Kalau mula-mula bisnes kek dulu..Cik Na Na hanya reti buat kek coklat moist jer.. Tu jela yang dijualnya kalau orang order pun. Tapi plan-plan belajar untuk improve skill dan ilmu. Alhamdulillah..even tak teror dan banyak menu macam penjual kek yang lain pun.. Cik Na Na dah ada beberapa menu yang baru. So kira variety la skit kalau orang tanya tentang kek pada kita..
Apa-apa pun plan-plan belajar yer.. Pas tu kena banyak praktis untuk improve skill pulak. Bukan senang nak buat kek ni. Cuba tanya mereka kat luar sana? Senang ke susah nak buat kek? Bukan setiap masa tau buat kek tu menjadi. Geng-geng baker cake pun mesti ada mengalami pengalaman sebegini. Apa yang penting...terus berusaha dan jangan putus asa. Cik Na Na pun..kalau nak kira kek yang reject dan tak menjadi usah dikira lah.. Sampai Incik Bb geleng kepala dan senyum sinis jer setiap kali tak jadi itu kek. Nak makan dah tak lalu nak makan. Nak bagi orang macam huduh dan tak sesuai jer.. Begitu la lumrah buat kek yer.. Jadi kena terus belajar dan banyakkan praktis bagi menghasilkan kek yang sedap dan sempurna pada pandangan customer...
So jom layan antara koleksi kek from Ungu Lavender House Cik Na Na ni yer...
![]() |
| Cake butter yang gebuss yang dilapisi oleh frosting cream cheese Pastu ditabur lak dengan cheedar cheese.. Emmm...nyummy..... Harga = RM12.00 |
![]() |
| Kek ini pulak diperbuat daripada yogurt dan buah prune Feveret ni.. coz tekstur dan rasanya yang macam light gitu. Hiasan kat atas just guna snow powder dan ceri kaler merah ijau.. Harga = RM15.00 |
![]() |
| Kek pisang yang gebuss dan lazat. Kek ni sesuai untuk mereka yang tak suka kek yang ada topping. Rasa yang natural dan memang enak Harga = RM12.00 |
![]() |
| Yang ni pulak...Cik Na Na dah citer dah tentang dia dalam entry Pavlova Dealova. Ni yang saiz L punya yer.. Kat bahagian atas kek ni dihiasi dengan hirisan cumel strawberi, anggur dan kiwi. Nampak tersangat menarik kan? Tu belum rasa lagik tu... Nyummy.... Harga = RM12.00 |
![]() |
| Kek marble ni jugak sesuai untuk mereka yang tak suka topping Rasa yang simple dengan adunan kek yang gebuss.. Contengan atas kek masih kena penambahbaikan lagi.. Harga = RM10.00 |
![]() |
| Kek yang digunakan adalah kek coklat. Dilapisi bahagian atas dengan frosting cream cheese dan ditabur serbuk oreo.. Rasanya...Nyummy... Harga untuk saiz ini hanya =RM5.00 |
Ok inilah di antara kek yang ada dalam collection Cik Na Na. Kalau dah view gambo-gambo kek ni dan tetiba rasa terliur boleh la pm kat fesbuk ker, tak pun just text Cik Na Na kat no ni yer 012-5412092. Hanya yang nak order kek sahaja dilayan.. Yang lain-lain urusan maaf yer... Saya tidak berminat. Actually..ada satu lagi kek yang Cik Na Na tak dapat hupload dalam entry ni iaitu "Apple Walnut Carrot Cake". In Sha Allah ada kesempatan nanti Cik Na Na hupload yer.. Kek tu cumell..coz kita lukis mini carrot manyak-manyak atas kek dan rasanya I Like Much.... (^______________^)y .











No comments:
Post a Comment