Bunga Berguguran

Friday, May 17, 2013

Novel la pulak... 'Salina'



Dari zaman sekolah lagi..bila sebut nama aku ' Salina' mesti orang2 yang berpangkat uncle & aunty akan cakap.. 'Kamu ada baca tak Novel Salina oleh A. Samad Said? So aku of coz menjawab 'Tak pernah'. Since dari situ..mencari2 la novel tu sampai la study kat u tapi tak jumpa gak... Sehinggalah ditakdirkan suatu ketika dilantik 'sementara waktu' menjadi guru sandaran di SMK Sultan Yussuf.. Adalah seminggu la merasa mengajar... Ok citernyer...al-maklum la cikgu, so p la library cari buku rujukan untuk mengajar tetiba kat bahagian novel terjumpa novel 'Salina' sebiji macam cover kat atas nih... Apa pasal la, aku tak jumpa menda alah ni masa aku sekolah kat sekolah tu dulu.. Pelik2... So apa lagi terus p kaunter & pinjam.. Buku2 rujukan pun..rembat gak la coz nak mengajar nanti tak ada modal nak jawab kalau bebudak nih tanya bukan2...

Dijadikan cerita..dapat jer novel yang 'Dicari-cari Selama Ini' terus la sesi membaca... Novel ni sangat menarik & yang pasti ada 'Jiwa' dalam novel ni.. Bila baca seolah2 kita hidup di zaman pasca merdeka bersama2 semua watak dalam novel ini serta sama-sama merasai keperitan, kegembiraan dan kesukaran hidup ketika zaman itu... Watak Salina ini pulak..boleh diibaratkan 'Dont Judge a Book with Its Cover' coz secara luaran dia memang la seorang perempuan yang bekerja di kelab malam & tinggal bersekedudukan tetapi memiliki hati yang tersangat mulia... Emmm...tak tau nak komen apa dah..tapi memang best.. so sekarang dalam misi untuk mencari copy novel ini untuk simpanan peribadi sebab ada sesuatu yang menarik & ada sentimental value yang tersendiri...

Secara umumnya ni ada simple sinopsis tentang novel 'Salina' oleh A. Samad Said

Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura.

Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitiannya mengamati watak-watak orang.


Ni adalah koleksi cover novel 'Salina' yang pernah diterbitkan. Hope dapat la satu untuk dijadikan simpanan.











No comments:

Post a Comment