Bunga Berguguran

Tuesday, June 11, 2013

Hasil 'Baucer Buku 1 Malaysia'

Actually baucer tu adik yang punya. Tapi disebabkan baik hati..merasalah RM50 daripada RM200 baucer tu. So apa lagi hasil rembatan untuk RM50 tu adalah buku masak-masak yang dibeli di Popular, Jusco Kinta City, Ipoh. Cara beli tu macam la nak masak sangat, tapi sekurang-kurangnya ada niat untuk memasak.. Buku yang dibeli adalah '1 Hari 1 Resipi' oleh Chef Hanieliza. Laku Keras katanya buku nih.. Komen tentang buku ni..senang la nak follow step by step cara masaknya. Gambar pun tantik & menyelerakan. Mana taknya..sampai jer umah terus la belek-belek buku tu. My Incik BB tengok bahagian masakan bergoreng, My Incik BB terus terliur & p masak mi goreng. Huhuhuhu...yang untungnya aku..jadi tukang rasa. So memang buku ini memberikan impak yang hebat la.. Kiranya illustrasi & gaya persembahan benar-benar membangkitkan selera. Tapi tu jela resipi yang kitaorang masak pun, lain2 tak sempat lagi coz selalunya guna resipi ikut otak sendiri jer. Maybe next time la.. Time rehat-rehat kat rumah on weekend maybe leh la try another resipi. 

Cover '1Hari 1 Resipi'
Buku yang ke-2 adalah buku 'Cookies'.
Amik buku ni atas beberapa sebab..yang pertama sebab murah.. Hehehe..less dari RM49.90 ke RM13.90. Murahkan???
Harga Asal : RM49.90
Promotian Price : RM13.90
Murahkan???
                 
Sebab ke-2 dapat cookies cutter percuma. Ada 6 jenis cookies cutter kesemuanya. Suka sangat-sangat. Hehehe.... Resipi of cos la ada. Emm...berapa resipi yer.. tak ingat la. Ada dalam 24 jenis resipi yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Chocolate Heaven, Nutty But Nice, Fruitful Endeavours & Something Special. Buku ni dalam bahasa Inggeris. Jenuh gak la nak translate. Nanti try & bila dah jadi biskut, kita update hasil yer...
Cookies Cutter
Buku resipi & cookies cutter
Sebab ke-3 adalah..buku ni stok terakhir. So just grab it... Saya Suka, Saya Suka.....

Monday, June 10, 2013

Oh..My English!!!

Oh..My English...so phailed..la.. Nak dijadikan citer, sabtu lepas terpaksa p Tesco untuk beli barang-barang untuk hidangan meja pengantin. Tetiba jumpa la satu couple Arab ni. Tanya aku tentang minyak masak.. Ala2 apa punya bongok la aku nih..tak tau nak jawab. Nak ckp..yang minyak tu tak bagi kesan pada rasa makanan pun susah. Nampak sangat la My English dah berkarat tahap gaban.. Speechless teman dibuatnya. After 2 3 kali mengulang-ulang ayat baru la dapat the best word untuk menerangkannya.. Kesian gak couple tu..terpinga2 ngn aku.. Nak harapkan orang sebelah..tolong dengor jela.. Idak la kesian kat bini ni terkebil-kebil seorang diri..

Dia punya conversation just simlple jer..
Wanita Arab : Excuse me, can i ask u about this oil.
Aku : Sure, can.
Wanita Arab : I want buy this oil because it more cheaper that others. So i just want to know,is it this oil can give effect to taste of  food.
(senang jer kan soalannyer, tapi disebabkan jarang cakap omputih..berulang-ulang kali gak la aku try buat ayat untuk pertanyaan yang simple tu jer)
Aku : This is palm oil, it cant give any effect to taste of food when we used it for cook..
(Hahahahaha...apa punya ayat la aku cakap..)

