Bunga Berguguran

Tuesday, September 17, 2013

Adab Mandikan Baby

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Sumber entry ni dari fesbuk https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil. 

Kenapa saya copy then paste kat blog ni? 
✔Sebab saya nak simpan artikel ini sebagai panduan untuk masa hadapan. Itu jer.. Nanti dah ada baby...just refer my own blog dan baca sahaja tak perlu nak search goggle lagi.. 
✔Memudahkan kawan-kawan saya nak tau mengenai perkara-perkara yang mereka kurang tahu, tidak tahu ataupun was-was nak tahu.. 

Suka Mandi yer.... ^_^
Sumber : Goggle
❥Itu la namanya 'Sharing Is Caring'... (^________^)y

Strawberi Oh Strawberi

Pada hari rabu 11hb September yang lepas...kami suami isteri pergi ke Cameron Highlands. Saje sesuka hati jer p sana. Nak kata sambut anniversary kat sana pun boleh la jugak. Hehehe.. Tak nak citer tentang jalan-jalan kat sana k. Sekarang nak citer tentang 'Strawberi'. Emmmmmm....buah pun boleh jadi topik entry gak kan.. Nak share ckit strawberi punya khasiat dan cara makan strawberi supaya sedap lagi nyummmmyy......
Gumok dan Ranum kan Strawberi nih????
Beli di Kea Fram, Cameron Highlands
Khasiat Strawberi
Strawberi mengandungi Vitamin C, Vitamin K, Mangan, Folicacid, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, Magnesium dan Omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.

Manfaat pada Kesihatan dan Kecantikan
Strawberi Mencegah Anemia
Anemia atau kekurangan zat besi dapat diatasi dengan strawberi , hal ini kerana buah ini mengandung zat besi yang tinggi dan bagus untuk menambahkan sel darah merah.

Strawberi untuk Kanser
Buah strawberi mengandung asam ellagic yang membantu mengatasi kanser.

Strawberi Menghaluskan Kulit
Strawberi dipercayai dapat menghaluskan dan juga mengengangkan kulit serta dapat mencegah penuaan. Selain itu kandungan salisilat di dalam strawberi mampu untuk mengubati jerawat untuk cara penggunannya cukup dijadikan sebagai masker. Kaedahnya ambil 3 biji buah strawberi, 3 sudu makan madu, 3 sudu makan baking soda, 3 sudu makan gula pasir dan sedikit air. Semua bahan tersebut diblender sampai sebati. Boleh juga dijadikan lulur untuk badan supaya kulit halus dan tegang. 

Cara Makan Strawberi (Versi Biasa & Versi Peminat Asam)
Ada banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk menikmati kelazatan strawberi.

1) Cara yang biasa...just cuci dan makan strawberi tu. Simple kan...

Nyam Nyam...mamam Strawberi
Sumber : Goggle
2) Hiasan utama pada kek dan pastri
Kebiasaannya strawberi dijadikan hiasan utama untuk kek dan pastri. Cara ini pastinya akan menambahkan lagi kelazatan dan kesedapan kek dan pastri serta menambahkan lagi seri dan daya tarikan hidangan berkenaan. 

Strawberi pada kek
Sumber : Goggle
Strawberi pada Pavlova
Sumber : Goggle
Strawberi pada Tart Buah-buahan
Sumber : Goggle
3) Dijadikan Jus
Ada jugak sesetengah individu memilih untuk menjadikan strawberi sebagai jus bagi menikmati kelazatannya. Tapi saya prefer makan jer buah tu begitu sahaja kerana lebih mudah dan senang nak ditelan berbanding dalam bentuk cecair macam nih. 
Jus Strawberi
Sumber : Goggle
4) Gula Halus / Madu  / Coklat Celup
Cara ni pun simple gak untuk mamam strawberi wif gula halus / madu / coklat celup. Emm...delicious la jugak.. Tapi kureng suka la... pernah buat sekali cicah coklat..rasa macam geli kat tekak la pulak..coz combination masam dan manis yang kureng sesuai dengan tekak ini...  Tapi rata-rata ramai orang suka Strawberi Coklat. Kalau tidak masakan menjadi simbol cinta Dato. Siti Nurhaliza dan Dato' K. Betul tak?

