'Standing In The Eyes Of The World' oleh Ella lagu baru untuk blog ni. Lagu ni dipilih sempena Kemerdekaan Malaysia yang Ke-56. Tema Kemerdekaan tahun 2013 adalah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. Jadi marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan yang kita perolehi dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama 56 tahun ini. Kita hanya ada sebuah negara......iaitu Malaysia. Sayangi dan berbaktilah kepadanya. Serta pertahankan keamanan yang dimiliki kini untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Selamat Hari Merdeka semua. (^_________^)y
'Standing In The Eyes Of The World'
Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

No comments:
Post a Comment