Bunga Berguguran

Friday, January 24, 2014

Happy Plus Plus ^_^

Alhamdulillah..... Perkataan yang terbaik yang mampu diucapkan pada petang begini. Lega dan tenang tu hanya Allah jer tahu. Thanks Ya Allah, permudahkan perancangan kerja hamba-Mu ini. Sasaran untuk menyiapkan kerj-kerja merekod dan mengemaskini fail telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami start merekod since bulan Oktober tahun lalu dengan bantuan pelbagai pihak. Di samping, pada ketika itu sibuk dengan Audit 5S. Hari ni pun.....dah tertampal dah sijil Pengiktirafan 5S di Sudut Zon Zamrud. Seronok sesangat kerana segala usaha dan penat lelah berbaloi. Air mata mengalir dan tidur tak lena tu tertebus jugak akhirnya.

Mesti ramai yang tanya kenapa seronok sangat siap merekod tu.. Memang la seronok sebab, ini merupakan laporan perubahan yang paling banyak yang pernah direkod. Setiap seorang akan ada 4 laporan perubahan yang wajib direkod. Tapi untuk kes-kes tertentu ada yang jadi sampai 7 laporan perubahan. Bilangan rakyat yang perlu direkod ada 1798 orang. So 1798 darabkan dengan 4 = 7192 laporan perubahan. Tu yang basic so kalau campur kes-kes tertentu tu almost 8000 jugak la kot.. Banyak kan kiraan matematik tu.... Huhuhu.... yela yang berkerja secara tetap just 2 orang selebihnya bantuan pihak luar la.. Thanks sesangat tau.. Cik Na Na sangat menghargai. Hari ni dah setel rekod dan difailkan. Rak, kabinet dan lantai sudah kosong. Moment yang tersangat dinanti-nantikan..... 

Fuhhhhuh..lega dan bahagia.. Thanks jugak kepada adik-adik praktikal yang membantu jugak. Pada Eoz, Ecah dan Cikgu Q Chan. Hanya Allah boleh balas pertolongan korang.. Akak korang ni hanya mampu bagi hadiah kecik-kecik jer... Semoga korang dapat kerja yang bagus-bagus nanti yer dan kerja baik-baik sebab rasanya di sini korang belajar banyak perkara yang lebih kepada erti sebuah kehidupan. Thanks again... (^______________^)y

Muka hepi time meting tadi... ^_^
Agak2 baju oren dengan shawl ijau match tak???
Boleh la yer...
Kredit Pic to Nora Ismail
Nyummy... New York Cheese Cake
Hadiah untuk diri sendiri ..
~~~ Sekian ~~~

Thursday, January 23, 2014

Peppar Shaker & Custom Made Paper Bag

Goodies ini ditempah khas oleh Pengarah Matrikulasi Perak sempena Majlis Resepsi putera Sulung beliau pada 22 Disember 2013 yang lalu. Pepper Shaker ini berikan kepada tetamu VIP yang terdiri daripada pengarah JPN, pegawai-pegawai PPD, pengetua dan guru besar. Selain pepper shaker ini, turut disediakan goodies bag berupa mini sejadah untuk para tetamu VIP yang hadir. 

Berikut merupakan beberapa gambar goodies berkenaan. Mana tau kot-kot ada yg berkenan. Boleh roger-roger Cik Na Na yer... (^___________^)y

Pepper Shaker & Custom Made Paper Bag
Custom Made Paper Bag
Pepper Shaker wif Paper Bag
Bride & Groom Pepper Shaker
Cute kan Pepper Shaker ni?
Tagging' Majlis Resepsi Farhan & Nadia'
Paper bag yang telah siap ditagging
Paper bag  dihiasi dengan Dolly Paper
Tadaaa..dah siap dihiasi reben mengikut tema pilihan customer

~~~ Cantik dan Unik kan ??? ~~~ 

Amalan Mendapatkan Zuriat

Amalan pertama
(Selepas Fajar ataupun Solat Subuh)

* Baca Bismillah 1 kali
* Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
* Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
*Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
* Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua
* Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
* Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
* Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
* Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya Insyaallah. 



