Bunga Berguguran

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Pergi.... Syawal Datang....

In Sha Allah..lagi sehari setengah jer Syawal akan menjelang. Bagi mereka yang memanfaatkan Ramadhan ini sebaik mungkin pastinya sedih apabila tetamu yang dinanti-nantikan ini akan pergi meninggalkan mereka. Tetapi bagi mereka yang biasa-biasa sahaja menyambut Ramadhan ini, pastinya merasa seronok dan girang menyambut Syawal. Bagi diriku..tidak sehebat insan-insan yang terlalu hebat mendambakan Ramadhan ataupun terlalu seronok dan girang menyambut Syawal. Sebab pada diri ini....masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Mengharapkan tahun depan masih diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan yang penuh barakah ini. Sedih pun ada sebab tidak mampu memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali ini. Semoga tahun depan..diberi peluang bertemu lagi dengan Ramadhan dengan usia yang lebih matang, kesihatan yang baik, istiqamah yang telus dan amalan yang lebih mantap. In Sha Allah.... 

Menyambut Syawal tahun ini dengan status yang berbeza.. Sebagai seorang isteri buat seorang suami yang tersangat disayangi. Menjelang Syawal nanti sudah 11 bulan kita melayari bahtera rumahtangga. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk tempoh ini. Moga kasih sayang kita berkekalan hingga ke Syurga. 

Di samping itu, tahun ini ahli keluarga aku pun bertambah jugak. Tahun ini mak ayah menyambut Syawal dengan 3 orang menantu baru. Even kami dah kahwin hampir setahun...tapi ni 1st time la mak ayah sambut raya dengan Incik BB. Adik-adik aku yang baru kahwin bulan Jun yang lalu pun akan turut beraya bersama dengan isteri-isteri mereka. So tahun ini..mak ayah ada seorang menantu lelaki yang tunggal dan 2 orang menantu perempuan. Tema raya taun ni.. ' Ijau Ulat Beluncas'.. Hehehe.... Even mak kurang sihat dan tak larat buat kuih.. Syukur Alhamdulillah...ada 2 orang adik-adik ku (yang no .5 dan bongsu) tolong buat kuih untuk raya. Tak sia-sia hantar dorang belajar bakery and pastry. Jangan risau akak pun ada buat kuih ckit untuk raya... Menantu-menantu pun ada beli kuih gak... 

Waaaaaaa...sebut tentang kuih raya. Actually baru siap 3 jenis. Macam mana la ni yer. Sebabnya bakul kuih tu muat 6 balang. Mesti gak kena siapkan ker...??? Untuk mak dan mak mentua-ku. Kek lagi. Tu yang sangat menyusahkan hati dan merungsingkan otak. Sampai tidur malam pun dok teringat-ingat. Tempahan dari customer tinggal satu je lagi, tempahan coklat untuk hantaran. Nanti balik kena buat terus. Emmm...semalam sedey sangat la coz kek tak jadi. 2 kali bancuh lak tu.. Sabor jela. Nasib la member tu memahami, tu la aku dah cakap kek tu payah nak buat tapi degil. Nak jugak...tengok dah tak jadi. Sedey dan keciwa tau orang yang buat kek dan mengharapkan kek. Sorry beb..after raya I buatkan untuk U yer. 

Ok..ok dah bis kot bebelan untuk hari ni. So kena la buat kerja. Raya dah dekat, banyak preparation tak buat lagi. Haaa...lagi satu 'D.I.Y Shawl Raya' pun tak siap lagi. Sedey & stress gak la nak raya. Kalau leh tambah lagi 10 hari untuk raya kan bagus... Tapi comfirm ramai yang tak setuju... Emmm... Apa-apa pun Chayo...Chayo.... Ada masa lagi b4 raya.. Tak sampai 48jam lagi pun. So.....Berusahalah.... 

Yeah...esok balik rumah mak.... (macam 10 taun tak balik, padahal ahad hari tu balik siap berbuka puasa lagi tu). Peace... (^___________^)y. Selamat Hari Raya Semua..... 

