Bunga Berguguran

Monday, September 30, 2013

11 Saluran Aduan Anda

Entry ini dibuat sebagai suatu informasi kepada anda semua sekiranya mempunyai sebarang aduan / ketidakpuasan hati / rasa ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Sila salurkan aduan anda kepada pihak bertanggungjawab seperti di bawah bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan anda. Entry ini bukan saje-saje tulis jer tau..tapi saya pun nak buat aduan kepada satu pihak yang memberikan alasan @ menjalankan tugas secara sambil lewa @ mungkin tak buat kerja kot. Nanti saya update enrty mengenai pihak berkenaan. Mungkin boleh menjadi pengajaran berguna buat anda semua juga. Supaya lebih berhati-hati. Apa-apa pun...take note dengan pusat aduan yang di bawah. Supaya ada pembelaan terhadap ketidakadilan yang berlaku. In Sha Allah. 


PERTUBUHAN KERAJAAN

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my


2) Biro Pengaduan Awam (BPA)

Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777


3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)      
     
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my


4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.


Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822


5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembang

unan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033


6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my


7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000


2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my

AGENSI-AGENSI LAIN 

1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) 

Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811


2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my

Sumber : http://e-pengguna.blogspot.com/

Sumber : Goggle
~~~ Saya Tak Suka Mereka Yang Tidak Adil ~~~

Lebih Indah

Muzik video pilihan this week adalah lagu Dato. Siti Nurhaliza iaitu 'Lebih Indah'. Lagu ni memang dah hampir sebulan menyanyi-nyanyi di stesyen radio tetapi last week baru la menghayati bait-bait lirik dia. Memang indah gak la ayat-ayat dia. So start la men'goggle' cari video di youtube. Sungguh tak sangka lagu ini merupakan official song untuk produk perfume Simply Siti. Sangat sweet that idea tau.. Siap ada perfume di sepanjang klip video. Ada Zain Saidin lak tu. Siap suka kat aunty kepada Cha Cha Maembong lak tu.. & ada adegan pertengkaran antara mereka. Tapi yang pasti lagu ni memang best. Hope pas ni ada official video untuk lagu ni. 
(^_________^)y



Lebih Indah -  Dato. Siti Nurhaliza

Pelangi..
Terlihat tika adanya
Titisan hujan begitu resam alam
Perlu ada kepelbagaian
Cabaran dan dugaan
Membuat hidup lebih indah

Di sekelilingmu ada dinding dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Kau harunginya

Umpama 
Purnama jingga
Cantiknya.. di langit senja
Warnanya yang tercipta dari debu zarah udara
Mengajar hidup kita ragam tak menghasil yang indah

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya

Tiada yang mustahil di dunia
Segalanya mampu ditawan 
Sejauh mana kemahuan
Demi ke sana 

Di sekelilingmu ada dinding - dinding 
Yang menghadangi dan menghalangi
Di sekelilingmu ada laut - laut 
Yang menghampari dan merintangi
Jiwa serta raga
Cinta jiwa cinta
Kau harunginya
Mengharunginya 

Cumell sangat-sangat ct..
Sumber : Goggle

Friday, September 27, 2013

Malas

Ishk...malas pun leh jadi tajuk entry kan...
Kreatif sesangat la tu....!!!
Kisah yang sebenarnya begini.......
Ada banyak perancangan dan idea dalam kepala nih..
Emmm...tapi kemalasan melampau diiringi keadaan kurang sihat saya dan Incik Bb membataskan pelaksanaan perancangan idea yang ada nih.. 
Huhuhu....

Apa lah masalahnyer yer...??? Malas sesangat..
Ni sakit kepala pun tetiba menyerang lagik.. 
Tu la dah kata pakai spect mata....bukan simpan dalam kotak jer...
Degil sangat....Sakit tau sehingga menitiskan air mata.. 
Huhuhuhu. (-________-)

Entry malas ni menunjukkan saya bukan malas wat kerja yang wajib dibuat.. 
Tetapi malas nak buat side work yang selalu menjadi hobi saya sebelum nih. Apa nak jadi nih..??
 Risau sesangat. Sebabnya skill memasak, meng'DIY', menjahit dan macam-macam kemahiran memerlukan latih tubi yang berterusan.....
Supaya mantap dan meletopsss hasilnya.. 
Bis tu kalau malas dan tak larat jer apa citer???? 

Kena reset balik minda dan jiwa nih supaya fokus dan berfikiran positif. 
Kesihatan memang penting..kalau sakit satu apa pun tak boleh buat. 
Emmmmm....so pe-pe pun malam ni masak laksa dulu yer.. 
Sambil-sambil masak tu fikir-fikirkan lah apa yang patut, wajib dan seharusnya dilaksanakan. 
Dont wait until everthing became too late.. Iskh..cakap omputih lak... 
Pe-pe pun...be positive cayang....
(^___________^)y

Muka malas Boball..
Dah macam berjangkit lak perangai malas dia tu pada aku -_-

19 Tips Cinta Suami Isteri

Ni pun salah satu artikel yang saya sendiri tak pasti mana sumbernya. Rasa-rasanya macam fesbuk jugak. Ntahlah.. Namun masih mengharapkan ia mampu memberi manfaat buat semua yang membacanya. Selamat mengamalkannya yer. Khas buat suami isteri sahaja tau.. Semoga cinta yang disemai terus berkembang mekar dan mewangi dari hari ke hari. 

Sumber : Goggle
19 Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti 'I Love You' sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