Wednesday, January 22, 2014

Japanese Cotton Cheese Cake


[Resepi Japenese cotton cheese cake]
OLEH Rohimatul Mat Yussuf
LIKE imasak.com

Bahan A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar

Bahan B
40g tepung kek
30g tepung jagung

Bahan C
4bji kuning telur

Bahan D
4bj putih telur
1/8 sudu kecil cream of tartar
100g gula castor
Secubit garam

Cara2 :
Sediakan loyang 8"
Griskan loyang dan alaskan kertas minyak
Balutkan bhagian bawah loyang dgn aluminium foil

1- masakkan bahan A cara double boile hingga cheese cair dan pekat matikan api.
2- masukkan bahab B dan gaul hingga sebati
3- masukkan bahan C (satu persatu)
4- gaul sebati adunan cheese hga sebati dan ke tepikan
5- pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk
6- masukkan adunan cream cheese gaul sebati
7- tuangkan adunan kek ke dlm loyang
8- bakar kek guna teknik water bath selama 40minit pd suhu 160·c guna api bawah shaja /bakarbsehingga masak
Japanese Cotton Cheese Cake

Resipi : Japanese Cotton Cheese Cake
 oleh : Rohimatul Mat Yussuf


Bahan-bahan :

Bahan A
-160g cream cheese
-25g butter
-120g susu segar

Bahan B

-40g tepung kek
-30g tepung jagung

Bahan C

-4biji kuning telur

Bahan D

-4biji putih telur
-1/8 sudu kecil cream of tartar
-100g gula castor
-Secubit garam

Cara-cara :

- Sediakan loyang 8"
- Griskan loyang dan alaskan kertas minyak
- Balutkan bahagian bawah loyang dengan aluminium foil

1) Masakkan bahan A cara double boil hingga cheese cair dan pekat matikan api.
2) Masukkan bahab B dan gaul hingga sebati
3) Masukkan bahan C (satu persatu)
4) Gaul sebati adunan cheese hingga sebati dan ketepikan
5) Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk
6) Masukkan adunan cream cheese gaul sebati
7) Tuangkan adunan kek ke dalam loyang
8) Bakar kek guna teknik water bath selama 40minit pd suhu 160·c 
Guna api bawah sahaja / bakar sehingga masak


Resipi ni tak ingat actual sumber dia lah. Apa-apa pun just for sharing together-gether bagi menambahkan pengetahuan masak-memasak ni. Anyway selamat mencuba yer.. Cik Na Na..memang nak try.. Tapi kena tengok mood dulu macam mana yer... Sekarang ni mood tak berapa sihat cikit, tapi ceria cuma makan tu tak berapa agresif sangat for this week la.. Buktinya lunch hari ni just makan roti dan kopok lekor cawan RM2 jer.. Kalau tak..claypot tom yam seafood la, bakso la, nasi putih wif ikan kembong bakar asam pedas la... Macam-macam ditelannya. Huhuhuhu....seronok lak rasanya kurang makan macam nih.. (^__________^)y

~~~ Selamat Mencuba ~~~

Saffiya Shawl



Syaffia merupakan koleksi ~~ Limited Edition ~~ oleh pihak Ungu Lavender House. Just keluar 6 helai jer Syaffia Shawl ini sementara menantikan Adra Shawl siap. Just test market untuk kombinasi chiffon shawl dan prada lace. Shawl ini diperbuat daripada chiffon lembut dan sejuk. Dihiasi prada lace bagi menghasilkan elemen elegant pada shawl tersebut. Ukuran 1.8m (panjang) dan 0.7m (lebar). Jadi berdasarkan ukuran ini, shawl ini agak panjang untuk dililit dan digayakan namun masih mampu menutupi bahagian dada. 

Kat bawah ni ada keenam-enam design tersebut. Namun 2 helai telah bertuan. Sehelai dalam booking dan lagi 3 helai masih available. Harga hanya RM20.00 sahaja. So jom cuci mata.... kot-kot berkenan. Kalau korang perasan la.. Syaffia Shawl ni persis shawl yang dipakai oleh Zara Amira dalam Love You Mr. Arrogont. (^______^)y

Sumber : Goggle

Emerald Green mix Orange
Status : Sold

Black mix Pink
Status : Available

Blue mix Pink
Status : Available
                                   
Pink mix Black
Status : Sold
Black mix Pupple
Status : Available
Pink mix Coco
Status : Booking

~~~ Selamat Bershopping ~~~

Monday, January 20, 2014

Ujian Kehamilan Negatif !!!!!!!

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda. 

Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid. 

Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula. 

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur. 

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini: 

Anda mungkin mengalami polisistik ovari 
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang. 

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin 
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil. 

Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor. 

Sumber : Baby Center

Sumber : Goggle

Asyik negatif jer.. Dah jenuh cek dah. Even p klinik pun negatif. Orang dok tanya-tanya... Huh..terlalu memberikan tekanan la mende macam nih.. Sabar bebanyak yer... Rezeki tu hak Allah. Sampai masa adalah nanti tu yer... (-_______-) Redhakan jela..... 

Thursday, January 16, 2014

Dosa Besar - Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba
Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba
Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.