Bunga Berguguran

Thursday, May 1, 2014

Pavlova Dealova

Sedap tak nama pavlova Cik Na Na.??? Resipi Pavlova ni bukan Cik Na Na amik dari mana-mana resipi di Internet k.. Tetapi ai p kelas lagi u.. Rasanya memang meletopss... Cik Na Na dah start buat jualan untuk 'Pavlova Dealova' nih. Untuk mereka yang tinggal di area Ipoh, Pengkalan, Batu Gajah dan Seri Iskandar penghantaran khas buat anda. Namun tertakluk kepada kuantiti dan jadual penghantaran la yer... Apa-apa pun..jangan risau. Cik Na Na akan berusaha untuk memberi penghantaran yang terbaik buat anda. 

Ok berbalik kepada cerita 'Pavlova Dealova' ni, setakat ni ia dijual dalam 4 saiz yang sesuai dengan bajet dan selera anda. Sesiapa nak makan banyak boleh beli saiz XL. Sesiapa yang rasa-rasa selera tu kecil atau sekadar nak merasa jer boleh cuba dahulu dengan saiz S. 

Kat bawah ni ada gambar-gambar 'Pavlova Dealova' mengikut saiz yang mungkin menjadi pilihan anda. Tapi gambar ni hanya ada untuk 3 saiz sahaja buat sementara waktu. Nanti satu lagi satu saiz Cik Na Na hupdate kemudian yer.. Apa yang pasti...rasanya memang sedap dan buah-buahan yang dihias atas pavlova ni pun fresh lagi menyelerakan.  (^__________^)y

Pavlova Dealova in S saiz
Pavlova Dealova in L saiz
Pavlova Dealova in L saiz

Pavlova Dealova in XL saiz

Apa macam??? Nampak sedap tak??? Tu baru tengok belum rasa lagi... As usual..if berminat boleh roger-roger yer...melalui fesbuk Ungu Lavender House  @ fesbuk Cik Na Na... Thanks... ^_^

Saturday, April 12, 2014

33 Petua & Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

Senaman tu penting tau...
Encik meow pun bersenam... ^_^
Sumber : Goggle
Eh...Eh.. kenapa tetiba jer tajuk ini yang keluar? Emmm..sebabnya nak share dengan pembaca di luar sana tips dan petua untuk kurus. At the same time sebagai peringatan untuk diri sendiri gak.. Sekarang ni dah tak boleh lagi shopping baju online dah..!!! Nak beli baju ready made pun dah seram semacam jer.. Coz macam tak muat jer. Macam sempit jer.. Kalau dulu boleh beli mana-mana baju yang berkenan dengan mudah lagi senang hati. Tetapi kini dalam dilema tau.. Sedey ++++kecewa.. Yela..malam tadi g shopping..nak beli dress labuh... Frust giler tahap ultraman coz enggak muat itu baju... (-___-). Baju-baju sedia ada usah dikenanglah... Tergantunglah kalian sebagai perhiasaan yang hanya boleh di tengok tetapi tidak boleh dipakai... Waaaaaaa.....sedihnya.. Rasa nak nangis kuat-kuat nih.... So kat bawah ni ada beberapa tips... So kena praktikkan la.. Kalau idak sekadar menulis dan membuang masa la pulak... Tips ni diambil dan diupgrade ckit dari blog Berat Badan. Jom sama-sama baca.. Bagi yang sama masalah dengan Cik Na Na leh la amalkan yer... Chayo Chayo.... 

TIPS KURUSKAN BADAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT TETAPI KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. BERUS GIGI @ KUNYAH GULA-GULA GETAH
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. JANGAN AMBIL MAJERIN @ BUTTER
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MINUM AIR LIMAU NIPIS
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. MAKAN LEBIH BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. LEBIHKAN BIJIRAN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. DIARI MAKANAN
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. KURANGKAN KALORI DALAM MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. PEMILIHAN PIRING MAKANAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN-JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKAN RINGKAS
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24.KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. AKTIVITI FIZIKAL
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

26. AIR LIMAU NIPIS 
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. TEH CINA + PERAHAN LIMAU NIPIS
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. AIR ASAM JAWA
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Nak Turunkan Berat Badan

29. TEH HIJAU + KAYU MANIS + MADU
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


Badan Langsing Selepas Bersalin

30. HALIA + LADA HITAM + IKAN BILIS
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin.
Cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


