Bunga Berguguran

Tuesday, November 12, 2013

Tak Der Tajuk... Just Luahan Rasa

Dear diary....kalau la mampu aku luahkan setiap yang aku rasa pada kamu sekarang alangkah baiknya. Dalam hati ni penuh keserabutan dan dalam kepala ni penuh tekanan. Kalau nak tanya penyebab kenapa sampai sekarang aku masih belum mampu untuk mengandung. Aku rasa aku ada jawapannya. Sebab badan dan minda ini terlalu penat dan stress melayan kerenah korang semua. 

Hari-hari terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang terlalu mengejar nama dan memberi arahan serta bercakap tanpa memandang dan memikirkan keupayaan pelaksanaannya. Bekerja di bilik ini umpama bekerja seorang diri. Duduk berseorangan bersama-sama fail dan buku. Ada pembantu..umpana tiada. Itu istilah terbaik. Macam chipsmore 'kejap ada, kejap tiada'. Menguruskan bilik ini bukannya mudah. Dah sampai ke tahap ini pun..masih terdapat complain yang pelbagai. Seolah-olah aku tak buat kerja kan????

Kalau kalian berada di bilik ini.....pasti kalian faham tekanan yang dirasai. Bukan mudah mentransformasikan dari bilik yang semak dan berlonggok-longgok kotak serta kertas kepada yang sedia ada sekarang. Rasanya 100% totally different berbanding kali pertama aku melangkah masuk lapor diri ke bilik ini. Tapi memang fitrah manusia yang sentiasa mencari kesalahan dan tidak berpuas hati. Itu menyebabkan aku rasa begini. 

Sedih dan tekanan simpan sengsorang jela yer.. Nak citer pada siapa?? Hanya Allah tempat terbaik untuk mengadu. Harap sangat-sangat...doa dan impian aku yang sering disebut setiap kali selepas solat dan di setiap helaan nafas-Ku ini dimakbulkan oleh-Nya. Amin... Ya..Allah makbulkan permintaan aku...supaya aku mampu mengemudikan kehidupan aku sendiri tanpa perlu melihat mereka wajah-wajah mereka yang hanya tahu bercakap dan tidak mempunyai rasa simpati apatah lagi empati.. 

Rasa nak buat cenggini jer...
Sumber : Goggle

2 comments:

  1. Sal... sabor je... aku pernah juga dihina semasa kerja... smpai bila2 pun ak takkan lupa pada ayat bos aku... "budak darjah enam pun boleh buat". Hati aku meronta sal... mana ada pekerja terus masuk kena buka payment... tanpa traning... betul kata suami aku company itu bermasalah... akhirnya aku berhenti kerja. hati aku menjerit "hang kata kerja itu amanah, solat itu penting...hubungan dengan manusia penting... tapi aku tengok hang pakaian boleh tahan,... kuku panjang berinci... tak payah cakap soal agama dengan aku walau aku tak pandai agama... apa yang aku tau penjagaan kuku itu separuh dari iman... hati aku sangsi solat cukup kah hang dengan kuku berinci panjang.... nak hukum aku dgn kata2 yg x munasabah. adat la bekerja x cukup 15 hari ada kesalahan... kesalahan yg dicipta oleh management sendiri..." cik puan

    ReplyDelete
  2. aku tensen sebab buat projek 5s.. memang tensen..tetapi pas audit tersangat bahagia.. betul orang cakap... no pain no gain... Alhamdulillah.....

    ReplyDelete