Bunga Berguguran

Thursday, January 16, 2014

Candy Buffet & Chocolate Fountain

Booth Candy Buffet & Chocolate Fountain ni dbuat sempena Majlis Resepsi anak lelaki Pengarah Matrikulasi Perak, Tuan Said bin Manap. Majlis resepsi ni diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 22 Disember 2013 yang lalu. Dah hampir sebulan berlalu...barulah diberikan kesempatan untuk upload gambar candy buffet yang disediakan oleh pihak Ungu Lavender House. 

Secara umumnya, Dewan Jubli Perak ini memang luas. Jadi pihak tuan rumah menyediakan ruang letak booth yang agak luas buat kami untuk mengadakan canfy buffet. Tu sebab namapk macam kosong ckit mejanya. Tapi untuk pakej ini kami bekalkan 2 orang petugas bagi menguruskan candy buffet ini. 

Pakej ini disediakan untuk 800 orang dan booth candy buffet ini dibuka dari jam 11 pagi sehingga 4.30 petang (senang cerita sehingga majlis tamat). Manisan yang dihidangkan akan di'refill' oleh petugas setiap kali berkurangan. Oleh itu, tiada masalah kekurangan @ kehabisan stok manisan di booth kami. 

Kat bawah ni ada beberapa gambar manisan yang dihidangkan buat tetamu. For next entry nanti akan diupload gambar tetamu yang mengerumuni booth candy buffet ini.  Jom layaann........ (^_______^)y

Pakej yang dipilih : Pakej Grand
Hidangan untuk 800 orang
Harga : RM1200

Menu 'Candy Buffet' ^_^
Dried Fruits & Jelly Warna-warni ^_^

Tanglung Hiasan Black & White ^_^

Chocolate Fountain ^_^

Cuppies & Lollipop

Wafer Sticks, Sweets, Jelly & Dried Fruits

Marshmellow & Biscuits

Fresh Fruits

Candy Buffet ^_^

Dried Fruits

Cuppies & Lollipops 

Fresh Fruits

Marshmellow

Garden Lollipops

Candy Buffet dari sudut sisi
Ni kira pakej paling eksklusif yang ditawarkan oleh pihak kami. Untuk pakej yang menepati bajet anda. Jangan segan silu untuk tinggalkan pertanyaan anda kepada pihak kami yer.. Apa yang pastinya..kami merealisasikan impian anda bertepatan dengan budget dan kehendak anda. In Sha Allah perkhidmatan terbaik buat anda. Itu janji kami.. 

Wednesday, January 15, 2014

Gunung Lang

Asalnya Plan A kami nak ke Cameron Highlands. Tetapi keadaan cuaca tidak mengizikan kami untuk ke sana. Sudahnya jalan-jalan kat area Ipoh jela pada hari isnin yang lepas.  Jadi la yer.. As long as kami cuti bersama-sama time orang lain bekerja dan kuar together-gether. Yang penting happening lagi kecoh.. Lokasi kami just Gunung Lang & Aeon Kinta City. Tengok wayang kot...'Balistik'. Support Rosyam Nor dan Industri Filem Tempatan lagi tu.. Actually..dah lama gak aku tak tengok wayang. Dah beberapa kali planning dengan Incik Bb tetapi tak pernah jadi pegi pun. Sampaikan merajuk kawan tu dibuatnya. 

So berbalik semula pada citer Gunung Lang tu yer.. Gunung Lang merupakan kawasan rekreasi di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh. Kawasan riadah time petang bawak anak-anak ok kot.. Lagipun pernah pergi sekali dulu, time petang memang ramai orang dan meriah kawasannya. Lagipun time tu pihak pengurusan tempat tu akan pasang air terjun buatan. Memang tantik la tangkap gambar kat situ. Tetapi disebabkan kami datang time orang kerja... memang tak ramai la pengunjung.. Pastu air terjun tu pun tak ada.. So aktiviti kami hanyalah naik bot  ke pulau buatan yang sunyi gak la.. Kan dah cakap tadi....time orang kerja mana ada pengunjung.. Kami berlima jela.. Pastu ada lagi 3pasangan suami isteri kot.. Tu jela yang ada pun... 

Aktiviti kami just posing jela.. Sekadar mengisi masa lapang sementara pak cik bot yang hantar kami ke pulau tu datang ambil kami balik.. Sejam duk kat pulau tu..memang mati kutu dibuatnya. Tapi tempat tu memang serius cantik untuk buat wedding outdoor photoshoot. Pencinta alam semulajadi pun sesuai gak dengan tempat nih... Coz time naik bot tu macam buat rancangan dokumentari lak.. Serius cantik tasik tu.. Ha...kat jeti lak ada ikan gumok-gumok lagi besar... Kalau jatuh..mau kena gigit dengan ikan-ikan tu.. macam lapor jer tengoknya.... 

