Bunga Berguguran

Monday, January 6, 2014

Cara Mudah Untuk Makan Lebih Banyak Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Berapa banyakkah buah-buahan dan sayur-sayuran yang saya perlukan?
Pakar mengesyorkan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari (sebaik-baiknya tiga hidangan buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran berdaun hijau, dan dua hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain) untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi anda yang sedang membesar. 

Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda benar-benar tidak suka buah-buahan atau sayur-sayuran? Atau jika mabuk hamil membuat anda loya melihat pisang? Berikut adalah beberapa cara mudah untuk memastikan bahawa anda dan bayi mendapat nutrien yang diperlukan. 

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda betul-betul suka
Jika anda tidak suka buah beri tetapi sukakan pisang, tidak tahan kubis tetapi sukakan karot, mulalah dengan memakan lebih daripada makanan kesihatan yang anda suka. 

Beberapa idea:
* tambahkan pisang yang dihiris ke dalam bijirin sarapan anda;
* tambahkan karot parut ke roti rol untuk makan tengahari anda;
* makan dua jenis sayur yang berbeza untuk hidangan utama anda;
* tambah salad sampingan dengan sayur-sayuran hijau yang anda suka untuk setiap hidangan.

Ambil multivitamin antenatal harian
Vitamin antenatal, yang diambil secara tetap seperti yang diarahkan, akan membantu memastikan anda mendapat nutrien tambahan yang anda perlukan jika jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah terhad. Ia akan bertindak sebagai jaringan keselamatan. Walau bagaimanapun, adalah lebih sihat untuk mendapatkan nutrien daripada makanan, jadi jangan bergantung hanya pada pengambilan pil vitamin. Gunakan juga idea kami yang lain untuk menyertakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet anda. 

Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang luar biasa
Sekarang sudah terdapat pelbagai pilihan sehinggakan anda mungkin berjumpa sesuatu yang baru yang anda sangat suka. Cuba skuasy dan buah-buahan bermusim seperti:
* manggis
* duku langsat
* buah nona
* jambu air
* mangga
* labu
* buah kiwi
Durian juga berkhasiat, tetapi ia harus dimakan secara sederhana. 

Berikan diri anda layanan istimewa dengan buah-buahan di luar musim
Ia mungkin mahal tetapi setangkai kecil anggur, sepiring strawberi atau ceri akan lebih memanfaatkan anda daripada sekeping coklat, jadi jika itu merupakan buah-buahan yang anda suka, makanlah yang itu. 

Pilih buah-buahan beku, yang dalam tin atau buah-buahan kering
Kadangkalah memakan buah limau mencomotkan atau ia susah untuk dikupas, juga memasak sayur-sayuran bukan perkara menarik. Cuba buah-buahan dalam tin yang mempunyai jus semulajadi seperti laici atau sayur-sayuran beku untuk dimakan dengan sajian utama. Aprikot separuh kering dan buah-buahan lain menjadi makanan ringan yang sihat juga. 

Cuba minum buah-buah itu
Minum lah jus buah-buahan segar dan bukan minuman bergas atau kopi dan teh. "Smoothie" yang dibuat dengan sedikit susu, yogurt, ais dan buah-buahan menghasilkan minuman yang menyegarkan dan memberikan anda banyak kandungan buah-buahan harian. Sup sayur campur untuk makan tengah hari bermakna yang anda memakan beberapa sayur-sayuran berbeza tanpa disedari. Semua ini akan menambah vitamin, mineral dan serat ke dalam diet anda. 

Makan mentah
Jika anda tidak sukakan sayur-sayuran yang dimasak, anda mungkin mendapati anda sukakannya mentah. Cuba:
* ulam dengan sambal belacan yang tidak begitu pedas;
* karot parut dengan kismis digaulkan dengan kuah salad;
* coleslaw yang dibuat dengan kubis putih mentah dan karot;
* salad Waldorf dibuat dengan epal dan kacang walnut;
* batang-batang sayur-sayuran mentah yang diihidangkan dengan hummus atau kuah cecah lain.

