Bunga Berguguran

Tuesday, July 16, 2013

Hanya Aku

Pepetang ni nak syok sendiri dengan lagu OST Teduhan Kasih ' Hanya Aku' nyanyian oleh Hyper Act. As usual kat bawah ni ada video from youtube dan lirik yang cute after editing by me.. (^_____^)y


Lirik Lagu 'Hanya Aku'

Monday, July 15, 2013

Ramadhan Ke-6

Sedar tak sedar dah masuk hari ke-6 dah semua Umat Islam menjalani ibadah puasa. Tahun ni badan terasa macam letih jer tak seperti tahun-tahun before nih. Maybe peningkatan umur kot. Ntah la. Lagipun..ni kira 1st year berpuasa tanpa mak ayah. Actually mak ayah agak bimbang la sebab anak perempuan dia ni susah sangat nak bangun pagi. So bab puasa ni..risau la tak sedar diri lak dari tido. Hehehe...hasilnya..sabtu yang lepas (Ramadhan ke-4) tak sedor bangun sahur. Kesian Incik BB.. Tak larat sangat rupernyer. Bila balik umah mak..story mory ngn mak.. Of cos la den kena marah. Hari ni pun badan macam tak larat jer.. Emmm...macam mana la nak buat bisnes nih... Dah 6 hari puasa pun....tak bergerak lagi bisnes nih.. Waaaaaa... Ya Allah..berikanlah hamba-Mu ini kekuatan. 





Friday, July 12, 2013

Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri



Petang ni entry kita motivasi la pulak. Tajuk 'Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri' oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Suatu motivasi yang sangat baik bukan sahaja untuk bakal isteri tetapi juga untuk mereka yang telah bergelar isteri. Tagline Prof. Dr. Muhaya..."Dunia Dalaman Saya, Menentukan Dunia Luaran Saya". Sweet kan..its means apa yang ada di dalam minda, hati mahupun emosi akan mencerminkan keperibadian kita kepada umum. 

Secara umum slot ini menekankan untuk menjadi isteri yang efektif yang bahagia dan membahagiakan orang lain. Ada 5 prinsip yang ditekankan iaitu fizikal, mental, menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan manusia dan mengawal kewangan. 

i) Fizikal
Jaga kesihatan dan kecantikan diri untuk suami.

ii) Mental
Suburkan minda dengan rancangan yang kita tonton, buku yang dibaca dan seminar atau majlis agama yang dihadiri.

iii) Hubungan dengan Allah
Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah serta aurat dengan orang lain yang bukan Mahram baginya.

iv) Hubungan sesama manusia
Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, menghargai mereka yang berada di sekeliling serta sentiasa bersyukur. 

v) Kewangan
Menjaga dan mengurus kewangan diri dan keluarga dengan bijak. Berbelanja apa yang perlu.

Peranan dan tanggungjawab isteri (Apa yang perlu dilakukan)
i) Bangun pagi dan bersyukur
Bangun pagi dan bersyukur pada Allah kerana diri masih bernafas dan begitu juga dengan suami kita. 

ii) Makanan yang seimbang
Isteri mesti tahu mengenai nutrisi makanan supaya mereka bijak dalam menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk suami dan juga anak-anak.

iii) Senaman
Seorang isteri yang bijak isteri mesti mencari masa untuk bersenam dan mengalakkan suami turut bersenam bagi menjaga kesihatan.

iv) Hubungan dengan Manusia
Sentiasa menjaga hubungan dengan manusia dan menganggap semua manusia berada disekeliling kita penting dan ingin dihargai.

v) Kewangan
Lebih memfokuskan kewangan untuk perkara-perkara berkaitan penjagaan kulit, pemakanan, penjagaan kesihatan dan kecantikan badan berbanding dengan material yang hanya bersifat sementara.

Ni la secara umum dari slot 'Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri'. Untuk ulasan selanjutnya boleh lah review video youtube di atas. Ini merupakan pesanan untuk diri sendiri supaya menjadi seorang isteri yang baik dan solehah. Ingin bahagia sepanjang hayat, mendapat anak yang baik dan menjadi isteri yang baik. Apa yang penting sentiasa berfikir untuk manfaat waktu yang berkualiti untuk suami dan orang berada di sekeliling selagi hayat masih ada. Sayang semua....(^________^)y



Thursday, July 11, 2013

Sayur Faveret

Dulu time bujang tidak la banyak sayur yang menjadi faveret. Tetapi sekarang bila dah kahwin, dah ada dapur sendiri dan lagi ada suami yang rajin memasak serta p pasar..aku pun dah mula suka dengan sayur-sayur yang sebelum nih tak pernah aku makan pun. Sampaikan Incik BB cakap..pas kahwin kita makan macam-macam jenis sayur kan? Sambil jejalan di pasar malam berhampiran kawasan rumah. So di antara my new feveret sayur adalah seperti di bawah. (entry suka-suka di petang hari ini)

Sayur ' Di Huang Miao'
1) Sayur 'Di Huang Miao'
Sayur ni first time makan di Hotel Rossa Passadena, Cameron Highlands. Masa itu, pihak hotel buat stimboat so leh la rendam sayur ni ngn bahan-bahan yang lain b4 mamam.. Hehehe..first time rasa terus jatuh cinta. So bila on the way balik..singgah la Kea Farm untuk cari sayur tu and i got it. Balik buat masak untuk Incik BB. Ala just tumis air jer. Tu pun sedap..rasa macam pucuk paku pun ada. Sekarang ni senang nak dapat stok segar sayur ni..beli kat pasar malam dekat kawasan rumah jer. Seikat RM. Semua sayur-sayur kat situ segar..baru turun dari Cameron Highlands. Kat Tesco pun ada jual gak..tapi tak la sesegar kat pasar malam tu.. Khasiatnya, ada orang cakap baik untuk mengelakkan sembelit. Mb la kot... Yang penting itu sayur..memang baik untuk kesihatan pun..


