Bunga Berguguran

Friday, July 12, 2013

Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri



Petang ni entry kita motivasi la pulak. Tajuk 'Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri' oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Suatu motivasi yang sangat baik bukan sahaja untuk bakal isteri tetapi juga untuk mereka yang telah bergelar isteri. Tagline Prof. Dr. Muhaya..."Dunia Dalaman Saya, Menentukan Dunia Luaran Saya". Sweet kan..its means apa yang ada di dalam minda, hati mahupun emosi akan mencerminkan keperibadian kita kepada umum. 

Secara umum slot ini menekankan untuk menjadi isteri yang efektif yang bahagia dan membahagiakan orang lain. Ada 5 prinsip yang ditekankan iaitu fizikal, mental, menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan manusia dan mengawal kewangan. 

i) Fizikal
Jaga kesihatan dan kecantikan diri untuk suami.

ii) Mental
Suburkan minda dengan rancangan yang kita tonton, buku yang dibaca dan seminar atau majlis agama yang dihadiri.

iii) Hubungan dengan Allah
Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah serta aurat dengan orang lain yang bukan Mahram baginya.

iv) Hubungan sesama manusia
Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, menghargai mereka yang berada di sekeliling serta sentiasa bersyukur. 

v) Kewangan
Menjaga dan mengurus kewangan diri dan keluarga dengan bijak. Berbelanja apa yang perlu.

Peranan dan tanggungjawab isteri (Apa yang perlu dilakukan)
i) Bangun pagi dan bersyukur
Bangun pagi dan bersyukur pada Allah kerana diri masih bernafas dan begitu juga dengan suami kita. 

ii) Makanan yang seimbang
Isteri mesti tahu mengenai nutrisi makanan supaya mereka bijak dalam menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk suami dan juga anak-anak.

iii) Senaman
Seorang isteri yang bijak isteri mesti mencari masa untuk bersenam dan mengalakkan suami turut bersenam bagi menjaga kesihatan.

iv) Hubungan dengan Manusia
Sentiasa menjaga hubungan dengan manusia dan menganggap semua manusia berada disekeliling kita penting dan ingin dihargai.

v) Kewangan
Lebih memfokuskan kewangan untuk perkara-perkara berkaitan penjagaan kulit, pemakanan, penjagaan kesihatan dan kecantikan badan berbanding dengan material yang hanya bersifat sementara.

Ni la secara umum dari slot 'Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri'. Untuk ulasan selanjutnya boleh lah review video youtube di atas. Ini merupakan pesanan untuk diri sendiri supaya menjadi seorang isteri yang baik dan solehah. Ingin bahagia sepanjang hayat, mendapat anak yang baik dan menjadi isteri yang baik. Apa yang penting sentiasa berfikir untuk manfaat waktu yang berkualiti untuk suami dan orang berada di sekeliling selagi hayat masih ada. Sayang semua....(^________^)y



No comments:

Post a Comment