Nasib la dorang faham. Tersangat la phailed, rasa nak p kelas bahasa Inggeris jela.. Just for speaking..untuk improved & mengilatkan kembalikan semula bahasa ni. Bukan untuk diagungkan bahasa asing pun, just untuk kemudahan diri sendiri jer. So idak la terkebil-kebil setiap kali kena soal macam tu... Chayo..chayo.. Jom belajar bahasa Inggeris...


Wednesday, June 5, 2013

Ujian Personaliti Diri



Ujian Personaliti Diri ni jumpa dari http://forum.jobmarket.com.my 

Boleh try bagi sesiapa yang berminat. Saya dah cuba.. Emm...based dari result kena 'Improved Diri lagi la'
So, ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawab soalan ini dengan spontan..analisis nya selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...



Bosan & Mengantuk...


Hari ni tersangat la bosan maybe sorang2 jer duk terperuk dalam bilik ni. Mengantok lak...maybe dah telan 2bungkus nasi lemak tadi.. Huhuhu..memang patut la cenggitu. 

Terlalu mengantok.... Blur jer muka..
Actually..badan jer ada kat ofis tapi hati & minda di rumah mengingatkan wedding preparation untuk adik-adikku.. Banyak lagi tak siap..semalam cuti pun just berjaya buat goodies bag & jahit manik ckit jer pada baju ku.. Lain2 tak sempat pun.. In my mind ada few things lagi yang terfikir nak buat.. Sempat ke idak tak tau la..coz wedding nyer this saturday jer... 

Check list wedding preparation yang masih belum terlaksana...
i) Bungga penanggah...
Cadangnya bunga penanggah nak klip kan pada towel & bagi pada saudara mara yang buat kerja. Towel dah ada dah..tapi bunganyer tak buat lagi. Last2 minit mau beli jer kot... Kritikal time dah nih... 

Cadang nak buat macam ni lah (Bunga Penanggah wif Towel)
Sumber Gambar : Goggle

ii)Bunga atas meja VIP / Meja rombongan pihak pengantin perempuan
Cadangnya nak buat 'Bunga Pom Pom' + tagging letak dalam pasu. Around 6pcs cukup la kot.. Nak kena comfirm dulu, kena tanya mak la... Kalau ada tagging senang, dari jauh lagi dah tau tempat tu reserve untuk keluarga pengantin. Idak la main rembat jer deme tu duduk kat tempat pihak pengantin perempuan.

Ni la Bunga Pom Pom
(Ni tempahan dari seorang kawan)
Ni la tagging untuk meja
Sumber Gambar : Goggle




So cadangnya na mengabungkan kedua-dua idea di atas menjadi sesuatu yang cute & sweet. Huhuhu.. Angan2 jela coz tak buat mende lagi..barang2 ada jer kat rumah... Hasilnya tengok la nanti k...

Adakah hasilnyer begini?
Sumber Gambar : Goggle

Still clueless!!!
Sumber Gambar : Goggle

iii)Pelamin
Dah siap separuh..nanti malam touch-up lagi la... Dah siap nanti baru la upload gambar.. Surprise...


iv) Goodies
Dah siap dah... Untuk semua tetamu bagi balang kaca yang diisi kacang putih. Balang tu dideco dengan kain, reben & little flowers. Cute la.. Buat around 800pcs. Hasil usaha berdua dengan mak & bantuan adik-adik & my Incik Bb.. Tak tolong banyak at least tolong gak dorang tu... 

Ni la hasil goddies 'Balang Kaca & Bunga2'

Ni pun sama gak...
Cute tak... 
Ok cukup kot bebelan-ku.. Nak sambung kerja lak... (^______^)y

Wednesday, May 29, 2013

Tips Untuk Orang Baru Nak Resign


New Life
Sumber Gambar : Google
Sumber : Laman Facebook 'Anis Chocolate Moist Cake'

Kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia sebenar perniagaan yang sangat indah ini, selamat BERHIJRAH & kami doakan untuk semua yang baru resign ini bergembira di alam yang lebih membahagiakan ini, SEMOGA ANDA SEMUA KAYA DAN BERJAYA!!..

