Bunga Berguguran

Wednesday, December 11, 2013

Katakan...Tidak Pada Mimpi!!!!

Semenjak hari sabtu lepas asyik mimpi pelik-pelik jer time tidur. Dan yang tak tahannya bila bangun pagi mesti rasa teramat penat... Ntah la.. Orang kata mimpi just mainan tidur..so kalau mainan tidur cukup la sekadar dalam tidur, tak perlulah nak terbawa-bawa penat hingga ke alam nyata. Mimpi yang tersangat diingati adalah seperti mimpi ular berwarna-warni, jumpa kanak-kanak yang susah, soal kerja  dan kena kejar dengan orang pelik-pelik termasuklah hantu.. 

Kenapalah agaknya yer? Maybe terlalu penat sangat la kot.. Sampai mimpi pun merepek tah pe-pe tah... Bila bangun mesti badan rasa penat sangat-sangat. Yela..dah dalam tidur gigih buat macam-macam. Kalau sebelum-sebelum nih. Tidur malam..sedar-sedar jer dah pagi.. Lena dan nyenyak dengan baik sekali. Harap-harap ianya sekadar mimpi dan tidak ada makna apa-apa yer.. Dan yang paling penting..untuk malam ni dan malam-malam seterusnya. Tak mo mimpi-mimpi dah yer.. Biar mimpi kosong...janji bangun pagi tak payah terfikir-fikir tentang mimpi dan dihimpit rasa penat. 

Sumber : Goggle

Tuesday, December 10, 2013

Hukum Memandulkan Kucing Dalam Islam

Isu nak memandulkan kucing timbul bila my Boball mula bertindak agresif. Dia asyik mengamuk nak keluar rumah dan sekirannya dapat peluang keluar memang dia akan bagi kami suami isteri main kejar mengejar dia sekeliling kawasan rumah. Ini merupakan petanda bahawa kucing kami tu..bukan lagi baby sebaliknya dah menjadi kucing dewasa. Bau najis dan air kencing dia pun dah bertukar menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini. Persoalan untuk kasi @ memandulkannya timbul berpalit dengan isu halal haram serta bercampur dengan perasaan kesian la pulak.. Emmm...berat sungguh keputusan nak buat ni... 

Hari duk goggle tentang memandulkan kucing. Kalau tengok gambar pas operate macam sedih dan sakit jer kucing tu nanti. Impak pastinya pas ni tak bernafsu dah.. Pastu akan jadi malas sesangat dan badan akan membesar dengan mendadak sekali. Kat bawah ini ada artikel mengenai hukum memandulkan kucing dalam Islam yang saya ekstrak dari blog http://aunty-umairah.blogspot.com. Jom kita baca..di samping berfikir untuk buat keputusan terbaik... Harap-harap urusan dipermudahkan.. 

Sumber : Goggle
Kucing time kena operate..
Macam kesian sangat-sangat kan?
Bayangkan Boball cenggini.. Mau menitis air mata nengoknnya....

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan /neuter/ spay/ kembiri/ kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.

Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama. Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).

Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.

Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
Dipetik dari IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.

Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.

Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan,pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.

Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.

Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini.

Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu.

Sumber: Alam Kucing

Boball 4 bulan yang lepas..
Dah besor macam ni dah..
If dikasi...mau bertambah2 bolat lagi budak nih..
Tapi macam tak sampai hati jer....

Jubah @ Dress??? Macam Sama Jer....

Jubah @ dress for nikah.. Actually both of them sama jer.. Hehehe... Ni tetiba dapat idea tentang dress and jubah bagai ni selepas ada sepasang bakal pengantin la minta pendapat. Thanks sesangat.. I memang suka sesangat kerja-kerja glamour macam nih.. So bila ada yang tanya pendapat.. Ishks..perasaan ku seolah-olah kecik tapak tangan....Stadium Perak ku tadahkan.. Ahaks...suka bebenor.. 

So start la kerja mengoggle as usual. Ada few contoh la yang boleh dijadikan panduan. Apa yang paling penting adalah pemilihan warna yang bersesuaian dengan warna kulit tau. If kulit cerah pakai warna apa pun..tantik jer.. Tapi kalau kulit hitam manis kena bijak memilih warna.. Dikhuatiri tak kena then jadi tak tantik lak.. So tak mo cenggitu k.. Kena bijak dalam memilih... Sekali seumur hidup beb... 

