Bunga Berguguran

Friday, March 7, 2014

Wah....Rindunya.....!!!!!!!!

Lama bebenor rasanya tak hupdate blog kesayangan nih.... Huhuhu...padahal baru 2minggu je pun.. Macam-macam dah terjadi dalam tempoh 2minggu nih. Apa yang pasti.....telah berlaku perubahan sehingga 360 darjah dalam hidup Cik Na Na tau.. Haru biru +++ tunggang langgang +++ hot story.....sehot gossip Hanez Suraya....you... 

Kisahnya bermula dari saat Cik Na Na hantar  Notis Berhenti Kerja pada 21 Februari yang lalu, Mencari Kerja Baru, Dapat Kerja Baru & Situasi Kerja Baru yang Maha Mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi... Namun yang pasti...kerjaya baru ni..even menyakitkan anak tekak dan peti suara.....tetapi yang pasti ada sedikit rasa happy dan bangga di situ... Nak tau kerja apa??? Tunggu...nanti kita hupdate yer.. Entry ni hanya sekadar 'highlight' jer untuk perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2minggu ini... 

Pastu ada kisah...farewell untuk Cik Na Na dan kawan-kawan lain.. Tu Part 1. Dengar citer ada satu lagi..ni Part 2 untuk kawan-kawan yang lain lak.. Yela..hari tu korang datang my farewell.... Pas ni I datang you all punya farewell lak k.... Usah takut berubah...kerana di setiap perubahan itu diiringi dengan rezeki dan kehidupan baru yang In Sha Allah jauh lebih baik daripada yang kita nikmati sebelum ini... Part paling best...nanti kita share hadiah-hadiah Cik Na Na dapat k.. Emmmm...namanya berpisah tempat kerja..tetapi kita tetap leh berjumpa lagi yer.. Ala-ala bukan jauh pun Ipoh dengan Kampar.. Hasilnya...kisah semalam di Aeon Jusco Kinta City, Ipoh. Next time plan tempat lain lak k... ^_^y

Mengenai kerjaya baru...banyak nak kena catch up.. Bukan mudah....even bekerja hanya dari 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.. Tanggungjawabnya tersangatlah berat. Yela...nak bagi dorang faham macam kita faham tentang sesuatu perkara itu bukan mudah. Terutamanya dalam subjek kegemaran ramai... So kena kreatif dalam memberikan idea dan penyelesaian pada dorang nih... Moga-moga urusan dan niat murni ini dipermudahkan. 

Prinsip Cik Na Na bekerja adalah...bukan Sekadar Bayaran semata-mata...tetapi setiap yang diusahakan itu mesti, perlu dan Wajib lebih daripada bayaran yang kita dapat. Biar kerja lebih tak mengapa.....bukan untuk tunjuk bagus...tetapi tak salah kalau buat sesuatu dengan TERBAIK. At least..kalau kita dah tiada di situ pun...kita masih meninggalkan sesuatu kebaikan di situ. Walau tidak disebut...tetapi selagi ia mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling yang masih tinggal pun.. Alhamdulillah... Hal ini kerana..saya bekerja kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA. 

Emmm....apa lagi yer nak tulis.. Banyak sangat dah ni... Ok ni last membebel... Nantikan hupdate yang meletopssss lagi marveles untuk Ungu Lavender House dan Lavender Hijab Stylish. Pada yang tak tau lagi... Lavender Hijab Stylish ni new page yang Cik Na Na create untuk promote about hijab sahaja.... Masih dalam proses penambahabaikan. Nampaknya makin banyak lagi la kerja pas nih... In Sha Allah akan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin... Amin....

K sekian untuk kali ini.... Jumpa lagi next entry yer.... Nak siap-siap untuk minum petang.. sat lagi Incik Bb pulang.. Malam ni nak dinner together-gether...sempena besday My Incik Bb tersayang tu... K kat bawah ni ada gambar Cik Na Na wif My Incik Bb... Hepi Besday Chinta Hatiku.. Semoga Cinta dan Kasih Sayang Kita sentiasa dalam Restu Keluarga dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah... Love You till Jannah... Amin.... (^___________^)y

Sayang Kamu Plus Plus Plus.....