Salad Asia seperti salad mangga Thai atau salad betik, kerabu atau raita India adalah alternatif berperisa yang menyejukkan sebagai alternatif untuk dimakan dengan nasi. Rojak buah-buahan boleh juga menjadi hidangan istimewa dari semasa ke semasa. 

Ubahkan rupa
Cuba tip ini.
* Campurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang anda tidak suka.
* Lecekkan karot yang telah masak dengan kentang.
* Tuangkan sos keju ke atas sayuran campuran yang dimasak dari beku.
* Cuba kari sayur-sayuran (nenas atau terung adalah sangat lazat).
* Buat sos menggunakan tomato dengan pasta dan gunakan pasta yang digaulkan dengan bayam dan juga keju.
* Masak sayur goreng dengan sedikit minyak dengan mencampurkan sayur-sayuran yang anda suka dengan yang mana anda tidak suka. Tambahkan kepingan daging nipis ke dalamnya. Jenis hidangan ini boleh menjadi hidangan satu lauk yang cepat untuk keluarga yang sibuk.

Anda juga boleh menambah sayur-sayuran untuk sup seperti tom yam, sup bebola ikan dan sup bayam, sup akar teratai atau sup berkrim seperti labu krim, cendawan, asparagus, atau tomato krim. 

Teruskan mencuba
Citarasa anda sememangnya berubah semasa anda hamil dan anda mungkin mendapati bahawa dengan sentiasa mencuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang baru, anda menambahkan kepelbagaian makanan yang anda makan secara beransur-ansur. Perubahan kecil-kecilan terhadap apa yang anda makan boleh memberi kesan yang besar.
* Tukarkan minuman bergas yang bergula dengan jus buah-buahan dan smoothie buah-buahan selama seminggu.
* Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran yang anda suka pada minggu seterusnya.
* Perkenalkan buah-buahan baru pada minggu berikutnya.

Dalam hanya tiga minggu, anda akan menukar gaya pemakanan anda sama sekali. 

Sumber : Baby Centre 

Sayur-sayuran & Buah-buahan penting untuk ibu hamil
Sumber : Goggle

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Kiranya this first time la tulis entry sempena tahun baru. Azam dan planning ada dalam kepala ini. Just mencari masa yang sesuai jer untuk dilaksanakan. Emmm...for 2014 ni tak nak tangguh-tangguh kerja yer... Coz pernah dengar satu kata pepatah omputih ni  "Dont wait......until everything became too late". Ada faham tak apakah maksudnya itu??? Faham-faham sendiri la yer... 

My wish for this new year just simple. Hope semua planning yang berada di dalam kepala ini dapat dicoretkan atas sketch book sebelum idea disusun dengan sebaik mungkin di dalam kertas kerja. Ikutkan idea memang berlambak. Penghalangnya adalah masa. Permulaan setting masa dengan penuh berhemah. Nanti kena buat timetable macam zaman sekolah dan universiti dulu-dulu la supaya semuanya tersusun sahaja. Berkerja dan berfamily ini tersangat memerlukan penyusunan masa yang berhemah supaya semua dapat dilaksanakan dengan tip top. In Sha Allah...semoga dipermudahkan.

Ilmu pengetahuan juga perlu diupgrade kan... Bila sebut ilmu bukan based kepada sambung belajar sahaja jer k.. Ilmu tu luas dan boleh datang dari pelbagai perspektif serta sumber. Sebagai pembuka tahun 2014 ini, kelas ilmu yang pertama adalah 'Seminar Dunia Usahawan Berjaya' oleh DAO pada hujung minggu ini. Semoga dapat gula-gula ilmu yang manis lagi berguna. Di samping itu, ada gak planning beberapa kelas lagi untuk attend termasuklah yang melibatkan urusan alam satu lagi yer. 

Pengurusan kewangan pun penting gak... Al-maklumlah 2014 ni semuanya meningkat. Nak merungut bagai pun tak guna...just yang penting berusaha untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga. Mana tau kot-kot bertambah bliangan ahli keluarga tahun ni. Siapalah tahun kan.. Allah merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Berjimat cermat pun dah kena mula dah start hari ni. Say 'Tidak' kepada perkara-perkara yang tidak perlu yer....