Kek Tempahan dari Customer
'Chocolate Moist Cake - SelaMat Hari Raya'
dari My Small Bisnes 'Ungu Lavender House'

Friday, August 2, 2013

Lelaki Penyayang......

8 Cara Mengenalpasti Lelaki Penyayang


Ni dinamakan entry suka-suka ati versi membodek Incik BB.. Hehehe...yela diakan sponser besor untuk raya taun ni. Selalunyer ayah n mak tapi taun ni my hubby la. So kena bodek lelebih ckit... Nanti kan nak beli dan pakai baju raya 'Hijau Ulat Beluncas'.... (^_______^)y


1) Suka Haiwan (Sangat Suka Boball) 
Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh di kedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

Sabar je even Boball duk atas riba time dia drive
2) Suka Kanak-Kanak (Suka Anak Sedara Sendiri & Anak2 kawan)
Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah cukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

Tolong apis seberang sungai
Bawak anak-anak sedara mandi sungai
3) Berat Akan Orang Tua (Sayang Mak Sendiri & Mak Mentua)
Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain di jemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

My Mother In Law
4) Berat Akan Adik-Adik (Adik-beradik dan Adik Ipar)
Kita cuba tengok hubungan dia dengan adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan sama ada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang.

Adik Beradik Incik BB
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan (Ada Geng Sehati Sejiwa)
Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

Kawan-kawan ofis 
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan (Itu Rahsia)
Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati
wif bb

7) Susah Marah (Saya Suka Sifat Nih)
Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macam ini korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman (Sweet Sangat......)
Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.


Ni entry bodek namanya. Nanti kita buat entry about my lovely family lak yer.. Termasuk family Incik BB gak. Coz i love both of family dan semua la insan yang berada di dalam hidup ini. Anda amat penting dalam mewarnai hidup ini..... (^_______^)y

Thursday, August 1, 2013

Apa Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak ???

20 PERKARA YANG BERUBAH.....!!!!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Wif Anak Sedara.... Cumell Kan.... 

Carta Lagu I, Carta Lagu U, Lagu Kita....Contest

Hari ni suka-suka jela masuk contest kat Hotfm. Contest 'Carta Lagu I, Lagu U, Lagi Kita...'.  Hope ada rezeki la yer. Lagu yang yang jadi pilihan for this contest tentunya lagu Ungu - Percaya Padaku. Lagu ni Incik BB bagi semasa mula-mula nak tackle dulu.. Hehehe...masa melamar pun lagu ini jadi pilihan. Iskh..malulah nak citer.. Hope ada luck for this contest... (^______^)y

Lagu I, Lagu U, Lagu Kita Contest
Fill Form Contest
Pernyertaan sudah Diterima
Johnsons Baby Mandi Susu 

Wednesday, July 31, 2013

Asam Pedas Bungkus

Berbuka puasa hari ni kami suami isteri masak 'Asam Pedas Bungkus'. Rasanya Allhamdulillah...licin.. Guna 3 ekor ikan kembung jer..tu pun tak berapa nak cukup gak la.. Nasib jer tak berebut... Kat bawah ni ada simple resipi dia.. (^__________^)y