Di bawah ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tips untuk semua anda yang baru meletakkan jawatan kerana kami memahami segala kegusaran anda, kami memahami betapa excitednya anda...kerana kami berdua pernah melalui saat-saat indah ini beberapa tahun lalu..

1.CARI ILMU
Untuk mereka yang baru resign terutamanya untuk mereka yang resign kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada bisnesnya , perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah CARI ILMU. Memang ini adalah perkara yang tidak dititik-beratkan oleh ramai orang.Ada yang dah rasa bagus sangat, pandai sangat..(macam kami dulu lah..), ye lah income sebelum resign pun bagus lah tu sebab tu berani resign kann..tapiiiii...income tu boleh jadi susut, boleh jadi semakin menipis kalau kita tak cukup ilmu..

ILMU apa ye? Paling penting, kenalah cari ilmu untuk mendapat kekuatan dalaman..Sebab orang yang bisnes perlu double dan triple kuat dari orang yang bekerja makan gaji.. kerana orang yang resign akan bertemu banyak dugaan sepanjang perjalanan..Hanya orang yang KUAT DALAMANnya akan terus berada dalam alam perniagaan..yang tak kuat, akhirnya CARI KERJA BALIK!..


2.BERGANTUNG PADA ALLAH
Bagi kami berdua yang dah melalui zaman makan gaji dan berbisnes, kami boleh merasakan betapa kuatnya kebergantungan kita pada Allah SWT semasa zaman berbisnes ini..Dulu masa kita bekerja, kalau kita perform atau tidak perform, macamana pun gaji tetap ada..TAPI bila dah resign, baru sedar kita tiada siapa-siapa kecuali ALLAH YANG MAHA ESA!!..

Itulah dia..kita tiada BOSS untuk bergantung harap..ALLAH lah boss kita,ceo kita..padaNYA lah kita meminta idea, kita mengadu, kita minta kekuatan, kita minta perlindungan, kita minta lebih banyak kekayaan...kita minta rezeki yang berganda-ganda dariNYA, lebih banyak dari dulu..Percayalah, semakin kita bergantung harap dan YAKIN padaNYA, ALLAH akan memberi lebih banyak pada kita...

Jadi kita perlu MENCARI ILMU bagaimana kita boleh menambahkan keyakinan kita pada Nya..cari ilmu untuk merasa lebih MENCINTAINYA..cari ilmu bagaimana untuk LEBIH RAPAT denganNYa..Perlahan-lahan kita akan melalui satu fasa yang sangat indah..,tiba-tiba kita jadi SANGAT YAKIN, kita jadi SANGAT BERGANTUNG, kerana disitulah THE GREATEST LOVE OF ALL...Find THE LOVE,give MORE LOVE, U'LL BE LOVED FOREVER!!...After all, itu yang kita cari sebenarnya...bukan DUIT, bukan kemewahan, tetapi LOVE!!..


3.FOKUS
Untuk fasa awal berhenti kerja ni, anda perlu FOKUS dengan bidang bisnes yang anda lakukan dulu..Habiskan apa yang dah anda start!..Jangan cepat melatah, dah nak lari fokus...Jangan ingat income sekarang ni dah kuat sangat..Fokus dulu, sampai boleh leverage, sampai boleh gajikan seorang pekerja untuk uruskan current bisnes kita...2 atau 3 bulan, make sure bisnes run very smooth di bawah pengurusan seorang pengurus, then baru boleh beralih arah..Itu pun kalau perlu..kalau dah tepu market bisnes anda...dah sampai ke Kutub Utara bisnes anda, sampai semua orang, semua makhluk di bumi ni dah kenal bisnes anda...hehehe..barulah kita go to the next one...Bisnes kita bukan setakat orang kampung kita je tahu ye dikk..kalau boleh biar sampai makhluk kat Planet lain pun tahu...baru gempak!..