Emmm...tu jer kot coz tetiba lak ada problem yang wujud kat bahagian compose ni. Nak menaip pun macam tak selesa jer.. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Semua. Semoga tahun ini menjadi tahun yang terbaik buat anda semua yer...

Welcome 2014
Lokasi : Cameron Lavender 

Tuesday, December 31, 2013

Mabuk, Loya & Muntah

Wawawawah...tetiba tulis entry tentang mabuk, loya dan muntah la pulak ekk... Ishk..bahaya ni, kot-kot mampu mengundang kontroversi dan gosip-gosip liar. Actually just perkongsian bersama jer yer.. Nothing fishy agenda.. Tapi kalau ada pun Alhamdulillah.... Doa-doakan la yer... (^__________^)y

Apakah mabuk hamil?
Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil. Hubungilah mereka melalui forum kami. 

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 

Mengapa saya berasa mabuk?
Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12 hingga 14 minggu. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 

Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 

Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 

Berapa lamakah ia akan berlangsung?
Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggukehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal. 

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 

Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan. 

Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua. Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 

Memang ada masaya sukar untuk mendapatkan bantuan bagi mabuk hamil. Buku-buku kehamilan dan majalah sering menyebut isu ini secara sepintas lalu, sama seperti buku-buku perubatan, dan anda mungkin mendapati bahawa doktor anda tidak mempunyai semua maklumat yang anda perlukan. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada wanita lain yang menghidap penyakit di forum BabyCenter. 


Morning Sickness
Sumber : Goggle

Tuesday, December 24, 2013

Romantik


Romantik ker kami?
Biar la rahsia.. Hanya saya & aIncik Bb mengetahinya..
Yang pasti semakin hari semakin cayang..
Alhamdulillah... ^_^

Romantik. Apa yang pembaca faham mengenai romantik ? Cukupkah dengan hanya sekadar memberi bunga atau membelikan hadiah mewah buat pasangan anda? Menurut Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam artikelnya dalam Mingguan Wanita Disember 2009 bertajuk, “Ramuan Romantik; Hubungan kaku jadi berseri”,sebenarnya romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisinya. Romantik lebih sesuai diertikan dengan keikhlasan mencintai pasangan kerana Allah S.W.T.

Ironinya , hubungan romantik ini seringkali dikaitkan dengan anak muda. Apakah benar romantik cuma di awal perkahwinan ? Mari baca pendapat beberapa responden.


                         Responden:seorang suami

                   Responden:lelaki bujang
Rata-rata apabila disoal mengenai topik ini , ramai yang menyanggah bahawa romantik hanya di awal usia perkahwinan. Ada yang berpendapat romantik ini boleh dikekalkan jika tafsiran romantik itu sendiri masih dalam definisi memburu cinta Allah.Apa pula kata anda ?

Namun dalam perkahwinan pasti ada saat gembira dan duka. Tekanan hidup mula memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga. Jika dulu pasangan suami isteri gemar melakukan kebanyakan aktiviti bersama namun setelah sekian lama, kemanisan bercinta itu seakan terhakis dek ruang dan waktu, terutamaa bagi pasangan yang memiliki cahaya mata. Si ayah lebih gemar keluar bersama-sama rakan-rakannya manakala si isteri di rumah lebih suka mendekati si anak. Fenomena ini berlaku. Ada juga sebaliknya; si ayah di rumah si isteri di luar. Ini sebenarnya telah membuka ruang dalam perhubungan suami isteri justeru tidak hairanlah jika duduk bersebelahan tetapi mulut tertutup rapat. Tiada topik yang menarik untuk dibicarakan akhirnya masing-masing buat hal sendiri.

Kenapa hal ini berlaku ? Jemu,ya... benar. Jemu dalam perhubungan membuatkan keintiman itu tidak dirasai lagi. Apabila masa berganjak, usia menjamah wajah, kita mula merasakan tiada keperluan untuk beromantik lagi dengan pasangan kita. Malu,malu kerana sudah tua, namun sebenarnya hati kita sentiasa mahukan kasih sayang. Jadi lupakan usia anda dan kembalilah menjadi romantik umpama kali pertama bercinta!

