Bunga Berguguran

Saturday, March 22, 2014

Jom Kenali Jenis-jenis Tepung

Dah lama tak berblogging...... tetiba hari tulis entry tentang 'TEPUNG' la pulak yer... Bukan apa sekadar panduan kepada pembaca-pembaca yang baru berjinak-jinak join dunia bakery ni.. Nak gtau korang yang kat kedai bakery tu ada macam-macam jenis tepung dan yang pastinya setiap jenis tepung tersebut ada fungsi tersendiri. Jangan main taruk jer tepung ikut sesuka hati.. Nanti tak jadi kek you olls ok.... 

Kat bawah ni ada 19 jenis tepung yang antaranya ada di pasaran dan jom sama-sama belajar dan memahami setiap fungsi bagi jenis-jenis tepung tersebut... .

1)Tepung Serbaguna / Tepung Gandum / Plain Flour
Plain Flour
Tepung paling common dekat Malaysia. Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat. Murah pun murah. Tepung ni antara tepung yang wajib ada di rumah. Fungsinya boleh buat macam-macam dari tepung ni. 


2)Tepung kek / Superfine Flour / Soft Flour / Tepung Berprotein Rendah
Tepung kek
Kalau korang nak tau, tepung ni selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour". Tepung ni sangat halus. Tapi boleh je kalau tak nak beli ni, just ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastard dan ayak sebanyak 3 kali. Result dia nanti akan sama je dengan tepung superfine ni. 


3)Tepung Naik Sendiri / Self Raising Flour
Tepung Naik Sendiri
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat. Kalau dalam resepi mintak tepung ni, dan kita tak ada stok tepung ni kat rumah. Boleh gantikan dengan 250gram (2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan (rata) baking powder. Kemudian ayak.


4)Tepung Berprotein Tinggi / Bread Flour / Hard Flour / Strong Flour

Tepung Berprotein Tinggi
Kalau nak buat pastries macam roti ke, pizza ke, donut ke kena pakai tepung tau. Ia akan menghasilkan aduana yang lembut lagi gebu gitu. Sebabnya tepung ni ada tahap gluten yang tinggi, jadi ia akan menganjalkan dough kita.Tapi harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum biasa.


5)Tepung Berprotein Rendah / Tepung Pau
Tepung Pau
Tepung berprotein rendah ni sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau, sponge cake, genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia ni,orang selalu beli brand Blue Keys takpun Nona.


6)Tepung Red Rose / Tepung Biskut / Tepung Top / Tepung Cookies
Tepung Biskut
Tepung ni diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup. So disarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut, sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad
Tepung Kastard
Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek. Selalunya tepung ni digunakan bila nak buat krim kastad, triffle,etc. Kalau tepung jagung tak da, boleh gantikan dengan tepung kastad ni sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung
Tepung Jagung
Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan. Kita selalunya letak bila nak buat bubur, kuih dan biskut. Kalau letak dalam kek comfirm kek tak jadi yer.. Cik Na Na dah terkena dah sekali.. Nanti resipi kek yang Cik Na Na share ada tepung jagung...kita akan betulkan balik yer.... 


9)Tepung Beras / Gluten-Free Flour
Tepung Beras
Tepung ni confirm lah buat dari beras. Sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras". Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampailah halus. Kita guna banyak tepung ni bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng! serta kuih-muih zaman dulu2 macam kuih apam, kuih lapis dan tepung talam.


10)Tepung Pulut / Glutinous Rice Flour

Tepung Pulut
Tepung nie tak buat di Malaysia. Tetapi diimport daripada Thailand. Jangan salah tengok tau, coz cover plastic tepung ni sama je dengan tepung beras. Macam biasa, tepung ni penting untuk buat kuih-muih tradisional.Fakta buku: Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E, B. Ia turut memudahkan pencernaan dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Tepung Krimer
Di Malaysia, brand yang famous adalah Coffe-mate. Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tu berlemak sikit. Setengah orang mengggunakannya untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong / Water Lily Flour
Tepung Hong Kong
Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung ni cepat rosak, cepat berkulat atau berkutu. Kalau nak buat pau,t epung ni paling top. Selain tu..nak buat kek lapis pun sesuai pakai tepung nih... 


13)Tepung Hoen Kwee
Tepung Hoen Kwee
Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya, tepung ni guna untuk buat kuih muih terutama di Indonesia. Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.