4.BACA BUKU/BLOG/FORUM
Untuk orang yang baru resign ni, mereka masih belum betul-betul kuat..takut sekerat jalan biawak lalu je depan rumah, daaahhhh takut nak bukak pintu rumah..biawak tu lalu je, tak masuk rumah pun...dah takut nak keluar rumah..

Jadi, nak tanam kekuatan dalam diri sendiri, kena banyak banyak banyak membaca...Ada orang suka membaca buku, ada orang tak suka baca buku..Yang tak suka baca buku boleh baca di facebook atau di blog..Bagaimana mereka yang dah melalui pengalaman berhenti kerja ini membina kekuatan dalaman? Apa yang perlu ada untuk menjadi JUTAWAN? Apa attitude yang perlu ada sebagai usahawan yang berjaya? Boleh tak menjadi seperti lalang kalau nak berjaya? Kejap bisnes tu, kejap bisnes ni..kejap produk tu..kejap produk ni..Lama-lama dalam kereta kita penuh macam kedai runcit..segala mak nenek produk semua ada..Ada ke orang yang macam ni jadi JUTAWAN? Sama-sama kita observe kay..

Paling penting, kalau tak suka membaca..sama ada baca buku atau baca bahan bacaan ilmiah di internet, percayalah..tak lama lagi pasti anda terpaksa CARI KERJA SEMULA!..


5.CARI KAWAN BARU
Orang yang baru resign ni akan mengalami kepupusan kawan-kawan..Dulu masa bekerja memang kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan..Nanti tak lama lagi untuk yang resign ni, anda akan rasa sunyiii sangat...anda akan perasan anda dah tak punya ramai kawan..Kawan yang macam dulu kita boleh keluar lunch sama-sama, ramai-ramai...borak-borak..gossip gossipp..hihihiiii

Sekarang bila dah resign..cepat-cepat cari kawan-kawan baru..Ini peluang anda! Kali ni tapis betul-betul...Cari yang sealiran pemikiran dengan kita, jangan salah orang! Jangan yang membawa kita ke arah yang lebih teruk..lebih melalaikan..yang tidak ada vision..yang tak ada matlamat hidup..yang suka tidur sepanjang hari..yang suka bangun lewat.. yang suka buang masa..yang suka tengok tv saja..yang suka borak-borak kosong..yang suka gossiiiipppp saja..yang pandai komplennnn memanjang..semua salah, dia saja yang betul..yang suka mengutuk dan mengata orang...Jauhilah orang-orang macam ni..Kerana, kalau nak tahu kita boleh berjaya atau tidak, orang-orang sekeliling kita..Kalau kita kawan dengan PEROMPAK, insyaallah kita akan jadi PEROMPAK...tapiii..kalau kita berkawan dengan JUTAWAN, insyaallah lama kelamaan kita TERPAKSA jadi JUTAWAN!!..

Sebenarnya bukan senang jugak nak dapat kawan-kawan yang positif..tapi insyaallah dia akan muncul tak lama lagi..Berkenalan dengan orang yang dah resign dan dah berjaya dalam bisnesnya.Dekati mereka..tanya bagaimana mereka melalui saat-saat yang menarik ini? Takutkah mereka? Risaukah mereka? Anda akan dapati, semuanya SAMA SEPERTI ANDA...Takut seperti anda, sama ada boleh melaluinya atau tidak..Tapi, untuk orang yang dah berjaya melalui saat ini, mereka pasti katakan, kalau saya tahu betapa indah dan mudahnya untuk menjadi kaya...dah lama saya berhenti kerja!