Tuesday, February 25, 2014

Dating @ Joging @ Taman DR

Dah lama rasanya tak berblogging...so malam ni kita kasi taip satu citer yang terjadi pada ahad yang lalu. Emmm....al-kisahnya jeng...jeng....jeng...kami merajinkan diri untuk ke Taman DR @ Taman Dr. Seenivasagam. Yela...impian untuk berdating di taman sambil-sambil beriadah memang dah tercetus sejak dari hari pertama kami bernikah rasanya. Huh...after setahun 5bulan 1minggu barulah kami berjaya merealisasikan impian tersebut..

Actually kami bukan malas yer tetapi terlalu sibuk dengan macam-macam hal tu sebab tak sempat nak g taman untuk berdating.. Tu sebab...makin sihat walafiat kedua-duanya. Emmm...first time dating macam ni..macam best jer... So next planning kita p dating ke taman-taman lain lak ekkkk... Aktiviti yang membahagiakan lagi menyihatkan..

Aktiviti Cik Na Na...jalan-jalan sambil tangkap gambar... Huhuhu... Ok lah..at least kuar gak peluh kan? Daripada duk memerap kat rumah menonton DVD sambil baring dan makan kudap-kudap...lagilah tak bagus... Cehhh....hari ni baru cakap tak bagus...padahal selama ni ok jer... Tetapi bagi pihak Incik Bb..beliau sangat gigih berjoging.. Good job..my dear... Dia berjoging pusing keliling taman..Cik Na Na ditinggalkan di Taman Jepun untuk survey tempat cantik untuk posing.. So bila Incik Bb bis joging... Lalala...masa untuk posing dan amik gambar....

Ok..bagi yang tak tahu.....Taman DR ni terletak berhadapan dengan Klinik Greentown Ipoh dan berhampiran dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun dan juga Pejabat Pendidikan Kinta Utara... Kat kawasan tu ada taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, Taman Jepun, dan macam-macam la.. Kawasan yang agak luas. Selain berjoging..orang ramai boleh menyewa basikal untuk pusing-pusing taman tu (next time nak naik basikal lak). Di samping tu, sesuai gak dijadikan lokasi untuk wedding outdoor photoshoot. Memang cantik dan best la dapat jalan-jalan pada waktu petang.... Dapat menghirup udara petang yang tenang lagi mendamaikan di samping melihat pelbagai kerenah manusia.. 

In Sha Allah..next time leh p sana lagi.. Next plan di Tasik Universiti Teknologi Petronas lak... Tu pun tempat best gak dating...leh lepak tepi tasik dan tengok matahari terbenam.. Sweet moment together-gether gitu.. So as usual..adalah beberapa gambo yang diambil semasa berdating tu... Jom layannnnnn..... (^_________^)y

Incik Bb gigih joging
Taman Jepun..tempat daku ditinggalkan di kala Incik Bb joging
Permandangan tasik di Taman Jepun
Tenangkan suasana kat taman nih... Best... ^_^
Posing ckit
Terserlah ketembaman daku
Impian nak kurus macam dolu2 balik tau... -__-
Merenung masa depan... hikhik...
Kami
Cantik bunga kemboja pink nih kan???
Pas jalan-jalan jom mamam ais krim...
Huhuhu...macam mana la nak kurus kan..
Penat excersice telan ais krim lak... ^_^
Gambar tambahan ^_^
Sekali imbas dah macam Tengku Adam Kamil @ Keith Foo la...
Penangan cerita Ariana Rose
K sekian entry untuk kali nih.. Finally post gak setelah beberapa minggu terperap dalam draft. Nak tidur jap b4 Zuhur. Tersangat sleepy dah nih.. Dah ting tong hotak ku ini.. Nak muntah pun ada.. K jumpa lagi on next entry... Banyak nak share..banyak nak story.. Tapi masa tersangat cemburu untuk berblogging nih.... Jom tidur...  (-_____ -) zZZZZzzzzzz.

Thursday, February 20, 2014

Rahsia Honeymoon - Bagaimana Mengekalkannya...

