Bunga Berguguran

Saturday, June 22, 2013

Tart Nenas


Hari ni tetiba teringin tart nenas la pulak... Ni gara-gara p kedai bakeri tadi, dah pegang dah tepung instant untuk buat tart nenas tapi letak balik... So sampai malam ni dok teringat-ingat.. Sabar yer..esok kita p beli.. Resipi adik bagi pun ada. Tapi tau la nak buat ke tak esok..coz cadangnyer esok nak buat kek & coklat sempena sample untuk raya... Tart nenas ni..even pandai buat pun..idak la sampai nak menjual bagai coz just untuk makan jer k.... 

Resipi Tart Nenas:

Bahan-bahan: 
155gm butter
30gm icing sugar (untuk tekstur yang lebih halus)
1tsp Vanilla Essence
120gm Plain Flour
100gm Corn Flour

Cara Membuatnya:
1) Masukkan icing sugar ke dalam butter yang telah dilembutkan.
2) Pukul hingga sebati.
3) Masukkan Vanilla Essense
4) Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh.
5) Gunakan acuan tart untuk membentuk. Sementara itu, jem nenas dibuat bulat-bulat.
6) Masukkan jem nenas kemudian gulungkan.
7) Sapu kuning telur pada permukaan & bakar 10 minit pada suhu 180 darjah celcius...

So dah siap boleh mamam... Hope esok leh la buat. Kalau tak..cari kat kedai jela tart tu.. Tesco pun ada jer... Senangkan...

10 Tanda Penting Kehamilan....





10 Tanda Penting Kehamilan ini diambil dari website http://www.babycenter.com.my. Sekadar perkongsian untuk ibu-ibu yang baru first time mengandung & sangat teruja... So kat bawah ni ada 10 tanda, jika anda mengalami tanda-tanda di bawah... Tahniah.....

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Dan akhir sekali...

10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

Friday, June 21, 2013

Shurah Pemutih

                                      

Baru jer 2minggu guna produk ni.. Alhamdulillah..kulit muka ok.. Jerawat pun tak tumbuh.. Dulu zaman study dulu memang pakai krim komersil macam nih... Tapi bila dah kerja & dah berduit ckit mula la pakai produk mahal-mahal yang konon-kononnyer lebih bagus berbanding produk komersil biasa nih... Maksud produk mahal-mahal nih...satu krim dia pun Rm40 ke atas la... So kalau satu set mau mencecah ratus gak la..

Tapi selepas 5 tahun pakai produk mahal-mahal..kulit muka jadi terlalu sensitif sampai satu tahap terpaksa stop pemakaian & p jumpa pakar kulit untuk menyelesaikan masalah kulit sensitif & berjerawat. Atas nasihat doktor & guna ubat serta krim yang disyorkan, Alhamdulillah...kulit makin baik. Jadi selepas tempoh berubat dah tamat, guna balik produk mahal-mahal..muka jadi gatal & jerawat tumbuh semula. So satu hari, try balik produk komersial biasa macam 'Shurah Pencerah'.. Alhamdulillah...kulit dah ok.. Licin & lembut lak tu... Suka sangat-sangat.... Ni bukan untuk promote ke apa.. Just for sharing.... 

Intan Ladyana - Duta Produk Shurah Pencerah
Mana tau jadi tantik macam dia (^______^)y

Tuesday, June 11, 2013

Hasil 'Baucer Buku 1 Malaysia'

Actually baucer tu adik yang punya. Tapi disebabkan baik hati..merasalah RM50 daripada RM200 baucer tu. So apa lagi hasil rembatan untuk RM50 tu adalah buku masak-masak yang dibeli di Popular, Jusco Kinta City, Ipoh. Cara beli tu macam la nak masak sangat, tapi sekurang-kurangnya ada niat untuk memasak.. Buku yang dibeli adalah '1 Hari 1 Resipi' oleh Chef Hanieliza. Laku Keras katanya buku nih.. Komen tentang buku ni..senang la nak follow step by step cara masaknya. Gambar pun tantik & menyelerakan. Mana taknya..sampai jer umah terus la belek-belek buku tu. My Incik BB tengok bahagian masakan bergoreng, My Incik BB terus terliur & p masak mi goreng. Huhuhuhu...yang untungnya aku..jadi tukang rasa. So memang buku ini memberikan impak yang hebat la.. Kiranya illustrasi & gaya persembahan benar-benar membangkitkan selera. Tapi tu jela resipi yang kitaorang masak pun, lain2 tak sempat lagi coz selalunya guna resipi ikut otak sendiri jer. Maybe next time la.. Time rehat-rehat kat rumah on weekend maybe leh la try another resipi. 

Cover '1Hari 1 Resipi'
Buku yang ke-2 adalah buku 'Cookies'.
Amik buku ni atas beberapa sebab..yang pertama sebab murah.. Hehehe..less dari RM49.90 ke RM13.90. Murahkan???
Harga Asal : RM49.90
Promotian Price : RM13.90
Murahkan???
                 
Sebab ke-2 dapat cookies cutter percuma. Ada 6 jenis cookies cutter kesemuanya. Suka sangat-sangat. Hehehe.... Resipi of cos la ada. Emm...berapa resipi yer.. tak ingat la. Ada dalam 24 jenis resipi yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Chocolate Heaven, Nutty But Nice, Fruitful Endeavours & Something Special. Buku ni dalam bahasa Inggeris. Jenuh gak la nak translate. Nanti try & bila dah jadi biskut, kita update hasil yer...
Cookies Cutter
Buku resipi & cookies cutter
Sebab ke-3 adalah..buku ni stok terakhir. So just grab it... Saya Suka, Saya Suka.....

