Bunga Berguguran

Friday, August 30, 2013

Standing In The Eyes Of The World

'Standing In The Eyes Of The World' oleh Ella lagu baru untuk blog ni. Lagu ni dipilih sempena Kemerdekaan Malaysia yang Ke-56. Tema Kemerdekaan tahun 2013 adalah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku'. Jadi marilah kita bersama-sama menghargai kemerdekaan yang kita perolehi dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama 56 tahun ini. Kita hanya ada sebuah negara......iaitu Malaysia. Sayangi dan berbaktilah kepadanya. Serta pertahankan keamanan yang dimiliki kini untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Selamat Hari Merdeka semua. (^_________^)y

'Standing In The Eyes Of The World'

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”


Hujung Minggu yang Sempurna

Ni citer tentang weekend yang lepas. Citer hari ahad sebab hari sabtu kalau ada citer pun citer sedey jela.. Coz seharian terbaring akibat cherry berry yang teruk. Tak tau la apa yang silap makanannya time jamuan raya jumaat tu. So sabtu hari rehat la konon....ada membe datang beraya dan bincang tentang hantaran pun tak berapa larat nak layan. Almaklum la orang tak sihat... 

So berbalik semula ke hari ahad... Bangun pagi-pagi selepas solat Subuh terus ke dapur prepare breakfast untuk Incik BB. Keadaan in jarang berlaku pada dariku....kebiasaannya breakfast Incik BB yang masak sementara aku buat kerja-kerja rumah yang lain. Tapi hari ni bangun dengan penuh semangat mungkin semalam dah seharian terbaring.....tu yang hari ni timbul semangat tu.. Menu breakfast hari tu..just maggie goreng jer. Di samping itu, panaskan makaroni goreng dan ayam goreng yang dimasak petang semalam. So pagi tu ada 3menu la.. Minum just teh 0 sahaja la. Simple jer menu breakfast kami. 

Makaroni Goreng & Maggie Goreng
Selepas sarapan dan mengemas rumah...kami pun start la berjalan ke Mydin Meru Raya dan Tesco Extra Bercham untuk membeli barang rumah. Time shopping tu la dapat idea tetiba nak masak-masak dan buat open house. So time beli barang sambil tu sms dan call mak serta adik-adikku. So sebelum balik ke rumah untuk masak-masak...... kita makan la dulu. Menu kami untuk tengahari adalah nasi kerabu. Emmm....memang sedap. Feveret sangat nasik kaler biru tu...

Model Nasi Kerabu....
Kedua-dua excited nak makan ^_^
So bila balik jer..bermulalah kerja-kerja memasak. Kami punya menu untuk open house pada petang itu adalah 'Tom Yam Steamboat'.. Antara bahan-bahan yang disediakan untuk steamboat kali ini adalah seperti aneka bebola, udang, sotong, kerang, ayam serta sayuran seperti lobak, bayam dan sederi. Tom yam tu lak partner dengan bihun supaya mengenyangkan. Minum air oren jela...

Kering periuk...tinggal kerang jer.. ^_^

Licin kan....????
Lalalala...tersangat meletop sampai tak sempat nak tangkap gambo sebelum aktiviti makan-makan coz tetamu tetiba datang serentak pukul 6.00 petang. So semua dah berderu menyerbu meja makan. Selain family ada gak membe ofis lama datang. Thanks semua yang datang dan menghabiskan semua hidangan yang dijamu. Seronok sangat rasanya. Next time datang lagi yer..

So after semua balik, kami suami isteri habiskan balance yang tinggal. Cuci dan kemas apa yang patut. Rasa-rasanya time tengok citer korea kat TV9 diriku ini telah lena diulit mimpi yang sempurna sebabnya terlalu seronok ++ penat dengan hari yang dilalui. Betul kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya ' Aku Terima Nikahnya' mengenai nikmat memberi. Kita akan rasa seronok dan tenang jer.. Hal ini kerana, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. So next time leh masak-masak lagi & jemput orang datang makan... (^______________^)y

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup ke dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. 

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

~~~~ Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya. ~~~

~~~ Jom kita sama-sama mencuba yer.... ~~~

Saje Interframe Diri Sendiri ^_^

Thursday, August 29, 2013

Cheese Mousse Cake

Jom kawan-kawan try resipi 'Cheese Mousse Cake'... Ni ada resipi yang tersangat simple untuk dikongsi. Boleh try buat yer weekend nih. Tapi kalau malas nak buat just order jer kat fesbuk https://www.facebook.com/pages/UnGu-LaVendeR-HoUsE. Saya akan buka order di situ. Jom cuci mata dengan resipi 'Cheese Mousse Cake' yang telah diedit dengan comel sekali.... (^_______^)y







~~~ Selamat Mencuba ~~~

Ciri Isteri yang Dekat Dengan Syurga

Ciri Isteri yang Dekat Dengan Syurga....dicopypaste dari fesbuk yang mana penulis asalnya mengambil ciri-ciri ini dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad . Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... 
Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...

1st time salam after nikah
(maaf gambar kurang terang)

Wednesday, August 28, 2013

Kita

Tak sampai 2 minggu lagi genap la setahun kami mendirikan rumahtangga. Walaupun belum rezeki menimang cahaya mata seperti rakan-rakan mahupun saudara mara yang berkahwin seusia perkahwinan kami, kami tetap redha dengan ketentuan ini. Meskipun ramai yang bertanya dan telah memberi pelbagai syor serta pandangan untuk mendapatkan zuriat. Terima kasih semua. In Sha Allah tiba masanya adalah nanti tu. Jangan risau yer. Apa yang penting...kami tidak pernah berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah....




1st Raya Together

Tuesday, August 27, 2013

Cara Buat Lelaki Vs Perempuan Gembira....!!!!!!!

Actually ni copy and paste +++ edit dari fesbuk jugak la... Just suka-suka untuk sharing from my sight of view... Pe2 pun enjoy yer baca.... Memang kelakor... Betul Ustaz Azhar Idrus cakap....masa akad nikah...Si Suami jangan terlalu gembira apabila saksi mengatakan sah selepas Ijab dan Qabul. Sah itu maknanya...anda bukan sahaja setuju terima dia sebagai Isteri tetapi anda juga setuju menerima segala Kelemahan serta Kekurangan Dirinya.. So macam-macam lah dia akan buat pada anda.. Malahan anda juga kena menjadi macam-macam untuk mengembirakan dirinya. Contohnya seperti di bawah ni lah.... So enjoy read this entry yeaaaa...... 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej)
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya (Jangan Kongkong)

Jadi APA YANG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias 
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur (sponser)
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. panas
27. perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. tender / berlemah lembut
33. kuat
34. pemahaman
35. toleransi
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. ditentukan / perancang yang baik
41. benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:
44. kerap memberi pujian 
45. Pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak menekankan keluar / jangan paksa dia keluar jalan-jalan
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
50. memberikan banyak perhatian 
51. memberikan banyak masa, terutama masa untuk dirinya
52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi. 

Namun yang paling penting

INI SANGAT PENTING
53. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia
mesti alim dan .... dan tolong Buang Sampah... dan perkhidmatan hantar kereta dan Bayar cukai jalan dan bawa melancong dan ...jangan LEBIH Tidur.... dan makan habis2 Masakan dia.. dan bila nak Tidur kena cakap i luv u,,, dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...dan beberapa lagi dan oh ya juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau .... !

Hahahahahahahaha..........betul tak Incik BB.... (^________________^)y

Muka Redho jela......Incik BB ^-^