Tajuk asal artikel di bawah ni adalah 'SELERA HONEYMOON – BOLEH MENGELAK CURANG & PENCERAIAN?'. Sumber artikel dari fesbuk WARGA PRIHATIN.  Tapi disebabkan terlalu panjang dan sarat sangat artikel tersebut dan Cik Na Na just nak tekankan mengenai honeymoon jer... tu yang ambil separuh sahaja. Sekadar berkongsi tips untuk mengharmonikan lagi rumahtangga. Jika nak baca artikel penuh boleh klik link Warga Prihatin di atas ni yer... So jom kita baca dan cuba praktikkan apa yang dikongsi dalam enrty kali ini. Semoga mampu memberi manfaat buat semua... (^________^)y

Sumber : Goggle

Honeymoon adalah antara kemanisan dalam perkahwinan. Ia mengaitkan hubungan intim yang disuburkan dengan memuncaknya rasa sayang dan hormat menghormati di antara pasangan baru suami isteri. Masing-masing masih ayu, cantik dan kacak bergetah lagi waktu itu, tidak nampak sangat kekurangan yang ada. Kaya miskin, darjat pangkat semua tolak tepi.

Dari komen isu curang ini juga ramai yang mengatakan bahawa antara sebab isteri dan suami curang adalah kerana kurang berkesannya hubungan intim. Pengalaman kami menunjukkan fenomena yang sama, namun itu tidaklah meliputi semua sebab musabab gejala curang ini. 

Buktinya, cuba perhatikan betapa ramainya artis JELITA, isteri pemimpin dan jutawan KAYA YANG CANTIK MOLEK telah bercerai di awal usia. Mengapa ada yang bercerai seminggu selepas bernikah, bahkan ada yang talak 3. Jadi bagi anda yang mengatakan penceraian berlaku kerana asbab merudumnya kecantikan, soal kemiskinan, kurang upaya dan sebagainya, mari kita kaji semula.

Secara dasarnya, memanjangkan ‘mode honeymoon’ adalah dengan mengembalikan semula kemesraan bersama pasangan kita. Perenggan berikut ini ingin kami senaraikan beberapa tips untuk memanjangkan kemesraan dan kasih sayang bersama pasangan kita.

• Singkap semula KENANGAN SEWAKTU MUDA – Contohnya selalu-selalulah membelek semula gambar nikah, gambar sewaktu bercinta atau sewaktu bertunang dahulu. Bacalah semula surat cinta, hadiah dan kad-kad ucapan yang lama.

• Letakkan GAMBAR PASANGAN yang terpilih di peralatan peribadi kita seperti dalam wallet, wallpaper desktop komputer, smartphone, keychain dan sebagainya. Pasangan kita akan sentiasa merasa bangga dan besar hati melihat semua itu. Lakukanlah ia dengan ikhlas, jangan jadikan itu satu penyamaran hanya untuk mengaburi pasangan kita sahaja.

• Jika ada, silalah ‘ulang tayang’ KATA KUNCI CINTA antara kita dengan pasangan masing-masing sewaktu mula berkenalan dan berumahtangga dahulu. Yang itu hanya kita sahaja yang tahu. Ia boleh jadi ganti nama panggilan, rangkap pantun, nasyid atau lagu-lagu kenangan dan sebagainya. 

• SUBURKAN KEMESRAAN DALAM PERHUBUNGAN dengan habit saling sapa menyapa, tanya menanya, usik mengusik dan bergurau senda. KIRIMLAH MESEJ harian atau ucapan khusus melalui whatsapp, sms, kad ucapan, email atau apa sahaja untuk menybur semula hubungan cinta.

• PIKAT MEMIKATLAH dengan pasangan kita sepertimana kita memikat mereka sewaktu mula bercinta dan berumahtangga untuk menaikkan minat HUBUNGAN INTIM. Kami setuju dengan beberapa komen pembaca yang menganjurkan agar isteri harus sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berhias seksi bagi memikat selera suami. Bermanja-manjalah dengan suami. Jangan mudah mengalah dan putus asa bila suami tidak layan, mungkin kerana letih, runsing atau ‘kurang upaya’ buat seketika. Beri pembayang pada pasangan seperti buatkan ‘tongkat ali’, telur separuh masak dan madu dan sebagainya. Suami juga boleh fikirkan cara yang sama.

KESIMPULAN 
Kami tidak mampu kongsikan semua tips memanjangkan honeymoon ini. Yang penting bagi kami ialah untuk menyedarkan akan keperluannya dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pasangan masing-masing dan mengelakkan penceraian. Lain padang lain belalang. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk tujuan itu. Masing-masing carilah jalan untuk berusaha mendekatkan diri kepada fitrah yang telah diciptakan Allah. 