~~~ Selamat Memekarkan & Mengharumkan Rumahtangga ~~~

10 Tips Untuk Amalan

10 tips untuk amalan...tak pasti dari mana sumber coz dah lama dah simpan dalam pc. Rasa-rasanya macam dari fesbuk. Ntahlah..pe-pe pun thanks kepada penulis asal. Tapi kalau baca dari ayat-ayatnya macam sedutan kata-kata dari Prof. Muhaya. Semoga pengkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat buat semua. 

Sumber : Goggle
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya pada-MU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~~~ Selamat Beramal ~~~

Red Velvet Moist

Tetiba rasa nak mem'baking' Red Velvet lak.. Stok chesse memang ada banyak dalam fridge.. In Sha Allah..kalau rerajin jadilah jugak red velvet tu. Actually tak la suka sangat kek tu, tapi tetiba teringin lak.. Ishk...macam ada sesuatu jer..!!! Lately ni asik tingin nak mamam yang manis-manis.. Tiap-tiap hari mesti beli coklat..risau pun ada takut lagi bam bam lak... Pe-pe pun jom layan resipi kat bawah. Sesiapa rajin leh jer buat kek ini on this weekend yer. Tapi yang pasti malam ni nak buat laksa untuk bawak balik umah mak mentua. Harap-harap dipermudahkan urusan 'The Make Of Laksa' tu yer.. (^_____________^)y

Red Velvet Cake
Sumber : Goggle
RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
**2 cawan tepung kek/superfine
**2 sudu besar serbuk koko
**1 sudu kecil baking powder
**1 sudu kecil soda bicarbonat
**1 sudu kecil garam
*1 cawan buttermilk - resepi di bawah
*1 cawan gula halus
*1 sudu besar pewarna merah
*1 cawan minyak masak
*1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
*2 biji telur A
*esen vanila

Topping
*250g cream cheese @ satu ketul
*1/2 cawan whipping cream
*1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
*1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
1)Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10 minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

2)Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam mangkuk. Ketepikan.

3)Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. 

4)Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

5)Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 

6)Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. 