14)Tepung Wholemeal / Tepung Atta
Tepung Wholemeal
Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat. Ia diperbuat daripada serat gandum yang tak hancur . Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! Nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung ni, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa kalau pakai tepung ni jer.


15)Tepung Ubi
Tepung Ubi
Sangat berguna nak liatkan adunan, tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu
Tepung Sagu
Asal tepung ni dari bahagian tengah pokok sagu, kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung. Selalunya tepung sagu ni digunakan untuk menghasilkan bubur, lempeng dengan keropok. Fungsinya sama dengan tepung ubi.


17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake
Tepung Optima
Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula. Kita tinggal campurkannya dengan telur, air, mentega dan pukul sampai pekat. Sesuai untuk membuat kek keju. Menyenangkan kerja gitu.... 


18)Tepung Kacang Hijau

Tepung Kacang Hijau
Tepung ni digunakan untuk membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie
Tepung Biskut Marie
Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak. Banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis...

Huh....dah fahamkan semua...jenis-jenis tepung.. Nanti bila godek-godek resipi di blog-blog @ buku resipi tu.. Idak lah terkejuz tengok nama-nama tepung yang ditulis.. At least..perkongsian ni boleh menambahkan input pengetahuan kita mengenai dunia bakeri. Membuat kek ni memang best... Kalau jadi dengan cantik, gebu dan marvelouss la.. If tak jadik kan...menyakitkan hati dan membazir jer... So gud luck semua... (^________^)y


Friday, March 7, 2014

Wah....Rindunya.....!!!!!!!!

Lama bebenor rasanya tak hupdate blog kesayangan nih.... Huhuhu...padahal baru 2minggu je pun.. Macam-macam dah terjadi dalam tempoh 2minggu nih. Apa yang pasti.....telah berlaku perubahan sehingga 360 darjah dalam hidup Cik Na Na tau.. Haru biru +++ tunggang langgang +++ hot story.....sehot gossip Hanez Suraya....you... 

Kisahnya bermula dari saat Cik Na Na hantar  Notis Berhenti Kerja pada 21 Februari yang lalu, Mencari Kerja Baru, Dapat Kerja Baru & Situasi Kerja Baru yang Maha Mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi... Namun yang pasti...kerjaya baru ni..even menyakitkan anak tekak dan peti suara.....tetapi yang pasti ada sedikit rasa happy dan bangga di situ... Nak tau kerja apa??? Tunggu...nanti kita hupdate yer.. Entry ni hanya sekadar 'highlight' jer untuk perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2minggu ini... 

Pastu ada kisah...farewell untuk Cik Na Na dan kawan-kawan lain.. Tu Part 1. Dengar citer ada satu lagi..ni Part 2 untuk kawan-kawan yang lain lak.. Yela..hari tu korang datang my farewell.... Pas ni I datang you all punya farewell lak k.... Usah takut berubah...kerana di setiap perubahan itu diiringi dengan rezeki dan kehidupan baru yang In Sha Allah jauh lebih baik daripada yang kita nikmati sebelum ini... Part paling best...nanti kita share hadiah-hadiah Cik Na Na dapat k.. Emmmm...namanya berpisah tempat kerja..tetapi kita tetap leh berjumpa lagi yer.. Ala-ala bukan jauh pun Ipoh dengan Kampar.. Hasilnya...kisah semalam di Aeon Jusco Kinta City, Ipoh. Next time plan tempat lain lak k... ^_^y

Mengenai kerjaya baru...banyak nak kena catch up.. Bukan mudah....even bekerja hanya dari 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.. Tanggungjawabnya tersangatlah berat. Yela...nak bagi dorang faham macam kita faham tentang sesuatu perkara itu bukan mudah. Terutamanya dalam subjek kegemaran ramai... So kena kreatif dalam memberikan idea dan penyelesaian pada dorang nih... Moga-moga urusan dan niat murni ini dipermudahkan. 

Prinsip Cik Na Na bekerja adalah...bukan Sekadar Bayaran semata-mata...tetapi setiap yang diusahakan itu mesti, perlu dan Wajib lebih daripada bayaran yang kita dapat. Biar kerja lebih tak mengapa.....bukan untuk tunjuk bagus...tetapi tak salah kalau buat sesuatu dengan TERBAIK. At least..kalau kita dah tiada di situ pun...kita masih meninggalkan sesuatu kebaikan di situ. Walau tidak disebut...tetapi selagi ia mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling yang masih tinggal pun.. Alhamdulillah... Hal ini kerana..saya bekerja kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA. 