Jom jadikan cinta anda muda semula. Ini tips-tips yang penulis petik dari buku ‘Cinta Kerana Allah’ dikarang oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

1) Beristiqamah ketika solat berjemaah dengan pasangan. Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah

2) Jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh,sekali-sekala makanlah dalam satu bekas yang sama

3) Berkebun atau masak bersama

4) Berkongsi hobi atau minat bersama

5) Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan

6) Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama

7) Lawati semula tempat-tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan, lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya

8) Menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini

9) Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama

10) Menziarahi pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua

11) Sekali-sekala buat kejutan dengan memberikan hadiah, kad ucapan,s ekuntum bunga atau jemputan makan di luar

Romantik sebenarnya bergantung kepada pasangan tersebut, anda boleh merasai kebahagiaan selagi anda tidak berhenti mencarinya. Jika masih ada yang tidak kena, cuba muhasabah kembali hubungan anda dengan Allah, mungkin sudah lama anda tidak bersujud kepadanya.


Thursday, December 19, 2013

7 Things Your Muslim Husband Won’t Tell You

Outdoor Time
Tempat : Taman Tasik, Universiti Teknologi Petronas

Artikel in English ni diambil dari blog Islamic Reflection. Just 4 sharing supaya kita sebagai seorang isteri lebih memahami apa yang diperlukan oleh seorang suami. Komunikasi bukan hanya berlangsung secara lisan tetapi tidak lisan juga merupakan komunikasi yang penting di dalam rumahtangga. Wanita lebih mudah meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata berbanding dengan lelaki. Namun keinginan dan kehendak mereka tetap sama seperti kita. Cuma mungkin diutarakan dalam gaya penyampaian yang berbeza. Jadi jom sama-sama baca dan fahami supaya pelayaran bahtera rumahtangga sentiasa berjalan di laluan yang betul walaupun sekali sekala mungkin ada badai yang kecil mahupun besar akan menghentam bahtera kita itu.


7 Things Your Muslim Husband Won’t Tell You

Ever wish you could read your husband’s mind? Western culture encourages husbands and wives to talk to each other and discuss things.

However, in many Muslim cultures, men are raised to be stoic and tight-lipped. Muslim husbands are very often (not always) reluctant to talk about certain things with their wives.

Part of the problem is also that sometimes it is hard to actually formulate our thoughts into the right words.

The only thing more difficult than translating thoughts to words is translatingfeelings to words.

So, a lot of Muslim men and women go through their marriages with very little communication and never really knowing what the other person is thinking.

This quick list is for the Muslim sisters in my audience. This list will give you good idea of some of the things your husband thinks about, but just doesn’t know how, or want, to tell you.

1. Above All, He Desires Your Respect
I spoke about this in my article “Love or Respect: Which Do You Prefer?”.

In this article, I explained that women want to know their husbands love them, and men want to know their wives respect them.

It’s important that Muslim women understand the value of respect for men, especially Muslim men. In Islam, men are taught from a young age that they are supposed to be the bread-winners and caretakers of their families.

You can imagine how frustrating it would be for a man, who tries his best to care for his family, to be married to a woman who doesn’t respect him. She may declare that she loves him, but without her respect, he will quickly fall out of love with her.

This idea is put forward in the Quran where Allah says:

Men are in charge of women by what Allah has given one over the other and what they spend from their wealth. So righteous women are devoutly obedient, guarding in [the husband's] absence what Allah would have them guard.

Chapter 4, Verse 34

If you fear there is a problem in your marriage sisters, I would suggest you start here.

2. He Desires Your Loyalty
This goes hand in hand with respect.

There’s nothing that will ruin a marriage quicker than the idea that your spouse is not loyal. The idea, that he or she is not going to stick by you.

I’m not talking about infidelity. This is what usually comes to mind when people talk about loyalty in a marriage.

What I’m talking about is knowing that the person whom you’ve chosen to spend the rest of your life with is going to be there for you when you really need them.

Most men won’t admit it, but we do need women. And we do need your support.

And it’s very troubling to be married to a woman who may not be around when the going gets tough.

If you are constantly threatening divorce or separation or Khula (Islamic divorce initiated by the wife), you can expect your marriage to fizzle out very quickly.

