masa diambil untuk mendapat keputusannya?

Periksa arahan yang disertakan dengan alat penguji anda. Tetapi biasanya keputusan dapat dilihat dalam masa tiga hingga lima minit, walaupun ia mungkin terasa seperti satu penantian yang terlalu panjang. 

Jika anda membuat ujian itu dalam tandas, anda mungkin mahu pergi ke bahagian lain dalam rumah dan mencari sesuatu untuk dibuat bagi mengalihkan perhatian. Bak kata pujangga, penantian itu satu penyiksaan! 

Adakah ujian kehamilan di rumah tepat?

Alat penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika anda ikut arahan dengan betul. Seperti yang dinyatakan tadi, sesetengah alat penguji lebih sensitif, serta mudah digunakan dan ditafsirkan berbanding yang lain. 

Adakah keputusan negatif palsu boleh berlaku? 

Ada beberapa sebab mengapa ujian kehamilan anda menunjukkan negatif. Anda mungkin tidak hamil, atau mungkin tahap hCG anda belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing. 

Jika anda membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi. 

Jika anda mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula. 

Adakah keputusan positif palsu boleh berlaku? 

Positif palsu, iaitu di mana keputusan ujian menunjukkan anda hamil tetapi sebenarnya tidak, adalah jarang tetapi tidak mustahil berlaku. Sesetengah ubat-ubatan seperti pil kesuburan yang mengandungi hCG, mungkin menjejaskan keputusan ujian. Ubat -ubat biasa yang boleh dibeli di kaunter seperti paracetamol tidak menjejaskan. 

Kadang-kala anda boleh mendapat garisan samar yang boleh jadi sukar untuk ditafsirkan.

Di manakah saya boleh beli alat penguji kehamilan?

Anda boleh beli alat penguji kehamilan di kebanyakan farmasi dan supermarket. Anda juga boleh membelinya dalam talian. Anda tidak perlukan surat doktor untuk membelinya. 

Apakah beza ujian kehamilan di rumah dengan yang dijalankan oleh doktor?

Ramai doktor yang menggunakan alat penguji kehamilan di rumah untuk memastikan kehamilan, maka dalam hal ini kedua-duanya adalah sama. 

Kadang-kala, wanita diberi ujian darah, yang turut menguji kehadiran hCG. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing. Ia boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan melekat. Ini boleh jadi seawal enam hari selepas anda berovulasi. 

Anda boleh membuat ujian darah untuk lebih tahu mengenai apa yang sedang berlaku pada awal kehamilan (sebelum imbasan ultrabunyi boleh mengesan kehamilan). Ia boleh membantu mengesan kehamilan ektopik atau kehamilan molar. Ia juga satu cara yang baik untuk mengetahui bahawa tahap hCG meningkat seperti sepatutnya bagi kehamilan yang sihat. 

Anda boleh mendapatkan ujian darah di klinik doktor anda atau di hospital. 


Bilakah Masa Terawal Untuk Menguji Kehamilan

Artikel di bawah ni di ambil dari http://www.babycenter.com.my sebagai perkongsian untuk semua terutama bagi mereka yang menanti kehamilan sulung. Mungkin ini boleh membantu anda. (^________^)y

Ini bergantung kepada sama ada anda menggunakan ujian air kencing (jenis yang lazim digunakan) atau ujian darah. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Namun dua jenis ujian ini berbeza dari segi cara (dan waktu) ia mengesan status kehamilan ini. 

Ujian kehamilan di rumah adalah ujian air kencing. Ianya mengesan jumlah hCG dalam air kencing, tetapi hanya apabila hormon itu mencapai satu tahap tertentu. Namun, ada sesetengah ujian kehamilan di rumah yang agak lebih sensitif. Ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan tahap hCG yang rendah beberapa hari sebelum haid bermula. 

Walau bagaimanapun, sama ada anda menggunakan ujian kehamilan rumah biasa atau yang lebih sensitif, jika anda menggunakanya terlalu awal dalam kehamilan, jumlah hCG dalam air kencing anda mungkin belum cukup tinggi untuk mendapatkan keputusan yang positif. Hampir kesemua ujian kehamilan air kencing akan memberi keputusan yang tepat jika anda membuatnya sekitar masa biasa haid anda bermula; kira-kira dua minggu selepas anda mengovum. 