7)Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Boleh gak dijadikan dalam bentuk cuppies begini ^_^
Cute sangat kan???
Sumber : Goggle
~~~ Selamat Mencuba ~~~

Thursday, September 26, 2013

Oh No....Sindrom Takut Kahwin...!!!

Pagi-pagi dah godek-godek fesbuk yela nak tengok apa citer baru la katakan. Tetiba terbaca satu artikel tentang takut berkahwin. Actually..macam kena jer dengan situasi yang melanda di sekeliling saya kini. Huhuhu...disebabkan ada individu yang seram , takut serta fobia untuk berkahwin....!!! Impak pada saya yang turut terlibat dan mengalami minor stress untuk menguruskan keadaan yang saya rasa pada permulaannyer mudah tetapi tidak sangka complicated macam sekarang ni. Namun jauh di sudut hati ini mengharapkan serta mendoakan jodoh yang dirancang ini menjadi dan kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn..... 

So jom sama-sama renungkan apa yang penulis ini tulis mengenai artikel tersebut. Moga-moga mampu beri panduan kepada mereka yang berada dalam situasi yang serabut, sesak dan tertekan mengenai perkahwinan. Perkahwinan itu seronok dan menyeronokkan kalau kita menyandarkan asas utama perkahwinan kerana Allah SWT dan berusaha menjadikan perkahwinan ini sebuah medan untuk berbakti dan meraih hasil lumayan di akhirat kelak. 

Love Till Jannah ^_^
Sumber : Goggle

Nak Berkahwin, Bukan Persediaan, Tapi Keyakinan yang Paling Utama
Penulis : Nurul Liyana Akmal

Alhamdulillah, saya menerima banyak respon dan pertanyaan tentang pengalaman saya berkahwin awal semasa umur 23 tahun. Jadi, dengan izin suami, saya menulis perkongsian ini untuk menjawab beberapa pertanyaan utama melalui pengalaman saya.

Saya dan suami masih belajar semasa kami berkahwin, dalam tahun kedua. Saya bersetuju untuk berkahwin dengan beliau kerana saya telah diajarkan tentang ilmu keyakinan sebelum mula menerimanya menjadi imam saya. Yakin dengan jodoh dan rezeki Allah meskipun kita sebenarnya tak pasti pilihan kita itu tepat atau tidak.

Berbalik kepada tajuk besar atas ni, ya! Sebenarnya nak berkahwin bukan persediaan yang paling utama, tapi keyakinan!

Berapa ramai yang dah bersedia nak kahwin tapi masih belum mendirikan rumah tangga? Pernyataan ini menunjukkan bahawa persediaan itu merupakan usaha kedua setelah kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendirikan rumah tangga.

Ilmu ini merupakan asas dalam rumah tangga. Kerana soal yakin ini sangat berkait rapat dengan iman. Dengan hati. Soalannya mudah, takrifkan sahaja maksud IMAN. Disitu ada jawapannya mengapa soal yakin ini menjadi tunggak utama dalam setiap perkara.


Berkahwin Menyempurnakan Separuh Dari Agama
Sumber : Goggle

Saya seperti kebiasaan semua wanita, tentulah sangat risau kerana tidak bersedia memegang gelaran ‘Puan’ dalam usia begitu. Pada usia itu, saya sibuk merancang haluan kerjaya, soal menjadi isteri jauh dari fikrah saya. Apa taknya, ilmu memasak pun belum lulus! Malah, rakan serumah saya lebih hebat dalam aspek menjaga rumah tangga. Pokoknya saya tidak bersedia untuk menjadi isterinya ketika itu!

Pada saat saya menerima lamarannya, saya belum dikunjungi rasa cinta. Pada masa itu, saya ada pilihan sendiri, tetapi ummi meredhai lamarannya. saya buntu dan banyak kali beristikharah, namun masih belum menemui jalannya. Setiap kali itu, saya akan menjadi resah memikirkan tentang lamaran insan yang saya tak punya perasaan. Setelah itu, saya menolak lamarannya atas alasan, TIDAK BERSEDIA!

Saya ditakdirkan bertemu abuya, iaitu ayah mertua pada ketika itu. Abuya merenung mata saya, seraya berkata, “Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini” (Redha Allah terletak pada redha ibu bapa). malah, abuya mengulangi 3X ayat ini! Saya jadi tak tenang dan tak dapat tidur lena memikirkan ayat ini.

Setelah itu saya menelefon ummi dan menangis semahu-mahunya. Maka, itulah jawapan dan petunjuk Allah untuk saya. Saya mahukan redha Allah, dan redha Allah itu terletak pada redha ummi dan abah. Saya sudah tidak peduli apa yang akan terjadi kerana saya yakin dengan petunjuk Allah itu terbaik untuk saya!

Ini merupakan langkah pertama saya meyakini soal keyakinan. Iya, setelah itu saya bertatih dalam memahami ilmu keyakinan ini. Keyakinan itu diumpamakan, walau kita disembelih, tapi kita yakin kita masih hidup! Soal keyakinan itu bukan pada akal, tapi terletak pada hati!

"Yakin dengan redha Allah, Yakin dengan rezeki Allah. Yakin dengan ujian Allah. Yakin dengan bantuan Allah."