Emmm....apa lagi yer nak tulis.. Banyak sangat dah ni... Ok ni last membebel... Nantikan hupdate yang meletopssss lagi marveles untuk Ungu Lavender House dan Lavender Hijab Stylish. Pada yang tak tau lagi... Lavender Hijab Stylish ni new page yang Cik Na Na create untuk promote about hijab sahaja.... Masih dalam proses penambahabaikan. Nampaknya makin banyak lagi la kerja pas nih... In Sha Allah akan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin... Amin....

K sekian untuk kali ini.... Jumpa lagi next entry yer.... Nak siap-siap untuk minum petang.. sat lagi Incik Bb pulang.. Malam ni nak dinner together-gether...sempena besday My Incik Bb tersayang tu... K kat bawah ni ada gambar Cik Na Na wif My Incik Bb... Hepi Besday Chinta Hatiku.. Semoga Cinta dan Kasih Sayang Kita sentiasa dalam Restu Keluarga dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah... Love You till Jannah... Amin.... (^___________^)y

Sayang Kamu Plus Plus Plus.....

Tuesday, February 25, 2014

Dating @ Joging @ Taman DR

Dah lama rasanya tak berblogging...so malam ni kita kasi taip satu citer yang terjadi pada ahad yang lalu. Emmm....al-kisahnya jeng...jeng....jeng...kami merajinkan diri untuk ke Taman DR @ Taman Dr. Seenivasagam. Yela...impian untuk berdating di taman sambil-sambil beriadah memang dah tercetus sejak dari hari pertama kami bernikah rasanya. Huh...after setahun 5bulan 1minggu barulah kami berjaya merealisasikan impian tersebut..

Actually kami bukan malas yer tetapi terlalu sibuk dengan macam-macam hal tu sebab tak sempat nak g taman untuk berdating.. Tu sebab...makin sihat walafiat kedua-duanya. Emmm...first time dating macam ni..macam best jer... So next planning kita p dating ke taman-taman lain lak ekkkk... Aktiviti yang membahagiakan lagi menyihatkan..

Aktiviti Cik Na Na...jalan-jalan sambil tangkap gambar... Huhuhu... Ok lah..at least kuar gak peluh kan? Daripada duk memerap kat rumah menonton DVD sambil baring dan makan kudap-kudap...lagilah tak bagus... Cehhh....hari ni baru cakap tak bagus...padahal selama ni ok jer... Tetapi bagi pihak Incik Bb..beliau sangat gigih berjoging.. Good job..my dear... Dia berjoging pusing keliling taman..Cik Na Na ditinggalkan di Taman Jepun untuk survey tempat cantik untuk posing.. So bila Incik Bb bis joging... Lalala...masa untuk posing dan amik gambar....

Ok..bagi yang tak tahu.....Taman DR ni terletak berhadapan dengan Klinik Greentown Ipoh dan berhampiran dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun dan juga Pejabat Pendidikan Kinta Utara... Kat kawasan tu ada taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, Taman Jepun, dan macam-macam la.. Kawasan yang agak luas. Selain berjoging..orang ramai boleh menyewa basikal untuk pusing-pusing taman tu (next time nak naik basikal lak). Di samping tu, sesuai gak dijadikan lokasi untuk wedding outdoor photoshoot. Memang cantik dan best la dapat jalan-jalan pada waktu petang.... Dapat menghirup udara petang yang tenang lagi mendamaikan di samping melihat pelbagai kerenah manusia.. 

In Sha Allah..next time leh p sana lagi.. Next plan di Tasik Universiti Teknologi Petronas lak... Tu pun tempat best gak dating...leh lepak tepi tasik dan tengok matahari terbenam.. Sweet moment together-gether gitu.. So as usual..adalah beberapa gambo yang diambil semasa berdating tu... Jom layannnnnn..... (^_________^)y

