Bunga Berguguran

Wednesday, May 29, 2013

Terfikir Nak Resign?

Im Tired & I Want Resign
Sumber Gambar : Goggle
Memang kadang-kadang ada terfikir nak resign & fokus kepada bisnes jer.. Tetapi perasaan tak yakin, takut & macam2 yang negatif semua adalah bersarang & berserabut dalam kepala & hati nih... Penat rasanya berterusan kerja sebagai pekerja kontrak ni.. Dah 5 tahun dah kerja cenggini. Lama-kelamaan jadi feed-up pun ada kerana 'pekerja kontrak' macam kami ni just sekadar dibayar upah untuk buat kerja jer.. Tapi tidak mendapat sebarang keistimewaan sepertimana mereka yang berstatus 'Tetap & Berpencen'. Nak kata anak tiri, lebih dari tu pun ada agaknya. Macam2 la kelemahanya..macam la kami ni tak ada 'Life' sendiri.. Tambahan yang paling mengecewakan bab gaji. Suka-suka hati jer.. Macam la kami ni tak ada hutang & bil nak dibayar. Tak perlu beli barang keperluan diri & sebagainya. Ntahlah, kalau suruh aku membebel bab ni memang berjela-jela panjangnya.

Bila mengenangkan nasib, kadang-kadang tu sedih la juga. Tapi bila difikir positif..Allah sedang menguji-Ku.. Tapi bila difikir2kan lagi...sampai bila nak begini.. Lagipun..dalam Al-Quran ada tertulis "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia sendiri mengubahnya". So sekarang macam mana. Setakat ini, ada small bisnes yang tak stabil mana pun. Yela..bisnes yang dibuat secara part time memang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi terutamanya dari aspek kekangan masa. Bila order banyak, terpaksa tidur lewat, kadang-kadang bangun awal pagi & kadang-kadang akibat terlalu penat xlarat nak bangun tido & menyebabkan lewat ke kerja. Adakalanya terpaksa cuti, untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Memang huru-hara & penat hidup macam nih... Perasaan bercampur baur.. Kalau la resign & focus pada bisnes ni adalah yang terbaik buat ku.. Ya-Allah permudahkanlah Jalan ini Ya Allah.. Sesungguhnya aku sudah tidak mampu menghadapinya.. Kekesalan & tekanan ini disebabkan ketidakadilan mereka di sekeliling ini melayan & memperlakukan kami dengan tidak sepatutnya....

Di bawah ni ada sedikit tips untuk mereka yang baru nak resign.. Sumber dari akaun facebook 'Anis Chocolate Moist Cake'. Dah lama baca dah..so ni baru nak share. Bila baca macam jadi sumber inspirasi sebenarnya. Nanti saya akan publish sebagai 'Tips untuk Orang yang Baru Resign'....

No comments:

Post a Comment