Ujian boleh menjadi negatif kerana beberapa sebab:
1. anda mungkin bukan hamil;
2. anda mungkin telah mengovum lewat daripada yang dijangkakan (sebab itu, belum lagi cukup masa untuk ujian itu mengesan hCG anda);
3.atau, bagi sebilangan kecil wanita, jumlah hCG mereka adalah tersangat rendah dan ini juga boleh mempengaruhi hasil ujian kehamilan.

Ujian darah untuk kehamilan pula mengukur jumlah hCG dalam aliran darah anda, bukan dalam air kencing anda. Ujian darah dapat mengukur jumlah hormon yang lebih rendah, sebab itu, ia boleh mengesan kehamilan lebih awal lagi daripada ujian air kencing, biasanya kira-kira enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya boleh didapati melalui doktor anda.



Tuesday, July 23, 2013

Bersyukur

Artikel ni terjumpa kat wall fesbuk. Dari fesbuk 'Cinta Selepas Nikah'. Bila baca rasa beruntungnyer diri ini. Jom muhasabah diri. Supya kita lebih mengenali erti syukur dengan setiap yang kita miliki. 

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

11 HAL YANG HARUS KAMU INGAT SEBELUM MENGELUH ,,

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, Pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, Pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu. Pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, Pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, Pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, Pikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, Pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

10. Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, Pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

ﻓﺒﺄﻱ ﺍﻻﺀ ﺭﺑﻜﻤﺎ ﺗﻜﺬﺑﺎﻥ
(Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustai ??)

Maka bersyukurlah..
Alhamdulillahi Rabbil’alamiin..




Carrot Cake Recipe

Antara kek yang menjadi feveret customer selain chocolate cake adalah carrot cake. Ada permintaan untuk raya tahun nih. Tapi masih berat hati nak membuatnya.... Coz rasanya chocolate cake lebih mudah daripada buat carrot cake. So kat bawah ni dua cara buat carrot cake. Kepada sesiapa yang tak tahu...boleh la belajar. Simple jer caranyer... Gud luck yer............ (^____________^)y




1st Carrot Cake Recipe dari TryMasak
Bahan-bahan :
125 gm mentega
100 gm gula halus
125 gm tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh sebuk penaik
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
50 gm carrot
kismis

Cara membuat carrot cake ni boleh tengok video youtube di atas yer... (^_____^)y



2nd Ultimate Carrot Cake Recipe by TittliNihaan
Ingredients :
300 gm plain flour
2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp salt
1 1/2 tsp cinnamon powder
3 eggs
300 gm brown sugar
1 cup (250ml) sunflower oil
2 tsp vanilla essence
350 gm fine grated of carrot
1/2 cup crushes pineapple

Topping
250 gm cream cheese
60 gm butter
1 tsp vanilla essence
grated of 1 orange

How to make this carrot cake..??? Just view video above. y(^_____^)y

Kat gambar di bawah ni adalah kek hasil air tanganku dan dibuat jualan. Ok la..tapi perlu some improvement lagi rasanyer supaya lebih sedap, menyelerakan dan marvelous... 

Carrot Cake in 'Ungu lavender House' packaging

Limpahan Cheese Cream yang sangat sedap

Yummy....

Sunday, July 21, 2013

Segenggam Tabah

Pepagi ni dengar koleksi lagu nasyid sambil buat tuntutan kemalangan last week. Ni antara lagu feveret. Setiap kali rasa down ini la lagu yang wajib didengar. Segenggam Tabah dari In-Team. Kira macam suatu motivasi la. Seperti bait-bait kata seperti 'Telah tertulis suratan nasibmu, Derita buatmu ada hikmahnya' serta 'Biarpun jenuh hidup dipalu, Pasti bertemu tenangnya'. Jadi setiap kesusahan, kesedihan dan penderitaan itu hanya sementara kalau kita tetap tabah dan redha kita akan pasti merasai kemanisan dan kebahagiaan di penghujungnya. 

So jom layan lagu nih... Hope bagus untuk anda juga... (^______^)y


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya