Bunga Berguguran

Monday, July 29, 2013

Rahsia Mendidik Anak

Entry ni just for sharing. Petikan ini kalau tak silap terjumpa kat fesbuk. Agak lama gak la simpan dalam MS Word, pagi tadi cari dokumen lain terjumpa lak. Rasanya semua ibu bapa dan bakal ibu bapa perlu mengetahui mengenai perkara ini. Ini kiranya merupakan tips la untuk menjadikan anak cerdik dan soleh. Jom kita baca apa yang menarik tentang entry ini. Semoga mampu memberikan sedikit perkongsian ilmu untuk anda mengenai dunia keibubapaan. 

Dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID.

Sumber Gambar : Goggle

Sumber Gambar : Goggle

Sunday, July 28, 2013

Tom Yam Ala-ala Steamboat

Sehari sebelum Ramadhan hari tu..kiranya selasa last week la (9 July) adalah buat makan-makan ckit kat ofis. Buat la tom yam ala-ala steamboat gitu. Alhamdulillah..habis licin... 3 kali gak la memasak kuah tu. Kat bawah ni ada simple resipi dan gambar kuah serta bahan-bahan celur jer.. Tu jer sempat snap...time hidang dan makan semua tak sempat. Tak pela kan.... Janji kenyang.... (^_______^)y

Bahan-bahan untuk Kuah Steamboat :
Serai
Lengkuas
Daun Limau Purut
Pes Tom Yam Adabi
Garam
Limau Kasturi
Cili padi
Bawang Putih
Sos Ikan

Bahan-bahan untuk Celur dalam Kuah Steamboat:
Ayam
Makanan Laut (Udang, sotong, ketam, kerang dan macam-macam)
Cendawan
Bebola (daging, ketam, udang dan sebagainya)
Sayur-sayuran (bayam, lobak)

Kuah steamboat
Lokasi : Ofis Ku....
Bahan-bahan celur Steamboat
Simple jer...
Lokasi : Ofis Ku....
Kat bawah ni pulak gambar steamboat yang aku pernah buat kat rumah sendiri dan rumah ibu-ku. Rumah mak mentua pun ada tapi tak sempat snap gambo je la.. Pe-pe pun...kalau teringin leh la buat sendiri di rumah.. Kalau nak makan kat luar pun boleh...bagi orang di Ipoh.. Syabu-Syabu Steamboat kan ada.

Steamboat kat rumah sendiri
Steamboat kat rumah mak
Dinner with kawan-kawan kat Syabu-Syabu Steamboat Ipoh

Testing...testing... Camera 360

Entry ni pun dinamakan entry suka-suka hati jugak...tapi ada unsur ilmiah yang mampu mengembangkan pengetahuan jugak tau..... Hehehe.... Entry ni tentang application Camera 360 yang mempu menjadikan wajah licin dan tanpa sebarang masalah kulit.. Rasanya application ni la yang digunakan oleh banyak orang kat fesbuk kot untuk nampak kulit cantik dan sempurna. So aku pun.....try la guna.. Hasilnya memang marvelous... (^_______^)y. 

Kat bawah ni ada some description tentang application 'Camera 360' ini. Tapi in English la coz amik dari https://play.google.com/store/apps

With over 100,000,000 users globally, Camera360 has become the most popular mobile camera app in the world. Together with HelloCamera, Movie360, and Pink360, Camera360 provides a comprehensive suite of professional yet fun mobile photography options.

To make your life even easier, Camera360 has introduced Camera360 Cloud, a cloud platform that can help you manage, edit, store, and share your photos all in one place. Join the millions of users who have already uploaded over 300 million photos in enjoying these FREE services!

Featured Details
1. Seven Shooting Modes that include: special effect mode, self-portrait mode, quick-shoot mode, funny mode, tilt-shift mode, color-shift mode, audio camera mode and more!
2. Improved Special Effects with our third generation image processing engine that can make Special Effects even clearer and more colorful, creating thrilling photography experiences like never before.
3. Photo Montages that can help you piece together your most memorable moments!
4. Camera360 Cloud which provides a safe and private platform for you to browse, manage, edit, and share your most favorite mobile photos (supports 2000 px photo uploads)
5. Easy Sharing options that can help you share your favorite photos with friends on Facebook, Twitter and more…

Android devices vary quite a bit, and it is difficult to make Camera360 work perfectly on everyone’s device. We thank you in advance for your kind patience and understanding, and especially for your continued support! Please feel free to contact us at support@pinguo.us if you have any comments or suggestions.

