Bunga Berguguran

Wednesday, July 3, 2013

Qada, Fidyah dan Kaffarah (Part 2)

Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak

Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

Contoh kiraan mudah:

Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

(Sumber Teks : www.halaqah.net)

Sumber Gambar : Goggle

Qada, Fidyah dan Kaffarah (Part 1)

Dah dekat-dekat menyambut Ramadhan nih..tu sebab tulis entry begini. Untuk panduan kepada diri ini dan juga semua reader this blog. Berikut ada sedikit info berkaitan Qada, Fidyah dan Kaffarah. 

Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah
iii) ORANG perempuan yang dalam keadaan haid dan nifas tidak wajib dan tidak sah menunaikan puasa Ramadan. Walau bagaimanapun adalah wajib ke atas mereka qada puasa yang tertinggal itu apabila perempuan tersebut suci daripada haid dan nifas. Hal ini berdasarkan riwayat Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:

"Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada sembahyang.’’ (Hadis riwayat Muslim).

Bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur syar’i adalah wajib ke atasnya mengqada puasa yang ditinggalkan itu dan dikira sebagai menderhaka kepada Allah Subhanahu Wataala kerana meninggalkannya dan pemerintah berhak menghukum (ta’zir) ke atas mereka. Perbuatan meninggalkan puasa Ramadan itu sangat merugikan dirinya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada bulan Ramadan dengan tiada keuzuran dan tidak sakit, dia tidak akan dapat menggantikannya dengan puasa sepanjang tahun.’’ (Hadis riwayat Bukhari).

Para ulama berselisih pendapat tentang fidyah terhadap orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur. Menurut pendapat yang ashah di kalangan ulama-ulama Syafi’e orang sedemikian wajib ke atasnya fidyah. Mereka beralasan jika orang yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang menyusukan anak diwajibkan ke atasnya fidyah, bagaimana pula tidak wajib bagi orang yang sengaja meninggalkannya tanpa uzur?

Wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak juga diharuskan berbuka puasa. Jika dia takut akan mudarat ke atas dirinya maka wajib ke atasnya qada puasa yang ditinggalkannya itu. Jika dia takut akan mudarat kepada diri dan kandungannya maka hukumnya sama juga sebagaimana dikenakan ke atas orang yang sakit dan musafir.

Selesaikan hutang puasa sebelum Ramadan
Mengerjakan tanggungjawab untuk berpuasa. Jangan pula kita menjadikan bulan itu sebagai bulan ‘pelbagai penyakit’ untuk orang yang malas berpuasa.

Ingatlah, Allah mengetahui segala niat dan perbuatan kita. Sebahagian masyarakat Islam hari ini terlupa tentang fidyah puasa. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Fidyah puasa (tebusan) ialah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sabda Rasulullah s.a.w., Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin. (Riwayat Al-Tirmizi)

Mengapa dikenakan fidyah? Dan berapakah kadarnya?

Mereka yang wajib membayar fidyah terdiri daripada beberapa golongan iaitu:

* Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

* Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

* Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

* Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

* Melambatkan qada puasa. Mereka yang melambatkan qada puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Sumber Teks : www.halaqah.net

Sumber Gambar : Goggle

Tuesday, July 2, 2013

Satar

Trip p Terengganu last weekend membuka minda dan selera aku mengenai sejenis makanan yang popular di kawasan Pantai Timur iaitu 'Satar'. Sebelum ni just..tengok kat tv jer tapi kali nih dapat la merasa makan. Rasa dia sedap la tambahan dimakan time panas-panas lepas bakar gitu. Memang terbaik. Secara umum..dari apa yang lidah ku rasa 'Satar' ni kombinasi isi ikan dan kelapa di samping rencah seperti bawang dan halia yang digaul bersama. Selepas itu dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Yang menjadikan aromanya begitu menyelerakan adalah disebabkan ia dibungkus dengan daun pisang. Time panas-panas memang best makan. Harga untuk satu cucuk ada 5bungkus kecil 'satar' adalah RM2.00. So each dikira 40sen. Aku beli just 2 cucuk jela..coz nak bagi Incik BB merasa. Tu dalam entry Menu Makan Malam (1 July 2013) semalam ada gambar 'satar' yang dihidang bersama lauk-lauk lain. 'Satar' tu sampai jer rumah..terus simpan dalam peti sejuk dan petang semalam bakar balik atas pan capati jer.. So far rasa dia masih lagi terbaik..just kurang wangi macam baru-baru beli la.. 

Ni kat bawah ada resipi 'Satar' tu.. Diadaptasi dari website My Resipi. 

