Bunga Berguguran

Tuesday, August 27, 2013

Cara Buat Lelaki Vs Perempuan Gembira....!!!!!!!

Actually ni copy and paste +++ edit dari fesbuk jugak la... Just suka-suka untuk sharing from my sight of view... Pe2 pun enjoy yer baca.... Memang kelakor... Betul Ustaz Azhar Idrus cakap....masa akad nikah...Si Suami jangan terlalu gembira apabila saksi mengatakan sah selepas Ijab dan Qabul. Sah itu maknanya...anda bukan sahaja setuju terima dia sebagai Isteri tetapi anda juga setuju menerima segala Kelemahan serta Kekurangan Dirinya.. So macam-macam lah dia akan buat pada anda.. Malahan anda juga kena menjadi macam-macam untuk mengembirakan dirinya. Contohnya seperti di bawah ni lah.... So enjoy read this entry yeaaaa...... 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej)
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya (Jangan Kongkong)

Jadi APA YANG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias 
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur (sponser)
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. panas
27. perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. tender / berlemah lembut
33. kuat
34. pemahaman
35. toleransi
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. ditentukan / perancang yang baik
41. benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:
44. kerap memberi pujian 
45. Pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak menekankan keluar / jangan paksa dia keluar jalan-jalan
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
50. memberikan banyak perhatian 
51. memberikan banyak masa, terutama masa untuk dirinya
52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi. 

Namun yang paling penting

INI SANGAT PENTING
53. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia
mesti alim dan .... dan tolong Buang Sampah... dan perkhidmatan hantar kereta dan Bayar cukai jalan dan bawa melancong dan ...jangan LEBIH Tidur.... dan makan habis2 Masakan dia.. dan bila nak Tidur kena cakap i luv u,,, dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...dan beberapa lagi dan oh ya juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau .... !

Hahahahahahahaha..........betul tak Incik BB.... (^________________^)y

Muka Redho jela......Incik BB ^-^

I'm Boy.... Not Gurl....

Entry ni merupakan entry Boball menjadi kucing gegurl... Marah sangat rupanyer bila kita letak reben atas kepala dia... Kat bawah ni ada beberapa gaya dan muka redha dipaksa memakai reben pink lagi tu... Hehehe..memang kelakar.. Muka tak puas ati jer budak tu.....tapi tersangat kiut...

Muka Redha Terpaksa.... ^_^
Redha Jela... ^_^
Pura-pura Tak Kisah....
Dah Macam Nak Mengamuk Dah.... ^_^
Finally...tercabut gak reden tu...(^_^)y

Monday, August 26, 2013

Tegar By Rossa

Semalam beria-ria letak lagu rancak......kini im back dengan lagu slow lagi mendayu-dayu by Rossa. Kalau tak silap lagu ini merupakan single pertama yang membawa beliau mula dikenali umum pada tahun 1998. Ntahlah.....ni bukan berdasarkan fakta tetapi sekadar ingatan saya secara peribadi. So boleh la layan blog ni dengan lagu ini yer.... Tapi jangan sampai tertidur sudah la yer. Sebabnyer tuan tanah blog ni memang mengantok dan dalam keaddan sakit perut ini. Kalau dapat rehat dan baring alangkan bagusnya... 

Tegar By Rossa
Tergoda aku 'tuk berfikir
Dia yang tercinta
Mengapa t'lah lama tak nampak
Dirimu disini
Jangankan ingin ku tersenyum
Tak ada gairah
Kuingin s'lalu bersamamu

Kini ku resah...
Diriku lemah tanpamu
Oh... oh...

Gapai semua jemariku
Rangkul aku dalam bahagiamu
Kuingin bersama berdua selamanya
Jika kubuka mata ini
Kuingin selalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini
Bersamamu... Aku tegar...

