Bunga Berguguran

Friday, August 30, 2013

Hujung Minggu yang Sempurna

Ni citer tentang weekend yang lepas. Citer hari ahad sebab hari sabtu kalau ada citer pun citer sedey jela.. Coz seharian terbaring akibat cherry berry yang teruk. Tak tau la apa yang silap makanannya time jamuan raya jumaat tu. So sabtu hari rehat la konon....ada membe datang beraya dan bincang tentang hantaran pun tak berapa larat nak layan. Almaklum la orang tak sihat... 

So berbalik semula ke hari ahad... Bangun pagi-pagi selepas solat Subuh terus ke dapur prepare breakfast untuk Incik BB. Keadaan in jarang berlaku pada dariku....kebiasaannya breakfast Incik BB yang masak sementara aku buat kerja-kerja rumah yang lain. Tapi hari ni bangun dengan penuh semangat mungkin semalam dah seharian terbaring.....tu yang hari ni timbul semangat tu.. Menu breakfast hari tu..just maggie goreng jer. Di samping itu, panaskan makaroni goreng dan ayam goreng yang dimasak petang semalam. So pagi tu ada 3menu la.. Minum just teh 0 sahaja la. Simple jer menu breakfast kami. 

Makaroni Goreng & Maggie Goreng
Selepas sarapan dan mengemas rumah...kami pun start la berjalan ke Mydin Meru Raya dan Tesco Extra Bercham untuk membeli barang rumah. Time shopping tu la dapat idea tetiba nak masak-masak dan buat open house. So time beli barang sambil tu sms dan call mak serta adik-adikku. So sebelum balik ke rumah untuk masak-masak...... kita makan la dulu. Menu kami untuk tengahari adalah nasi kerabu. Emmm....memang sedap. Feveret sangat nasik kaler biru tu...

Model Nasi Kerabu....
Kedua-dua excited nak makan ^_^
So bila balik jer..bermulalah kerja-kerja memasak. Kami punya menu untuk open house pada petang itu adalah 'Tom Yam Steamboat'.. Antara bahan-bahan yang disediakan untuk steamboat kali ini adalah seperti aneka bebola, udang, sotong, kerang, ayam serta sayuran seperti lobak, bayam dan sederi. Tom yam tu lak partner dengan bihun supaya mengenyangkan. Minum air oren jela...

Kering periuk...tinggal kerang jer.. ^_^

Licin kan....????
Lalalala...tersangat meletop sampai tak sempat nak tangkap gambo sebelum aktiviti makan-makan coz tetamu tetiba datang serentak pukul 6.00 petang. So semua dah berderu menyerbu meja makan. Selain family ada gak membe ofis lama datang. Thanks semua yang datang dan menghabiskan semua hidangan yang dijamu. Seronok sangat rasanya. Next time datang lagi yer..

So after semua balik, kami suami isteri habiskan balance yang tinggal. Cuci dan kemas apa yang patut. Rasa-rasanya time tengok citer korea kat TV9 diriku ini telah lena diulit mimpi yang sempurna sebabnya terlalu seronok ++ penat dengan hari yang dilalui. Betul kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya ' Aku Terima Nikahnya' mengenai nikmat memberi. Kita akan rasa seronok dan tenang jer.. Hal ini kerana, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. So next time leh masak-masak lagi & jemput orang datang makan... (^______________^)y

No comments:

Post a Comment