Incik Bb gigih joging
Taman Jepun..tempat daku ditinggalkan di kala Incik Bb joging
Permandangan tasik di Taman Jepun
Tenangkan suasana kat taman nih... Best... ^_^
Posing ckit
Terserlah ketembaman daku
Impian nak kurus macam dolu2 balik tau... -__-
Merenung masa depan... hikhik...
Kami
Cantik bunga kemboja pink nih kan???
Pas jalan-jalan jom mamam ais krim...
Huhuhu...macam mana la nak kurus kan..
Penat excersice telan ais krim lak... ^_^
Gambar tambahan ^_^
Sekali imbas dah macam Tengku Adam Kamil @ Keith Foo la...
Penangan cerita Ariana Rose
K sekian entry untuk kali nih.. Finally post gak setelah beberapa minggu terperap dalam draft. Nak tidur jap b4 Zuhur. Tersangat sleepy dah nih.. Dah ting tong hotak ku ini.. Nak muntah pun ada.. K jumpa lagi on next entry... Banyak nak share..banyak nak story.. Tapi masa tersangat cemburu untuk berblogging nih.... Jom tidur...  (-_____ -) zZZZZzzzzzz.

Thursday, February 20, 2014

Rahsia Honeymoon - Bagaimana Mengekalkannya...

Tajuk asal artikel di bawah ni adalah 'SELERA HONEYMOON – BOLEH MENGELAK CURANG & PENCERAIAN?'. Sumber artikel dari fesbuk WARGA PRIHATIN.  Tapi disebabkan terlalu panjang dan sarat sangat artikel tersebut dan Cik Na Na just nak tekankan mengenai honeymoon jer... tu yang ambil separuh sahaja. Sekadar berkongsi tips untuk mengharmonikan lagi rumahtangga. Jika nak baca artikel penuh boleh klik link Warga Prihatin di atas ni yer... So jom kita baca dan cuba praktikkan apa yang dikongsi dalam enrty kali ini. Semoga mampu memberi manfaat buat semua... (^________^)y

Sumber : Goggle

Honeymoon adalah antara kemanisan dalam perkahwinan. Ia mengaitkan hubungan intim yang disuburkan dengan memuncaknya rasa sayang dan hormat menghormati di antara pasangan baru suami isteri. Masing-masing masih ayu, cantik dan kacak bergetah lagi waktu itu, tidak nampak sangat kekurangan yang ada. Kaya miskin, darjat pangkat semua tolak tepi.

Dari komen isu curang ini juga ramai yang mengatakan bahawa antara sebab isteri dan suami curang adalah kerana kurang berkesannya hubungan intim. Pengalaman kami menunjukkan fenomena yang sama, namun itu tidaklah meliputi semua sebab musabab gejala curang ini. 

Buktinya, cuba perhatikan betapa ramainya artis JELITA, isteri pemimpin dan jutawan KAYA YANG CANTIK MOLEK telah bercerai di awal usia. Mengapa ada yang bercerai seminggu selepas bernikah, bahkan ada yang talak 3. Jadi bagi anda yang mengatakan penceraian berlaku kerana asbab merudumnya kecantikan, soal kemiskinan, kurang upaya dan sebagainya, mari kita kaji semula.

Secara dasarnya, memanjangkan ‘mode honeymoon’ adalah dengan mengembalikan semula kemesraan bersama pasangan kita. Perenggan berikut ini ingin kami senaraikan beberapa tips untuk memanjangkan kemesraan dan kasih sayang bersama pasangan kita.

• Singkap semula KENANGAN SEWAKTU MUDA – Contohnya selalu-selalulah membelek semula gambar nikah, gambar sewaktu bercinta atau sewaktu bertunang dahulu. Bacalah semula surat cinta, hadiah dan kad-kad ucapan yang lama.

• Letakkan GAMBAR PASANGAN yang terpilih di peralatan peribadi kita seperti dalam wallet, wallpaper desktop komputer, smartphone, keychain dan sebagainya. Pasangan kita akan sentiasa merasa bangga dan besar hati melihat semua itu. Lakukanlah ia dengan ikhlas, jangan jadikan itu satu penyamaran hanya untuk mengaburi pasangan kita sahaja.

• Jika ada, silalah ‘ulang tayang’ KATA KUNCI CINTA antara kita dengan pasangan masing-masing sewaktu mula berkenalan dan berumahtangga dahulu. Yang itu hanya kita sahaja yang tahu. Ia boleh jadi ganti nama panggilan, rangkap pantun, nasyid atau lagu-lagu kenangan dan sebagainya. 

• SUBURKAN KEMESRAAN DALAM PERHUBUNGAN dengan habit saling sapa menyapa, tanya menanya, usik mengusik dan bergurau senda. KIRIMLAH MESEJ harian atau ucapan khusus melalui whatsapp, sms, kad ucapan, email atau apa sahaja untuk menybur semula hubungan cinta.