Mengurangkan buncit

31. KAPUR MAKAN + LIMAU PURUT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


Mengempiskan Perut

32. LIMAU NIPIS + TEH TANPA GULA
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


33. LIMAU NIPIS + KAPUR SIREH
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Okey..sekian sahaja perkongsian tips kurus untuk kali ini. Yang penting sekarang...bukan hanya sekadar baca tetapi amalkan yer.. Tak turun banyak, at least turun sedikit bagi muat baju-baju yang telah lama tidak terusik tu pun jadi la yer... All the best to myself dan pada anda semua jugak.... (^___________^)y

Friday, March 28, 2014

Rahsia Solat Awal Waktu & Kaitan Dengan Warna Alam

Salam Jumaat buat semua. Ni ada sedikit perkongsian buat semua. Cik Na Na tak pasti sumber asal artikel ini tetapi yang pasti masa kemas meja kerja terjumpa artikel ini terselit di celah-celah buku. Suatu artikel menarik dan membuatkan diri ini secara tidak langsung bersemangat untuk mengerjakan Solat Di Awal Waktu kerana Fadhilatnya tersangat menarik. Jom kita sama-sama baca dan menghayati artikel ini. Artikel ini bertajuk 'Manfaat Solat Awal Waktu & Kaitan Dengan Warna Alam'. Semoga perkongsian ini mampu menambahkan pengetahuan kita di samping dapat membantu memperbaiki lagi ibadat kita. 

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

1) Waktu Subuh  = Biru Muda
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna Biru Muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. 

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) iaitu dalam erti kata lain jaga dalam tidur. Di sini juga kita, dapat cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. 

Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh, sebenarnya sudah tidak mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

2) Waktu Dhuha = Hijau
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau iaitu ketika waktu Dhuha. 

3) Waktu Zuhur = Kuning
Warna kuning menunjukkan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna Kuning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan dan terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

4) Waktu Asar = Oren
Masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini adalah warna Oren yang bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna Oren adalah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang itu terpisah yakni tidur. Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

5) Waktu Maghrib = Merah
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna Merah. Pada waktu ini, kita dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana sperktrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti seketika pada waktu ini dan solat Maghrib terlebih dahulu. Kerana pada waktu ini banyak interferens (pembelauan) berlaku yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna Merah ialah keyakinan serta berkaitan rapat dengan frekuensi otot, sarat dan tulang. 

6) Waktu Isyak = Indigo
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap tertinggal Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada di dalam Kegelapan dan sebetulnya inilah Waktu Tidur Dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil 'Tidur Delta' di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

7) Waktu Qiamullail = Putih, Merah Jambu dan Ungu
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna Putih, Merah Jambu dan seterusnya Ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Iaitu berkait rapat dengan fungsi otak. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu Solat dengan Warna Alam. Manusia kini sememangnya sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktornya kewujudan bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gigong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat Solat oleh Allah SWT tanpa kita perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan Solat ke atas hamba-Nya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya sebagai Pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya amat memerlukannya. 

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga Solatnya.

Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk-makhluk-Nya. 

Waallahuaklam... 

Allah Hu Akbar
Warna Alam mengikut Waktu Solat mempunyai Rahsia yang Tersendiri..
Sumber Foto : Goggle

Monday, March 24, 2014

Ayam Golek Tiga Rasa

Rasanya dalam banyak-banyak resipi Cik Na Na masak...resipi ini lah paling cepat hupdate kat blog kesayangan nih.. 

Nak tau sebab apa tak???? 
1) Sebabnya Cik Na Na tak kerja ini hari .... Bukan hari ni jer..tetapi minggu ini. ^_^
2) Mood tersangat baik untuk memasak dengan gigih untuk My Incik Bb....
3) Hari ni dapat suatu motivasi baru melalui kejadian yang baru terjadi.. Bak kata orang...setiap yang berlaku ada hikmahnya.. So tak perlu menangis dan meratapi sebaliknya terus bangun, berdiri dan kalau boleh berlari jauh-jauh dari masalah itu dan juga makhluk berkenaan. Huh...kita hidup demi Allah bukan untuk manusia seperti awak.. Huhuhu...sorry emosional cikit...
4) Sementara menunggu Incik Bb pulang...so kita manfaat masa dengan hupdate blog.. 