BAGI PARA ISTERI, jika waktu honeymoon dulu kita berhias untuk suami, janganlah berhenti berhias. Nampakkan kesungguhan kita memikat suami, biar MENYERLAH bila di bilik tidur, jauh lebih menyerlah dari solekan kita waktu pergi kerja. Banyakkan senyuman dan sentuhan. Ingatlah selepas akad nikah dahulu kita tunduk, kita cium tangan suami. Kekalkanlah fitrah kepatuhan ketika honeymoon itu. Jangan sekali-kali berkata AH dan menderhakai suami dalam apa cara sekalipun. Itulah cara Islam, itulah cara sejahtera membina syurga.

Dahulu kita hias lengkap hidangan dan pakaian suami, kita kemas tempat tidur dan pakai pewangi, kita jaga tubuh seksi dan berlunak suara pada suami. Kekalkanlah romantik itu, biarpun usia sudah lanjut. Jangan bimbang tubuh yang kedut mengecut kerana suami anda juga mungkin sudah lesot. Lihatlah pasangan cantik bergetah yang berpusu-pusu memohon cerai itu. Bukankah tubuh dan wajah mereka semua cantik dan tegang? Mengapa masih bercerai? Jelaslah bahawa kesungguhan dan kreativiti usaha melayan itu yang menjadikan ianya memikat pasangan kita.

BAGI PARA SUAMI, carilah rahsia keintiman isteri anda. Kita semua sudah baca luahan para isteri akan ketidakpuasan mereka atas layanan suami masing-masing. Berusahalah dengan kreatif untuk memberikan kepuasan kepada mereka. Rujuk artikel sebelum ini. Kajian menunjukkan wanita jadi sangat pemurah dan lunak SELEPAS menerima hak batinnya, tidak seperti lelaki yang lunaknya SEBELUM melakukan hubungan intim. Kenal pastilah di mana ‘kelemahan nafsu’ isteri anda, di mana nak cubit, mana nak gigit, mana nak usap, mana nak hisap! Penuhilah keperluan isteri dan berbuat baiklah. Jangan sekali-kali ‘memperkosa’ isteri secara halal. (QS: 4:19, 4:34, 65:6).

Fitrah suami itu berilmu dan patuh kepada perintah Allah dalam memimpin keluarga. Jadilah imam yang jelas (IMAMIMMUBIIN), dengan ilmu quran yang jelas (QUR’ANUMMUBIIN) dan sampaikanlan ilmu kepada pasangan dengan jelas (BALAGHULMUBIIN). Apabila suami dan isteri MEMAHAMI dengan fahaman yang satu, pastinya kurang SALAH FAHAM yang menjadi batu api neraka rumah tangga.

Jangan ikut saranan kami jika anda tidak suka, kerana Islam bukanlah agama paksa. Hanya dengan ilmu dan kefahaman yang jelas sahaja kita akan menjadi benar-benar suka sampai ke tahap terpaksa, bukan dipaksa. Selamat mencuba bagi yang ‘suka’.