Bahan-bahan ( 5 org makan )
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara
- Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
- Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
- Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
- Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti  pulut udang).
- Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Cara Membungkus Satar
Sumber Gambar : Goggle
Satar Semasa Bakar
Sumber Gambar : Goggle
Ni la ruper satar tu
Sumber Gambar : Goggle

D.I.Y My Asha

Baru-baru ni beli la handfon baru. Hehehe..yela dah bertahun-tahun asyik pakai handfon sponser jer.. So beli la satu handfon baru. So ok la tu.. Bak kata Incik BB...ikut ckit la perubahan zaman. So redha jela.. Ni al-kisah My Asha..dia kaler kuning. Disebabkan aku ni bukan la sopan sangat...baru pakai 3hari dah comot ckit casing tu especially kat bahagian belakang handfon. So bermula la kerja D.I.Y My Asha nih.. Hehehe... Ni la gambar sebelum dan selepas... At least..nampak smart & cute la ckit... Suka sangat-sangat.... (^________^)y
Asha from back
My Asha from front

My Asha after D.I.Y (Blink-blink gitu)

Ayam Masam Manis

Ayam Masam Manis
Bahan A
500gm isi ayam
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili (#tambah sedikit cili boh untuk rasa lebih pedas)
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
2 biji tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dipotong serong)
3 biji cili hijau (dipotong seorng)
Minyak bagi menggoreng ayam
1/2 biji capsicum hijau (dipotong dadu) (#disebabkan xada capsicum tukar dengan saderi dan bunga kubis)

Bahan B (Dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan C( Hiasan)
Kacang Pic (#xada jugak mende ni kat rumah..so xada hiasan)

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan ynag dikisar.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, capsicum, air, sos tomato, sos cili, dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan tomato. Biarkan sebentar.
6. Hiaskan dengan kacang pis.
7. Angkat dan hidangkan.

So itu lah resipi 'Ayam Masam Manis'.. Bagi berminat boleh la cuba... (^_____^)y

Menu Makan Malam (1 July 2013)

Menu Dinner Malam 
Disebabkan hari ni cuti..so dengan senang hatinya merajinkan diri untuk memasak dinner coz selalunya kerja masak memasak ni Incik BB yang buat. Tapi dah hari ni cuti..so masak la. lagipun dah lama tak memasak. So malam ni...aku masak Ayam Masam Manis, Sayur Goreng Belacan & panaskan balik Satar yang dibeli semalam di Jerteh, Terengganu. So just panaskan balik..nak bagi Incik BB rasa. Hari ni masak menjadi.. Alhamdulillah.. Rahsianya tengok resipi dalam buku Resipi 1 Hari 1 Resipi la.. Kiranya Incik BB & adik aku yang kebetulan dataang rumah malam nih..makan bertambah-tambah lah... Mood#suka sangat-sangat. 

Ayam Masam Manis

Sayur Goreng Kangkung
Resipi nanti..kita update nanti yer... Nyam nyam.... Sila cuba yer.... (^_______^)y

Monday, July 1, 2013

Rindu Sangat-sangat tapi Penat la....

Sudah 3 hari tak dapat untuk berblogging sebab off to Terengganu atas urusan kerja. Rasa rindu sangat-sangat la pada awak 'Cik Ungu Pink's Diary'. Lebih kurang macam rindu pada Incik BB dan My Fluffy Baby... hehehehe.. So untuk 3hari berada di Terengganu dan kelantan..ada few entry yang dirasakan best untuk dikongsikan. Apa dia??? Tunggu k. Coz balik ni kepala masih lagi berat sebab memang lemah ckit bab berjalan jauh nih. Pastu berlambak lagi laundry nak kena basuh. Yela baju-baju untuk 3hari bagi aku di Terengganu dan untuk Incik BB yang balik kampung. Tu belum lagi kes mengemas rumah..yang dah macam kapal pecah dah... Ala-ala..dalam keadaan masih terawang- awang nih..banyak keje nak kena buat. Cuti pun belum tentu dapat rehat yer cayang.. Tu belum lagi..nak kena kuar p beli makanan My Fluffy Baby..bagi makan nasi tak mau..nak gak makanan beli. Berlagak tahap gaban betul.. Pastu nak p hantar resume untuk new application job. Nak tukar kerja dan kerjaya. Kalau itu rezeki aku, aku terima seadanya. Tapi kalau bukan pasti ada yang lebih baik lagi menanti. Finally..nak p kedai bakeri untuk beli acuan shortbread.. Nak buat sample untuk raya. Ni lagi satu..cakap pasal raya..puasa aku pun banyak tak ganti lagi.. Waaaaaaa...tahun ni paling teruk la.. Qadha tak sempat habis...dan sunat tak terbuat.. Apa la nak jadi ngn aku nih.. Pe-pe pun..ada 9hari b4 Ramadhan lagi. In Sha Allah sempat, kalau tak, kena bayar  Fidyah gak la.. Pastu nanti ganti balik puasa. Moga semua urusan dipermudahkan.