Petang ni, Cik Na Na masak untuk dinner adalah 'Ayam Golek Tiga Rasa' tetapi idak la guna seekor ayam tergolek dalam pinggan, just guna ayam yang dipotong kecik-kecik dalam jumlah yang kecil sahaja ma.. Coz makan 2orang jer pun.. Selain tu..ada sayur goreng dengan bebola ketam, udang, ikan dan sotong. Marvelesss sungguh.. Air just simple jer..cincau... 

Ni la rupa yang patut terjadi kalau mengikut tajuk resipi... ^_^

Resipi 'Ayam Golek Tiga Rasa'
Sumber : Majalah Pengantin Keluaran Oktober 2012
Terjumpa resipi ni time tengok gambar2 hijab pengantin dalam ini majalah... 

Tadaa....ini lah hasil 'Ayam Golek Tiga Rasa'.
Tapi kita namakan 'Ayam Goreng Tiga Rasa' jela...
Coz rupa totally different dengan rupa resipi asal..

Selamat mencuba yer... Rasanya Cik Na Na tak perlu taip satu persatu resipi ini coz jelas lagi terang resipi dalam gambar yang terpampang di atas... Even rupa tidak 100% seperti gambar dalam majalah.. Hope rasanya ok la yer.. Ikutkan lidah ni ok jer... Tapi tetap kena tunggu juri pulang dan rasa dahulu then baru leh tau keputusannya. K nak siapkan meja makan coz my peyuttt dah menyanyi macam-macam lagu dah ni minta diisi... K c u on next entry yer.... (^________________^)y

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

Sumber asal artikel ini adalah dari Blog Aku Islam. Artikel ni boleh diklasifikasikan sebagai artikel motivasi barangkali yang meminta supaya ditabahkan hati, dikuatkan semangat dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Hujung minggu lepas dikejutkan dengan suatu berita yang menggemparkan. Hari ni disambung lagi dengan kronologi yang benar-benar menghiris dan meluluhkan jantung ini. Benar telahan hati ini....mengenai peristiwa beberapa tahun lalu. Semua cerita dan alasan yang diberi memang sekadar melepaskan batok di tangga. Benar janji Allah.. "Lelaki yang Baik untuk Perempuan yang Baik...dan begitu juga sebaliknya". 

Teruskanlah membina kehidupan di atas keperitan orang lain.. Bahagia @ tidak itu Allah yang menentukan... Pesananku untuk kalian..."NOTHING". Pesan untuk diri sendiri.."LA TAHZAN".. Allah ada bersama-samamu.. BERSABARLAH DUHAI HATI..... 


La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

Sekali lagi air mata itu tumpah, 
bagai melegakan hati pemiliknya.


Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.


La Tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.


Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. 
Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. 
Lagi berat bebanannya.


Jangan merungut sayang. 
Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan Selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.


Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.


Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.



La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.


Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.


Tapi, ingatlah. 
Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.


Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.


InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.


Dan sampai masa kita akan faham, 
ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.


Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]


La tahzan. 
Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]


Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

La tahzan

Saturday, March 22, 2014

Jom Kenali Jenis-jenis Tepung

Dah lama tak berblogging...... tetiba hari tulis entry tentang 'TEPUNG' la pulak yer... Bukan apa sekadar panduan kepada pembaca-pembaca yang baru berjinak-jinak join dunia bakery ni.. Nak gtau korang yang kat kedai bakery tu ada macam-macam jenis tepung dan yang pastinya setiap jenis tepung tersebut ada fungsi tersendiri. Jangan main taruk jer tepung ikut sesuka hati.. Nanti tak jadi kek you olls ok.... 

Kat bawah ni ada 19 jenis tepung yang antaranya ada di pasaran dan jom sama-sama belajar dan memahami setiap fungsi bagi jenis-jenis tepung tersebut... .

1)Tepung Serbaguna / Tepung Gandum / Plain Flour
Plain Flour
Tepung paling common dekat Malaysia. Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat. Murah pun murah. Tepung ni antara tepung yang wajib ada di rumah. Fungsinya boleh buat macam-macam dari tepung ni. 


2)Tepung kek / Superfine Flour / Soft Flour / Tepung Berprotein Rendah
Tepung kek
Kalau korang nak tau, tepung ni selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour". Tepung ni sangat halus. Tapi boleh je kalau tak nak beli ni, just ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastard dan ayak sebanyak 3 kali. Result dia nanti akan sama je dengan tepung superfine ni. 