• PIKAT MEMIKATLAH dengan pasangan kita sepertimana kita memikat mereka sewaktu mula bercinta dan berumahtangga untuk menaikkan minat HUBUNGAN INTIM. Kami setuju dengan beberapa komen pembaca yang menganjurkan agar isteri harus sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berhias seksi bagi memikat selera suami. Bermanja-manjalah dengan suami. Jangan mudah mengalah dan putus asa bila suami tidak layan, mungkin kerana letih, runsing atau ‘kurang upaya’ buat seketika. Beri pembayang pada pasangan seperti buatkan ‘tongkat ali’, telur separuh masak dan madu dan sebagainya. Suami juga boleh fikirkan cara yang sama.

KESIMPULAN 
Kami tidak mampu kongsikan semua tips memanjangkan honeymoon ini. Yang penting bagi kami ialah untuk menyedarkan akan keperluannya dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pasangan masing-masing dan mengelakkan penceraian. Lain padang lain belalang. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk tujuan itu. Masing-masing carilah jalan untuk berusaha mendekatkan diri kepada fitrah yang telah diciptakan Allah. 

BAGI PARA ISTERI, jika waktu honeymoon dulu kita berhias untuk suami, janganlah berhenti berhias. Nampakkan kesungguhan kita memikat suami, biar MENYERLAH bila di bilik tidur, jauh lebih menyerlah dari solekan kita waktu pergi kerja. Banyakkan senyuman dan sentuhan. Ingatlah selepas akad nikah dahulu kita tunduk, kita cium tangan suami. Kekalkanlah fitrah kepatuhan ketika honeymoon itu. Jangan sekali-kali berkata AH dan menderhakai suami dalam apa cara sekalipun. Itulah cara Islam, itulah cara sejahtera membina syurga.

Dahulu kita hias lengkap hidangan dan pakaian suami, kita kemas tempat tidur dan pakai pewangi, kita jaga tubuh seksi dan berlunak suara pada suami. Kekalkanlah romantik itu, biarpun usia sudah lanjut. Jangan bimbang tubuh yang kedut mengecut kerana suami anda juga mungkin sudah lesot. Lihatlah pasangan cantik bergetah yang berpusu-pusu memohon cerai itu. Bukankah tubuh dan wajah mereka semua cantik dan tegang? Mengapa masih bercerai? Jelaslah bahawa kesungguhan dan kreativiti usaha melayan itu yang menjadikan ianya memikat pasangan kita.

BAGI PARA SUAMI, carilah rahsia keintiman isteri anda. Kita semua sudah baca luahan para isteri akan ketidakpuasan mereka atas layanan suami masing-masing. Berusahalah dengan kreatif untuk memberikan kepuasan kepada mereka. Rujuk artikel sebelum ini. Kajian menunjukkan wanita jadi sangat pemurah dan lunak SELEPAS menerima hak batinnya, tidak seperti lelaki yang lunaknya SEBELUM melakukan hubungan intim. Kenal pastilah di mana ‘kelemahan nafsu’ isteri anda, di mana nak cubit, mana nak gigit, mana nak usap, mana nak hisap! Penuhilah keperluan isteri dan berbuat baiklah. Jangan sekali-kali ‘memperkosa’ isteri secara halal. (QS: 4:19, 4:34, 65:6).

Fitrah suami itu berilmu dan patuh kepada perintah Allah dalam memimpin keluarga. Jadilah imam yang jelas (IMAMIMMUBIIN), dengan ilmu quran yang jelas (QUR’ANUMMUBIIN) dan sampaikanlan ilmu kepada pasangan dengan jelas (BALAGHULMUBIIN). Apabila suami dan isteri MEMAHAMI dengan fahaman yang satu, pastinya kurang SALAH FAHAM yang menjadi batu api neraka rumah tangga.

Jangan ikut saranan kami jika anda tidak suka, kerana Islam bukanlah agama paksa. Hanya dengan ilmu dan kefahaman yang jelas sahaja kita akan menjadi benar-benar suka sampai ke tahap terpaksa, bukan dipaksa. Selamat mencuba bagi yang ‘suka’.