Monday, June 10, 2013

Oh..My English!!!

Oh..My English...so phailed..la.. Nak dijadikan citer, sabtu lepas terpaksa p Tesco untuk beli barang-barang untuk hidangan meja pengantin. Tetiba jumpa la satu couple Arab ni. Tanya aku tentang minyak masak.. Ala2 apa punya bongok la aku nih..tak tau nak jawab. Nak ckp..yang minyak tu tak bagi kesan pada rasa makanan pun susah. Nampak sangat la My English dah berkarat tahap gaban.. Speechless teman dibuatnya. After 2 3 kali mengulang-ulang ayat baru la dapat the best word untuk menerangkannya.. Kesian gak couple tu..terpinga2 ngn aku.. Nak harapkan orang sebelah..tolong dengor jela.. Idak la kesian kat bini ni terkebil-kebil seorang diri..

Dia punya conversation just simlple jer..
Wanita Arab : Excuse me, can i ask u about this oil.
Aku : Sure, can.
Wanita Arab : I want buy this oil because it more cheaper that others. So i just want to know,is it this oil can give effect to taste of  food.
(senang jer kan soalannyer, tapi disebabkan jarang cakap omputih..berulang-ulang kali gak la aku try buat ayat untuk pertanyaan yang simple tu jer)
Aku : This is palm oil, it cant give any effect to taste of food when we used it for cook..
(Hahahahaha...apa punya ayat la aku cakap..)

Nasib la dorang faham. Tersangat la phailed, rasa nak p kelas bahasa Inggeris jela.. Just for speaking..untuk improved & mengilatkan kembalikan semula bahasa ni. Bukan untuk diagungkan bahasa asing pun, just untuk kemudahan diri sendiri jer. So idak la terkebil-kebil setiap kali kena soal macam tu... Chayo..chayo.. Jom belajar bahasa Inggeris...


Wednesday, June 5, 2013

Ujian Personaliti Diri



Ujian Personaliti Diri ni jumpa dari http://forum.jobmarket.com.my 

Boleh try bagi sesiapa yang berminat. Saya dah cuba.. Emm...based dari result kena 'Improved Diri lagi la'
So, ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawab soalan ini dengan spontan..analisis nya selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...



Bosan & Mengantuk...


Hari ni tersangat la bosan maybe sorang2 jer duk terperuk dalam bilik ni. Mengantok lak...maybe dah telan 2bungkus nasi lemak tadi.. Huhuhu..memang patut la cenggitu. 

Terlalu mengantok.... Blur jer muka..
Actually..badan jer ada kat ofis tapi hati & minda di rumah mengingatkan wedding preparation untuk adik-adikku.. Banyak lagi tak siap..semalam cuti pun just berjaya buat goodies bag & jahit manik ckit jer pada baju ku.. Lain2 tak sempat pun.. In my mind ada few things lagi yang terfikir nak buat.. Sempat ke idak tak tau la..coz wedding nyer this saturday jer... 

Check list wedding preparation yang masih belum terlaksana...
i) Bungga penanggah...
Cadangnya bunga penanggah nak klip kan pada towel & bagi pada saudara mara yang buat kerja. Towel dah ada dah..tapi bunganyer tak buat lagi. Last2 minit mau beli jer kot... Kritikal time dah nih... 

Cadang nak buat macam ni lah (Bunga Penanggah wif Towel)
Sumber Gambar : Goggle

ii)Bunga atas meja VIP / Meja rombongan pihak pengantin perempuan
Cadangnya nak buat 'Bunga Pom Pom' + tagging letak dalam pasu. Around 6pcs cukup la kot.. Nak kena comfirm dulu, kena tanya mak la... Kalau ada tagging senang, dari jauh lagi dah tau tempat tu reserve untuk keluarga pengantin. Idak la main rembat jer deme tu duduk kat tempat pihak pengantin perempuan.

Ni la Bunga Pom Pom
(Ni tempahan dari seorang kawan)
Ni la tagging untuk meja
Sumber Gambar : Goggle




So cadangnya na mengabungkan kedua-dua idea di atas menjadi sesuatu yang cute & sweet. Huhuhu.. Angan2 jela coz tak buat mende lagi..barang2 ada jer kat rumah... Hasilnya tengok la nanti k...

Adakah hasilnyer begini?
Sumber Gambar : Goggle

Still clueless!!!
Sumber Gambar : Goggle

iii)Pelamin
Dah siap separuh..nanti malam touch-up lagi la... Dah siap nanti baru la upload gambar.. Surprise...


iv) Goodies
Dah siap dah... Untuk semua tetamu bagi balang kaca yang diisi kacang putih. Balang tu dideco dengan kain, reben & little flowers. Cute la.. Buat around 800pcs. Hasil usaha berdua dengan mak & bantuan adik-adik & my Incik Bb.. Tak tolong banyak at least tolong gak dorang tu... 

Ni la hasil goddies 'Balang Kaca & Bunga2'

Ni pun sama gak...
Cute tak... 
Ok cukup kot bebelan-ku.. Nak sambung kerja lak... (^______^)y