Kudap munakahat

Sumber : Goggle

~~~ Selamat Beramal ~~~ 

Friday, February 14, 2014

Perjalanan Tragis Si Kacak

Ishk..tengok tajuk macam dahsyat jer citernya.. Tapi bila baca memang dahsyat pun.. Bak kata pepatah omputeh...'No Pain, No Gain'. Pepatah Melayu lak...'Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian'. Membaca kisah perjalanann hidup Keith Foo mengingatkan diri kalau nak berjaya even dalam apa pun bidang, kena banyak berusaha dan kadang-kadang kena tebalkan muka untuk berusaha demi menjadikan mimpi serta impian kita suatu kenyataan. Jadi jom baca kisah perjalanan hidup beliau.. Sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.. Mana yang baik dijadikan contoh dan pengajaran untuk kita terus memperbaiki kehidupan.. Sumber : Utusan Malaysia 

Keith Foo
Sumber : Goggle

MENGGUNAKAN formula yang berbeza daripada pelakon lain, dia memilih untuk mengukuhkan namanya di luar negara sebelum mengambil keputusan kembali ke negara sendiri. Selama 10 tahun berusaha memahat namanya di dalam industri perfileman Indonesia, kisah kejayaannya di sana tidak berakhir begitu sahaja.

Mengambil inisiatif berbeza, dia memilih untuk kembali merasai keperitan yang pernah dilaluinya. Kali ini, tanah tumpah darah sendiri jadi pertaruhan dan dia kembali bukan dengan riak dan gaya pelakon tersohor yang popular, sebaliknya bermula daripada ‘kosong’ semula.

Dua tahun lalu nama Keith Foo,31, masih lagi asing dalam diari pilihan peminat drama tempatan. Bagaimanapun kemunculannya dalam drama bersiri Ariana Rose mula mempamerkan kelebihan jejaka kacak ini dalam kegemilangan watak sebagai anak bangsawan, Tengku Adam.

Cuba mengenali siapa sebenar Keith Foo tanpa pancaran gaya selebriti, dia memberitahu kehidupan kecilnya bermula dengan deruan kereta api.

“Saya dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Hidup dalam suasana kampung dengan latar belakang masyarakat berbilang bangsa, saya begitu selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Jujurnya keluarga saya bukanlah dari golongan yang berada. Ibu saya hanya membuka sebuah kedai makan dan ayah pula kontraktor biasa sahaja, kehidupan kami sederhana tetapi bahagia," katanya, memulakan cerita.

Teruja bercerita kaitan hidupnya dengan kereta api, pengangkutan popular itu sudah menjadi nadi buat kehidupan keluarganya sejak turun temurun.

“Semua tahu memang Gemas terkenal dengan Stesen Kereta Api Gemas. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan stesen itu kerana membantu ibu yang membuka sebuah kedai makan di sana.

“Selain itu juga, pak cik saya sehingga kini masih mengusahakan perniagaan yang sama di stesen berkenaan. Kalau diikutkan hubungan keretapi dengan keluarga saya sangat rapat. Sewaktu zaman datuk saya dahulu, mereka menjadi tukang masak untuk penjajah British.

“Menggunakan kereta api, makanan yang dimasak datuk saya akan dihantar ke Singapura. Tidak dilupakan ayah saya juga merupakan kontraktor yang menyelenggarakan laluan kereta api. Itulah sedikit sebanyak kaitan kereta api dengan nostalgia masa lalu saya," katanya yang begitu fasih kala diajak berbicara tentang fakta sejarah, terutamanya tentang Gemas itu sendiri.

Tidak kisah sekiranya ada yang mahu menggelarkan dirinya sebagai budak kampung, menurut Keith sejak kecil lagi hubungan dengan penduduk di kawasan rumahnya memang baik. Malah sehingga ke hari ini juga, hubungan itu tidak pernah terhalang walaupun dengan status selebriti yang dibawa.

“Memang saya dibesarkan di kampung, malah ibu bapa saya sendiri selesa untuk terus berada di Gemas memandangkan semua saudara mara kami masih berada di sana. Selain itu, hubungan baik antara jiran membuatkan keluarga saya selesa untuk tinggal di kampung sahaja.

“Zaman kecil, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, jadi dari situ hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat. Jujurnya tiada apa yang membezakan kami, mengambil kesempatan itu saya selalu bertutur dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini juga saya mampu menguasai beberapa dialek termasuk dialek Negeri Sembilan," katanya.

Keith merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Dia dan abang-abangnya memang terkenal dalam bidang sukan, malah sehingga ke hari ini juga sukan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya. Pada zaman persekolahan dia pernah mewakili Negeri Sembilan dalam permainan bola tampar dan antara atlit sekolah yang sangat aktif membawa nama sekolahnya ke gelanggang persaingan.