So kat bawah ni jom cuci mata tengok baju yang sesuai untuk majlis akad nikah... Moment yang tersangat penting dalam hidup tau.. Permulaan ke alam yang sangat membahagiakan.. (^________^)y


Kaler putih..
Just ada reben di bahagian atas pinggang.
Manik kelip-kelip tak ada...
Simple la sangat...tak glamour...
Sumber : Goggle

Kaler putih
Ada perincian manik kat bahagian atas pinggang
Simple tapi nampak vogue ^_^
Sumber : Goggle

Kaler grey dan peach
Tantik sangat tetapi agak serabut ckit.
Tapi kalau yang suka glamour dan meletops pasti ni sesuai jadi pilihan
Tapi bagi si gadis simple...maybe ni tak sesuai kot..
Sumber : Goggle

Kaler putih
Simple dan cantik design ni...
Sumber : Goggle

Kaler pink
Design ala-ala baju Dato' Siti Nurhaliza jer..
Ni pun not bad... Tantik sangat...
Sumber : Goggle

Koleksi jubah kaler putih ni pun ok gak..
Tapi nampak biasa jer..
Sumber : Goggle

Tapi dalam banyak2 ni yang paling meletops rasanya..
Kaler cream then ada taburan manik mutiara di bahagian bawah baju
Perincian manik pada bahagian atas pinggang dan di pergelangan tangan..
Tersangat suka... Glamour habis rasanya....
Suka sesangat ^_^
Sumber : Goggle

So cadangan terbaik untuk pemilihan warna baju semasa akad nikah adalah memilih color lembut...Bukan ape kaler lembut nampak cam sayu and syahdu jer. Situasi ini hanya akan dinikmati sekali seumur hidup di saat kita telah dimiliki oleh Si Dia secara Sah....  Really sweet moment gitu.... 

Monday, December 9, 2013

OMG... Juara Liga Lawak Superstar!!!!

Semalam telah berlangsung.. Liga Lawak Superstar Finale. Seperti yang disokong dan dijangka kumpulan OMG yang dianggotai oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan Sathiya Babyface berjaya merangkul juara. Memang best giler dorang. Apa yang menarik mengenai mereka adalah keserasian dan kesefahaman mereka menjadikan mereka mampu bertindak dan melawak secara spontan. Dari minggu pertama liga hingga ke finale memang best sesangat team dorang nih.. Part paling best adalah time dorang karaoke.. Suara Akim dan Anas memang sedap even dorang kena siksa sekalipun. Penghayatan bagus.. Hehehe.. Macam la aku ni juri kan.. Padahal sms pun tak pernah hantar untuk vote dorang. Anyway tahniah coz menjadi juara dan dapat RM250,000. Pada kumpulan lain pun..macam Apa Kasih Toq (Naib Juara), Aku Diandra (Ketiga) dan Aku (keempat) pun..korang pun not bad dan menghiburkan juga. Idea Afdlin Shauki sebagai Penerbit Eksekutif pun memang terbaik. Hope musim akan datang akan lebih gempak.. (^__________^)y

Tahniah Team OMG
Karaoke 'Uncle Helium'
Akim Ahmad, Anas Ridzuan & Sathiya Babyface..
Korang memang kelakor....

Tuesday, December 3, 2013

Oh My Cuti...!!!!!!

Dah lama tak membebel di blog kesayangan nih.. Patutnya citer syok lagi mengumbirakan tetapi citer yang quite stress lak yang kuar.. Sabor jela.. Dugaan bekerja begini la.. Dah la semalam kuar berita mengenai Tarif Elektrik akan naik berkuatkuasa 1 Januari 2014. Macam mana lah yer...nak menjahit +++ membaking jika letrik naik.. Conclusionnya..sejak bulan Mei yang lalu macam2 benda naik harga la, naik taraf la.. Tetapi gaji still sama jer.. Emmm....mengeluh tak guna yer.. Pemilihan di tangan kita semua.. Kita pilih kita tanggung la... Apa2 jela...yang penting teruskan usaha untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga... 