Tapiiii...Kawan lama kena maintain..jangan sampai kita putuskan Silaturrahimmm, kita tidak diajar sebegitu dalam agama kita, bukan? Kalau boleh rapatkan lagi silaturrahim dengan kawan-kawan lama ni..Baik sangka dengan mereka, mereka inginkan kekuatan seperti kita juga sebenarnya, mereka juga ada impian sebenarnya.Cuma mereka tak ada guidance..fahami mereka, jangan buang mereka..dekati mereka..Kerana Allah sangat sayangkan umatnya yang berkasih sayang sesama makhluknya...


6. KERJA DOUBLE KUAT
Untuk orang yang baru resign ni, mereka tengah excited!..dan mereka memang nampak sebesar-besarnya peluang yang ada di bumi Allah yang Maha Luas ini, sebab tu lah mereka resign kankan?...Jadi, kalau dah nampak peluang, apa lagi..terus kerja dengan lebih kuat!..Untuk fasa awal memang kena kerja sangat kuat!..Tak tidur pun takpe,let say customer order barang dan kita terpaksa ke Shah Alam untuk ambik stok pun takpe..Demi kepercayaan pelanggan kita..

Kita dah tak boleh bekerja sama seperti zaman kita makan gaji lagi..Dulu masa bekerja, kita banyak cuti dan MC yang tak menentu hari, tapi bila dah bisnes sendiri, jangan harap dalam first phase ni nak bercuti dan ber MC..Kami dulu masa awal-awal berbisnes, waktu tidur pun dah tak cukup..tidur pukul 2 atau 3 pagi setiap hari..Ye lah, banyak benda nak buat, malam-malamlah kena buat akaun..Mencabar jugak, tapi..kalau dah minat semuanya rasa mudah saja...

Kerja double kuat ni untuk permulaan saja sebenarnya...Nanti bila dah belajar buat dengan bersistematik,semuanya akan berjalan lancar..dan anda dah ada kelapangan dan masa yang fleksibel..Bila dah melepasi fasa kerja double kuat ni, lepas tu anda dah boleh pergi BERCUTI untuk relax kan minda dan untuk refresh!..Bessstttttt!!..


7.BANGUN AWAL PAGI
Orang yang baru resign ni jangan ingat dah resign inilah masa nak bangun lewat sikit..ye lah dah bertahun-tahun bangun awal pagi, teringin nak bangun lewat?..Lepas solat subuh nak sambung tidur balik?.NO WAY!!..Kalau buat macam tu, lama-lama jadi kebiasaan...nanti mesti u jadi LEMAU!! Orang yang suka bangun lewat ni cer tengok, mesti rezeki dia tak lekat..Sebab,Allah agih-agihkan rezeki pada waktu awal pagi. Kalau anda bangun lewat, anda dah ter miss waktu macam ni, nanti anda tak termasuk dalam agihan rezeki yang Allah nak bagi tu..


Sepatutnya dah resign lagi la kena bangun lebih awal..Bangun awal pagi untuk tahajjud dan bersolat sunat yang lain.Bersolat subuh di awal waktu..Masa ni lah nak mendekati Allah Maha Pencipta..Indahnyaaa saat ini kerana kita dah tak perlu terkejar-kejar masa nak ke tempat kerja..kita pun dah tak takut kalau-kalau mengantuk nanti siang..Takpe, kalau ngantuk kita boleh take a nap jap..

Dulu masa bekerja kita terpaksa berbisnes malam hari..sebab tu terpaksa tidur lewat dan pagi susah nak bangun..Tapi sekarang, adjustkan masa anda..tidur lebih awal di malam hari supaya anda boleh bangun awal seawal-awalnya jam 4 pagi untuk anda dapat berdua-duaan dengan Allah Yang Maha Esa..jadikan itu satu habit, jadikan itu satu keseronokan..Insyaallah, tengoklah rezeki akan datang mencurah-curah!..


8.BERDHUHA
Solat dhuha ni bukanlah untuk orang yang resign saja..tapi semua orang pun sangat digalakkan untuk solat sunat dhuha, kan? Tapi...untuk yang baru resign ni, kalau sebelum ni tak sempat sebab bekerja dan tak perasan pun pasal solat sunat Dhuha ni....sekarang ni dah kena start perasan kepada perkara-perkara macam ni..

