Bunga Berguguran

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Kiranya this first time la tulis entry sempena tahun baru. Azam dan planning ada dalam kepala ini. Just mencari masa yang sesuai jer untuk dilaksanakan. Emmm...for 2014 ni tak nak tangguh-tangguh kerja yer... Coz pernah dengar satu kata pepatah omputih ni  "Dont wait......until everything became too late". Ada faham tak apakah maksudnya itu??? Faham-faham sendiri la yer... 

My wish for this new year just simple. Hope semua planning yang berada di dalam kepala ini dapat dicoretkan atas sketch book sebelum idea disusun dengan sebaik mungkin di dalam kertas kerja. Ikutkan idea memang berlambak. Penghalangnya adalah masa. Permulaan setting masa dengan penuh berhemah. Nanti kena buat timetable macam zaman sekolah dan universiti dulu-dulu la supaya semuanya tersusun sahaja. Berkerja dan berfamily ini tersangat memerlukan penyusunan masa yang berhemah supaya semua dapat dilaksanakan dengan tip top. In Sha Allah...semoga dipermudahkan.

Ilmu pengetahuan juga perlu diupgrade kan... Bila sebut ilmu bukan based kepada sambung belajar sahaja jer k.. Ilmu tu luas dan boleh datang dari pelbagai perspektif serta sumber. Sebagai pembuka tahun 2014 ini, kelas ilmu yang pertama adalah 'Seminar Dunia Usahawan Berjaya' oleh DAO pada hujung minggu ini. Semoga dapat gula-gula ilmu yang manis lagi berguna. Di samping itu, ada gak planning beberapa kelas lagi untuk attend termasuklah yang melibatkan urusan alam satu lagi yer. 

Pengurusan kewangan pun penting gak... Al-maklumlah 2014 ni semuanya meningkat. Nak merungut bagai pun tak guna...just yang penting berusaha untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Mana tau kot-kot bertambah bliangan ahli keluarga tahun ni. Siapalah tahun kan.. Allah merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Berjimat cermat pun dah kena mula dah start hari ni. Say 'Tidak' kepada perkara-perkara yang tidak perlu yer....

Emmm...tu jer kot coz tetiba lak ada problem yang wujud kat bahagian compose ni. Nak menaip pun macam tak selesa jer.. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Semua. Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat anda semua yer...

Welcome 2014
Lokasi : Cameron Lavender 

No comments:

Post a Comment