Bunga Berguguran

Tuesday, September 17, 2013

Itulah Sayang

Dah seminggu rasanya tak update blog kesayangan nih.. Ekoran kesibukan hal-hal yang macam-macam tah. Disebabkan kesibukan of coz la kepenatan dan finally ketiduran awal la mak cik nih.. So kita warming up this week dengan lagu yang agak rancak ni. 

Lagu asal nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datin Normadiah dalam cerita Anakku Sazali kot kalau tak silap la. Versi zaman itu mendayu-dayu dan feeling gitu. Tapi lagu ini telah diberi nafas baru oleh Yuna, Mira Tilu, Fizi Liyana dan Najwa Mayidin dengan menamakan band mereka 'The Ramlees'. Lagu ini diberi nafas lebih rancak dan santai. Kiranya sesuai la dengan jiwa serta citarasa remaja masa kini. 

Tak kisah la apa jenis versi muzik pun...janji bait-bait lagu dia tetap best dan mempunyai sentimental value yang tersendiri kepada mereka yang mempunyai memoir mengenai lagu ini ataupun nak tujukan pada orang yang tersayang pun boleh gak. Pada saya tentulah lagu nih untuk My incik BB. (^____________^)y    

         

Itulah Sayang By The Ramlies

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Hunymoon  Again Wif Incik BB
Lokasi : Cameron Lavender, Cameron Highlands

No comments:

Post a Comment