Your husband needs to know that you’re going to be by his side if:
He loses his job and the money gets tight.
He tries to do something (like start a business or go back to school) but fails at it.
His reputation is tarnished or his honor is attacked.

You should be loyal to your husband before everything else except Allah and His Messenger (pbuh).

If you’re loyal to your husband, than rest assured he’ll be loyal to you.

3. He Wants To Have Sex More Often
Let’s get this right out into the open.

Some women might think men are narrow-minded brutes for this, but it’s the truth.

Men desire sex. Men really desire sex.

So when you give him the following excuses:
“I’ve got a headache.”
“I’m not feeling good.”
“Can’t it wait till the weekend? I’m really not in the mood.”

Know that your husband is going to go to sleep a little upset with you, even if he doesn’t show it.

And do this often enough, he’s going to start resenting you. And that resentment will build up and may lead to him being unnecessarily mean to you or losing some love.

Please keep the following hadith in mind:

When a man calls his wife to his bed, and she does not respond and he (the husband) spends the night angry with her, the angels curse her until morning.

Bukhari and Muslim.

Something to think about.

4. He Thinks About Other Women
Okay, first of all, calm down. Don’t unsubscribe from my mailing list just yet. Let me explain this.

All men think about other women.

It doesn’t mean he’s going to cheat on you.

It doesn’t mean he’s thinking about taking a second wife.

It doesn’t mean he’s fantasizing about another woman.

It just means that all (straight) men do, at some point in their lives, consider having another woman (i.e. wife).

You’re better off coming to terms with this and accepting it than having false, purile notions about men.

The best way to combat these thoughts are to apply the advice given in the first three secrets:
Respect him.
Be loyal to him.
Give him physical love when he wants it.

Does this mean he’ll never take a second wife if you do these three things? Of course not.

But it will raise your value in his mind relative to other woman and he’ll be all the more reluctant to look for those three things (respect, loyalty, and sex) elsewhere.

5. He Wants To Make You Happy
Why do you think men work so hard to make money?

Why do you think men are willing to leave their jobs and risk starting a business?

Why do you think men like buying women gifts?

Because deep down, we really just want to make you happy.

Sometimes we screw it up and forget our anniversary. But we really would prefer to remember because we know it would make you happy.

So when your husband buys you a gift, accept it, rejoice over it, thank him profusely, and use it as often as possible.

If he buys you some jewelry, wear it.

If he buys you a new smartphone, use it.

If he buys you a car, drive it.

And don’t be so quick to nag him about the things he doesn’t do right. Because then he’ll start feeling that you don’t respect (there’s that word again) the things he does do for you.

6. If You Nudge Him, He Can Be A Better Muslim
Nobody’s perfect.

Perhaps your husband isn’t a Muslim scholar. Perhaps he’s not the best Muslim in the world.

You can nudge him to make him better. But you can’t force him.

Do little things to get him to improve his Islam.
Offer to wake him up for Salaatul Fajr.
Encourage him to make Salaah at the Masjid.
Tell him how much nicer he’d look if he grew his beard.

This takes deliberate words, a soft touch, and careful action. No one likes to be preached to.

But if you do this right, you’ll be getting a double reward:

The reward that comes with living with a righteous husband. And the reward in the next life for encouraging your husband to the truth.

Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.

Chapter 103, Verse 3

7. He Loves You, Even If He Doesn’t Always Show It
I know, this one may be kinda hard to swallow. But it’s true (usually).

Men are just not that good at showing emotion (unless we’re talking sports or politics).

We don’t tell our wives “I love you” often enough.

We’re not perfect. And constantly comparing us to Prophet Muhammad (pbuh) ain’t helping.

Of course, we are supposed to emulate him (pbuh) as much as we can. And for most of us, we are doing the best we can.

But we just can’t treat you the same way he (pbuh) treated his wives. Similarly, it’s unfair for men to expect their wives to behave like Aisha (RA) and his other wives (RA) did.

Just because your husband doesn’t treat you in the way (you think) the Prophet (pbuh) treated his wives, doesn’t mean your husband doesn’t love you.

It just means he’s human.