Kalau yang dah start buat, mereka tahu betapa indahnya kalau kita dapat bersolat dhuha ni..Rezeki datang tak putus-putuss...Kerana Allah dah janji kannn...dengan bersolat Dhuha ni sebenarnya kita dah boleh jadi MONEY MAGNET!..


9.BERSEDEKAH
Ni pun sama, bukan untuk orang yang resign saja bersedekah ni..tapi untuk semua lah kan? Tapii...orang yang baru resign ni sangat-sangat patut dan wajib untuk lebih banyak bersedekah..Sebab memang inilah punca utamanya kalau kita nak dapat lebih banyak rezeki...kita kena banyak BERKONGSI REZEKI dengan lebih ramai orang lagi..CUCI KOLAM anda setiap hari wahai resigners!..Start dengan seringgit sehari, secara konsisten!..Tengok nanti yang datang balik beratus-ratus kali ganda!..Fuuhhh, memang best betul bersedekah ni...

Oopssss, untuk ibu bapa jangan langsung ter miss...bagi lah kalau tak dapat banyak bagi sikit..sesikit RM5? Hehehe..teringat yang baca kisah hamba Allah tu start bagi 5 ringgit je pada ibunya..mula-mula ingat sebab dia memang tak berduit, itu yang dia tak bagi..tapi bila betul-betul faham konsep MEMBERI ni terutamanya pada mak ayah, walaupun boleh bagi start dengan 5 ringgit je, sekarang dah beribu ringgit dah dia dapat bagi pada parentsnya..Very Powerful!!..


10.JANGAN BACA PAPER
Untuk resigners dan juga bukan resigners pun sama..Pernah tak dengar idea ni? Jangan baca newspaper especially awal-awal pagi dan especially 5 muka surat terawal? Sebab kebanyakan cerita dalam newspaper tu adalah negatif!..Dan ditakuti berita tu akan di absorb oleh subconcsious mind kita secara automatik..kita tak sedar pun...

Bila terlampau banyak baca berita-berita negatif ni, lama-lama kita akan jadi NEGATIF! Dalam newspaper juga ada berita-berita yang menakutkan, walaupun kita rasa kita baca tanpa rasa apa-apa..tapi lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri anda..Anda akan diselubungi ketakutan, dari sinilah punca nanti kita tak percaya pada orang lain..buruk sangka pada orang lain dan sebagainya..Baca yang bahagian bisnes ke, bahagian sukan tak apa, yang perlu dielakkan ialah 5 muka surat terawal saja..

(Sebenarnya banyak yang nak dicerita pasal baca newspaper ni, tapi...takut sensitip pulak...nanti next time kalau diizinkan Allah, saya akan share pasal bagaimana dengan membaca suratkhabar akan membuatkan hidup kita sentiasa dalam KETAKUTAN!..)

Okay, diharap tips yang simple ni dapat membantu...Semoga semua resigners diberi Allah rezeki yang mencurah-curah seperti hujan lebat yang turun tanpa hentinya!..Aminnn...


WALAHU'ALAM..
ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI....


Welcome 'New Life'
Sumber Gambar : Goggle

Terfikir Nak Resign?

Im Tired & I Want Resign
Sumber Gambar : Goggle
Memang kadang-kadang ada terfikir nak resign & fokus kepada bisnes jer.. Tetapi perasaan tak yakin, takut & macam2 yang negatif semua adalah bersarang & berserabut dalam kepala & hati nih... Penat rasanya berterusan kerja sebagai pekerja kontrak ni.. Dah 5 tahun dah kerja cenggini. Lama-kelamaan jadi feed-up pun ada kerana 'pekerja kontrak' macam kami ni just sekadar dibayar upah untuk buat kerja jer.. Tapi tidak mendapat sebarang keistimewaan sepertimana mereka yang berstatus 'Tetap & Berpencen'. Nak kata anak tiri, lebih dari tu pun ada agaknya. Macam2 la kelemahanya..macam la kami ni tak ada 'Life' sendiri.. Tambahan yang paling mengecewakan bab gaji. Suka-suka hati jer.. Macam la kami ni tak ada hutang & bil nak dibayar. Tak perlu beli barang keperluan diri & sebagainya. Ntahlah, kalau suruh aku membebel bab ni memang berjela-jela panjangnya.