Kudap munakahat

Sumber : Goggle

~~~ Selamat Beramal ~~~ 

Friday, February 14, 2014

Perjalanan Tragis Si Kacak

Ishk..tengok tajuk macam dahsyat jer citernya.. Tapi bila baca memang dahsyat pun.. Bak kata pepatah omputeh...'No Pain, No Gain'. Pepatah Melayu lak...'Bersusah-susah Dahulu, Bersenang-senang Kemudian'. Membaca kisah perjalanann hidup Keith Foo mengingatkan diri kalau nak berjaya even dalam apa pun bidang, kena banyak berusaha dan kadang-kadang kena tebalkan muka untuk berusaha demi menjadikan mimpi serta impian kita suatu kenyataan. Jadi jom baca kisah perjalanan hidup beliau.. Sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.. Mana yang baik dijadikan contoh dan pengajaran untuk kita terus memperbaiki kehidupan.. Sumber : Utusan Malaysia 

Keith Foo
Sumber : Goggle

MENGGUNAKAN formula yang berbeza daripada pelakon lain, dia memilih untuk mengukuhkan namanya di luar negara sebelum mengambil keputusan kembali ke negara sendiri. Selama 10 tahun berusaha memahat namanya di dalam industri perfileman Indonesia, kisah kejayaannya di sana tidak berakhir begitu sahaja.

Mengambil inisiatif berbeza, dia memilih untuk kembali merasai keperitan yang pernah dilaluinya. Kali ini, tanah tumpah darah sendiri jadi pertaruhan dan dia kembali bukan dengan riak dan gaya pelakon tersohor yang popular, sebaliknya bermula daripada ‘kosong’ semula.

Dua tahun lalu nama Keith Foo,31, masih lagi asing dalam diari pilihan peminat drama tempatan. Bagaimanapun kemunculannya dalam drama bersiri Ariana Rose mula mempamerkan kelebihan jejaka kacak ini dalam kegemilangan watak sebagai anak bangsawan, Tengku Adam.

Cuba mengenali siapa sebenar Keith Foo tanpa pancaran gaya selebriti, dia memberitahu kehidupan kecilnya bermula dengan deruan kereta api.

“Saya dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Hidup dalam suasana kampung dengan latar belakang masyarakat berbilang bangsa, saya begitu selesa bertutur dalam Bahasa Melayu. Jujurnya keluarga saya bukanlah dari golongan yang berada. Ibu saya hanya membuka sebuah kedai makan dan ayah pula kontraktor biasa sahaja, kehidupan kami sederhana tetapi bahagia," katanya, memulakan cerita.

Teruja bercerita kaitan hidupnya dengan kereta api, pengangkutan popular itu sudah menjadi nadi buat kehidupan keluarganya sejak turun temurun.

“Semua tahu memang Gemas terkenal dengan Stesen Kereta Api Gemas. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan stesen itu kerana membantu ibu yang membuka sebuah kedai makan di sana.

“Selain itu juga, pak cik saya sehingga kini masih mengusahakan perniagaan yang sama di stesen berkenaan. Kalau diikutkan hubungan keretapi dengan keluarga saya sangat rapat. Sewaktu zaman datuk saya dahulu, mereka menjadi tukang masak untuk penjajah British.

“Menggunakan kereta api, makanan yang dimasak datuk saya akan dihantar ke Singapura. Tidak dilupakan ayah saya juga merupakan kontraktor yang menyelenggarakan laluan kereta api. Itulah sedikit sebanyak kaitan kereta api dengan nostalgia masa lalu saya," katanya yang begitu fasih kala diajak berbicara tentang fakta sejarah, terutamanya tentang Gemas itu sendiri.

Tidak kisah sekiranya ada yang mahu menggelarkan dirinya sebagai budak kampung, menurut Keith sejak kecil lagi hubungan dengan penduduk di kawasan rumahnya memang baik. Malah sehingga ke hari ini juga, hubungan itu tidak pernah terhalang walaupun dengan status selebriti yang dibawa.

“Memang saya dibesarkan di kampung, malah ibu bapa saya sendiri selesa untuk terus berada di Gemas memandangkan semua saudara mara kami masih berada di sana. Selain itu, hubungan baik antara jiran membuatkan keluarga saya selesa untuk tinggal di kampung sahaja.

“Zaman kecil, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, jadi dari situ hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat. Jujurnya tiada apa yang membezakan kami, mengambil kesempatan itu saya selalu bertutur dalam pelbagai bahasa. Sehingga kini juga saya mampu menguasai beberapa dialek termasuk dialek Negeri Sembilan," katanya.