Strawberi wif Madu
Sumber : Goggle
Strawberi wif Gula Halus & Coklat Celup
Sumber : Goggle

5) Garam / Serbuk Asam Jambu
Cara ni lagi meletopsss rasanya sebab masam campur masin dan manis lagi la sedap sesangat. Saya suka... (^__________^)y

Bayangkan asam ni mix dengan strawberi... Memang meletopsss..
Sumber : Goggle
6) Asam Jawa Masam Manis
Yang ini lak cara baru... memakan strawberi dengan asam jawa masam manis nih.. Memang sedap sesangat-sesangat.. Tak mampu meluahkannya dengan kata-kata. Asam jawa ini merupakan kombinasi asam jawa + garam + gula. Tu kaya dengan rasa masam manis serta masin yang pasti membuka selera. 1st time rasa asam ni masa trip p Terengganu hujung bulan Mei yang lepas. Pastu time ada strawberi ni, ada lak bagi asam ni sebagai ole-ole dari Terengganu.. Memang 'best couple' la asam jawa masam manis nih dengan strawberi. Serius sedap.. Harus dicuba yer...   (^__________^)y

Asam Jawa Masam Manis
Sumber : Goggle
Ok itu jer...entry tentang strawberi oh strawberi nih... Hope ada yang suka dan boleh mencuba idea yang diberikan. Even macam merepek tapi ok la.. Ni la dikatakan variasi dalam cara pemakanan. K have a nice day..... 

Itulah Sayang

Dah seminggu rasanya tak update blog kesayangan nih.. Ekoran kesibukan hal-hal yang macam-macam tah. Disebabkan kesibukan of coz la kepenatan dan finally ketiduran awal la mak cik nih.. So kita warming up this week dengan lagu yang agak rancak ni. 

Lagu asal nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datin Normadiah dalam cerita Anakku Sazali kot kalau tak silap la. Versi zaman itu mendayu-dayu dan feeling gitu. Tapi lagu ini telah diberi nafas baru oleh Yuna, Mira Tilu, Fizi Liyana dan Najwa Mayidin dengan menamakan band mereka 'The Ramlees'. Lagu ini diberi nafas lebih rancak dan santai. Kiranya sesuai la dengan jiwa serta citarasa remaja masa kini. 

Tak kisah la apa jenis versi muzik pun...janji bait-bait lagu dia tetap best dan mempunyai sentimental value yang tersendiri kepada mereka yang mempunyai memoir mengenai lagu ini ataupun nak tujukan pada orang yang tersayang pun boleh gak. Pada saya tentulah lagu nih untuk My incik BB. (^____________^)y    

         

Itulah Sayang By The Ramlies

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Hunymoon  Again Wif Incik BB
Lokasi : Cameron Lavender, Cameron Highlands

Tuesday, September 10, 2013

Kasihku Abadi

Ni ada lagu feveret my best rumet in the world masa kat u dulu. Sekarang dia maybe dalam dilema mengenai keputusan yang ingin dibuatnya. Jangan risau sayang...kalau niat kita kerana Allah.. In Sha Allah segala-galanya akan Allah permudahkan. Aku sebagai kawan memang sentiasa mendoakan yang terbaik buat my best rumet & BFF ni.. Sayang ko sangat-sangat k.... "Adam dan Hawa diciptakanNya....Disemai rasa kasih sayang... Agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati".  


Kasihku Abadi by In-Team

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 
Oh...

Wif My Best Rumet In The World y(^_^)y

Asik makan dan makan....

Hujung minggu ni (7hb & 8hb September) balik rumah mak Incik Bb di Trolak Selatan. Balik hari sabtu...actually tak ada apa aktiviti pun coz puasa la katakan. Just time petang baru lah ke dapur prepare makanan berbuka. Huhuhu..nervous sungguh coz bukan senang ibu mertuaku bagi aku memasak di dapurnya. Aku just buat sambal telur dan kerabu mangga jer. Gambar tak der snapnyer.. Rumah orang tak leh buat perangai pelik-pelik sangat k... Lauk-lauk lain just hangatkan balik yang tengahari punya. Hehehehe....