Aku tegar

Comel dan Manis Rossa Bertudung
Sumber : Goggle

Sunday, August 25, 2013

Feel This Moment

Ni kira update lagu blog sekali dengan entry la nih. Actually lagu ni mengingatkan aku dengan seorang rakan sekerja di ofis la. Pengalaman dia mendengar lagu nih kali pertama di sebuah lounge hotel di utara tanah air beserta sekali dengan kejutan dari seorang anak gadis berbangsa Melayu beragama Islam yang menyanyi sambil menari lagu ini dengan keadaan separuh bogel... 

Alangkah terkejut dan sedeynyer seorang yang berstatus bapa melihat keadaan itu. Memanglah yang menari itu bukan anak kandungnya, malahan bukan anak saudaranya  tetapi yang menyedihkan hatinya adalah gadis itu adalah anak perempuan kepada saudara seagama dengannya. Adakah ibubapa gadis berkenaan mengetahui pekerjaan anak mereka? Adakah saban bulan mereka menerima duit yang dihulurkan tanpa bertanya dari mana hasilnya? Adakah gadis itu terperangkap? ataupun Dia memang rela dan seronok dengan pekerjaannya? 

Sedih bukan melihat anak bangsa kita...rakan seagama kita hanyut begitu sahaja.. Rakan Seakidah dan Seagama kita di Syria, Palestin, Mesir, Afgranistan terus menerus bermandikan darah mempertahankan akidah dan agama mereka tetapi kita di sini... Dimanakah kita? 

"Feel This Moment"
(Pittbull feat. Christina Aguilera)


Ask for money, and get advice
Ask for advice, get money twice
I'm from the dirty but that chico nice
Ya'll call it a moment, I call it life

One day while my light is glowing
I’ll be in my castle golden
But until the gates are open
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment

Mr Worldwide
Christina Aguilera
Oye mamita, come on, dale, que la cosa esta rica

(I just wanna feel this moment)

[Beat break]

Feel this moment...

Reporting live from the tallest building in Tokyo
Long ways from the hard ways
Filled with "So"'s and "Oh, yeah"'s
Dade county always, 305 all day
Now baby we can parlay, or, baby, we can party.
She read books, especially about red rooms and tie ups
I got her hooked, cause she seen me in a suit with a red tie tied up
Meet and greet, nice to meet ya.

But time is money
Only difference is I own it,
Now let's stop time and enjoy this moment

One day while my light is glowing
I’ll be in my castle golden
But until the gates are open
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment

[Beat break]

Come on, feel this moment...

I see the future but live for the moment.
Make sense, don't it? Ha.
Now make dollars, I mean billions, I'm a genius, I mean brilliance
This street is what scoot em
And made em slicker, too slick with the ruler
I've lost a lot, and learned a lot
But I'm still undefeated like Shula
I'm far from cheap, I break down companies with all my peeps
Baby we can travel the world
And I can give you all you can see

Time is money
Only difference is I own it,
Like a stop watch, let's stop time and enjoy this moment, dale.

One day while my light is glowing
I’ll be in my castle golden
But until the gates are open
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment (ohhh)
I just wanna feel this moment

[Beat break]

Come on, feel this moment....

(ohhh) I just wanna feel this moment
(ohhh) I just wanna feel this moment


Wednesday, August 21, 2013

Amalan Permakanan Wajar Diteladani....

Actually bab mengandung ni tak la pandai sesangat... Tambahan tu, rasa macam mana mengandung pun tak pernah. Ni pun hasil pembacaan dari beberapa blog dan nak share la. Lagi satu..ia sebagai ilmu pengetahuan buat diri sendiri gak la sebelum bergelar seorang ibu. Banyak nak kena belajar. Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilalui setiap hari adalah sesi pembelajaran yang sangat penting buat kita. So kenalah tabah dan bersemangat menghadapi hidup ini walaupun kadang-kadang kita akan rasa down dan kecewa. 

Ok tak nak membebel banyak-banyak mengenai perkara-perkara yang tiada kaitan dengan topik. So jom kita baca amalan serta pemakanan yang boleh dipratikkan oleh seorang ibu semasa mengandung. In Sha Allah manpu membawa kebaikan buat ibu, anak dan seluruh Umat Manusia. Aminnn.....