K habis citer...jom tengok gambar kami berlima yang berposing sampai lebam... Ha..lupa nak gtau..masuk kawasan rekreasi ni free.. Tapi kalau nak naik bot ke pulau tu kena bayar tambang RM 3 sahaja. (^____________^)y

Sampai2 terus posing.
Dari kiri Nora, Erni, kiter, dan Mak Ita.
Seorang lagi Kak Hani (kameraman for this photo)
Signboard 'Taman Rekreasi Gunung Lang'
Ikan yang gumok lagi besar..
Seram pun ada tengoknya... 

Pemandangan tasik

Bot yang bawak pengunjung ke pulau

Jeti 

Posing tu penting b4 naik bot k.... 
Posing semasa atas bot.. Huhuhu..
Hep..kenapa tak pandang camera Cik Na Na...??
               
Mak Ita & kak Hani
Dah  nak sampai pulau dah... Excited... 

Permandangan yang hijau dan mendamaikan
Muka excited  time sampai

Kat beranda rumah orang pun jadi gak tempat kami posing ala-ala gadis kampung gitu.
Ada Burung Unta & Rusa
Tapi macam bosan jer tengok dorang nih..
Coz tempat tinggal dorang macam tak best jer...
Tadi kata bosan tengok burung unta..
Tapi kau snap gak gambar burung unta tu Cik Na Na...
Apa da???
Rehat dan berbincang tentang wayang apa nak tengok.. ^_^
Muka kami jela memenuhi entry kali nih...

Kalau tadi tak sabar nak naik bot.. Ni lak tak sabar nak balik... 

Me too also tak sabar nak balik..
Penat jalan-jalan keliling pulau nih..
Suka bebenor kan kami nih bergambar?
Penuh entry muka kami jer...  ^_^
Ok sekian untuk entry ini. Rasanya enrty ni la paling banyak gambar kot. Ni pun dah select yang the best punya photo sahaja untuk diupload. Kalau ikutkan hati semua nak diupload tapi takut korang muntah ijau lak asyik tengok muka kami jer... Even just jalan-jalan kat tempat simple macam nih.. Best gak coz dapat spend masa together dan ketawa bersama-sama. Kalau kat ofis masing-masing sibuk. Nak story mory +++gosip pun kadang-kadang tak sempat.. Love all of you much lah... Nanti kita jalan jauh-jauh cikit yer... In sha Allah.. K nak tidur dah.. Mengantuk dah nih....

Tuesday, January 14, 2014

Chocolate Mousse Cake

Kek ni dibuat sempena anniversary mak ayah yang ke-30 tahun yang jatuh pada 23 November 2013 yang lepas. As usual sambutan dia agak lewat ckit. Kami adik beradik bawak mak ayah makan kat Restaurant Steamboat Syabu Syabu, Ipoh pada 25 Disember dan kek ni lak my lil brother buatkan pada 6 Januari yang lalu. Huh..panjang bebenor ceritanya. Semua ni sebabnya..citer asal kami semua terlupa. Tu sebab tarikh asal dengan tarikh sambutan berterabur. In Sha Allah...this year mark awal-awal dalam kalender. So leh bagi something special for them... Luv them much.... (^__________^)y