“Memandangkan kawasan Gemas itu agak kecil jadi memang kami adik-beradik agak terkenal kerana aktif bersukan. Saya pernah menjadi kapten pasukan bola tampar di sekolah. Malah pernah juga mewakili Negeri Sembilan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan setakat bola tampar, saya juga sangat aktif dalam sukan lain seperti lumba lari. Bagaimanapun selepas tamat sahaja sekolah aktiviti sukan saya mula terbantut dengan tugasan harian lain. Cumanya saya akan pastikan badan saya tetap berpeluh dengan bermain futsal setiap minggu dengan kawan-kawan," katanya.

Dari Hong Kong ke Indonesia
Diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya, Keith memberitahu dia pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bagaimanapun perasaan meluap-luap untuk bergelar model menyebabkan dia meninggalkan pengajian dan mengejar apa yang diimpikan sehingga bertapak di Hong Kong selama setahun.

“Bila saya dapat peluang ke Hong Kong, saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon kerana pada waktu itu saya hanya ditawarkan untuk bidang peragaan. Malangnya, fizikal saya yang lebih rendah daripada model lain menyebabkan saya hanya berakhir sebagai model iklan sahaja.

“Bagaimanapun dalam tempoh setahun itu banyak yang saya belajar, sebab itu saya ambil keputusan untuk ke Indonesia pula. Saya mencuba nasib di Indonesia bermula dalam bidang peragaan dan kemudian ke dunia lakonan," katanya.

Ternyata tempoh dua tahun berada di tanah seberang benar-benar menguji kekuatan Keith. Tanpa bergantung kepada sesiapa dia mula mencari laluan sendiri. Ternyata dengan kemunculan muka baharu setiap hari menyebabkan keadaan industri di sana agak sesak sehingga menyebabkan dia terpaksa berusaha dua kali ganda.

“Di sana kita tahu, bakat sangat ramai untuk memenuhi ruang media. Sebab itu masing-masing perlu ada inisiatif sendiri. Macam saya sendiri yang hadir pelakon luar, dengan kekurangan bahasa memerlukan usaha itu berkali ganda daripada mereka.

“Setiap hari selama dua tahun saya akan pergi sendiri ke setiap produksi bertanyakan peluang kerja. Kalau ikutkan memang perlu tebalkan muka, tetapi itulah cara kelangsungan hidup yang perlu saya dan semua bakat baharu lakukan," katanya.

Tidur di lantai
Sejujurnya, apa yang digapai hari ini adalah hasil daripada keperitan hidup yang dilalui masa lalu. Sepanjang berada di negara orang, bertubi-tubai masalah mendatang, ia tidak sedikit pun melemahkan dirinya. Keith sebaliknya berasa dia sangat bertuah untuk melalui perkara tersebut. Dalam tempoh yang perih pedih itu, banyak mendewasakan dirinya dalam pelbagai cara.

“Saya diuruskan seorang ejen, bagaimanapun dia tidak uruskan saya seorang kerana ada beberapa lagi bakat baru di bawah jagaannya. Memandangkan agensi dan rumah berada di lokasi yang sama, jadi kami hanya akan tidur di ruang tamu rumah ejen tersebut. Saya selalu tidur di lantai, kalau lambat sampai ke rumah.

“Selama dua tahun di rumah itu, rutin tidur saya hanya akan berakhir di lantai ataupun sofa. Kalau saya pulang awal, saya dapat tidur di sofa. Bagaimanapun selalunya saya lebih banyak tidur di atas lantai, beralaskan sehelai kain sahaja kerana saya selalu lewat pulang ke rumah kerana penggambaran akan habis lewat malam," katanya tanpa segan menceritakan pengalaman lalu.

Masanya juga banyak dihabiskan dengan membuat panggilan telefon ke setiap agensi peragaan. Hampir setiap hari, dia sendiri akan bertanya apakah agensi-agensi terbabit ada membuat sesi ujibakat untuk model iklan atas permintaan pelanggan iklan mereka.

“Setiap pagi, itulah tugas saya. Angkat telefon dan tanya kepada agensi “Hello, hari ini kamu ada buat casting? Nama saya Keith Foo, saya minat nak buat sesi casting. Hari-hari saya akan telefon bertanya. Kalau ada, saya akan naik 'bajaj' (teksi popular di Indonesia) dan terus pergi ke agensi terbabit. Kalau nasib baik diterima, jika tidak saya kena tunggu peluang seterusnya. Begitulah jalan sukar yang saya lalui suatu masa dahulu," katanya.

Tidak terkesan dengan pengalaman pilu yang dilalui, menurut Keith selepas 10 tahun dia sangat bersyukur diterima dengan baik peminat di sana. Malah sehingga saat ini juga dia sudah berlakon dalam lapan buah filem Indonesia.

Tuesday, February 11, 2014

10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesema, Demam

