Bunga Berguguran

Monday, November 4, 2013

Doaku Di Akhir Tahun

Kisah ni diambil dari fesbuk seseorang. Tapi tak pasti nama apa. Just nak share jela mengenai individu makan gaji berbanding bekerja sendiri. Ni kira pengalaman penulis asal yang merupakan individu bekerja sendiri. Jom kita baca kisah pahit manis serta keseronokan bekerja sendiri. 

"Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah RM2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga...

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai 'honda civic type r' jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti call aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.

Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu."

Berdasarkan pengalaman penulis asal ni memang Cik Ina tidak boleh sangkal kebenarannya. Cik Ina bekerja makan gaji, perlu keluar rumah seawal mungkin dan balik pulak petang menghampiri malam. Cukup bulan dapat gaji tak sampai sebulan dah habis licin duit gaji bayar itu ini. Itu belum termasuk beli keperluan sendiri untuk tampil bergaya sejajar dengan membe2 ofis. Duit makan minum kat tempat kerja lagi. Memang tak cukup pun.

Tu sebab Cik Ina start buat part time bisnes. Bila kita buat bisnes..duit kita akan berlaku aliran keluar masuk. Tidak la just keluar jer..tak masuk-masuk duit tu. So bila orang lain, sempit di pertengahan bulan, kita masih lagi mempunyai wang untuk berbelanja dan membeli keperluan. Statement ni bukan nak bercakap besar..tetapi memang tidak dinafikan berniaga atau bekerja sendiri memang berbaloi. Lagi satu kita tidak terhad kepada jadual kerja dan pemantauan orang lain. Kita bekerja sendiri. Pengurusan masa dan kewangan sendiri. Apa yang penting disiplin. Lagi satu..bila kita bekerja sendiri pergantungan kita pada Allah SWT tersangat kuat sebab rezeki dari-Nya jadi setiap kali dapat sesuatu pastinya terasa bersyukur sangat-sangat. 

Andai tertulis sudah untuk diri-Ku meneruskan kehidupan ini dengan hasil titik peluh sendiri. Membina empayar sendiri...sesungguhnya Daku rela... Andai doa ini dimakbulkan di petang-petang penghujung akhir tahun 1434 Hijrah ini akan aku usahakan bersungguh-sungguh. Bukan untuk diri-Ku semata-mata tetapi untuk mak ayah, suami dan juga bakal anak-anak-Ku. Supaya kalian tidak sukar mencari rezeki sepertimana yang Daku lalui dan rasai kini. 

Ya Allah..makbulkan permintaan-Ku Ya Allah. Permudahkan jalan-Nya supaya Hamba-Mu ini biasa melaluinya serta Tabahkan dan Kuatkan Hamba-Mu ini untuk berusaha lebih kuat sepertimana Hamba-Mu ini berusaha untuk dekat Kepada-Mu.. Aminnn.....


No comments:

Post a Comment