It is very important that you understand this.
If he’s doing his best to take care of you.
If he doesn’t abuse you or sleep around.
If he sincerely tries to solve your problems and helps you in the best way he can.

Then chances are he loves you. A lot.

Now move from in front of the television and go make me a sandwich.

JUST KIDDING!

Candy Buffet Tagging & Menu

Finally siap gak tagging dan menu for candy buffet. Huhuhu... i love much pink kaler. Even tema asal adalah...silver cream wif mirror. Tapi tagging bio la kaler lain ckit. Sebagai penaik seri. Anyway balik nanti leh print dan hantar laminate. Hope semua berjalan lancar. Tidur malam pun termimpi-mimpi candy buffet jer.. Nampak sangat nervous ++ excited. Al-maklumlah first time. Semoga ini permulaan yang baik untuk my 'Ungu Lavender House'. (^________^)y

Tagging for Candy Buffet

Tagging for candy buffet

Menu candy buffet for this 22/12/2013

Kepada sesiapa yang berminat boleh jer calling-calling kita yer.. Candy buffet ni sesuai untuk majlis sambutan hari lahir, aqiqah dan cukur jambul, pertunangan, perkahwinan serta majlis apa-apa jela yang korang semua rancang.. In Sha Allah akan kami realisasikan.

Tuesday, December 17, 2013

Saya Dah Daftar Dah...

Seminar Dunia Usahawan 2014 merupakan salah satu program Dr. Azizan Osman. Untuk tahun 2013 memang tak sempat nak pergi. So untuk permulaan tahun 2014....saya mulakan dengan program motivasi bagi tujuan untuk tuning semangat dan mental bagi mempersiapkan diri menghadapi alam biz sepenunhya bagi tahun 2014. Waaaa...semangat sungguh ni.. Moga-moga dipermudahkan la yer... 

Kat bawah ni ada sedikit info mengenai seminar yang bakal diadakan. Kalau berminat nak join boleh klik pada link ini yer... Seminar Dunia Usahawan 2014.
Klinik Usahawan Dr Azizan Osman di dalam tempoh beberapa tahun ini terbukti berjaya menjadi satu-satunya gedung ilmu seumpama sebuah "universiti usahawan" yang telah melahirkan berpuluh ribu usahawan setiap tahun yang dulunya bekerja dengan pencapaian "sijil" berupa bank statement perniagaan dengan jualan meningkat 500% dari beribu ringgit sebulan mencecah ratusan ribu sehingga jutaan ringgit sebulan dalam masa kurang dari 12 bulan. - Dr Azizan Osman

Khusus buat anda yang berniaga samada full time atau part time, anda usahawan yang belum berjaya, sedang berjaya atau mahu lebih berjaya, atau anda yang terlibat sebagai pemilik perniagaan seperti syarikat guaman, klinik kesihatan, syarikat kejuruteraan atau anda yang terlibat dalam mana-mana industri yang berkaitan dengan bidang jualan & pemasaran seperti takaful, unit amanah.

Anda semua rugi jika tidak dapat atau tidak tahu bagaimana meningkatkan jualan & pendapatan anda TIGA ke LIMA KALI GANDA untuk tahun 2014!

Anda tahu tak 3 Sebab Utama Beratus Ribu Orang Berebut Hadir Ke Klinik Usahawan saya? :
Kerana Alhamdulillah dengan sedikit pengalaman saya membina perniagaan saya sehingga hari ini mempunyai 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri serta hobi saya berkongsi ilmu usahawan dan pemasaran agar lebih ramai yang menjadi usahawan berjaya telah membuktikan 3 perkara:-

Ilmu ini berjaya membantu

1- Meningkatkan jumlah pelanggan para usahawan yang hadir ke kelas saya dan aplikasikan ilmu tersebut

2- Meningkatkan jualan mereka dalam masa yang sangaaat singkat sehingga 300-500%

3- Meningkatkan keuntungan mereka berganda-ganda 3-5x dengan hanya menggunakan ilmu yang dikongsikan

Resit Pendaftaran seminar
Harap ada gula-gula ILMU yang boleh dibawa pulang untuk direalisasikan ^_^