Keith merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Dia dan abang-abangnya memang terkenal dalam bidang sukan, malah sehingga ke hari ini juga sukan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupannya. Pada zaman persekolahan dia pernah mewakili Negeri Sembilan dalam permainan bola tampar dan antara atlit sekolah yang sangat aktif membawa nama sekolahnya ke gelanggang persaingan.

“Memandangkan kawasan Gemas itu agak kecil jadi memang kami adik-beradik agak terkenal kerana aktif bersukan. Saya pernah menjadi kapten pasukan bola tampar di sekolah. Malah pernah juga mewakili Negeri Sembilan untuk Sukan Malaysia (Sukma).

“Bukan setakat bola tampar, saya juga sangat aktif dalam sukan lain seperti lumba lari. Bagaimanapun selepas tamat sahaja sekolah aktiviti sukan saya mula terbantut dengan tugasan harian lain. Cumanya saya akan pastikan badan saya tetap berpeluh dengan bermain futsal setiap minggu dengan kawan-kawan," katanya.

Dari Hong Kong ke Indonesia
Diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya, Keith memberitahu dia pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan. Bagaimanapun perasaan meluap-luap untuk bergelar model menyebabkan dia meninggalkan pengajian dan mengejar apa yang diimpikan sehingga bertapak di Hong Kong selama setahun.

“Bila saya dapat peluang ke Hong Kong, saya tidak pernah terfikir untuk bergelar pelakon kerana pada waktu itu saya hanya ditawarkan untuk bidang peragaan. Malangnya, fizikal saya yang lebih rendah daripada model lain menyebabkan saya hanya berakhir sebagai model iklan sahaja.

“Bagaimanapun dalam tempoh setahun itu banyak yang saya belajar, sebab itu saya ambil keputusan untuk ke Indonesia pula. Saya mencuba nasib di Indonesia bermula dalam bidang peragaan dan kemudian ke dunia lakonan," katanya.

Ternyata tempoh dua tahun berada di tanah seberang benar-benar menguji kekuatan Keith. Tanpa bergantung kepada sesiapa dia mula mencari laluan sendiri. Ternyata dengan kemunculan muka baharu setiap hari menyebabkan keadaan industri di sana agak sesak sehingga menyebabkan dia terpaksa berusaha dua kali ganda.

“Di sana kita tahu, bakat sangat ramai untuk memenuhi ruang media. Sebab itu masing-masing perlu ada inisiatif sendiri. Macam saya sendiri yang hadir pelakon luar, dengan kekurangan bahasa memerlukan usaha itu berkali ganda daripada mereka.

“Setiap hari selama dua tahun saya akan pergi sendiri ke setiap produksi bertanyakan peluang kerja. Kalau ikutkan memang perlu tebalkan muka, tetapi itulah cara kelangsungan hidup yang perlu saya dan semua bakat baharu lakukan," katanya.

Tidur di lantai
Sejujurnya, apa yang digapai hari ini adalah hasil daripada keperitan hidup yang dilalui masa lalu. Sepanjang berada di negara orang, bertubi-tubai masalah mendatang, ia tidak sedikit pun melemahkan dirinya. Keith sebaliknya berasa dia sangat bertuah untuk melalui perkara tersebut. Dalam tempoh yang perih pedih itu, banyak mendewasakan dirinya dalam pelbagai cara.

“Saya diuruskan seorang ejen, bagaimanapun dia tidak uruskan saya seorang kerana ada beberapa lagi bakat baru di bawah jagaannya. Memandangkan agensi dan rumah berada di lokasi yang sama, jadi kami hanya akan tidur di ruang tamu rumah ejen tersebut. Saya selalu tidur di lantai, kalau lambat sampai ke rumah.

“Selama dua tahun di rumah itu, rutin tidur saya hanya akan berakhir di lantai ataupun sofa. Kalau saya pulang awal, saya dapat tidur di sofa. Bagaimanapun selalunya saya lebih banyak tidur di atas lantai, beralaskan sehelai kain sahaja kerana saya selalu lewat pulang ke rumah kerana penggambaran akan habis lewat malam," katanya tanpa segan menceritakan pengalaman lalu.

Masanya juga banyak dihabiskan dengan membuat panggilan telefon ke setiap agensi peragaan. Hampir setiap hari, dia sendiri akan bertanya apakah agensi-agensi terbabit ada membuat sesi ujibakat untuk model iklan atas permintaan pelanggan iklan mereka.