Bila mengenangkan nasib, kadang-kadang tu sedih la juga. Tapi bila difikir positif..Allah sedang menguji-Ku.. Tapi bila difikir2kan lagi...sampai bila nak begini.. Lagipun..dalam Al-Quran ada tertulis "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia sendiri mengubahnya". So sekarang macam mana. Setakat ini, ada small bisnes yang tak stabil mana pun. Yela..bisnes yang dibuat secara part time memang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi terutamanya dari aspek kekangan masa. Bila order banyak, terpaksa tidur lewat, kadang-kadang bangun awal pagi & kadang-kadang akibat terlalu penat xlarat nak bangun tido & menyebabkan lewat ke kerja. Adakalanya terpaksa cuti, untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Memang huru-hara & penat hidup macam nih... Perasaan bercampur baur.. Kalau la resign & focus pada bisnes ni adalah yang terbaik buat ku.. Ya-Allah permudahkanlah Jalan ini Ya Allah.. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menghadapinya.. Kekesalan & tekanan ini disebabkan ketidakadilan mereka di sekeliling ini melayan & memperlakukan kami dengan tidak sepatutnya....

Di bawah ni ada sedikit tips untuk mereka yang baru nak resign.. Sumber dari akaun facebook 'Anis Chocolate Moist Cake'. Dah lama baca dah..so ni baru nak share. Bila baca macam jadi sumber inspirasi sebenarnya. Nanti saya akan publish sebagai 'Tips untuk Orang yang Baru Resign'....

Thursday, May 23, 2013

Beralih Arah ke Majalah Pa&Ma la pulak...

Hobi aku adalah membeli majalah yang terpakai. Ni pun gara2 terberjangkit ngn Incik BB yang tersangat suka majalah 'Kereta'.. Tapi majalah aku beli usually majalah Pengantin jela coz majalah tu leh bagi aku inspirasi untuk menghasilkan karya seni gubahan perkahwinan yang pelbagai... Baik dari segi hantaran, pelamin, goodies & hiasan manik pada baju. Aku ni tak adalah butik pengantin ke apa ker.. Just suka2..kebetulan adik2 ku nak kahwin tu lagi bersemangat dengan majalah Pengantin tu... 

Tapi hari ni tetiba terambil lak Majalah Pa&Ma... Huhuhu..tak pernah2 terfikir pun tentang majalah tu... al maklum la baby pun tak ada lagi.... Tapi rupa2nya majalah ni memberi maklumat tentang persediaan untuk mengandung pun ada... Bagus2..leh study apa yang perlu tau... 

Majalan Pengantin Edisi Jun 2012 & Pa&Ma Edisi Januari 2013
Ha...seperti gambar di atas ni la majalah yang aku sempat rembat di gerai di pasar malam tadi.... Tengok tajuk majalah yang ada baby tu...macam interesting kan.... Dah la baby tu cumell bangat... Topik yang menarik adalah 'Rancang Kesuburan & kehamilan' - dengan mengetahui punca tidak subur, rawatan kesuburan & panduan berjaya hamil. Di samping itu, ada gak 'Persediaan Hamil - 17 tip pemakanan buat suami isteri'. Disebabkan tak baca lagi..so kena go tak leh nak citer panjang2 la... Nanti pas baca, i update lagi yer...apa yang menarik & tertarik nyer tentang majalah nih....