Tips Buat Ibu Bapa
1)Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

2)Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

3)Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

4)Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
1) Madu 
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan dan dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima 
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Rahsia Pemakanan dan Didikan Yahudi
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama-sama., Menyelesaikan masalah matematik ini sangat bagus untuk anak masih di dalam kandungan.  Ia mampu melatih otak bayi dan semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Mereka akan menyelesaikan matemaitk tersebut tanpa merasa bosan sehingga lah anak dilahirkan.

Sejak awal mengandung perbanyakkan memakan kacang badam dan kurma bersama susu. Menu untuk tengah hari makan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Hal ini kerana, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama-sama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka juga akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Tadika, pemakanan anak anak cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatiandi sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! 

Berdasarkan entry ni..marilah kita bersama-sama memperbaiki cara pemakanan kita terutamanya buat bayi masih dalam kandungan serta buat anak-anak yang masih kecil. Sekiranya bangsa Yahudi menekankan anak-anak mereka dengan muzik, kita sebagai umat Islam terapkan anak-anak kita dengan ayat suci Al-Quran dan zikir bagi merangsang minda mereka malahan merapatkan jiwa mereka dengan penciptanya. Subanallah... 

Sumber : Google

Rasa Loya & Muntah

Entry ni bukan saje-saje tulis tau. Lately ni la perasaan yang melanda jiwa.. Macam tak tahan la pulak.. Tekak jadi macam pahit tak pahit. Tapi kepala tak lak sakit.. Maybe saki baki demam yang hari tu tak habis lagi kot. Ntah la....tapi kalau pragnant pun ok gak.. Memang itu yang dinanti-nantikan, tambahan pagi tadi dapat perkabaran yang kakak sepupu dapat baby gurl... Alhamdulillah...lagi pun kalau dalam family kami baby gurl sememangnya amat dinanti-nantikan coz kami ni family dipelopori oleh lelaki. So kalau dapat baby perempuan....teramat la seronok... Kat bawah ni ada sedikit perkongsian ilmu yang diambil dari web Babycentre. Semoga mampu menambah ilmu kita semua. 

Apakah mabuk hamil?
Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil. 

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?
Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua. Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 

Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada wanita lain yang menghidap penyakit di forum BabyCenter.

Sumber : http://www.babycenter.com.my


Sumber : Google

Sunday, August 18, 2013

Cara Letak Linkwithin Dalam Blog

Lama gak la mencari mende ni. Tapi cari pun tak jumpa masa tu sebab tak tau namanyer. Just tau sebut....kolum entry 'Anda Mungkin Juga Meminati'. Tapi Alhamdulillah pencarianku selama ini akhirnya berkesudahan dengan baik dan happy sekali.

Actually nama dia 'Linkwithin'. Aku belajar daripada http://tutorialuntukblog.blogspot.com. Memang best blog nih....boleh belajar banyak perkara mengenai blog di dalamnya. So sekarang aku lak nak ajar...ni pun atas permintaan seorang kawan yang berpangkat adik yang sama-sama dah addict dengan kerja-kerja membloging nih. So jom kita sama-sama belajar yer....

Linkwithin antara blog yang berguna untuk memaparkan post yang berkaitan dalam sesebuah blog. Link within ini berbeza dengan 'related post' biasa kerana linkwithin memaparkan thumbnail bagi entri yang berkaitan.

Contoh :

Antara kelebihan menggunakan linkwithin adalah:
1.Paparan dengan thumbnail yang lebih menarik perhatian pengunjung
2.Cara yang mudah untuk letak dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.

Cara-cara meletakkan linkwithin di dalam blog. 

1. Buka laman web http://www.linkwithin.com

2. Pada paparan yang muncul, isi maklumat yang berkaitan dengan blog anda.

3. Klik pada install widget.


4. Ikut la instruction dalam linkwithin gadget tu. Finally save and its done.. Tu jer.. tersangat la senang kan....

~~~~ Selamat Mencuba ~~~~