Kat bawah ni ada tips untuk anda yang senasib dengan Cik Na Na yang sedang mengalami masalah badan panas, selesema dan demam. Ada 10 jenis makanan semuanya...so pilihlah mana satu yang berkenan di kalbu.. If nak try semua pun boleh..tapi apa-apa jadi tanggungjawab sendiri yer... Tips ni adalah sumber dari penpatah.blogspot.com. So jom baca dan ikhtiar. Yela selain makan ubat moden try alternatif lak k... 

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

1) Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

2) Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

3) Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

4) Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

5) Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

6) Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

7) Anise Seeds / Jintan
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

8)Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

9)Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Haa...ada 9 ramuan jer rupanya yang blog tu tulis. Emmm...yang ke-10 elok la bebanyak minum barli pun ok gak. Mampu menyejukkan badan. Di samping itu, teruskan berdoa supaya cepat sembuh yer... Ala lagipun bukan selalu sakit pun.. So redha dan terima sahajalah sakit nih. Allah sayang kita...tu sebab dia bagi kita sakit supaya kita ingat kat Dia... (^__________^)y

Makan banyak sayur-sayuran coz baik untuk kesihatan ^_^
Sumber : Goggle

Monday, February 10, 2014

100 Dinar Emas

Just santai idea come up dalam minda malam-malam nih.  Dalam citer Ariana Rose tadi, Madam Ariana ada tanya kepada Tengku Adam kenapa bagi 100 Dinar Emas? Huhuhu....disebabkan tertarik dengan soalan itu. So mula la aktiviti google and search untuk mencari nilai 100 Dinar Emas tu??? Almaklum la bukan reti sangat nak kira emas nih.. Kalau setakat pakai tu pandai la.. Berdasarkan sumber daripada www.hargaemas.com.my  Ni la anggaran nilaian emas yang diberi oleh Tengku Adam kepada Ariana Rose. Kalau la betul-betul..alangkah BAHAGIA dan BERUNTUNG nya ++++ KAYO mok cik......

Tahu kah anda !!!

1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berurusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!
Tahun wawasan 2020 pula ?

So harga 100 dinar emas sekiranya menggunakan nilaian harga Feb 2013 seperti tertera di atas adalah 100 x RM 730.00 = RM73,000.00. Huisk...kayo mak cik kayo... Tu nilaian Feb 2013. Sekarang dah Feb 2014. Mau dah jadik 1 dinar = RM850.00 ker... Logik tak???? Kayo..kayo..kayo..... Tapi the best word untuk situasi sekarang bak kata Awi Rafael & Altimet 'Kalau Aku Kaya' la.... K la nak rehat balik... Rasanya demam dah kebah tinggal selesema je lagi, so esok In Sha Allah boleh kerja dah..... (^____________^)y

Scene Nikah ' Ariana Rose'
Sumber : Goggle

Friday, February 7, 2014

Jangan Sombong

Tetiba lak tingin nak citer tentang topik ni. Cuba duduk seketika dan renung kembali siapa diri kita.??? Adakah kita ni terlalu sempurna sehingga kadang-kadang kita merendahkan orang lain. Adakah kita terlalu bagus sehingga tidak nampak kelebihan orang lain? Adakah kita rasa kita dah buat yang sepatutnya mengikut Syariat sehingga kita boleh mempertikaikan amalan orang lain? Tepuk Dada..Tanya Iman.... Apa yang penting saling menasihati bukan menghamburkan kata-kata negatif. Di samping itu berdoa semoga insan-insan tertentu mendapat Hidayah dari Allah SWT untuk berubah. Ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwah, baginda menyampaikan dengan penuh hikmah. Oleh itu, siapalah kita untuk merendah-rendahkan dan mempertikaikan orang lain??????


Di sini ada sedikit perkongsian mengenai '7 Jenis Sombong yang Dilaknat Allah'.. Sumber artikel ini dipetik dari blog Rahman Hatim. 

1.Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim) 

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.." 

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman Ayat 018 ) 

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

FIRMAN ALLAH SWT: Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 ) 

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

FIRMAN ALLAH SWT : Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 ) 

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

FIRMAN ALLAH SWT : Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 ) 

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. 

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

FIRMAN ALLAH SWT : Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

~~~ Sekadar Renungan Bersama~~~