Kerabu Mangga
Sumber: Goggle
Sambal Telur
Sumber : Goggle
Part paling best dan membuatku tersenyum sampai telinga bila Incik Bb belikan laksa. Bukan waktu petang tetapi pas solat Maghrib. Yela janji nak p selepas Asar tapi dah datang menyerang lak En. Migrain.. Tu terbaring terus Incik Bb aku tu. So lepas maghrib dia pun pergi la beli laksa kat kedai di Trolak Timur. Memang sedap laksa akak tu tambahan lak...kuah pun dah nak sampai buntut periuk. Memang pekat & marvelous la. Beli lak 2 bungkus.. Hehehe...licin aku makan. Memang bam bam la jawabnyer...
Laksa
Sumber : Goggle
Hari ahad lak... just duk rumah mak jela.. Actually memang suka duk rumah pun berbanding jalan-jalan. Ntahlah..mb duk rumah leh rehat kot. Kalau jalan-jalan penat la.. Mak dan Incik Bb pagi-pagi lagi dah p ke kebun. Aku duk rumah buat la kerja-kerja apa yang patut. Masuk 11.30pagi tadi jer terus masuk dapur untuk prepare lunch.. Ni bukan nak tunjuk baik ker rajin ker apa ekk.. Just nak pastikan time Incik Bb balik nanti ada makanan untuk dimakan. Yela....tadi pagi dia makan kuih dan minum kopi jer. Orang lain kalau lewat makan perut masuk angin dan perut meragam. Tapi Incik Bb ni lain cikit..lambat makan jer..akan angin then migrain.. Tersangat tak suka.. So kena lah jaga makan minum dia baik-baik.. Risau dia sakit. Ini pun gara-gara semalam lupa bagi dia makan breakfast so sampai ke malam la migrainnyer. Yela..semalam aku puasa. Terlepas pandang yang sorang lagi tu bukan puasa pun...

So menu lunch hari ni..hehehe...sambal ikan lak... Tu jer aku masak..coz time tengah masak mak dan Incik Bb balik so itu jela yang dimasaknya. Coz lain-lain mak yang masak lah... Hehehe... Rasa apa tah sambal tu tak tau.. Risau tak sedap jer.. Tapi bila rasa...kira not bad la. Semalam sambal telur sedap dan nyam nyam.... Time mak masak aku makan laksam lak. Emmm...even bukan feveret aku, dah kakak ipar belikan so makan jela. Laksam ni kureng jadi kegemaran sebab berlemak santan. Aku memang jenis tak makan sangat benda berlemak santan macam nih... Tapi disebabkan ada depan mata just bedal jela sampai licin.

Laksam
Sumber : Goggle
Pas siap-siap masak lunch...masuk bilik rehat jap. Tak sampai 1 jam dah kena panggil untuk lunch.. Nyam nyam mamam lagi la pulak.. Time puasalah perut ni berehat dengan baiknya tetapi time tak puasa non stop. Menu lunch hari ahad tu...sambal ikan made by Me, daging masak kicap, Ikan pekasam goreng dan sambal belacan. Emm...perut lembu rebus pun ada kalau tak silap. Perut tu aku kadang-kadang makan, kadang-kadang tak. Ikut rasa tingin ke tak..

Sambal Ikan
Sumber : Goggle
Daging Masak Kicap
Sumber : Goggle
Ikan Pekasam
Sumber : Goggle
Petang dalam kul 4 bersiap-siap balik ke rumah..tapi b4 tu akan singgah ke Tronoh jap coz nak menghantar bekalan yang diberi oleh mak mentuaku.. Antaranya tempoyak, ikan pekasam, gulai kawah, limau manis dan macam-macam la. Hehehe...aku memang suka singgah umah mak dulu..leh makan kenyang-kenyang then bila balik rumah kami jer.. Tolak semua barang ke tepi dan tidur.... Kat rumah mak ktorg makan dinner dulu yer. Menu mak aku lak ayam masak merah. Kenapa la semua menu yang dimasak in red kaler dan pedas macam ni yer.. Tapi yang pasti lazat... Suka sangat-sangat..
Ayam Masak Merah
Sumber : Goggle
So pas maghrib bertolak balik ke rumah kami dengan keadaan yang tersangat penat dan mengantuk. Macam dah cakap tadi...sampai rumah jer. Angkat barang-barang, peluk cium si Boball cikit-cikit dan tidur.... Kain-kain dan barang-barang...nanti-nanti yer I cuci dan kemas U Alls.... Esok nak kerja lak....kena rehat awal malam nih... Lagipun esok 9 September 1st Anniversary kami... Allhamdulillah.. (^____________^)y ZzzzZzz......

