10 Tanda Penting Kehamilan ini diambil dari website http://www.babycenter.com.my. Sekadar perkongsian untuk ibu-ibu yang baru first time mengandung & sangat teruja... So kat bawah ni ada 10 tanda, jika anda mengalami tanda-tanda di bawah... Tahniah.....
1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam
kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya
sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga
tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu
diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari
daripada hari pertama haid terakhir anda.
2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda
menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya.
Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak
berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
3. Pendarahan atau kekejangan akibat
implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda
mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah
berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan
telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami
keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula
menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati
anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih?
Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru
selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat.
Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah
simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin
menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang
serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda
telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa
anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan
sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau
makanan yang biasanya mereka suka.
8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan
mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas
persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya
langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula
berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu
pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia
lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda
kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang
mempunyai kitaran haid yang teratur.
Dan akhir sekali...
10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian
kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan
garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi
seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik
ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

No comments:
Post a Comment