Brokoli
2) Brokoli
Sayur ke-2 yang menjadi faveret adalah brokoli. sayur ni sedap goreng ckit jer dengan sayur campur lain. Selain tu kalau buat bakar dengan ayam dan kentang pun ok gak. Pernah sekali masak 'Ayam Panggang Rosemarry' sekali dengan brokoli dan kentang. Macam omputih tak.?? Sedap gak la. Apa yang penting, brokoli ni kalau masak jangan sampai layu..nanti hilang zat dia. Just masak sekejap jer.. Bagi dia kena panas ckit then angkat la. Khasiat brokoli ini secara umum adalah sebagai bahan anti-oksidan yang mampu mencegah barah. Di samping itu ada kajian menyatakan brokoli dapat mencegah gastrik serta mencegah kerosakan sel pembuluh darah pada pesakit diabetis.

Saderi
3) Saderi
Sayur ni tak pasti bila start aku suka..mb masa makan tom yam kot. Kakak jual tom kat Tesco Kampar tu kerap gak masukkan saderi dalam tom yam yang dia masak. Memang sedap. Nyam nyam... So since dah rasa sedap dan pandai makan, tu yang stok saderi ni sentiasa ada dalam peti sejuk kat rumah. Selain buat sayur campur dan masuk dalam tom yam. Buat masak dengan nasi goreng pun sedap gak. Aroma dia pun sangat menyelerakan. Khasiat sederi ni merupakan penawar untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, mampu mengubati penyakit akibat jangkitan bakteria. 

Pudina
4) Pudina
Pudina ni pun baru jer suka..sebelum ni tak suka sebab rasa ubat gigi jer. Sekarang ni beli siap buat ulam lagi. Kelas kau jah..!!! Tak payah gosok gigi pun mulut dah wangi. Khasiatnya baik untuk saluran pencernaan, bertindak menjadi penyejuk kepada kulit dan merawat gatal kulit, serta menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita. Selain itu, membantu dalam pemutihan gigi serta memerangi nafas berbau.

So untuk menu berbuka puasa ni nak masak sayur 'Di Hyung Miao Goreng Belacan dan Brokoli Goreng dengan Telor Hancur.. Nyammummy..... Resipi nanti kita update yer...

#terasa diri ini rajin memasak lak selepas kahwin..lagi memberi semangat sebab Incik BB pun sama-sama memasak di dapur. Alhamdulillah...salah satu doa dalam kriteria pemilihan suami yang Allah makbulkan untuk hamba-Nya ini. (^_________^)y

Doaku Untukmu Sayang

Tengah-tengahari cenggini jom layan lagu 'Doaku Untuk Mu Sayang' dari Wali Band. As usual this song dedicated for my Incik BB. 


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia

Majlis Akad Nikah Kami 09.09.12

Menu Sihat dan Ringkas di Bulan Ramadhan

Sewaktu berpuasa badan kehilangan banyak air dan kita digalakkan mengambil makanan yang bersesuaian di sepanjang bulan Ramadhan sama ada sewaktu berbuka mahupun bersahur. Jika tidak, badan akan terasa lesu, letih dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja. 

Untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan, kita digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan mengurangkan makanan berminyak serta bersantan.

Menu Sihat Sewaktu Bersahur
1. Sayur-sayuran dari serat hijau (Fibregreen) - seperti lobak merah dan saderi.
2. Karbohidrat - seperti roti serat yang dijual mempunyai kandungan gandum (wheat), produk kekacangan seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. 
3. Makanan banyak protein - daging terutamanya ikan.
4. Kurma - khasiat yang terdapat di dalam kurma seperti serat, gula, vitamin A, Vitamin C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
5. Air Suam.

Menu Sihat Sewaktu Berbuka
1. Air - Segelas air minuman yand manis.
2. Kurma - beberapa biji kurma.
3. Buah-buahan - betik atau pisang.
4. Produk Bijirin dan Bijian - seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).
5. Makanan yang mengandungi serat - gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi, ulam dan sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Selain daripada itu, kita boleh juga mengambil nasi berlauk tetapi lebih elok jika dimakan bersama ulam-ulaman. Jika teringin makan makanan bersantan mahupun berminyak, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan hanya sekali dalam seminggu.

Semoga menu sihat ketika bersahur dan berbuka di atas dapat memberikan kebaikan kepada kita semua. 


Wednesday, July 10, 2013

Al-Baqarah (Pembuka Ramadhan)


Semasa bulan Ramadahan..digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran. So alternative ketika berada di pejabat yang semestinya tak bawak Al-Quran just dengar dan baca di Youtube jer. Gunakan kemudahan di sekeliling kita untuk memperbaiki bacaan serta mempraktikkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. So untuk permulaan kita mulakan dengan surah Al-Baqarah. Pilihan untuk surah Al-Baqarah di youtube ini 'Surat Al Baqarah Full by Sheikh Saad Al-Ghamdi' seperti video di atas tu...