Redha Suami...Syurga Buat Isteri

Artikel ini diadaptasi dari fesbuk. Saya share di blog ini untuk panduan dan ilmu buat diri sendiri serta kepada semua pengunjung yang membacanya. 

Mengapa ridha suami itu adalah surga bagimu wahai para isteri ? 

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya.

3.Suamimu ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu & berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi, padahal bisa saja di saat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu diutamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggungjawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah dituntut ke neraka. Kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.

Delapan pintu surga terbuka bagi anda dan anda bisa masuk dari pintu manapun yang anda suka, cukup dengan dapat "RIDHA" dari suamimu, sedang suamimu tidak mendapatkan kemuliaan semacam itu, karena itu taat sabar padanya. 

Oleh itu, hargai, taati dan layanilah suami kita dengan baik yer.. Kerana Syurga seorang Isteri terletak pada Redha seorang suami. Semoga kita dan suami sama-sama ke Jannah dengan Redha Allah SWT. Amin......

Majlis Resepsi di Rumah Incik BB

Monday, September 9, 2013

9 September Setahun Yang Lalu

9 September setahun yang lalu aku telah sah menjadi isteri kepada Incik BB dengan sekali lafaz. Alhamdulillah....kami berkawan hanya selama 6bulan diikuti dengan ikatan pertunangan pada bulan Jun dan September menjadi saksi penyatuan dua jiwa. Moga-moga penyatuan dua jiwa menjadi satu cinta ini kekal buat selama-lamanya dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT dan restu dari semua insan di sekeliling kami yang sentiasa mendoakan setiap yang terbaik buat kami. Terima kasih.

Kat bawah ni ada beberapa gambar sekitar Majlis Pernikahan kami pada 9 September 2012. Ini kira ekslusif di blog ni la sebabnya gambar-gambar ini tidak pernah dipaparkan di mana-mana even di fesbuk saya @ Incik BB sendiri. Kadang-kadang terfikir gak kenapa yer tak upload??? Padahal wedding orang lain bukan main lagi aku meng'upload'nyer... Ntahlah.... Pe-pe pun enjoy yer dengan picture di bawah ini. Doakan kami kekal bahagia hingga ke Jannah... (^______________^)y

Posing b4 Incik BB sampai
Muka hepi ++ cuak
Muka nervous B4 akad nikah
Baju biru tu Ayah aka My Wali
Sesi penerangan B4 akad nikah
Wif Arwah Tok Wan
Bacaan Taklik dari Incik BB
Wif Kakak Sepupu
Solat Sunat selepas Nikah
Cehh....tium-tium & malu-malu lak... ^_^
Wif Mak & Mak Njang
Wif Kawan-kawan 
Actually majlis nikah ni just majlis kecil jer yang berlangsung 1 minggu sebelum majlis respesi kami. Tak banyak pun gambar kami yang di'snap' sepanjang upacara ni pun. Sebabnya lepas nikah, ada jamuan makan cikit, pastu Incik BB dan family dia semua balik coz nak uruskan hantaran serta preparation untuk majlis resepsi next week. Tu tak banyak gambo tu. Pastu gambar Incik BB jabat tangan dengan ayah untuk Ijab dan Qabul pun tak ada. Coz mostly semua dalam bentuk rakaman video. So jadilah apa yang ada ekkk.. Janji selamat menjadi suami isteri yang sah. Ok itu jer...sekitar Majlis Nikah kami pada 9 September 2012. Thank You Allah....