“Setiap pagi, itulah tugas saya. Angkat telefon dan tanya kepada agensi “Hello, hari ini kamu ada buat casting? Nama saya Keith Foo, saya minat nak buat sesi casting. Hari-hari saya akan telefon bertanya. Kalau ada, saya akan naik 'bajaj' (teksi popular di Indonesia) dan terus pergi ke agensi terbabit. Kalau nasib baik diterima, jika tidak saya kena tunggu peluang seterusnya. Begitulah jalan sukar yang saya lalui suatu masa dahulu," katanya.

Tidak terkesan dengan pengalaman pilu yang dilalui, menurut Keith selepas 10 tahun dia sangat bersyukur diterima dengan baik peminat di sana. Malah sehingga saat ini juga dia sudah berlakon dalam lapan buah filem Indonesia.

Tuesday, February 11, 2014

10 Makanan Yang Perlu Anda Ambil Ketika Badan Panas, Selesema, Demam

Kat bawah ni ada tips untuk anda yang senasib dengan Cik Na Na yang sedang mengalami masalah badan panas, selesema dan demam. Ada 10 jenis makanan semuanya...so pilihlah mana satu yang berkenan di kalbu.. If nak try semua pun boleh..tapi apa-apa jadi tanggungjawab sendiri yer... Tips ni adalah sumber dari penpatah.blogspot.com. So jom baca dan ikhtiar. Yela selain makan ubat moden try alternatif lak k... 

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

1) Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

2) Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

3) Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

4) Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

5) Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

6) Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

7) Anise Seeds / Jintan
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

8)Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

9)Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Haa...ada 9 ramuan jer rupanya yang blog tu tulis. Emmm...yang ke-10 elok la bebanyak minum barli pun ok gak. Mampu menyejukkan badan. Di samping itu, teruskan berdoa supaya cepat sembuh yer... Ala lagipun bukan selalu sakit pun.. So redha dan terima sahajalah sakit nih. Allah sayang kita...tu sebab dia bagi kita sakit supaya kita ingat kat Dia... (^__________^)y

Makan banyak sayur-sayuran coz baik untuk kesihatan ^_^
Sumber : Goggle

Monday, February 10, 2014

100 Dinar Emas

Just santai idea come up dalam minda malam-malam nih.  Dalam citer Ariana Rose tadi, Madam Ariana ada tanya kepada Tengku Adam kenapa bagi 100 Dinar Emas? Huhuhu....disebabkan tertarik dengan soalan itu. So mula la aktiviti google and search untuk mencari nilai 100 Dinar Emas tu??? Almaklum la bukan reti sangat nak kira emas nih.. Kalau setakat pakai tu pandai la.. Berdasarkan sumber daripada www.hargaemas.com.my  Ni la anggaran nilaian emas yang diberi oleh Tengku Adam kepada Ariana Rose. Kalau la betul-betul..alangkah BAHAGIA dan BERUNTUNG nya ++++ KAYO mok cik......

Tahu kah anda !!!

1 Dinar syiling emas
yang digunakan untuk berurusan jual beli
dan ia adalah bersamaan
dengan 4.25gram emas 916

Hari ini harganya Feb 2013
Sekitar = RM 730.00

10 tahun lepas , tahun 2002
Harga 1 Dinar hanya sekitar = RM 160.00

Kalau 10 tahun lama sangat,
kita lihat 5 tahun kebelakangan ini
Tahun 2007
1 Dinar boleh di dapati dengan bermodalkan = RM 400.00

Fikir-fikir…..
Agak-agaknya lah …
Dalam tempoh 10 tahun akan datang
ie 2023
Berapa RM untuk 1 Dinar kan!
Tahun wawasan 2020 pula ?

So harga 100 dinar emas sekiranya menggunakan nilaian harga Feb 2013 seperti tertera di atas adalah 100 x RM 730.00 = RM73,000.00. Huisk...kayo mak cik kayo... Tu nilaian Feb 2013. Sekarang dah Feb 2014. Mau dah jadik 1 dinar = RM850.00 ker... Logik tak???? Kayo..kayo..kayo..... Tapi the best word untuk situasi sekarang bak kata Awi Rafael & Altimet 'Kalau Aku Kaya' la.... K la nak rehat balik... Rasanya demam dah kebah tinggal selesema je lagi, so esok In Sha Allah boleh kerja dah..... (^____________^)y

Scene Nikah ' Ariana Rose'
Sumber : Goggle