3)Tepung Naik Sendiri / Self Raising Flour
Tepung Naik Sendiri
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat. Kalau dalam resepi mintak tepung ni, dan kita tak ada stok tepung ni kat rumah. Boleh gantikan dengan 250gram (2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan (rata) baking powder. Kemudian ayak.


4)Tepung Berprotein Tinggi / Bread Flour / Hard Flour / Strong Flour

Tepung Berprotein Tinggi
Kalau nak buat pastries macam roti ke, pizza ke, donut ke kena pakai tepung tau. Ia akan menghasilkan aduana yang lembut lagi gebu gitu. Sebabnya tepung ni ada tahap gluten yang tinggi, jadi ia akan menganjalkan dough kita.Tapi harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum biasa.


5)Tepung Berprotein Rendah / Tepung Pau
Tepung Pau
Tepung berprotein rendah ni sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau, sponge cake, genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia ni,orang selalu beli brand Blue Keys takpun Nona.


6)Tepung Red Rose / Tepung Biskut / Tepung Top / Tepung Cookies
Tepung Biskut
Tepung ni diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup. So disarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut, sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad
Tepung Kastard
Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek. Selalunya tepung ni digunakan bila nak buat krim kastad, triffle,etc. Kalau tepung jagung tak da, boleh gantikan dengan tepung kastad ni sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung
Tepung Jagung
Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan. Kita selalunya letak bila nak buat bubur, kuih dan biskut. Kalau letak dalam kek comfirm kek tak jadi yer.. Cik Na Na dah terkena dah sekali.. Nanti resipi kek yang Cik Na Na share ada tepung jagung...kita akan betulkan balik yer.... 


9)Tepung Beras / Gluten-Free Flour
Tepung Beras
Tepung ni confirm lah buat dari beras. Sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras". Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampailah halus. Kita guna banyak tepung ni bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng! serta kuih-muih zaman dulu2 macam kuih apam, kuih lapis dan tepung talam.


10)Tepung Pulut / Glutinous Rice Flour

Tepung Pulut
Tepung nie tak buat di Malaysia. Tetapi diimport daripada Thailand. Jangan salah tengok tau, coz cover plastic tepung ni sama je dengan tepung beras. Macam biasa, tepung ni penting untuk buat kuih-muih tradisional.Fakta buku: Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E, B. Ia turut memudahkan pencernaan dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Tepung Krimer
Di Malaysia, brand yang famous adalah Coffe-mate. Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tu berlemak sikit. Setengah orang mengggunakannya untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong / Water Lily Flour
Tepung Hong Kong
Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung ni cepat rosak, cepat berkulat atau berkutu. Kalau nak buat pau,t epung ni paling top. Selain tu..nak buat kek lapis pun sesuai pakai tepung nih... 


13)Tepung Hoen Kwee
Tepung Hoen Kwee
Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya, tepung ni guna untuk buat kuih muih terutama di Indonesia. Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.


14)Tepung Wholemeal / Tepung Atta
Tepung Wholemeal
Paling ketara sekali sebab tepung ni warna coklat. Ia diperbuat daripada serat gandum yang tak hancur . Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! Nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung ni, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa kalau pakai tepung ni jer.


15)Tepung Ubi
Tepung Ubi
Sangat berguna nak liatkan adunan, tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu
Tepung Sagu
Asal tepung ni dari bahagian tengah pokok sagu, kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung. Selalunya tepung sagu ni digunakan untuk menghasilkan bubur, lempeng dengan keropok. Fungsinya sama dengan tepung ubi.


17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake
Tepung Optima
Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula. Kita tinggal campurkannya dengan telur, air, mentega dan pukul sampai pekat. Sesuai untuk membuat kek keju. Menyenangkan kerja gitu.... 


18)Tepung Kacang Hijau

Tepung Kacang Hijau
Tepung ni digunakan untuk membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie
Tepung Biskut Marie
Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak. Banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis...

Huh....dah fahamkan semua...jenis-jenis tepung.. Nanti bila godek-godek resipi di blog-blog @ buku resipi tu.. Idak lah terkejuz tengok nama-nama tepung yang ditulis.. At least..perkongsian ni boleh menambahkan input pengetahuan kita mengenai dunia bakeri. Membuat kek ni memang best... Kalau jadi dengan cantik, gebu dan marvelouss la.. If tak jadik kan...menyakitkan hati dan membazir jer... So gud luck semua... (^________^)y


Friday, March 7, 2014

Wah....Rindunya.....!!!!!!!!