Bagaikan Sakti

Setelah 2 hari menyepi...hari ni start dengan entry suka-suka kita hari ni...lagu dan klip video 'Bagaikan Sakti'. Lagu ni adalah OST untuk filem Puteri Gunung Ledang yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' M.Nasir. Kenapa lagu ni tetiba menjadi entry yer..??? Jawapannyer...tadi dengar lagu ni dari handfon Incik BB.. So teringat la zaman mula-mula kawan dulu (iskh..macam dah lama benor kawan pun..padahal kawannyer last year, tunang last year & kahwin pun last year...., singkatkan tempoh kami berkawan, tapi dah jodoh...tu cepat jer kami kahwin... Ok kita stop about sejarah kami dan berbalik kepada lagu 'Bagaikan Sakti' nih...) Lagu ni merupakan antara lagu faveret dia dan aku pun suka..sebab memang minat siti pun.. Pe-pe pun jom layan lagu ni yer... (^_________^)y





Friday, July 26, 2013

Boball In Da Basket

Gambar si Boball ni diambil pada pagi 25 Julai. Time tu baru jer bangun tido dan tengok dia dah terbalikkan bakul berisi hanger. Sabor jela. Pas terbalikkan leh lak masuk dan duk main-main. Time tu la amik peluang snap gambo budak gumok dan gebu tu... Hehehe... Jadi bahan entry blog aku jela si Boball tu... So jom layan aksi dia dengan bakul kain tu... Cute sangat-sangat....tapi nakal tau budak nih... (^______^)y

Nampak bulat dan gebu

Muka mengada-gada

Bahagia jer rupanya

Dari bahagian belakang badan..bolat jer...

Terpusing-pusing badan dah main

Rehat jap sebelum sambung  buat  onar

Main sampai terkeluar dari bakul. Memang over
Nanti aku nak buat entry Boball vs Itek Kuning yang dia sangat fobia dan tak suka. Siap buat muka yak puas hati lagi. Pastu merajuk menyorok belakang langsir.. Tah apa-apa tah. Tunggu jer... Kita tengok sape yang kena. y(^_________^)y

Iftar di Pizza Hut

Hari ni 25 Julai kami berbuka di Pizza Hut. Saje suka-suka.. Selalunya kami sama-sama masak di dapur tapi hari ni jom berbuka di luar la. Tambahan pada waktu malam nak buat coklat dan kek. Tu yang malas nak masak tu.. Hehehe... Alasan la katakan untuk orang yang tak terlalu rajin macam nih.. Rajin tak rajin..for Ramadhan this year banyak gak la menu-menu baru dicuba dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Dalam erti kata lain..marvelousssss.... Emmm....resipi menu-menu berkenaan akan diupdate nanti yer.. Banyak sangat so need time to proceed. 

So jom layan gambar-gambar sekitar iftar tadi. Yela sampai jam 7malam...sementara nak tunggu Azan Maghrib buat la apa-apa yang patut.... Pe2 pun..ok la berbuka di luar tapi aku lebih prefer berbuka di rumah sebab lebih selesa dan tak kelam kabut sangat nak mengejar untuk solat Maghrib. Sekali sekala ok la..kalau selalu tak kot.. (^________^)y

Macam jawab exam jer.... 
Main Sodoku

Pakej Pilihan Citarasa 1

Muka kepenatan.... (-__-)

Main Candy Crush Saga....

Sup Ayam, Garlic Bread & Mirinda Strawberry

Platter Istimewa (Ayam Berbeku Madu, Bebola Daging dan Kentang)

Piza Sari Lautan

Muka seronok tunggu azan

Ni pun kira seronok gak la... Muka pucat jer... (-___-)
Makan memang banyak pun....tapi tak abis pun makan berdua. So last-last bawak balik dan simpan dalam peti ais. Memang tak sia-sia beli peti ais baru. Semua boleh sumbat sampai sekarang dua-dua peti ais dah full dah.. K sekian entry iftar di pizza hut... 

Thursday, July 25, 2013

Mommy...Im Reading...

Entry ni menunjukkan aksi Boball dengan buku. Actually..itu majalah Incik BB. Dia melukis dengan berdasarkan gambar dalam majalah tersebut. Elok dia bangun p solat jer...budak Boball yang menyambung membaca buku. Kat bawah ni ada beberapa aksi dia yang macam faham benor dengan majalah di depannya itu. (^________^)y