Bahan A
400gm ikan pari (tapi just guna ikan kembung je)
1 cawan air asam jawa
3 tangkai daun kesum
5 tangkai daun ketumbar (ganti dengan saderi)
2 batang serai
6 biji bendi (ganti dengan bunga kubis)
1 biji tomato (dipotong 4)
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum, kemudian biarkan sehingga mendidih dan pekat.
3. Susunkan ikan,tomato, serai, bunga kubis, dan saderi di dalam aluminium foil.
4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20minit.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Ikan disusun bersama-sama cili, tomato, bunga kubis dan saderi
Tuangkan sambal yang telah  ditumis ke  atas  ikan
Tadaa...dah siap dah 'Asap Pedas Bungkus'
~~~~ Selamat Mencuba ~~~~

Tuesday, July 30, 2013

Penatnyer Dia......

Ni gambar Boball petang tadi time aku sampai rumah dari kerja. Tengok dia melepek jer atas lantai, macam puasa jer budak ni. Kesiannyer dia. Terbaring atas lantai dengan muka sememeh jer.. So kat bawah ni ada la entry tentang Boball yang penat sesangat. Tah apa2 tah....ada je pe'el budak nih... Sabar jer menengoknyer.... 








Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat

Artikel ini diambil dari web http://supervain.com yang merupakan laman web 'Super Tips Kehidupan'. Banyak tips kehidupan dikongsi di laman web ini. Yang menarik perhatianku adalah tajuk 'Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat'. Jom kita review artikel ini bersama-sama dan menambahkan pengetahuan tentang ilmu kehidupan. 

Sebab Sukar Mendapatkan Zuriat
Sebagai manusia yg dianugerahkan hawa nafsu dan keinginan, kita akan secara semulajadi inginkan sebuah kehidupan yg harmoni di dalam sebuah negara yang aman makmur, dengan rezeki yang berlimpah ruah dan kesihatan yg baik. Untuk memenuhi keperluan hidup, kita pula secara otomatis bila cukup umur inginkan pasangan hidup, dan setelah adanya pasangan hidup tersebut, kita pun inginkan zuriat untuk meneruskan susurgalur keturunan kita .

Selain mendapat keturunan secara sah melalui proses perkahwinan mengikut adat atau budaya dan ajaran agama masing masing, ada juga zuriat yg muncul tanpa apa apa ikatan dari sebuah perkahwinan tersebut seperti sumbang mahram, ketelanjuran dalam pergaulan, paksaan(rogol) dan sebagainya. Perhubungan jenis yg tidak ada ikatan sah ini, tetapi tidak menghasilkan zuriat amat disyukuri oleh mereka, tetapi jika dah ada ikatan sah kekeluargaan, ketidak berhasilnya zuriat yg diinginkan adalah merupakan bebanan dan menjadi satu permasaalahan yg perlu diatasi mereka yg menghadapinya.

• Anak atau anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai kepada manusia. Keriangan dan tangisan anak-anak merupakan hiburan yang tidak ternilai bagi ibubapa penyayang.

• Tetapi berlainan sekali dengan pasangan yang lambat mendapat cahaya mata. Mereka menjadi gelisah menanti hari-hari dimana mereka dikurniakan anak.

• Merawat pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah satu ibadah. Apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, kita bersama-sama kongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi mereka kelahiran seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang benar mereka perlu untuk membelanjakan banyak wang serta mengorbankan masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani berbagai-bagai kaedah rawatan yang canggih dengan menggunakan teknologi kesuburan seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk memperbaiki peranakan mereka.

Mengapa zuriat yang diinginkan tak muncul tiba?
Jika seseorang perempuan belum hamil dalam usia perkahwinan di peringkat awal (sebelum setengah tahun) bukanlah bermakna mereka mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu wanita untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.

Setelah enam bulan mencuba, 75 daripada 100 pasangan didapati berjaya hamil, manakala selebihnya masih belum hamil. Namun setelah setahun mencuba, keseluruhannya meningkat kepada 85 hingga 93 pasangan yang berjaya hamil dan hanya tujuh hingga 15 pasangan saja yang masih gagal hamil.

Bagi pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan terbabit.