Lama bebenor rasanya tak hupdate blog kesayangan nih.... Huhuhu...padahal baru 2minggu je pun.. Macam-macam dah terjadi dalam tempoh 2minggu nih. Apa yang pasti.....telah berlaku perubahan sehingga 360 darjah dalam hidup Cik Na Na tau.. Haru biru +++ tunggang langgang +++ hot story.....sehot gossip Hanez Suraya....you... 

Kisahnya bermula dari saat Cik Na Na hantar  Notis Berhenti Kerja pada 21 Februari yang lalu, Mencari Kerja Baru, Dapat Kerja Baru & Situasi Kerja Baru yang Maha Mencabar dan perlu kesabaran yang tinggi... Namun yang pasti...kerjaya baru ni..even menyakitkan anak tekak dan peti suara.....tetapi yang pasti ada sedikit rasa happy dan bangga di situ... Nak tau kerja apa??? Tunggu...nanti kita hupdate yer.. Entry ni hanya sekadar 'highlight' jer untuk perkara-perkara yang berlaku sepanjang 2minggu ini... 

Pastu ada kisah...farewell untuk Cik Na Na dan kawan-kawan lain.. Tu Part 1. Dengar citer ada satu lagi..ni Part 2 untuk kawan-kawan yang lain lak.. Yela..hari tu korang datang my farewell.... Pas ni I datang you all punya farewell lak k.... Usah takut berubah...kerana di setiap perubahan itu diiringi dengan rezeki dan kehidupan baru yang In Sha Allah jauh lebih baik daripada yang kita nikmati sebelum ini... Part paling best...nanti kita share hadiah-hadiah Cik Na Na dapat k.. Emmmm...namanya berpisah tempat kerja..tetapi kita tetap leh berjumpa lagi yer.. Ala-ala bukan jauh pun Ipoh dengan Kampar.. Hasilnya...kisah semalam di Aeon Jusco Kinta City, Ipoh. Next time plan tempat lain lak k... ^_^y

Mengenai kerjaya baru...banyak nak kena catch up.. Bukan mudah....even bekerja hanya dari 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.. Tanggungjawabnya tersangatlah berat. Yela...nak bagi dorang faham macam kita faham tentang sesuatu perkara itu bukan mudah. Terutamanya dalam subjek kegemaran ramai... So kena kreatif dalam memberikan idea dan penyelesaian pada dorang nih... Moga-moga urusan dan niat murni ini dipermudahkan. 

Prinsip Cik Na Na bekerja adalah...bukan Sekadar Bayaran semata-mata...tetapi setiap yang diusahakan itu mesti, perlu dan Wajib lebih daripada bayaran yang kita dapat. Biar kerja lebih tak mengapa.....bukan untuk tunjuk bagus...tetapi tak salah kalau buat sesuatu dengan TERBAIK. At least..kalau kita dah tiada di situ pun...kita masih meninggalkan sesuatu kebaikan di situ. Walau tidak disebut...tetapi selagi ia mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling yang masih tinggal pun.. Alhamdulillah... Hal ini kerana..saya bekerja kerana ALLAH bukan kerana MANUSIA. 

Emmm....apa lagi yer nak tulis.. Banyak sangat dah ni... Ok ni last membebel... Nantikan hupdate yang meletopssss lagi marveles untuk Ungu Lavender House dan Lavender Hijab Stylish. Pada yang tak tau lagi... Lavender Hijab Stylish ni new page yang Cik Na Na create untuk promote about hijab sahaja.... Masih dalam proses penambahabaikan. Nampaknya makin banyak lagi la kerja pas nih... In Sha Allah akan cuba dilaksanakan dengan sebaik mungkin... Amin....

K sekian untuk kali ini.... Jumpa lagi next entry yer.... Nak siap-siap untuk minum petang.. sat lagi Incik Bb pulang.. Malam ni nak dinner together-gether...sempena besday My Incik Bb tersayang tu... K kat bawah ni ada gambar Cik Na Na wif My Incik Bb... Hepi Besday Chinta Hatiku.. Semoga Cinta dan Kasih Sayang Kita sentiasa dalam Restu Keluarga dan Rahmat serta Kasih Sayang Allah... Love You till Jannah... Amin.... (^___________^)y

Sayang Kamu Plus Plus Plus.....