Saya yakin dengan pilihan ummi meskipun saya tak pasti dengan masa depan yang akan saya lalui. Saya juga tahu bakal suami saya pada masa itu bukanlah anak orang kaya, atau telah memegang title jutawan, atau sudah punya rumah mahupun kereta. Zaman sekarang, ibu bapa meletakkan syarat pula, kalau nak kahwin, kena ada kereta atau rumah dulu. Alhamdulillah., ibu bapa saya tidak mensyaratkan itu buat bakal menantunya.

Jadi, kami kahwin serba sederhana, tidak ada majlis bersanding dan bermewah-mewah. Dengan berbekalkan hanya keyakinan, maka persediaan itu menjadi lebih mudah meskipun tidak terfikir dek akal mampu atau tidak dilaksanakan. Alhamdulillah, kami diijab kabulkan pada 21 Mei 2011. Dan bermula lah detik kehidupan rumah tangga, dengan hanya berbekalkan keyakinan dengan rezeki Allah.

Mudah itu Lebih Baik
Sumber : Goggle

Saya membantu suami berniaga dari rumah. Saya ke kelas cuma berjalan kaki lebih kurang 1km dari rumah flat PKNS berdekatan kampus, kerana kami hanya mempunyai satu motosikal. Suami pula ke kelas dan bekerja menaiki motosikal ke KL dan berulang alik setiap hari. Setelah pulang dari kelas, suami terus keluar bekerja, mengambil dan menghantar baju-baju ke kilang dan pelanggan. Saya pula menyiapkan assignment saya dan suami, dan membuat persediaan untuk kelas tuisyen pula pada malam hari. Setelah itu kami bergegas ke pusat tuisyen untuk menjalankan amanah sebagai seorang guru. Selesai sahaja mengajar, kami akan bersiap-siap pula untuk membuka gerai jualan di Uptown Kota Damansara bersama abang ipar sehingga larut malam. Begitulah lebih kurang rutin harian pada waktu itu.

Meskipun serba sederhana, namun kami terasa begitu mewah kerana di tarbiyah untuk memikirkan ada lagi manusia lebih derita dan tidak mampu menelan sebutir nasi pun! Makanan kami adakalanya dicatu untuk tujuan membeli mesin basuh, peti ais dan televisyen dan kelengkapan lain.

Setahun kami tidur hanya beralaskan toto yang dihadiahi semasa hari perkahwinan kami. Gambar yang saya sertakan ini adalah keadaan rumah kami semasa baru berkahwin. Tidak ada perabot ataupun kelengkapan lain. Yang ada, cumalah sebuah kotak printer yang dialaskan papan yang kami kutip di tempat pembuangan sampah. Peti ais cumalah polystyrene box yang berisi ais dibeli dikedai runcit.

Dari saat itu jugalah kehidupan yang serba sederhana itu mengajar kami lebih tentang erti keyakinan. Tidak ada apa-apa, boleh kahwin ke? Tak habis belajar lagi, nak bagi isteri makan apa? Alhamdulillah, saya belum dihidangkan pasir setakat ini. Rezeki itu daripada Allah, bukan daripada manusia. Jadi, kami tidak begitu peduli tohmahan masya’karat’ yang memandang remeh tentang keadaan kami yang serba kekurangan. Keyakinan itulah yang menambah semangat dan motivasi kami dalam menjemput rezeki Allah.

Yakin dan teruskanlah ^_^
Sumber : Goggle

Setiap orang pasti ada rezeki! Jangan cakap, “tak ada rezeki lagi,..” rezeki itu ada, tapi dari sudut yang lain! Pandanglah! Lihatlah! Kesihatan dan keluarga kita juga rezeki! Kemudahan menuntut ilmu juga rezeki.! Masya Allah, begitu banyak rezeki Allah di muka bumi ini, kenapa kita masih merungut jika nak kahwin tak ada rezeki? Pasti ada caranya. Tentulah dengan ilmu. Dan yakin dengan Allah.

Alhamdulillah, rezeki kami dimudahkan Allah. Suami dapat mengerjakan haji bersama abuya dan dapat pula ke U.S. untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Pada waktu itu, saya kerap ditinggalkan seorang diri untuk tujuan perniagaan dan urusan haji serta belajar. Namun itulah usaha saya untuk memahami soal keyakinan ini.

Dalam diam, saya bukan diajar secara teori, tapi Allah memberi ujian ini untuk mengajar keyakinan diri.

Keyakinan itu bernoktah, tidak ada tanda soal.

Sehingga sekarang, saya masih berusaha memahami ilmu keyakinan ini. Yakin ini bukan sahaja penting dalam urusan nak mendirikan rumah tangga., tapi dalam setiap perkara!

"Yakinlah dengan Allah! Yakinlah dengan keyakinan ini!"

Jadi ini pesanan saya buat bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga, pergilah berguru dan menuntut ilmu tentang keyakinan ini. Dengan iringan doa dan kasih sayang, semoga Allah meredhai perkahwinan anda dan memudahkan setiap urusan kita di dunia dan akhirat.

Sekian sahaja, salam sayang. 


Di situ ada Rahmat-Nya
Sumber : Goggle

Tersentuhkan bila membaca artikel di atas. Pada yang masih memikir dan 'confius' dengan persoalan kahwin diharap dapat renung-renungkan artikel ini. In Sha Allah..nanti saya akan update mengenai 'Celik Mata dan Minda Mencari Jodoh' oleh Prof. Muhaya. Dan malam nanti jangan luper menonton rancangan Semanis Kurma jam 9.30 malam di TV9. Topik perbincangan malam ini 'Jangan Tunggu Lama-lama'. Selamat menonton dan menimba ilmu yer... Apa yang penting..jangan berputus asa dengan Rahmat & Kasih Sayang Allah SWT. (^___________^)y