Kiut kan kek nih... ^_^
















~~~ Hepi 30rd Anniversary Mak Ayah... We love you ~~~

#ps: nanti kiter hupdate yer tentang syabu-syabu lak... ^_^y

Thursday, January 9, 2014

Cameron Lavender

Malam-malam ni nak amik mood cikit citer tentang dating sempena anniversary kami yang pertama pada 9 September 2013 yang lepas. Time 9 September tu kami buat simple dinner. Bukan sekadar mamam berdua  jer tau..tetapi jemput 2 orang ustaz datang rumah. Tujuannya adalah untuk kebaikan bersama. That nite kami masak macam2 gak la... Antara lauknya...emmm...tu kena cari balik gambo-gambonya dalam my picture library.. Nanti kasi upload kemudian yer.. 

Yang nak citer sekarang tentang 'Cameron Lavender' yang ofcos terletak di Cameron Highlands la.... Kami suami isteri pergi pada 11 September. Kalau tak silap hari rabu. Time orang lain seronok bekerja..kami lak berbahagia berdating di sana. Tambahan jarak rumah kami ke Cameron Lavender, Cameron Highlands ni just dalam Sejam 30 minit lebih kurang la. Boleh dikategorikan sebagai dekat la.. Even....berbeza negeri jela.. Huhu.. Kami pergi balik hari jela... 

Cameron Lavender ni kira tempat baru lah yang boleh dilawati sekiranya ke Cameron Highlands. Kedudukannya selepas Kampung Raja dan sebelum Kea Farm... Ala tepi jalan jer... Senang sangat nak jumpa pun.. Tak perlu guna goggle map bagai... Ehh...kenapa tetiba citer ni kuar ekk??? Sebabnya planning this monday..nak kuar berjimba-jimba ketika orang lain seronok bekerja. Huhuhu...dashyat tak planning kami. Kenapa kami ekk? Adoiyai...banyaknya soklan.... Nak tau citer.. Tunggu next hupdate.... Wawawa...ada suspen tak??? Tunggu...... 

So kat bawah ni adalah ckit gambar lah.. coz nak hupload bebanyak tak larat nak edit.. Just ckit2 sudah lah sekadar gambaran kepada sesiapa yang tak pernah pergi lagi... Bayaran masuk sebanyak RM5 sahaja. Dalam tu banyak bebunga... Best... Leh petik strawberi sendiri. Leh petik bunga. Tapi lepas tu sila bayar yer... Sekumtum bunga yang dipetik =RM2, sekiranya kutip 6kuntum = RM10. Strawberi lak dah lupa lak. So nanti p nak kutip lagi la bunga.. Saya memang penchinta bunga pun... Love flowers much, much, much and much.. Nanti pergi nak singgah Kea Farm beli kelopak bunga gak la.. Nak buat mandi... Tersangat fresh dan best tau kalau mandi bunga... Best....

So jom tengok gambar lak yer.. Udah-udah membebel Cik Ina.. Dah tengah malam dah pun.... Layaannnnn..... (^__________^)y

Kami Rakan Sebaya....
Membesar dan mengembang bersama-sama
Bahagia sesangat la katakan... ^_^

Pose ala-ala model untuk Cameron Lavender
Berangan jela.... #__#

Kereta Volksvegen 'Cameron Lavender'

Time ni bunga lavender yang sebenar belum berbunga lagi..
Ini jela yang ada.. Deme tulis lavender tapi macam bukan jer.... 

Ni Incik Bb yang snap la kalau cantik begini... ^_^

Laluan yang tersangat cantik dan menenangkan..
Kawasan berbukit.. sepanjang jalan ada tumbuhan menjalar dan rumah lebah yang cumell..
Tapi tak sure lebah ada ke tak coz tak berani nak intai.... Takut...

Deretan bunga dari atas bukit... Warna warni dan pastinya cantik... ^_^

Pose ckit tepi bunga tu...sebelum dipetik untuk dibawa pulang....

Muka bangga dapat bunga... Seronok la tu.... 

Papan penunjuk arah yang sweet sangat... 

Bersantai tepi taman bunga...
Alangkah bagus kat rumah ada taman macam nih...

Kat sini ada banyak tau patung kawan2 Boball..
Macam2 warna ada... Love it... ^_^

As usual..selfie muka sendiri dan Incik Bb...
As usual gak...muka orang kat sebelah tu..macam tak redha jer...
Lantak la janji kita tangkap gambo yer..
Thanks coz bawa kita datang sini... Luv you... ^_^

~~~ Sekian ~~~

Pregnancy Date Calculator

Memalam ni dok main calculator lak.. Ni bukan sebarang calculator tau.. Ni just tuk teka-teka nak kira due date if pregnant la.. Baru tau wujud gak mende macam nih... If berminat nak try leh ke web Medical College Of Winconsin. 

Kaedah aplikasinya tersangat mudah... Just masuk date terakhir period yg lepas.. Tu jer.. Senang kan. Pastu nanti aplikasi ini akan kira untuk kita.. Hasilnya akan jadi macam bawah ni lah... Kalau ikut kiraan...due nya 1 Oktober 2014.. Huh..semangat sungguh la.. Macam best jer... Macam menarik jer... (^________^)y

Wednesday, January 8, 2014

Amalan Suami Isteri Semasa Isteri Mengandung

Lately ni this blog akan banyak share bout ibu hamil yer kengkawan. So sabor jela yer kepada pembaca yang mungkin tak ada kena mengena dengan topik ini. Just for sharing sebab sekarang ni ada beberapa orang yang terdekat sedang pregnant. So this info boleh la dibaca untuk dimanfaatkan. In Sha Allah. Kat bawah ni ada Amalan Ibu Mengandung yang diadaptasi dari kata-kata Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Saya kasi edit cikit in pinky and cutties version. Supaya semangat sedikit nak membacanya yer... (^_______^)y