So berbalik kepada cerita asal. Pagi-pagi duk mengira cuti ganti.. Waaa...dah banyak dah OT nyer tapi bila dikira macam tak cukup jer.. Rasa nak jerit kuat-kuat jer.. Betul kata kawanku.....kita cuti sehari tu rasa sekejap jer.. Tetapi nak ganti macam nak gila.. Sungguh tepat statement tersebut. Kira punya kira.... just mampu ganti 2 hari cuti jer.. So sad and feel so bad.. So kena usaha kuat lagi la kiranya nak OT bagi mengantikan cuti yang telah terpakai dengan bangganyer tanpa rasa bersalah... Waaa...so apa lagi start hari ni hingga ujung tahun ni kena lah OT bagi melangsaikan utang anda yer... Chayo..chayo... 
Adaptasi dari Goggle

Tuesday, November 26, 2013

Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?



Saya mengetahui mengenai Ahmad Ammar ini melalui fesbuk kira-kira seminggu yang lalu. Melalui sebuah blog yang membuatkan saya merasakan betapa beruntungnya menjadi Ahmad Ammar kerana kematiannya tersangat dimuliakan oleh rakyat negara Turki. Bagi ibu beliau pastinya merasa sejuknya perut ibu yang mengandung selama 9 bulan kerana dikurniakan anak yang sebaik itu. Bagi seorang bapa,  pastinya berbangga dengan permata yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Di bawah ini ada serba sedikit mengenai 'Siapa Dia Ahmad Ammar Ahmad Azam?'.. Bagi saya dia insan istimewa...walaupun tidak pernah mengenali beliau tetapi hati ini kuat mengatakan dia tersangat istimewa. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang yang beriman serta para syuhadah...

Ahmad Ammar Ahmad Azam merupakan pelajar  Malaysia dimuliakan di Turki. Di laman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. 

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. 

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. 

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam. 

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar kerana disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. 


~~~ Al- Fatihah ~~~

Tuesday, November 12, 2013

Tak Der Tajuk... Just Luahan Rasa

Dear diary....kalau la mampu aku luahkan setiap yang aku rasa pada kamu sekarang alangkah baiknya. Dalam hati ni penuh keserabutan dan dalam kepala ni penuh tekanan. Kalau nak tanya penyebab kenapa sampai sekarang aku masih belum mampu untuk mengandung. Aku rasa aku ada jawapannya. Sebab badan dan minda ini terlalu penat dan stress melayan kerenah korang semua. 

Hari-hari terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang terlalu mengejar nama dan memberi arahan serta bercakap tanpa memandang dan memikirkan keupayaan pelaksanaannya. Bekerja di bilik ini umpama bekerja seorang diri. Duduk berseorangan bersama-sama fail dan buku. Ada pembantu..umpana tiada. Itu istilah terbaik. Macam chipsmore 'kejap ada, kejap tiada'. Menguruskan bilik ini bukannya mudah. Dah sampai ke tahap ini pun..masih terdapat complain yang pelbagai. Seolah-olah aku tak buat kerja kan????

Kalau kalian berada di bilik ini.....pasti kalian faham tekanan yang dirasai. Bukan mudah mentransformasikan dari bilik yang semak dan berlonggok-longgok kotak serta kertas kepada yang sedia ada sekarang. Rasanya 100% totally different berbanding kali pertama aku melangkah masuk lapor diri ke bilik ini. Tapi memang fitrah manusia yang sentiasa mencari kesalahan dan tidak berpuas hati. Itu menyebabkan aku rasa begini. 

Sedih dan tekanan simpan sengsorang jela yer.. Nak citer pada siapa?? Hanya Allah tempat terbaik untuk mengadu. Harap sangat-sangat...doa dan impian aku yang sering disebut setiap kali selepas solat dan di setiap helaan nafas-Ku ini dimakbulkan oleh-Nya. Amin... Ya..Allah makbulkan permintaan aku...supaya aku mampu mengemudikan kehidupan aku sendiri tanpa perlu melihat mereka wajah-wajah mereka yang hanya tahu bercakap dan tidak mempunyai rasa simpati apatah lagi empati.. 

Rasa nak buat cenggini jer...
Sumber : Goggle