Ujian dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari kitaran haid wanita.

Dalam keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah enam bulan mencuba.

Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama.

Rawatan Alternatif untuk Mendapatkan Zuriat
Jika pasangan masih gagal mendapatkan zuriat menggunakan kaedah moden dan scientific, disini aku cuba huraikan pula sebab sebab dan kaedah rawatan secara alternatif.

Menurut kajian alam misteri, kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan zuriat kebanyakkannya berpunca dari faktor tubuh badan terutama di pihak isteri. Faktor kegagalan persenyawaan antara seperma dan ovum kebanyakkannya berpunca akibat ovum(telur) yg dihasilkan oleh seseorang wanita yg kemudiannya berada disalur felopian akan rosak akibat adanya kesan dari kitaran darah haid yang tidak terbuang habis ketika proses haid mereka. Sisa darah haid yg kotor dan beracun ini akan memusnahkan ovum tersebut. Jika ovum tersebut dapat bertahan pun, seperma dari pihak suami pula akan rosak akibat racun itu.

Selain itu, adakalanya berpunca dari keadaan atau kedudukan sistem peranakan wanita itu iaitu terlalu kebawah dari kedudukan yang sepatutnya yang menyebabkan beberapa salur seperti salur felopian agak terlipat atau menjadi sempit sehingga menyebabkan seperma suami tidak dapat melaluinya untuk disenyawakan dengan ovum. Jika keadaan ini yang menyebabkan kegagalan persenyawaan benih tersebut, kaedah yang terbaik ialah membetuklan dan memulangkan sistem peranakan tersebut kepada kedudukan yang sepatutnya dengan kaedah urutan atau sengkak, kerana biasanya sistem peranakan itu jatuh kebawah akibat aktiviti lasak dsb.

Dalam keadaan darah haid yang tak keluar habis yang menyebabkan racun pembunuh benih berada didalam rahim wanita, Tentulah persenyawaan diantara ovum dan seperma tak mungkin berlaku iaitu ovum dan benih tersebut rosak atau terhapus. Dan zuriat yg ditunggu tidak mungkin hadir.

Selain itu, ada kemungkinan besar juga adanya peranan jin jin terutama jin saka yg menghalang proses persenyawaan tersebut. Jin jin ini akan memusnahkan seperma dari pihak suami atau kalau perawat biasa panggil benih(air mani suami) “dimakan” oleh jin jin yg duduk dan tinggal bermastautin dan beistana difaraj wanita itu.

Bagi rawatan alternatif ini, jika bukan disebabkan oleh jin jin iaitu kegagalan sistem tubuh wanita itu sendiri mengeluarkan semua darah haid yg biasanya menyebabkan senggugut atau penyakit keputihan, boleh diikhtiarkan dengan memperbanyakkan memakan pucuk pucuk muda (ulam ulaman-sebanyak banyaknya) bagi menuteralkan racun akibat tertinggalnya darah haid dirahim tersebut.

Selain pucuk muda, yang terbaik dan termujarab ialah dengan meminum air kelapa yang SANGAT muda iaitu kelapa yg hanya baru ada tempurung dan air sahaja tanpa ada isi sedikitpun walaupun yg belum berwarna-(jernih)… ingat, ini hanya untuk memastikan segala racun yg ujud akibat darah haid tertinggal itu nutral atau terhapus.

Selain itu faktor kegemukan atau kelemahan sistem peranakan itu sendiri dan kelemahan seperma suami boleh juga menghalang seperma dari berenang menghampiri ovum…. jika masaalah lemah ini, perbanyakkanlah berzikir dengan zikir Lahaulawalaquaataillabillahilaliyyilazim sekurangnya 7000 x setiap hari dan carilah tukang urut yang pakar…selain itu banyakkanlah memakan zat zat dan sumber makanan@nutrien@jamu yang boleh membantu meningkatkan kesuburan……

Bagi permasaalahan yg disebabkan oleh jin pula, perlulah berjumpa perawat yang mampu mengeluar semua sekali jin jin saka yg menetap difaraj dan seluruh tubuh, Jangan tinggalkan walau seekorpun jin tersebut. Mungkin perawat yang dijumpa mempunyai kaedah meraka sendiri, so tak perlu aku huraikan disini…

Ada juga jin jin yg hadir difaraj tersebut hasil dari persihiran, so kalau jin dari punca ini agak sukar dibenteras habis habisan kerana jumlahnya yg kadangkala terlalu banyak, silih berganti datangnya, dan biasanya kalau kes sihir yg menyebabkan menghalang zuriat ini, pihak suami juga perlu dirawat!