Bunga Berguguran

Tuesday, June 25, 2013

Arang and The Magistrate

Ada satu cerita baru kat TV9 ni dalam slot Saranghae. Selalunya tayangan setiap hari isnin & selasa jam 9.30malam. Tapi tah kenapa tah..dah tukar siaran hari selasa & rabu pulak. Ape-ape pun..citer nih memang best sebab ia lebih kepada penyiasatan berbanding cintan cintun la.. Yela penyiasatan berkenaan kematian 'Arang' ni la. Actually 'Arang' ni adalah nama yang diberi kepada roh gadis sunti yang tak tau nama sendiri. Kiranya 'Arang' ni tak tau la siapa dia ketika dia hidup dulu. Hinggakan nama sendiri pun tak tau. Sehinggalah dia jumpa seorang majistert yang bersetuju untuk membantu dia menyiasat siapa diri dia. Tambahan magistrate ni boleh tengok benda ghaib..tu sebab dia boleh tolong 'Arang'... Best kan??? Kalau tak silap..last week baru episod ke-4 la.. So malam ni ada lagi... (^______^)y





Shin Min Ah as Arang
Lee Joon Ki  as The Magistrate

IPU Jerebu Hari Ni

Bila asyik update IPU ni..dah macam aku ni kerja di Jabatan Alam Sekitar la pulak. Actually sebagai peringatan pada semua. Ni bukan update kat blog jer, fasbuk pun update gak...  Hehehe... So kat bawah ni Jadual IPU untuk hari ni, untuk beberapa daerah di negeri Perak sahaja.. Jaga diri yer semua. Coz i dah rasa dah kesan jerebu nih.. Mata dah mula berair dan sakit dah nih.. Tersangat la sedih coz air mata asik mengalir... 


IPU untuk 25 Jun 2013


IPU bagi negeri Perak

Dari jadual di atas, daerah Seri Manjung dah mencecah zon 'Sangat Tidak Sihat' & Tanjung Malim lak zon 'Tidak Sihat'. Manakala yang lain-lain dalan zon ' Sederhana'. Rasanya Kampar dekat-dekat zon tak sihat jugak la.. Pagi-pagi lagi dah rasa terlalu menyesakkan dan memedihkan mata. 

So langkah pencegahan yang boleh dibuat.. 

1) Pakai Penutup Muka kalau keluar


2) Minum Air Kosong banyak-banyak


3) Duduk di rumah / ofis diam-diam

Monday, June 24, 2013

Marble Shortbread

Last saturday..pergi kedai barang-barang bakeri untuk beli beberapa barang keperluan untuk membuat kek dan coklat. Ada lak jumpa acuan untuk buat biskut shortbread. Dah lama mencari, tak sangka jumpa kat kedai tu. Cadangnya gaji ni, nak p beli la acuan tu dan try buat la.. Leh bagi Incik BB makan dan bagi family & kawan-kawan makan. Dah goggle dah resipi & dah dapat dah. Jom kita tengok resipinyer, hasil shordbread buatan air tangan ku kena tunggu la....this week ada trip p Terengganu lak.. Kalau tak..boleh la buat weekend nih.. Tak pe..next others week boleh buat k... 

Resipi Marble Shortbread (Sumber web http://www.myresipi.com) 

Bahan-bahan (1 loyang bercutter 10" x 10")
Bahan (utk base biskut)
150g tepung gandum
50g gula kastor
50g serbuk badam
125g butter
50g susu tepung

Bahan (utk hiasan)
200g coklat masakan
1 camb shortening
75g coklat putih

Cara-cara
1) Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
2) Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu   base tersebut.
3)Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
4)Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
5)Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
6)Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
7)Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
8)Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali .

Acuan Shortbread (saiz 12'x12')
Sumber : Goggle
Marble Shordbread
Sumber ; Goggle

Thank You Allah

Petang tadi time tengah masak-masak dinner, my mom call. Her sound had a good news to me.. Ada seorang Hamba Allah ni nak tolong aku minta jadi tenaga pengajar kat sebuah institusi pengajian tinggi. Tetiba rasa macam syahdu pulak, di saat hidup terlalu getir & tertekan ini seolah-olah ada sedikit cahaya disebalik awan.. Seolah-olah macam fenomena jerebu sekarang ni lah...kalau nampak matahari, pastu kalau turun pulak hujan.. Lepas hujan ada lak pelangi..mesti indahkan.??? Macam tu jugak la hidup aku selepas ini kot. Allah memberi bukan apa yang kita minta tetapi dia memberi apa yang Dia rasakan perlu untuk hidup kita. Thanks Ya Allah. Aku mungkin terkadang alpa dengan kurniaan-Mu tetapi sesungguhnya Engkau tetap ada disisi ini sentiasa. Bimbing la diri ini, supaya lebih hampir kepada-Mu dan supaya aku menjadi hamba-Mu yang benar-benar Zuhud. Amin..


Jerebu

Jerebu yang melanda negara dirasakan makin menyesakkan nafas & permandangan. Kini di Perak pun mula terasa. Semalam cuaca masih lagi terang, tetapi hari ni macam dah teruk jer.. Tadi kuar p makan pun..dah sakit hidung. Ni sekarang kepala dah mula sakit. Kat bawah ni ada sikit jadual mengenai IPU beberapa dearah di Perak sumber dari Jabatan Alam Sekitar.


Petunjuk IPU


IPU bagi 5 daerah di Perak

Sunday, June 23, 2013

Sedey....

Bangun seawal 5 pagi tadi dengan perasaan sedey coz cadang nak guna pregnancy test pagi ni tapi lain lak jadinyer.. Tetiba jer..datang bulan. Tapi tersangat percaya diri ni pregnant. Tu semalam gatal sangat letak lilipie- pregnancy tu.. Hehehe... Tak pe..mb belum ada rezeki. Bawa banyak-banyak bertenang & beristifar yer.. Tapi tentang lilipie tu..biarkan jela disitu kan.... Mana tau.. ada rezeki. Semua ni kan kerja Allah SWT, sebabnyer ada gak kes datang bulan tapi still mengandung. 

Yang confident tahap cipan prengnat tu..bila hampir separuh dari tanda-tanda penting mengandung (seperti entry semalam tu ada pada diri ni).. Hehehe...macam-macam la kan... Pe2 pun sabar.. Have a nice day for this Sunday, Salina... 


Saturday, June 22, 2013

D.I.Y. Pelamin & also Bunga Tagging Meja

Post pada 5 June yang lalu ada cakap tentang D.I.Y. pelamin kan.. Ni la hasilnyer.. Simple jer..tapi bila tengok lama-lama macam cantik la jugak. Siap ada tanya..tempah pelamin kat mana.. Alhamdulillah..ada gak orang yang tau menghargai. So rasa berbaloi gak la bersusah payahnyer buat pelamin ni bersama-sama dengan Incik BB.. Di samping pemerhati yang tak berhenti-henti memberi komen... Tq semua....

My Pelamin D.I.Y untuk Majlis Perkahwinan Adik-adikku
My 3rd Brother wif His Wife & Family In Law

My 2nd Brother wif His wife & Me also My Incik BB
Selain itu, turut buat tagging meja bagi rombongan pengantin.. Even ada tagging pun..tetamu biasa pun tetap rembat tempat rombongan pengantin gak la.. Tapi masih dalam keadaan terkawal.. 

Ni la hasil Tagging meja yang dibuat. Ok lah kan..
Last minit punya preparation... 

Atas meja reserve untuk rombongan pengantin perempuan